Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan
pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan
dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah – kaedah lama semakin jauh ketinggalan di
telan zaman. Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan model-model pengajaran dan teori-
teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan. Menurut Griffith W. Williams psikologi
adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik
terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini
akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan.

Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya dapat
dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah dan
menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll(1994) menghuraikan bahawa pembelajaran
pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil interaksi
pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses perolehan ilmu pengetahuan
melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan sehingga berlaku perubahan tingkah
laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah satu proses yang mengubah keadaan,
sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman

Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teori-teori
pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktivitisme,
behaviorisme dan humanistic. Pengalaman ilmu pengetahuan yang diperolhi dalam proses
pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu perubahan
tingkahlaku manusia.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF.

Teori adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan
pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan
Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku
dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia.
Proses celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai
peringkat umur dan kebolehan murid. Semua maklumat yang di terima di padankan dengan
makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu
maklumat yang baru.

PRINSIP-PRINSIP KOGNITIF:

1. Bahan –bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah.

2. Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan.

3. Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran yang baru.
4. Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih mengingati.

5. Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.

PENDEKATAN TEORI KOGNITIF.

1. Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di terima diproses
melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada, diubahsuai
pula dan disusun semula.

2. Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian masalah.

Anda mungkin juga menyukai