Anda di halaman 1dari 6

Minit Mesyuarat Panitia Matematik

Kali Pertama 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MASJID


35350 TEMOH, PERAK DARUL RIDZUAN

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA


SESI 2017

TARIKH : 17 Januari 2017


HARI : Selasa
MASA : 1.50 petang
TEMPAT : Bilik Sains

KEHADIRAN :
1. Tuan Haji Zulkifli bin Zainal Abidin ( Guru Besar SK Batu Masjid )
2. Encik Rozian bin Ariffin ( Guru Kanan Pentadbiran )
3. Puan Nor Arniza binti Zainon ( Ketua Panitia )
4. Encik Rafiee bin Jamian ( Setiausaha )
5. Puan Rosmaria binti Mohd Nor

AGENDA 1
Ucapan Pengerusi (Guru Besar)

1.1 Ucapan salam dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Umul Kitab bagi memberkati
mesyuarat kali ini semoga sentiasa diberi petunjuk oleh Allah swt.

1.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat panitia
matematik kali pertama demi untuk membincangkan dan memberi pendapat serta idea
untuk kemajuan murid-murid dalam pelajaran matematik di sekolah ini.

1.3 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam usaha
meningkatkan prestasi murid terutama matematik dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha guru yang berterusan, gigih, dan dedikasi
serta komitmen dengan tugas tanpa jemu.

1.4 Beliau berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancer serta dapat
memantapkan lagi pengurusan panitia serta program-program yang telah dirancang.

1
Minit Mesyuarat Panitia Matematik
Kali Pertama 2017
1.5 Akhirnya beliau menyarankan kepada semua guru agar dapat bekerja dengan lebih
gigih lagi untuk mencapai Visi dan Misi sekaligus dapat mencapai sasaran yang telah
ditetapkan.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2
Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 En Rafiee bin Jamian (setiausaha) membentangkan minit mesyuarat panitia kali keempat
2016.

Cadangan disahkan : Puan Nor Arniza binti Zainon


Disahkan : Encik Rozian bin Ariffin
Tindakan : Makluman

AGENDA 3
Perkara Berbangkit

3.1 Tiada .
Tindakan : Makluman

AGENDA 4
Buku Rekod Mengajar, Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran
Harian

4.1 Pengerusi meminta semua guru matematik mengajar mengikut sukatan yang telah
ditetapkan. Format rancangan pengajaran harian adalah seperti berikut :
Bidang :
Tajuk :
Standard Kandungan :
Standard Pembelajaran :
Objektif Pembelajaran :
Aktiviti :
EMK :
Nilai :
Refleksi :

2
Minit Mesyuarat Panitia Matematik
Kali Pertama 2017

4.2 Buku Rekod Mengajar dapat disediakan secara terancang dan dihantar untuk
pengesahan Guru Besar atau GK pada setiap minggu atau pada masa-masa yang
diperlukan. Buku rekod mengajar boleh dihantar pada hari Jumaat atau pada pagi Isnin.

4.3 Diharap semua guru mempunyai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
mata pelajaran yang diajar. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) perlu mengikut jumlah
minggu yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sila letakkan nota di bahagian catatan
sekiranya terdapat sebarang cuti umum, cuti cakit, CRK, atau aktiviti di sekolah
berdasarkan takwim.

4.4 Pengerusi mengingatkan guru-guru agar sentiasa melengkapkan dan mengemaskini


buku rekod mengajar dengan senarai nama murid, TOV, Target dan rumusan masa
pengajaran perlu diletakkan di bahagian belakang buku rekod mengajar.

4.5 Setiausaha panitia hendaklah memastikan agar fail panitia dikemaskini dengan DSKP
dan Rancangan Pengajaran Tahunan yang terkini.

Tindakan : Makluman

AGENDA 5
Prosedur Pembelian dan Pengurusan Stok

5.1 Pihak sekolah masih belum menerima peruntukan untuk Panitia Matematik pada
tahun ini.

5.2 Guru-guru yang hendak membeli peralatan dan bahan bantu mengajar untuk
memudahkan proses PdPc dikehendaki untuk mengisi nota minta yang boleh didapati di
pejabat dan mestilah melalui ketua panitia.

