Anda di halaman 1dari 9

Meraga Sukma Oleh Muhammad Iqbal Bin Aman www.berkatrezeki.

com 1

Bismillahirrahmanirrahiim,
sebuah keluaran khas edisi raya

Meraga Sukma Benda yang tidak Nampak, jangan disangka tiada….

Disusun Oleh :- Muhammad Iqbal Bin Aman a.k.a Pak cik


Siapa Saya ?

Assalamualaikum, amacam, sihat pembaca blog saya, ataupun pembaca


ebook saya?. Mungkin ada diantara korang yang tak kenal pak cik, so pak
cik masukkan balik biodata pak cik. Senang la nanti nak kenal kenal. Bila da
kenal, boleh la kita dok sembang kat kedai kopi cam kawan lama kan?

Nama :- Muhammad Iqbal Bin Aman


Umur :- 21 Tahun
Kerja :- Pegawai Tentera Udara
FB :-http://www.facebook.com/people/IqbalAman/10000018084852
YM :- tenteraudara@yahoo.com
Produk :- Ebook Gempur Rezeki 40 Hari
Meraga Sukma Oleh Muhammad Iqbal Bin Aman www.berkatrezeki.com 3

Beberapa Perkara Yang Perlu Diketahui Mengenai Meraga Sukma

Definisi Meraga Sukma

Sebuah perjalanan roh yang mana tidak melibatkan kehadiran jasad dalam
suatu aktiviti. Nama lain meraga sukma adalah seperti Astral
Projection, Out of Body Experience dan Pangacutan

Keadaan Ketika Meraga Sukma

Apabila anda dalam keadaan meraga sukma, mata bathin anda telah
terbuka secara seratus peratus. Anda bakal melihat benda benda yang
anda tidak boleh lihat dengan bola mata zahir secara terus. Tambahan,
anda juga bakal melihat ruh ruh ilmu yang anda amalkan seperti aura
aura, pedang pedang ghaib dan sebagainya.

Proses Meraga Sukma

Perlu diketahui bahawa meraga sukma bukanlah suatu teknik melepaskan


ruh secara total kerana, apabila seseorang melepaskan ruh, ini
bermakna ia telahpun merasa Zaaiqatul Maut. Meraga sukma adalah teknik
yang mana memaksimumkan penggunaan otak 100 % yang melibatkan
kombinasi otak kiri dan kanan. Apabila sudah terjadi sedemikian, suatu
energy fikiran akan terbentuk dan menjadikan fikiran kita sedar
walaupun jasad kita tidur. Jadi, dengan menggunakan fikiran, ia akan
mewujudkan satu jasad halus yang sementara dalam keadaan meraga sukma.
Teknik teknik ini secara tidak langsung akan mewujudkan deria keenam
iaitu mata ketiga. Atau mungkin dikenali sebagai minda separa sedar.

Apa itu minda bawah sedar?

Minda bawah sedar adalah satu side minda yang pasif yang menjadi
penjaga kepada rasionalnya pemikiran kita. Minda bawah sedar ini
mengawal kehendak dan pemikiran otak yang bersifat linear. Andai minda
bawah sedar ini tidak wujud, seluruh kata kata berbentuk arahan akan
diikuti oleh otak tanpa usul periksa. Misalan, jika anda melihat iklan
aiskrim, jika tiadanya minda bawah sedar, anda akan terus membeli
aiskrim seperti yang disuruh didalam iklan tersebut. Jadi, dengan
proses meraga sukma, potensi minda bawah sedar akan digunakan secara
seratus peratus
Soalan Pertama saya untuk anda yang sedang membaca ebook ini……………………

Sudah
bersediakah anda
untuk melihat
satu dimensi
yang gagal
dijelaskan akal
?????????
Jika anda sudah bersedia, teruskan membaca teknik untuk meraga sukma.
Jangan risau, tujuan meraga sukma adalah untuk melihat kebesaran ALLAH
secara umumnya, sekiranya anda telah banyak kali meraga sukma, anda
akan tahu lebih banyak rahsia ketika meraga sukma.

Page ini merupakan checkpoint mula anda untuk meraga sukma. Satu
nasihat saya, jangan percaya apa yang anda dengar ketika meraga sukma.
Jin dan syaitan akan menipu anda dalam keadaan yang sangat halus.
Meraga Sukma Oleh Muhammad Iqbal Bin Aman www.berkatrezeki.com 5

Methodology Meraga Sukma Melalui Jalan Tarikat.

Umumnya, jalan tarikat telah menggabungkan unsur penggunaan ayat Al


Quran di dalam proses meraga sukma. Ianya telah digunakan oleh ramai
para pengamal perubatan alternative Islam.

1. Puasa sunat 7 hari berturut-turut


2. Baca “Laa tudrikuhul Abshooru Wahuwa yudrikul Abshooro wahuwal
lathiful khobiir, 100x” dan “Fakasyafnaa 'angka githoo-akaf
fabashorukal yauma hadiid, 100x” setiap kali selesai solat selama
berpuasa.
3. Pada tengah malam selama berpuasa, baca ayat “laa tudrikuhul…”
sebanyak 21 kali dan “fakasyafnaa….” Sebanyak 1000 kali.

