Anda di halaman 1dari 1

Enjin iswara xnak mati bila tutup suis

Apabila suis dimatikan tetapi enjin still taknak mati untuk seketika itu diistilahkan
“dieselling”. Masalah dieselling kerap berlaku pada enjin-enjin lama yang menggunakan
karburetor. Salah satu faktor terjadi begitu adalah kerana kerak karbon pada cylinder head
yang masih panas merah menyala masih mampu membakar gas yang masuk ke kebuk
pembakaran. Sebab lain adalah kerana solenoid karburetor masih belum terpadam
menyebabkan ia masih membenarkan gas masuk ke kebuk pembakaran.

Dieselling ini sebenarnya adalah petunjuk kepada masalah yang dinyatakan di atas. Ia
tidaklah membahayakan tetapi harus diingat enjin yang mengalami dieselling lebih kuat
makan minyak.

Sudah sampai masanya untuk top-overhaul. Cara lain gunakan petrol RON97 tapi untuk enjin
tua tidak praktikal.

Anda mungkin juga menyukai