Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkualiti bermula dengan suatu
perancangan yang baik dan teratur. Pelaksanaan perancangan pengajaran yang
berkesan memerlukan para guru yang berkaliber untuk mengaplikasi teori-teori
huraian bahasa dan pemerolehan bahasa yang diintegrasi dengan pendekatan,
kaedah, teknik dan penggunaan bahan yang menarik, mencabar dan bersumberkan
TMK. Dalam penulisan ini, penulis akan menghuraikan teori huraian bahasa dan
pemerolehan bahasa secara ringkas, seterusnya membuat banding beza antara
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Akhir sekali, penulis akan memberi
justifikasi tentang pemilihan strategi didik hibur dan pengintegrasian kecerdasan
pelbagai.

2.0 TEORI HURAIAN BAHASA

Teori huraian bahasa merupakan teori yang menghuraikan ciri-ciri serta fakta tentang
struktur bahasa sejagat yang wujud dalam semua bahasa manusia di dunia ini. Teori
ini membolehkan manusia khususnya ahli pemikir untuk menghuraikan sifat umum
yang terkandung dalam semua bahasa asli manusia dengan melihat sifat dan ciri
yang merentasi semua bahasa.

Teori huraian bahasa terbahagi kepada empat iaitu:

Teori huraian bahasa

Nahu Teori Struktural Transformasi Fungsional


Tradisional (Bloomfield) Generatif (Noam (Haliday)
(Panini) Chomsky)

Teori Nahu Tradisional berasal dari India yang dipelopori oleh Panini. Menurut
teori ini, bahasa ialah ucapan akal fikiran dan perasaan manusia dengan teratur
serta menggunakan alat fonem bagi membunyikan suara. Tambahan lagi, ia

1
mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga diwajibkan untuk mematuhi peraturan
dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap sebagai kesalahan.

Manakala Teori Struktural pula telah muncul pada pertengahan abad ke-20.
Kemunculan teori ini adalah sebagai tentangan terhadap dasar nasional dan kaedah
huraian bahasa yang dilakukan oleh aliran tradisional. Teori ini dipelopori oleh
Leonard Bloomfield (1897-1949). Teori ini menyatakan bahawa bahasa adalah
bersifat sistematik dan mempunyai tatabahasa tersendiri serta hidup dan sentiasa
berubah-ubah. Bahasa juga dinyatakan sebagai satu sistem dan mempunyai
peraturan.

Seterusnya ialah Teori Transformasi Generatif yang telah dipelopori oleh


Noam Chomsky pada tahun 1957 melalui bukunya yang bertajuk Syntactic
Structures. Beliau berpendapat bahawa manusia dilahirkan dengan kemahiran
semula jadi untuk berkomunikasi dalam sistem bahasa. Penutur natif berkebolehan
untuk membentuk dan memahami pertuturan yang baharu. Melalui kebolehan ini,
akan terbentuklah rumus-rumus bahasa secara transformasi yang lengkap
berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu. Ahli tatabahasa generatif percaya
manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan linguistik apabila bertutur
dalam dunia sebenar. Mereka mendakwa kesalahan dalam keupayaan linguistik
tidak berkaitan dengan kajian kecekapan linguistik.

Akhir sekali ialah, Teori Fungsional. Teori ini berkembang pada tahun 1960
hingga 1970 yang dipelopori oleh Halliday dan Wilkins. Teori ini mengkaji bahasa
dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Dalam hal ini, mereka
menganggap bahawa bahasa sebagai alat perhubungan antara masyarakat dan
mementingkan aspek semantik. Oleh itu pengukuhan bahasa boleh berlaku secara
verbal dan bukan verbal. Penggunaan laras bahasa juga dapat menggambarkan
fikiran dan emosi penutur. Dalam pengajaran dan pembelajaran pula, guru
hendaklah melaksanakan aktiviti yang sejajar kepada murid untuk menaakul isi-isi
pelajaran, seperti berbincang dalam kumpulan kecil. Galakkan murid untuk
melibatkan diri dalam permainan bahasa dan berikan latih tubi tentang kefahaman.