Setelah selesai pengamalan, barulah boleh melakukan proses meraga


sukma

1. Berwuduk, mengadap kiblat, bersandar pada dinding supaya selesa,


dan mata terpejam
2. Pusatkan konsentrasi pada ajna chakra, iaitu berada di pangkal
hidung, antara dua alis kening
3. Berdoa, Ya ALLAH,berikan hambamu ini melihat dengan kemampuan
mata bathin yang tidak mampu dilihat oleh mata zhohir
4. Baca ayat “la tudrikuhul..” 21 kali dan “fakasyafnaa…”sebanyak 21
kali.
5. Tenang dan terus konsentrasi pada ajna chakra sambil membaca Laa
Ila ha Illa ALLAH berulang ulang.
6. Nanti, akan terlihat satu cahaya kecil di ajna chakra, dan cahaya
itu makin lama makin besar, hingga cahaya itu menelan diri anda,
dan anda telahpun berada dalam keadaan meraga sukma.
7. Jika ingin pulang, niatkan sahaja…
8. Sebelum melakukan proses meraga sukma, disaran untuk membaca 7
kali ayat kursi sebagai pemagaran diri.
Methodology Meraga Sukma Dengan Teknik Pernafasan Murni

Penggunaan meraga sukma melalui pernafasan banyak digunakan oleh para


spiritual bukan islam. Namun boleh digunakan oleh Orang Islam kerana
tiada unsur-unsur syirik langsung dalam methodology tersebut. Hanyak
menggunakan nafas semata mata.

Ikut langkahnya secara turutan ok ?

Langkah Pertama

Relakskan badan. Jadikan badan betul-betul relaks. Cuba berbaring di


dalam sebuah bilik yang tiada cahaya,dan sunyi. Bernafaslah dalam
dalam dan hembusnya perlahan lahan. Lakukan beberapa kali dan anda
akan benar benar relaks.

Langkah Kedua

Ini adalah keadaan yang mana anda akan menjadikan setengah tidur.
Setengah tidur bukan bermakna mengantuk atau tidur terus. Hal setengah
tidur ini anda Cuma dapat rasakan melalui latihan yang berulang-ulang.
Caranya adalah anda cuba untuk konsentrasi pada satu objek dengan mata
yang tertutup

Langkah ketiga

Setelah mengalami keadaan setengah tidur, terus kosongkan fikiran


anda. Ini antara tahap yang sukar. Kosongkan sekosong kosongnya. Bola
mata anda harus dalam keadaan static, jangan ke kiri atau ke kanan.
Dan cubalah lihat pola warna yang aneh ketika dalam keadaan ini. Pola
pola warna tersebut adalah neuron neuron warna yang sedang
beristirehat
Meraga Sukma Oleh Muhammad Iqbal Bin Aman www.berkatrezeki.com 7

Langkah keempat

Ini merupakan proses vibrasi. Proses yang mana fikiran kita akan
menjadi diri kita. Jasad akan ditinggalkan. Berikut adalah kaedah
bagaimana untuk mendapatkan keadaan ini.

Jangan pakai jam, gelang, kalung, rantai, kalau boleh, tanggalkan


semua aksesori
Buat diruangan yang gelap
Berbaring arah kiblat
Pakai baju yang longgar
Cari tempat sunyi
Mulakan tahap relaks
Berikan saranan minda seperti, “Hai diri, berehatlah”
Bernafas menggunakan mulut atau hidung atau gabungan
Konsentrasi satu titik di atas kepala
Terus kuatkan tingkat konsentrasi

Langkah Kelima

Sama dengan latihan vibrasi, Cuma tukarkan titik titik poin


konsentrasi dari kepala hingga ke hujung kaki. Lakukannya hingga kita
mampu mengawal vibrasi tersebut

Langkah keenam

Teruskan konsentrasi, dan bayangkan diri anda akan meninggalkan jasad


secara menyeluruh. Jangan ragu-ragu dan terus bayangkan anda akan
meninggalkan jasad anda. Ingat, kawalan pemikiran adalah poin utama
dalam perjalanan astral

Langkah Ketujuh

Sekiranya anda mampu melihat jasad anda sedang berbaring, maka anda
telahpun Berjaya dalam meraga sukma. Beritahu diri anda bahawa anda
adalah amat ringan hingga boleh terbang. Sekiranya mahu pulang,
niatkan sahaja. Anda mungkin akan pulang pada tubuh anda secara
mengejut sekiranya bertembung dengan daya energy yang tinggi ketika
meraga sukma
Selesai sudah pelajaran
Meraga Sukma

Nak Berterima Kasih


Pada Pak Cik ke??..
Boleh… Emailkan link
download ebook ini
kepada kawan-kawan
korang!!.. Terima kasih

http://www.berkatrezeki.com/download/ragasukma.zip
Meraga Sukma Oleh Muhammad Iqbal Bin Aman www.berkatrezeki.com 9

Gempar! Pengemis Jadi


Kaya Dengan Doa
Kekayaan Para Wali!

Dapatkannya sekarang hanya di


http://www.berkatrezeki.com