5.3 Semua guru juga diminta untuk mengemaskini kad-kad stok dan inventori yang
berkaitan.

Tindakan : Makluman

AGENDA 6
3
Minit Mesyuarat Panitia Matematik
Kali Pertama 2017
Pencerapan Hasil Kerja Murid

6.1 Guru hendaklah memastikan murid dapat membuat tugasan dan latihan yang telah
diberikan.

6.2 Guru mesti menyemak dan memeriksa buku latihan serta tugasan murid.

6.3 Guru hendaklah menyerahkan buku latihan kepada pentadbir untuk disemak mengikut
takwim yang telah disediakan.

Tindakan : Makluman
AGENDA 7
Peperiksaan dan Penilaian

7.1 Peperiksaan akan diadakan 4 kali setahun mengikut takwim iaitu ujian kemajuan 1,
peperiksaan pertengahan tahun, ujian kemajuan 2 dan peperiksaan akhir tahun.

7.2 Berikut adalah Jadual Ujian dan Peperiksaan bagi tahun 2017.
Bil Bulan Ujian/Peperiksaan
1. Feb. Ujian Tahun 6
( 20-24 ) ( disediakan oleh Kelompok )
2. Mac Ujian Kemajuan 1
( 6- 10 ) ( disediakan oleh pihak sekolah )
3. April Ujian Tahun 6
( disediakan oleh Kelompok )
4. Mei PKSR 1
( 8 - 12 ) ( disediakan oleh pihak sekolah )
5. Julai Ujian Kemajuan 2 / Percubaan UPSR
( 24 - 28 ) ( disediakan oleh pihak sekolah
6. September UPSR
( 11- 14 )
7. Oktober PKSR 2
( 9 - 13 ) ( disediakan oleh pihak sekolah )

7.3 Pembinaan item soalan hendaklah mengikut Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )

7.4 Guru hendaklah mengisi markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS)
mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh PPD.
Tindakan : Makluman
AGENDA 8

4
Minit Mesyuarat Panitia Matematik
Kali Pertama 2017
Pentaksiran Sekolah ( PS )

8.1 Pengerusi meminta semua guru melaksanakan PS seperti yang telah ditetapkan.

8.2 Setiap pentaksiran hendaklah dicatat dalam buku persediaan mengajar.

8.3 Guru perlu mengemaskini Borang Transit setiap murid sebelum dipindahkan ke dalam
sistem off-line. Buku Latihan/Buku Kerja boleh dijadikan sebagai eviden.

Tindakan : Makluman

AGENDA 9
Pengurusan Fail Panitia

9.1 Guru-guru dikehendaki melengkap butir peribadi diri dan memasukkan maklumat
tersebut dalam fail.

9.2. Sistem fail masih mengekalkan format yang sedia ada :


- rujuk lampiran -

Tindakan : Makluman
AGENDA 10
LINUS

10.1 Pn.Rosmaria bt. Mohd.Nor ( Penyelaras LINUS ) memaklumkan senarai nama


murid yang terlibat dalam Program LINUS untuk Tahun 2.

Tahun 2 : 1. Muhammad Arif b. Shahril Izam


2. Muhammad Irsyad b Md.Irwan Ismadi
3. Muhammad Shariffudin b. Mohd.Naim
4. Siti Nor Fatin Damia bt. Rosle

Tindakan : Makluman

AGENDA 11
Hal-Hal Lain

5
Minit Mesyuarat Panitia Matematik
Kali Pertama 2017
- tiada -

AGENDA 12
Penutup

12.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru di atas
kehadiran dalam mesyuarat panitia matematik kali pertama 2017.

12.2 Beliau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua
guru dalam menjayakan semua program dan aktiviti sekolah samaada melibatkan
program akademik,dan lain-lain yang berkaitan dengan urusan sekolah.

12.3 Beliau mengakhiri mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Asr.

Mesyuarat ditangguh jam 3.30 petang

Tindakan : Makluman

Dicatat Oleh; Disahkan Oleh;

_______________________ _______________________________
(Encik Rafiee bin Jamian) (Puan Nor Arniza binti Zainon)
Setiausaha Panitia Matematik 2017 Ketua Panitia Matematik 2017
Sekolah Kebangsaan Batu Masjid Sekolah Kebangsaan Batu Masjid
35350 Temoh, Perak. 35350 Temoh, Perak.