Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Konstruktivisme merupakan sesuatu teori pembelajaran iaitu di mana murid mempunyai


sikap dalam membina pengetahuan sendiri dalam sesuatu pembelajaran yang telah dipelajari
semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Setelah murid dapat
membina pengetahuan secara sendiri, murid tersebut akan dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan mahupun dalam situasi yang baru serta dapat mengintegrasikan pengetahuan
ataupun pengalaman baru yang diperolehi tersebut melalui cara berfikir murid secara kreatif dan
kritis (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009).

Menurut Mok Soon Sang (2011) dalam buku yang bertajuk perkembangan kanak-kanak
menyatakan bahawa konsep konstruktivisme ini adalah suatu proses iaitu dalam konteks
pembelajaran, murid sentiasa bergiat aktif dalam memperoleh pengetahuan yang sangat luas
dan tidak hanya bergantung kepada guru semata-mata. Namun, murid dapat berfikir secara
rasional dalam membuat sebarang tindakan serta pengalaman yang telah dirasai oleh murid
ataupun seseorang individu tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Di dalam kelas, kaedah konstruktivisme tersebut telah diguna pakai oleh kebanyakan
guru-guru di sekolah untuk mewujudkan suasana pembelajaran di mana murid tersebut
melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Konsep Konstruktivisme dalam pembelajaran sains dan matematik serta kaitan dengan
teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky

Dalam pembelajaran sains dan matematik, kaedah konstruktivisme ini telah diterapkan
dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. Kaedah konstruktivisme ini merupakan kaedah yang
berpusatkan kepada murid. Kaedah konstruktivisme merupakan suatu kaedah yang berunsurkan
kognitif iaitu yang memerlukan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam memahami
sesuatu topik yang hendak diajar terhadap murid di dalam kelas. Pembelajaran sains dan
matematik ini juga dapat mencabar dan membina pengetahuan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.

Dalam konteks pembelajaran dalam sains yang hendak diajarkan oleh guru kepada
murid, hal ini dapat dilihat melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas. Dalam
pembelajaran sains ini juga, murid-murid mempunyai sifat ingin tahu yang terlalu tinggi dan

1
semua objek yang berada di persekitaran mereka akan menjadi suatu permainan yang menjadi
pembelajaran yang bermakna dalam kehidupan murid tersebut. Menurut Abdul Jalil Othman dan
Bahtiar Omar (2005) menyatakan bahawa dalam kaedah konstruktivisme ini, murid dapat
membina pengetahuan mereka melalui pengalaman sedia ada murid tersebutl Dengan
menggunakan kaedah konstruktivisme dalam pembelajaran sains, ini dapat melibatkan murid
secara aktif sama ada di dalam mahupun di luar kelas melalui pelbagai aktiviti dalam
matapelajaran sains (Vighnarajah, Wong Su Luan & Kamariah Abu Bakar, 2008). Melalui
pembelajaran dalam sains juga, murid-murid dapat meneroka sesuatu yang baru melalui
percubaan dan pemerhatian dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan. Kaedah konstruktivisme
yang diterapkan dalam pembelajaran sains ini sangat penting kepada kanak-kanak untuk mereka
melalui proses inkuiri sains yang dapat memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan
mereka mengikut peringkat. Contohnya, dapat membuat sesuatu pemerhatian ataupun
eksperimen, menanya soalan dan membuat perbandingan secara baik dan teliti.Bukan Itu sahaja,
pembelajaran sains juga sangat mempengaruhi kognitif murid dalam mencari dan menbina
pengetahuan berdasarkan pengalaman sedia ada murid dan dapat diadaptasi dalam pelbagai
situasi sama ada di rumah mahupun di sekolah atas usaha murid itu sendiri.

Hal ini turut sama dalam teori Jean Piaget di mana beliau juga menekankan pembinaan
kognitif adalah berdasarkan peringkat yang bermula daripada pengetahuan sedia ada murid
dalam struktur kognitif yang dikenali sebagai skema kepada struktur kognitif yang melalui proses
adaptasi iaitu dalam proses asimilasi dan akomodasi. Maklumat yang diterima tersebut. Selain
itu, pembelajaran sains ini juga mempunyai hubungkait terhadap teori konstruktivisme sosial yang
dipelopori oleh Lev Vygotsky. Dalam teori Vygotsky ini, kanak-kanak dapat berkomunikasi secara
berkesan semasa melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru di
sekolah dan murid dapat menguasai isi pembelajaran jika berasakan kepada skema serta
pengetahuan sedia ada murid.

