Anda di halaman 1dari 7

Tajuk: Perkaitan Wacana dengan Emosi Pengguna Suntil dalam kalangan Wanita

Pengenalan

Suntil ialah tembakau yang digulikan dan diletak di antara dua bibir dalam kalangan penduduk

asli Sabah, terutama kaum wanita yang tinggal di luar bandar. Perbuatan menyuntil biasa

diamalkan oleh golongan tua dan muda. Menurut Masidi Manjun (2015) melalui Twitter, gambar

di bawah ialah “wanita muda suku kaum Dusun Ranau menikmati “sinni” atau “suntil”,

tembakau yang dipasang di bibir setelah dikunyah.”

Masyarakat Dusun amat biasa melihat suasana menyuntil seperti dalam gambar ini. Sebaliknya,

masyarakat luar tentu hairan dan tertanya-tanya mengapa mereka ini suka menyuntil kerana guli

tembakau yang berada di antara dua bibir itu kelihatan pelik atau lucu. Bagaimanakah mereka

mengendalikan tautan pertuturan dengan keadaan sedemikian? Sehubungan dengan itu,

penyelidikan cuba meneliti perkaitan wacana dengan emosi pengguna suntil.

1
Pernyataan Masalah

Setakat ini belum ada satu penyelidikan yang dijalankan tentang Perkaitan Wacana dengan

Emosi Pengguna Suntil dalam kalangan Wanita. Oleh itu, penyelidik menghadapi kesukaran

untuk mencari sorotan kajian yang berkaitan dengannya. Sebagai sokongan, hasil penelitian

Halim & Binti (2013) mendapati subjek kajian yang memiliki kebiasaan merokok, reaksi emosi

yang positif sebelum merokok menurun selepas ketagihan rokok. Alasan sosial diberi sebagai

alasan psikologi untuk merokok. Dengan mengambil kira dapatan kajian mereka, penyelidik

menjangka pengguna suntil dalam kalangan wanita di Sabah turut ketagihan suntil. Walau

bagaimanapun, belum dapat ditentukan emosi mereka menurun selepas ketagihan suntil.

Apa yang menjadi tanda tanya ialah “bagaimanakah mereka mengendalikan tautan pertuturan

dengan keadaan guli tembakau berada di antara dua bibir?” Pertuturan merupakan suatu bentuk

aktiviti kerjasama yang berupa interaksi komunikatif. Ada kemungkinan interaksi verbal antara

pengguna suntil dengan orang lain tidak berlangsung secara tertib dan teratur disebabkan tingkah

laku ketagihannya menguli tembakau dan wacana yang menyimpang dari aspek bunyi. Seorang

penutur dalam melakukan pertuturan sebaiknya memenuhi kaedah dalam percakapan, agar

maksudnya mudah difahami oleh mitra tutur atau pendengar. Namun demikian, sengaja atau

tidak sengaja pengguna suntil melanggar kaedah tersebut. Hal ini menimbulkan sesuatu yang

implisit dalam penggunaan bahasa.

2
Kepentingan Kajian

Ketagihan ialah kecenderungan yang memberikan kewujudan manusia kekuatan dan misteri.

Ketagihan mempunyai kaitan dengan kejayaan pengabdian dan kengerian paksaan. Ketagihan

perlu dihadapi dengan sekuat daya, jika mereka yang terbabit mahu mengenali diri unggul

(Alexander & Schweighofer, 1988). Penyelidik belajar untuk menggali lebih jauh teknik in-depth

interview pada penelitian kualitatif. Bagi masyarakat hendaknya tidak memandang remeh

kesihatan dan mulai menyedari bahawa tingkah laku mereka dapat pula ditiru oleh anak-anak

kecil di sekeliling mereka. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Leech(1983), percakapan ialah

interaksi verbal yang berlangsung secara tertib guna mencapai tujuan tertentu. Dalam pada itu,

proses interpretasi makna berdasarkan situasi dan konteks dapat memahami makna yang tersirat

dalam tuturan pengguna suntil.

Secara fizikal, lelaki dan wanita memiliki banyak perbezaan, begitu juga dalam berbahasa.

Menurut Holmes (1995), di dalam suatu komuniti terdapat perbezaan bahasa yang digunakan

oleh lelaki dan wanita. Perbezaan itu terlihat nyata bahkan diturunkan ke generasi berikutnya.

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pelanggaran hukum wacana sehingga menyebabkan

terjadi perbezaan percakapan dan emosi pengguna suntil dengan mereka yang normal.

3
Objektif Penyelidikan

1. Mengenal pasti 9 kategori pengguna suntil menurut konsep Teori Emosi.

2. Menerangkan analisis tekstual rakaman perbualan pengguna suntil mengikut kategori

masing-masing.

