Anda di halaman 1dari 5

Bil AGENDA TEKS

1 Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat En. Mohd Zaid


jemputan dan bin Abdul Rahman (Pengerusi Sekretariat Pendidikan
ibu bapa Parlimen Pagoh) dengan diiringi En. Hamidan bin Nong
(Yang Dipertua PIBG SK Jorak), Pn. Rashidah binti
Ibrahim (Guru Besar SK Jorak), Guru-Guru Penolong
Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Jorak.

2 Nyanyian Lagu Sidang Hadirin yang dihormati,


Negeri Johor Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
dan Lagu menyanyikan lagu negeri Johor dan lagu Negaraku.
Negaraku ……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

3 Kata Alu-aluan INDAH BERBALAM SI BINTANG KEJORA


Pengacara POHON LANGSAT BERWARNA SUASA
Majlis SALAM DISEMBAH MEMULAKAN ACARA
MOHON KEBERKATAN PADA YANG ESA

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berhormat En. Mohd Zaid bin Abdul Rahman


(Pengerusi Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh)

Yang Dihormati En. Hamidan bin Nong (Yang Dipertua


PIBG Jorak),

Yang Berusaha Pn. Rashidah binti Ibrahim (Guru Besar),

Barisan Guru Penolong Kanan SK Jorak,

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG,

Barisan guru,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
selamat petang.
Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan izin
serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 tahun 2017 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Jorak, turut sama


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang
Berhormat En. Mohd Zaid bin Abdul Rahman (Pengerusi
Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh) kerana sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

4 Bacaan Doa Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah
tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Rizal bin Sulehan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Rizal bin


Sulehan atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset
yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang
pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang
semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru


dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid
yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

5 Ucapan Alu- Seterusnya, majlis menjemput Yang Berusaha Pn.


aluan oleh Guru Rashidah binti Ibrahim (Guru Besar) untuk menyampaikan
Besar ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berusaha Pn. Rashidah binti Ibrahim (Guru Besar) Jamil
atas ucapan alu-aluan itu tadi.
6 Ucapan Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan
Perasmian ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat En.
Parlimen Pagoh Mohd Zaid bin Abdul Rahman (Pengerusi Sekretariat
Pendidikan Parlimen Pagoh) dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 bagi tahun 2017.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Yang Berhormat En. Mohd Zaid bin
Abdul Rahman atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Semoga segala amanat dan ucapan Yang Berhormat itu tadi
dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

7 Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah
Koir SK Jorak sama-sama kita saksikan persembahan koir dari
kumpulan koir Tahun 5 SK Jorak. Dipersilakan..

******************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan koir
sebentar tadi. Untuk makluman hadirin, kumpulan koir
pelajar Tahun 5 SK Jorak telah dibimbing dan dididik oleh 2
orang guru dari SK Jorak, En Azmi Fadzly bin Mahat dan
En Anuar bin Hamzah. Hadirin dan hadirat sekalian,
seterusnya, marilah kita sama-sama menonton
persembahan montaj video 100 Tahun SK Jorak. Majlis
mempersilakan.

******************************
Begitulah tayangan video 100 Tahun SK Jorak yang telah
berlangsung pada 27hb Januari 2017 yang lalu. Tayangan
montaj video itu tadi sentuhan daripada En Azmi Fadzly bin
Mahat dan En As’at bin Shamrin.

8 Majlis Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah


Penyampaian kecemerlangan UPSR Tahun 2016 kepada pelajar UPSR
Anugerah Tahun 2016. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berhormat
Kecemerlangan En. Mohd Zaid bin Abdul Rahman (Pengerusi Sekretariat
UPSR Tahun Pendidikan Parlimen Pagoh), dengan diiringi Pn.
2016. Rashidah binti Ibrahim (Guru Besar) untuk menyampaikan
anugerah tersebut.
Majlis mempersilakan
1) wakil Syarifah Radhiah binti Razlan untuk tampil ke
hadapan mengambil anugerah kecemerlangan, dipersilakan.
Beliau telahpun meraih keputusan 5A 1B dalam peperiksaan
UPSR Tahun 2016. Kini, beliau melanjutkan pelajaran di
Sekolah Menengah Sains Muar, Tangkak
2) wakil Nur Fatini binti Rahmat, beliau telahpun meraih
keputusan 4A 2B dalam peperiksaan UPSR Tahun 2016.
Kini, beliau juga telah melanjutkan pelajaran di Sekolah
Menengah Sains Muar, Tangkak
3) wakil Muhammad Nur Aiman binTunin, beliau telahpun
meraih keputusan 3A 3B dalam peperiksaan UPSR Tahun
2016. Kini, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah
Sains Mara Bakri, Muar.
4) Muhammad Aiman Hakimi bin Amrun, beliau telahpun
meraih keputusan 3A 3B dalam peperiksaan UPSR Tahun
2016. Kini, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Pasir, Muar.

9 Majlis Seterusnya, penyampaian penghargaan sempena 100


Penghargaan Tahun SK Jorak.
Sempena 100 Dipersilakan:-
Tahun SK Jorak 1) En Hamidan bin Nong (YDP PIBG SK JORAK)
2) En Mohd Abdul Wahab bin Md Dan (Ketua Kampung
Jorak)
3) En Adnan bin Yunus (Ketua Kampung Padang Lalang)

10 Majlis Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati


Penyampaian kepada AJK PIBG sesi 2015/2016. Untuk itu, majlis
Cenderahati menjemput sekali lagi Yang Berhormat En. Mohd Zaid bin
AJK PIBG sesi Abdul Rahman (Pengerusi Sekretariat Pendidikan
2015/2016 Parlimen Pagoh), dengan diiringi Pn. Rashidah binti
Ibrahim (Guru Besar) untuk menyampaikan cenderahati
tersebut.

Dipersilakan....

En Hamidan bin Nong – YDP PIBG


En. Roslan bin Pet – NYDP PIBG
Pn. Asmahani binti Marsam – Setiausaha
En. Anuar bin Hamzah – Bendahari

AJK PIBG SK Jorak Sesi 2015/ 2016


Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat En. Mohd
Zaid bin Abdul Rahman kerana sudi menyampaikan
anugerah dan cenderamata.

11 Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka


selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-42 bagi tahun 2017.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili AJK PIBG dan SK Jorak, merakamkan


penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat En.
Mohd Zaid bin Abdul Rahman atas kesudian meluangkan
masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-42 bagi tahun 2017. Tidak dilupakan juga
kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan
sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..

Seterusnya, kami serahkan kepada Pn. Asmahani binti


Marsam, Setiausaha PIBG SK Jorak, untuk meneruskan
agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 bagi tahun 2017.

Anda mungkin juga menyukai