Anda di halaman 1dari 2

AHLI SURGA

Siapa yang Paling Akhir Masuk?

Diriwayatkan dari Abu Zar ra., bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda.
Rasulullah: Jibril a.s telah mendatangi aku lalu memberitahukan berita gembira, yaitu
barangsiapa yang mati di kalangan umatku dalam keadaan tidak mensyirikkan
Allah dengan sesuatu, nescaya dia akan dimasukkan ke dalam Syurga.
Abu Zar: Walaupun dia berzina dan mencuri?
Rasulullah:: Walaupun dia berzina dan mencuri.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli
Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara
merangkak.
Allah: (berfirman kepadanya) Pergilah, masuklah ke dalam Syurga!
Fulan: (Maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga
itu telah dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata) Wahai Tuhanku, aku telah
temui Syurga itu namun isinya telah penuh.
Allah: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga!
Fulan: (Maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahwa Syurga itu
telah dipenuhi lalu kembali lagi dan berkata) Wahai Tuhanku, aku telah temui
Syurga itu tetapi isinya telah penuh.
Allah: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya isinya untukmu,
seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya isinya bagimu
sepuluh kali ganda dunia.
Fulan: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau
adalah Maharaja?
Maka Abdullah bin Masud berkata: “Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w
tertawa sehingga tampak gigi geraham baginda dan dikatakan: “Itulah Ahli Syurga yang
paling rendah kedudukannya.”

Mutiara di balik kisah di atas, antara lain:


1. Kunci pokok bagi setiap muslim yang mengharap akan surga Allah adalah tidak
menyekutukan Allah.
2. Kemaksiatan-kemaksiatan boleh jadi diampuni oleh Allah, boleh jadi pula harus
ditebus dengan siksa neraka.
3. Orang yang terakhir keluar dari neraka dan paling akhir masuk ke dalam surga,
seolah-olah menjumpai neraka serba penuh. Padahal kebaikannya atau
kenikmatannya supuluh kali kenimatan dunia. π
Sumber: “Mutiara-mutiara Di Balik Kisah”, Choiruddin Hadhiri SP.

Anda mungkin juga menyukai