Anda di halaman 1dari 2

HOW PHYSICAL ACTIVITY COULD BE INCORPORATED INTO SUBJECTS

OTHER THAN PHYSICAL EDUCATION.

Di sediakan oleh : Hairi bin Mat Hashim


SMK. TAJAR ALOR SETAR KEDAH
No. Kp : 660720 02 5331

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran


aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

OBJEKTIF:

Murid boleh :

1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan


motor

2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.

3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.

4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai


kegiatan fizikal.

5. membentuk sahsiah dan disiplin diri.

6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :

1. Kecergasan Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti


fizikal secara berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan
fizikal berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

2. Kemahiran Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran


daripada aspek pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas
dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.

3. Kesukanan Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi


mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan.

Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam
pendidikan jasmani dan sukan. Kandungan mata pelajaran ini menekankan kepada
kecergasan sesuai dengan ciri dan keperluan murid.
Pengalaman Pendidikan Jasmani merangkumi tiga aspek penting, iaitu :

i. Penglibatan murid secara aktif dan selamat.

ii. Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan.

iii. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah
berlaku.

Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut
modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih
kini. Transformasi Kurikulum Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik
kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi,
kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah.

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi - Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan


semasa berinteraksi

Sains & Teknologi - Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran berasaskan teknologi.

Fizikal & Estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi Kerohanian,

Sikap & Nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai Kemanusiaan
- Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat,
negara dan global Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti


kurikulum dan kokurikulum

Kesimpulan :

Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di


dalam kelas. kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan
pengalaman individu ataupun berkumpulan. Kurikulum berperanan sebagai garis panduan
dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan mengikut peringkat yang tertentu.
Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan keperluan dan kehendak semasa. Pusat
Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa
ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya
murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa.

Anda mungkin juga menyukai