Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Edit 0 28…
Definisi Teori Konstruktivisme menurut McBrien & Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme
adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana
manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan
bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Manakala Briner, M. (1999) pula
menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru
dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia
wujud.
Teori konstruktif atau konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan
dalam pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas iaitu
pengetahuan dibina oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas, proses
pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan fasilitator dalam
pembinaan pengetahuan pelajar.
Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik
menjelaskan proses berorientasi-pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa pengalaman-
pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih bertanggungjawab pada
diri sendiri dan terarah (Withall, 1991).
Di dalam proses pembelajaran kontruktif, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan
diri secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baharu dengan pengetahuan
sedia ada untuk menyelesaikan sebarang masalah dan mencapai kefahaman terhadap maklumat
baru. Maksudnya pelajar yang hadir ke bilik darjah tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu
dipenuhi tetapi sebagai individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia
ada yang mereka bawa ke bilik darjah. Premis asas konstruktivisme adalah:
murid membangun, meruntuh (deconstruct) , dan mambina semula pengetahuan mereka sendiri
murid meruntuh dan membina semula sesuatu makna, ialah pembelajaran
pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea yang sedia ada dengan
menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.
Teori ini juga mengenai pembelajaran yang terbentuk hasil daripada pembinaan pengetahuan
berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklmat dengan
pengetahuan sedia ada. Contoh dalam mata pelajaran perdagangan, manusia mempunyai
keperluan dan kehendak. bagi keperluan, Manusia perlu tahu keperluan utama dalam menjalani
kehidupan (pengetahuan sedia ada) seperti makanan.Makanan diperlukan oleh manusia untuk
terus hidup.
Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa murid mempelajari sesuatu itu berdasarkan
pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan
aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada murid serta dapat mengaitkan pengalaman itu
dengan pembelajaran yang bakal diajar.
Piaget menganggap pembelajaran sebagai satu proses konstruktif kerana individu dikehendaki
menyusun semula pemahaman dan minda mereka terlebih dahulu.
Konstruktif diambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksud
falsafah membina.Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu
pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman
sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu
dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan
aktif dalam merialisasikan teori ini.
Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) pula berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan
guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat
sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu
yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.Melalui teori ini, ia dapat membuka ruang serta
peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep
dan pengetahuan.
Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk
belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka
minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia
ada.Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar
secara individu.
Konstruktif boleh dilakukan dalam perbagai bentuk. Ia terdiri daripada Kognitif Bersituasi,
Scaffolding, Perintisan Kognitif, Tutoring, pembelajaran Koperatif dan juga Pembelajaran
Kolaboratif.
__
Implikasi Teori Konstruktivisme dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Piaget yang lebih dikenali dengan teori cognitive constructivism melihat bagaimana
murid dapat memahami sesuatu perkara melalui empat peringkat utama pertumbuhan Kognitif
yang bermula sejak dilahirkan hingga berumur 14-16 tahun. Piaget percaya bahawa semua
kanan-kanak dilahirkan bersama kecenderungan dalaman untuk berinteraksi dengan
persekitaran mereka. Beliau merujuk cara atas menyusun dan memproses maklumat sebagai
struktur kognitif yang dinamakan sebagai skema. Skema digunakan untuk meneroka persekitaran
menggunakan deria sentuhan, perasaan, rasa dan pemerhatian. Murid seterusnya akan
berkembang melalui proses pengubahsuaian skema sedia ada melalui dua cara iaitu asimilasi
dan akomodasi.
Menurut Lev Vigotsky iaitu seorang ahli falsafah dan psikologi Rusia pada tahun 1930-an yang
dikatakan dengan teori konstruktivis sosial. Sosial Constructivisim menekankan bagaimana
makna dan pemahaman tentang sesuatu perkara itu dibina melalui interaksi sosial. Vygotsky
menekankan pengaruh konteks budaya dan hubungan sosial dalam pembelajaran serta
menyokong model pembelajaran inkuri-penemuan. Model ini menekankan peranan aktif guru
manakala murid pula akan membina kebolehan minda mereka secara nyata melalui penemuan
maklumat-maklumat baru.
masalah
teori
sosial
utama
pengajaran
akademik
pengajaran
objektif dalam
tingkahlaku kumpulan
persekitaran
pelajar terbuka
TEORI PENGAJARAN KONTRUKTIF
Pendekatan Kontruktivisme Sosial
Pendekatan kontruktisvisme sosial tertumpu di dalam bilik darjah. Perubahan kea rah inovasi-
inovasi dilihat sebagai pemangkin dalam mewujudkan konteks social pembelajaran antara guru
dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar yang lain. Ilmu pengetahuan dibina dan dikontruk
bersama dengan penglibatan orang lain. Dalam situasi ini, pelajar didedahkan kepada peluang-
peluang untuk menilai dan mengakomodasi maklumat dan ilmu pengetahuan kea rah
pemahaman yang kukuh. Justeru, pendekatan kontruktivisme social membantu pelajar kea rah
perkembangan pemikiran pelajar. Dengan cara ini, pelajar berkesempatan membina hubungan-
hubungan social, belajar kemahiran pemprosesan informasi untuk menguasai sesuatu ilmu
pengetahuan yang dipelajari didalam situasi bilik darjah.