Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA

21700 KUALA BERANG


TERENGGANU
Tel: 09 6811884
_______________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKT/HT 600-8/1/1(2)
Tarikh : 14 FEBRUARI 2018
Kepada,
Guru-guru Matapelajaran Tahun 6,
Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6,

Tuan/Puan,

PERJUMPAAN IBU BAPA / PENJAGA MURID-MURID TAHUN 6

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan perjumpaan ibu
bapa / penjaga untuk semua murid tahun 6 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Februari 2018 (Khamis)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SK Telaga
Pengerusi : Guru Besar, SK Telaga

3. Objektif program ini diadakan adalah untuk membincangkan perkara-perkara berikut:


3.1 Ucapan Aluan Guru Besar
3.2 Sekilas Pencapaian UPSR 2017 dan Keputusan Peperiksaan TOV
3.3 Perancangan Program Murid Tahun 6 2018
3.4 Bajet dan Penetapan Dana UPSR 2018
3.5 Ujian Psikometrik
3.6 “Aku Janji” Murid Tahun 6
3.7 Hal-hal lain
3.8 Penutup

4. Keprihatinan pihak sekolah terhadap kejayaan anak-anak tuan / puan amatlah besar. Dengan itu ,
pihak sekolah amat berbesar hati mengharapkan tuan / puan dapat menyokong dan menghadirkan diri ke
sekolah demi kejayaan anak-anak tuan puan di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.


'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA',
Saya yang menurut perintah,

........................................................
( Tuan Haji Raseli bin Ismail )
Guru Besar,
SK Telaga
21700 Kuala Berang,

Anda mungkin juga menyukai