Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan dan perincikan isu sarana ibu bapa dan permuafakatan komuniti

dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan sarana? Berdasarkan Kamus Dewan Edisi


Keempat (2007), sarana adalah sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan
sebagainya utk mencapai atau melaksanakan sesuatu. Tujuan sarana ini adalah untuk
membantu ibu bapa melaksanakan tugas pertama dan paling penting iaitu mendidik
anak-anak mereka. Sarana ini dibina khas untuk ibu bapa dan boleh dikongsikan
bersama ahli-ahli keluarga yang lain. Ibu bapa dan ahli keluarga ialah orang yang
paling penting dalam mempengaruhi kehidupan anak-anak. Pengaruh mereka
terserlah melalui pembentukan pemikiran anak-anak tentang pendidikan, masa
hadapan dan kelompok sosial. Oleh hal yang demikian, sokongan ibu bapa terhadap
sekolah dan pelibatan mereka dalam pembelajaran sangat penting untuk memastikan
anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan.

Berdasarkan pernyataan di atas, jelasnya bahawa ibu bapa dan komuniti


memainkan peranan yang amat signifikan dalam pembelajaran anak terutamanya
dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Persoalannya, apakah isu sarana ibu
bapa dan permuafakat komuniti yang berlaku dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak berkait rapat dengan


pencapaian akademik anak-anak. Semakin meningkatnya penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran kanak-kanak, maka kecenderungan untuk pencapaian atau
perkembangan kanak-kanak juga meningkat adalah tinggi dan begitu juga sebaliknya.
Oleh demikian, salah satu isu sarana ibu bapa dan permuafakatan komuniti dalam
Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah kesukaran ibu bapa untuk melibatkan diri dalam
aktivi-aktivti yang dijalankan di prasekolah seperti gotong royong, perjumpaan antara
ibu bapa dan guru serta Hari Terbuka Prasekolah. Hal ini demikian kerana terdapat
sesetangah ibu bapa yang hanya mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan
pembentukan sahsiah anak-anak mereka. Ada sesetengah ibu bapa juga kurang
memberi kerjasama ataupun kurang memberi idea kepada guru-guru dalam
perbincangan tentang pembelajaran dan pembentukan sahsiah anak. Sebenarnya
melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, ibu bapa dapat lebih memahami sikap dan
perangai anak. Contohnya, melalui perjumpaan dengan guru di sekolah, ibu bapa
dapat mengetahui keadaan dan tahap perkembangan dari pelbagai aspek termasuk
kerohanian anak di sekolah dan seterusnya membincangkan masalah yang dihadapi
dan penyelesaian masalah bersama dengan guru. Hal ini secara langsungnya dapat
membantu pembelajaran murid dan membentuk kerohanian dalam sanubari anak.
Jika melihat dalam aspek permuafakatan komuniti dalam Pendidikan Awal
Kanak-kanak pula, kurangnya penglibatan komuniti dalam membantu sekolah
merancang dan menjalankan aktiviti yang bermanfaat juga merupakan salah satu isu
yang timbul. Perhubungan sekolah dengan komuniti boleh diibaratkan bagai isi
dengan kuku, mereka saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama
lain. Tidak dapat menafikan bahawa sekolah merupakan pengaruh yang utama
sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan kesan dalam pembentukan
sahsiah pelajarnya. Jika komuniti tidak memberi sumbangan dari segi tenaga dan
kepakaran, aktviti-aktiviti di sekolah memang tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Misalnya, guru prasekolah menjalankan aktiviti lawatan ke zoo bersama murid,
komuniti boleh menyumbangkan tenaga untuk mengiring dan mengawasi pergerakan
murid-murid dan menyumbang kepakaran dalam pendedahan pengetahuan berkaitan
dengan haiwan-haiawan. Melalui ini, murid-murid prasekolah dapat menerapkan nilai
disiplin dan menghormati orang dewasa di samping menambahkan pengetahuan
terhadap mereka. Namun, jika komuniti tidak memberi kerjasama, maka penerapan
kerohanian dan pendedahan pengetahuan ini tidak akan berlaku. Justeru,
permuafakatan komuniti dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak amat penting dari
pelbagai aspek terutamanya kerohanian.