Dalam konteks pembelajaran matematik, kaedah konstruktivisme yang telah diterapkan


dalam pembelajaran ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Matapelajaran matematik
merupakan subjek yang memerlukan murid mempelajarinya secara konkrit iaitu murid diberi
peluang oleh guru untuk bermain dengan benda yang membolehkan mereka menyusun serta
mengira. Hal ini kerana, murid menguasai matematik bukan daripada buku kerja semata-mata,
tetapi lebih kepada aktiviti ‘ hands-on’ yang memerlukan murid untuk membina pengetahuan
tentang konsep matematik serta mengembangkan kemahiran mereka dalam pembelajaran
matematik tersebut untuk diaplikasikan kepada kehidupan yang sebenar.

2
Menurut Mahmud Yahya (2001), untuk mengajar matematik kepada murid-murid, guru
haruslah dapat menyesuaikan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat dan perhatian murid yang
lemah dalam penguasaan matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dalam pembelajaran matematik ini juga, murid-murid juga dapat membina pengetahuan dan
pengalaman awal dalam konsep matematik dalam membina asas kepada pemikiran matematik
pada peringkat yang tinggi. Hal ini kerana, pembelajaran matematik yang menggunakan
pendekatan konstruktivisme ini memerlukan murid untuk menyelesaikan masalah dan
memerlukan ketelitian yang tepat dalam menyeslesaikan sesuatu.

Pembelajaran matematik yang menggunakan kaedah konstruktivisme ini mempunyai


banyak kelebihan yang memberi impak yang berkesan kepada murid-murid. Impak tersebut dapat
mempengaruhi cara murid untuk berfikir, lebih memahami dan lebih ingat semasa melibatkan diri
dalam sesuatu aktiviti di dalam kelas tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).
Tambahan pula, pembelajaran matematik berasaskan kepada kaedah konstruktivisme yang
diterapkan juga dapat membiasakan murid dengan menggunakan pemikiran matematik dalam
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian yang konkrit membantu membina keyakinan
murid dalam kemahiran matematik yang amat berguna kepada mereka di masa akan datang
kelak.

Pembelajaran matematik berasaskan konstruktivisme ini juga mempunyai hubungkait


terhadap teori Jean Piaget iaitu menekankan pembelajaran secara aktif dan autentik. Hal ini
kerana, pembelajaran matematik juga memerlukan murid untuk berfikir untuk mendapatkan
maklumat dan mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian murid. Dengan ini, proses kognitif
murid berlaku dan dapat melahirkan fikiran-fikiran yang rasional dan bernas terhadap seuatu.
Begitu juga halnya dengan teori Lev Vygotsky iaitu menekankan tentang zon perkembangan
terdekat (ZPD) di mana murid mempelajari sesuatu untuk memperolehi pengetahuan dan diukur
berdasarkan keupayaannya menyelesaikan masalah secara sendirian dengan aras potensi
perkembangan yang boleh dicapai oleh murid serta persekitaran sosial di mana proses
pembelajaran berlaku secara interaktif untuk merangsang pemindahan pengetahuan tersebut
kepada situasi yang baru.

Kesimpulannya, pembelajaran sains dan matematik yang menggunakan kaedah


konstruktivisme banyak memberi manfaat kepada murid dan boleh diintegrasikan antara satu
sama lain kerana kaedah ini bukan sahaja berpusatkan kepada murid malah dapat melahirkan
murid yang dapat berfikir secara KBAT. Dengan ini, guru haruslah memainkan peranan yang
penting dalam mengajar matapelajaran sains dan matematik ini berdasarkan kepada pendekatan

3
konstruktivisme yang dapat memberi keseronokkan dalam aktiviti ataupun dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seterusnya dapat melahirkan generasi yang mampu
berdaya saing di persada dunia dan memajukan negara kita suatu hari kelak.

Anda mungkin juga menyukai