2
3.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Teori pemerolehan bahasa berlaku secara berperingkat mengikut tahap
perkembangan otak dan hasil perkembangan fizikal bayi sehingga dewasa. Kanak-
kanak akan belajar sewaktu mereka masih bayi dan seterusnya memperoleh
sesuatu bahasa secara tidak formal dan tanpa disedari, bermula dalam persekitaran
keluarga dan kemudiannya dalam kehidupan bermasyarakat. Pemerolehan bahasa
ini telah dihuraikan oleh beberapa teori pemerolehan bahasa. Antara teori tersebut
ialah:

Behavioris

Teori
Interaksionalis Pemerolehan Mentalis
Bahasa

Kognitif

Teori Behavioris telah dipelopori oleh tiga orang pemikir masyhur iaitu Pavlov,
Skinner, dan Thorndike. Teori ini menjelaskan bahawa sesuatu kemahiran termasuk
bahasa diperoleh melalui persekitaran. Murid-murid teransang dan tertarik untuk
bertutur. Setiap pertuturan yang betul dan tepat diberi ganjaran dan diulang-ulang
hingga menjadi kebiasaan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
bermula dengan tahap yang lebih mudah kemudian beralih kepada tahap yang lebih
sukar. Oleh itu, guru haruslah mengajar lisan terlebih dahulu dan memberi
penekanan terhadap kemahiran lisan. Kemudian baru diikuti dengan kemahiran
menulis. Oleh sebab bahasa merupakan satu tabiat atau kebiasaan, guru perlu
mengutamakan latih tubi. Maksudnya, guru perlu memberi latihan yang mencukupi
kepada murid sehingga mereka berjaya menguasai sesuatu kemahiran bahasa.

3
Seterusnya ialah Teori Kognitif. Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget da
Gestalt yang mana ia menerangkan proses mental yang berperanan untuk
memperoleh bahasa. Khusunya bahasa pertama atau bahasa ibunda. Kanak-kanak
mempunyai kemahiran khusunya untuk mendengar, mentafsir bunyi-bunyi bahasa
yang didengar. Kanak-kanak juga akan memeroleh bahasa pertama dalam tempoh
yang singkat iaitu 4 hingga 5 tahun. Teori ini juga menerangkan bahawa kanak-
kanak belajar berdasarkan konsep cuba jaya. Maksudnya, murid-murid akan diberi
peluang untuk cuba menjawab soalan sehingga mereka berjaya.

Manakala Teori Mentalis pula dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut beliau,
kanak-kanak dilairkan dengan kebolehan Language Acquisition Device (LAD).
Kanak-kanak mendengar bahasa di persekitaran mereka. Berdasarkan situasi
sebenar, mereka mendengar, menganalisis, membentuk konsep dan rumus
tatabahasa. Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut beliau lagi, kanak-
kanak mula bertutur dalam bahasa pertamanya pada umur 18 bulan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya mampu menguasai bahasa
dengan sempurna kerana mereka memunyai LAD.

Akhir sekali ialah Teori Interaksionalis. Teori ini dipelopori oleh Halliday yang
mana ia menganggap bahawa bahasa merupakan hasil interaksi antara kemampuan
mental dan mental. Kanak-kanak mendapat bahasa kerana keperluannya untuk
berinteraksi dengan ahli keluarga dan masyarakat. Teori ini banyak memberi
penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna. Dalam
proses pengajaran bahasa, penyampaian makna yang tepat sangat penting untuk
berinteraksi di samping struktur bahasa yang betul. Murid juga perlu didedahkan
kepada situasi linguistik untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam
interaksi yang berkesan.

4.0 BANDING BEZA STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, strategi merupakan rancangan yang teratur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam bidang pendidikan secara amnya,
strategi ialah kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang
kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif
pelajaran yang telah difokuskan.

4
Manakala pendekatan menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah
satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
serta mempunyai unsur set aksiomatik (dalam Ahmad Mohd Salleh, 2004). Jack
Richards dan Theodore pada tahun 1986 talah mengemukakan konsep kaedah
sebagai tiga elemen iaiatu pendekatan (andaian), reka bentuk (perhubungan antara
teori, aktiviti dan bahan), dan prosedur (teknik dan praktikal).