3. Meneliti perkaitan wacana dengan emosi pengguna suntil.

Metodologi

Kajian ini akan dijalankan di sebuah negeri di Sabah Malaysia: Peserta berasal

daripada kawasan luar bandar di Sabah tetapi kini ramai daripada mereka telah berhijrah

ke kawasan bandar. Peserta kajian terdiri daripada 35 orang wanita. Pemilihan peserta

kajian ini dilakukan melalui tiga kaedah iaitu dengan mendapatkan kerjasama daripada

pertubuhan bukan kerajaan (NGO), melalui jaringan kenalan penyelidik dan teknik

snowballing. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif sepenuhnya dengan menggunakan

kaedah penyelidikan naratif (Jovchelovitch & Bauer 2000; Creswell 2007) yang

meneroka kisah hidup peserta kajian. Peserta akan ditemubual sebanyak dua kali

dalam tempoh 6 bulan untuk memahami kehidupan mereka berhubung dengan

pengalaman penggunaan suntil dalam kehidupan. Jarak tempoh masa di antara tembubual

yang pertama dan kedua adalah 3 hingga 6 bulan. Temubual dilakukan sebanyak dua

kali bagi memberi ruang kepada peserta kajian untuk menceritakan pengalaman yang

lebih sensitif atau perkembangan diri mereka dalam temubual kedua. Ia juga membantu

penyelidik untuk meneroka dengan lebih mendalam akan isu-isu yang ditimbulkan oleh

4
peserta kajian dalam temubual pertama selaras dengan pendekatan naratif yang digunakan

dalam penyelidikan ini. Peserta penyelidikan ditemubual dalam persekitaran yang kondusif

mengikut kesesuaian mereka seperti di rumah peserta penyelidikan atau ditempat kerja

semasa rehat. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan analisis tema

dan disusun dengan menggunakan perisian komputer iaitu QSR NVivo 9 (Bazeley

2007; Creswell 2007; Gibbs 2011). Proses analisis data bermula dengan melakukan

transkripsi bagi semua temubual yang telah dijalankan dengan peserta kajian.

Kesemua dokumen transkripsi tersebut akan diimport ke dalam perisian QSR NVivo

9 dan penyelidik membaca beberapa kali transkripsi temubual tersebut bagi mendapatkan

gambaran struktur dan isi kandungan naratif penceritaan peserta penyelidikan. Selepas

beberapa kali pembacaan transkripsi tersebut, penyelidik telah membina satu senarai

kod/kategori dalam sistem NVivo 9. Beberapa kod digabungkan dengan kod lain,

dibuang atau dinamakan semula selepas memeriksa semula transkrip beberapa kali.

Proses pengkodan ini membenarkan penyelidik untuk membangunkan analisis tematik

yang akhirnya muncul sebagai tema utama.

Teori Kajian

Penyelidik menggunakan Teori Emosi untuk mengenal pasti 9 kategori pengguna suntil. Di

samping itu, Teori Wacana digunakan untuk meneliti perkaitan antara penggunaan bahasa

dengan amalan menyuntil dalam kalangan wanita di Sabah.

5
Menurut konsep Teori Wacana Eva Friman (2012), kita melihat dunia melalui kabus minda.

Dengan yang demikian, soalan yang sering timbul bukanlah apa yang benar, tetapi apa yang

ditakrifkan sebagai benar. Apa yang benar bukan lagi menjadi satu isu, sebaliknya, satu

perspektif yang terikat pada hidup. Wacana membina alam, atau lebih tepat pelbagai versi alam.

Versi alam sebegini diakses sebagai wacana, berpinar dan dipersetujui dalam konteks yang

diberikan; iaitu realiti sosial. Wacana cenderung untuk berfungsi melalui perspektif binaan

sendiri, dianggap sebagai semula jadi dan tidak dapat dikesampingkan. Berdasarkan Pendekatan

konstruktivisme sosial, dikatakan bahawa tidak ada realiti yang bebas; semua pengetahuan dibina

secara sosial; kita berfikir melalui kabus minda dan tidak mungkin untuk memisahkan bahasa

dan intipati / realiti.

Analisis Wacana yang dipilih oleh penyelidik: Pelaku dan Motifnya. Andaiannya ialah apa yang

penting bagi pelaku yang penting (untuk perkembangan/perubahan), dan bagaimana mereka

berfungsi (Ontologi pelaku). Penelitian terhadap pelaku akan menghasilkan semula wacana.

Ketagihan ialah kecenderungan yang memberikan kewujudan manusia kekuatan dan misteri.

Ketagihan mempunyai kaitan dengan kejayaan pengabdian dan kengerian paksaan. Ketagihan

perlu dihadapi dengan sekuat daya, jika mereka yang terbabit mahu mengenali diri unggul

(Alexander & Schweighofer, 1988).

6
Rujukan:
Alexander, B.K., & Schweighofer, A.R.F. (1988). Behavioural Addictions, The Canadian
Journal of Psychology, 29, 151-163.
Eva Friman. (2012). Language, power, and meaning – on discourses and discourse analysis.
http://cemusstudent.se/wp-content/uploads/2012/03/Friman-Discourses-MSD-2012.pdf
Halim, A., & binti, N. A. (2013). Faktor-Faktor Psikologis yang Menentukan Perilaku
Merokok pada Mahasiswi Kedokteran di Universitas Hasanuddin tahun 2013 (Doctoral
dissertation).
Holmes, Janet. (1995). Women, men & politeness. London: Longman.
Leech, Geoffrey. (1983). Linguistic Meaning (Vol 1). London: Routledge & Kegan Paul.

Anda mungkin juga menyukai