Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2017

Program : Program Diploma Pendidikan Nama Pelajar:


Lepasan Ijazah Sekolah
Rendah (PDPLI SR)
Kod : EDUP2053 Semester / Tahun : Semester 2 Tahun 1

Nama Kursus : Ambilan : Ambilan Jun 2017


Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan :
BCNB/PAKK
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Projek 26 DISEMBER 2017 19 MAC 2018
2. Penulisan Esei 8 FEB 2018 19 MAC 2018

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan konsep-konsep dan peranan teknologi dan media untuk pengajaran dan
pembelajaran. (C2, A4, LO1)
2. Merancang penggunaan teknologi dan media berdasarkan model reka bentuk pengajaran
yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. (C6, A5, LO3,
CTPS4)
3. Mengaplikasikan multimedia interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran. (C5, A5, P7,
LO3, CTPS5)
4. Menghasilkan media pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dengan
merujuk pelbagai sumber bagi memenuhi peluang pasaran. (C6, A3, LO2, LO6, LO7, LL3,
KK1)

Kerja kursus ini dilaksanakan bagi menilai hasil pembelajaran 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:
1. Mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran berupa objek pembelajaran (LO) bagi
satu topik opsyen kursus dengan menggabung kemahiran multimedia (visual, audio,
video) dan teknologi maklumat. (CLO4)
2. Menilai kesesuaian dan keberkesanan objek pembelajaran (LO) yang dihasilkan dengan
menggunakan instrumen penilaian yang telah ditetapkan. (CLO3)

.
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1: Projek - Objek Pembelajaran (40%).

Objek pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sesuai bagi


kaedah pembelajaran secara dalam talian dan luar talian. Ia merupakan sumber,
biasanya dalam bentuk digital atau berasaskan web yang digunakan untuk
menyokong pembelajaran. Objek pembelajaran yang baik dapat membawa sesuatu
konsep pelajaran dalam kehidupan harian kepada pelajar. Pelajar dapat melihat
sesuatu pengajaran dalam konteks yang menyeluruh dan lebih mudah memahami
berbanding mendengar guru menyampaikan PdP secara lisan. Dengan kemudahan
teknologi yang ada pada masa kini menjadikan pembinaan objek pembelajaran
lebih mudah dan bermanfaat berbanding penyediaan bahan pengajaran yang lain.
Objek pembelajaran mestilah ringkas, boleh diguna semula dan bersifat kendiri.

Tugas anda ialah menghasilkan satu objek pembelajaran (LO) berasaskan web
yang sesuai untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi satu topik
mata pelajaran sekolah rendah.

TUGASAN 2: Penulisan Esei (700 perkataan) (30%)

Anda dikehendaki menghasilkan penulisan ilmiah dapatan penilaian kesesuaian


dan keberkesanan objek pembelajaran (LO) yang dihasilkan.

Bincangkan sejauh mana objek pembelajaran (LO) yang dihasilkan dapat


membantu sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Gunakan instrumen penilaian
yang telah ditetapkan bagi menyokong dapatan anda

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

A. Tugasan 1: Penghasilan Objek Pembelajaran


1. Isi kandungan objek pembelajaran (LO) dipilih daripada opsyen kursus
(major/minor).
2. Penggunaan elemen seperti visual, audio, video dan animasi adalah diwajibkan.
3. Elemen dalam (no. 2) di atas yang bukan ciptaan anda haruslah dinyatakan
sumber asalnya dengan jelas.
4. Penghasilan objek pembelajaran hendaklah yang asli, kreatif, berkualiti dan jelas.
5. Pemilihan i-Devices perlulah sesuai dengan objektif pembelajaran
6. Pemilihan elemen-elemen multimedia yang sesuai perlu diteliti.
7. Pembinaan objek pembelajaran (LO) dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
jelas, berkesan dan mengikut urutan yang betul.
8. Nyatakan metadata yang jelas dalam objek pembelajaran.
9. Sediakan hasil tugasan ini dalam bentuk hardcopy dan softcopy (dalam
CD/DVD) dan lengkapkan perkara-perkara berikut iaitu nama anda, No K/P, kelas
dan nama pensyarah pada bahan tugasan yang dihantar.
10. Semua bahan objek pembelajaran (LO) hendaklah dipakej dengan baik dan
kemas.
11. Tugasan dalam CD/DVD diletak dalam sampul surat yang digamkan di bahagian
lampiran tugasan
12. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
B. Tugasan 2: Penulisan Esei
1. Penulisan akademik ini perlu dihasilkan dalam 700 patah perkataan.
2. Perbincangan perlulah mengandungi pro dan kontra bagaimana objek
pembelajaran (LO) yang dihasilkan dapat membantu sesuatu pengajaran dan
pembelajaran
3. Setiap fakta yang diberikan perlulah mempunyai rujukan yang relevan.
4. Penghuraian fakta perlu mengambil kira keberkesanan dan terdapat unsur
pemikiran logik.
5. Aplikasikan Peraturan Penulisan gaya APA.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

AM
1. Muka depan salinan bercetak, maklumat perlu merangkumi
i. Nama pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No Kad Pengenalan
iv. Unit
v. Kod dan nama Kursus
vi. Tajuk tugasan / penulisan
vii. Nama Pensyarah
viii. Tarikh hantar

2. Setiap tugasan perlulah dihantar berasingan mengikut tarikh yang ditetapkan.


3. Setiap tugasan yang lewat dihantar akan ditolak markah.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Disemak oleh:
Tugasan disediakan oleh:

__________________________ _________________________________
(ABDUL JALIL BIN MOHAMAD) (MOHD MAZNIHAN BIN MOHAMAD NOOR)

Penyelaras Kursus EDUP3053 Pakar Bidang (SME) EDUP3053


Unit Teknologi Pendidikan Unit Teknologi Pendidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur Pahang Darul Makmur
Disahkan oleh:

________________
(ZURAIDA BINTI YUSOF)
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

Anda mungkin juga menyukai