Berbeza pula dengan kaedah. Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah


merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur
yang tersusun dengan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
Antara kaedah yang boleh digunapakai dalam pengajaran bahasa ialah:

Kaedah Kaedah
Ajuk Hafaz Linguistik
Kaedah Kaedah Kod
Terus Kognitif

Kaedah Kaedah
Tatabahasa Bahasa
Terjemahan Komunitif

Kaedah
Kaedah Kaedah
Natural
pengajaran Oral-Aural
bahasa

Teknik pula menurut Anthony (1963) dalam Adenan Ayob (2012), teknik ialah
satu muslihat yang digunakan oleh guru untuk mecapai hasil segera yang
memaksimum pada waktu pengajaran bagi bahagian bahasa tertentu. Dalam proses
pengajaran bahasa, guru akan merancang teknik pengajaran berdasarkan kaedah
yang dipilih.

5.0 PENGINTEGRASIAN DIDIK HIBUR DAN KECERDASAN PELBAGAI

Kamus Dewan edisi keempat mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-
hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.
Maksudnya di sini, didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran

5
dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur melalui aktiviti permainan,
nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang. Manakala
kecerdasan pelbagai pula adalah sebuah teoriyang telah diperkenalkan oleh Howard
Gardner yang berkisar kepada lapan kecerdasan (Adenan Ayob, 2012). Howard
Gardner telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk
kanak-kanak biasa dan istimewa, dan beliau telah menemukan suatu kesimpulan
iaitu kecerdasan seseorang itu bukan semata-mata diwarisi, tetapi ia juga
disebabkan pengaruh persekitaran.

Bagi melaksanakan teknik didik hibur dalam pengajaran, seseorang guru itu
perlu terlebih dahulu mengenalpasti ciri-ciri kecerdasan yang terdapat pada murid-
muridnya. Sesetengah murid mungkin mempunyai kecerdasan dari segi kinestetik,
interpersonal, intrapersonal, verbal-linguistik, visual-ruang, naturalis, muzik dan logik-
matematik. Setiap kecerdasan ini akan menimbulkan rasa dan minat yang berbeza
bagi setiap murid. Oleh itu, guru perlu mengenalpasti terlebih dahulu ciri-ciri murid
sebelum melaksanakan teknik didik hibur. Sebagai contoh, jika murid di dalam kelas
itu kebanyakannya gemar kepada nyanyian, suka bersiul atau dengan kata lain,
mempunyai kecerdasan dari segi muzik, maka guru boleh mengaplikasikan teknik
didik hibur secara nyanyian. Pastikan lirik lagunya mempunyai isi pengajaran, dan
juga diselitkan dengan nilai moral yang tinggi. Melalui teknik ini, murid akan merasa
lebih selesa dan dapat menggurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan terhadap
guru. Murid juga akan berada dalam keadaan positif, gembira dan tertunggu-tunggu
untuk melalui sesi pembelajaran hari ini dan berikutnya.

6.0 RUMUSAN
Secara rumusnya, guru bahasa Melayu perlu mengetahui sedikit sebanyak tentang
teori-teori peting yang sesuai bagi tujuan pengajaran. Sebagaimana yang telah
dinyatakan, dalam pengajaran bahasa, terdapat dua teori penting iaitu teori huraian
bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Setiap teori itu mengandungi pecahan empat
teori yang perlu diketahuioleh para guru bahasa. Guru juga perlu mengambil kira
aspek kecerdasan murid kerana setiap murid mempunyai kecerdasan dan minat
yang berbeza. Oleh itu, guru perlu menyesuaikan gaya pengajaran dengan
kecerdasan murid supaya mereka dapat memahami isi pelajaran dengan baik. Maka
dengan itu, teknik pengajaran berunsurkan didik hibur amat sesuai digunakan di
dalam dan di luar bilik darjah.

6
7