Anda di halaman 1dari 1

PENGGUNAAN VIDEO INTERAKTIF SEBAGAI ALAT BANTU PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN DAPAT MENINGKATKAN MINAT MURID-MURID DALAM


MEMPELAJARI MATA PELAJARAN SEJARAH

MUHAMMAD ASYRAF, MUHAMMAD FAIZ , IVAN TING

ABSTRAK

Sikap dan tingkah laku murid Tahun 4 semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Sejarah menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan pengajaran dan
pembelajaran terhadap mata pelajaran Sejarah. Punca masalah yang utama ialah kerana
mereka tidak memahami dan kurang berminat tentang pembelajaran sejarah. Maka fokus
kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut dengan memperkenalkan satu kaedah
baru bagi membantu guru untuk meningkatkan minat murid tersebut dalam mengenali
matapelajaran Sejarah selain mengubah perspektif murid-murid dalam mempelajari isi
matapelajaran Sejarah yang dianggap ketinggalan zaman menerusi cara pembawaan ilmu
Sejarah baharu dalam memperkenalkan sejarah secara moden menerusi penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi iaitu video interaktif. Tinjauan awal menunjukkan murid
lebih berminat melihat video interaktif berbanding buku manakala murid-murid dapat
memahami apa yang terkandung dalam isi kandungan matapelajaran Sejarah yang
dipersembahkan menerusi video interaktif kerana penggunaan panca indera secara
maksimum iaitu melihat dan mendengar yang mana dapat membantu proses imaginasi
murid-murid tentang sesuatu topik. Penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam
amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah dapat
menggilap kreativiti dan inovasi guru. Implikasi dari penggunaan video interaktif dalam
matapelajaran Sejarah ini menjadikan pemahaman dan imaginasi murid-murid tentang
sesuatu benda bersejarah menjadi lebih berkesan berbanding sebelum hanya melihat
tulisan dan gambar statik dalam buku Sejarah.