Anda di halaman 1dari 15

TAJUK 7 SESI LATIHAN PENGAJARAN PEMULIHAN PELBAGAI SENARIO

Sinopsis
Tajuk ini membincangkan peranan guru untuk melaksanakan pengajaran pemulihan dalam
pelbagai senario semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.

Hasil pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:
i. Merancang pengajaran pemulihan dalam pelbagai situasi semasa pengajaran Bahasa
Melayu.
ii. Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan Bahasa Melayu mengikut pelbagai situasi
semasa pengajaran Bahasa Melayu

7.1 Perancangan Pengajaran Pemulihan Dalam Kelas Biasa

Guru perlu membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran bahasa yang telah
diajarkan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas supaya murid-
murid tersebut dapat menguasai kemahiran yang diajarkan seperti rakan-rakannya yang
lain. Guru perlu memastikan semua murid mencapai objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan oleh guru dan tiada murid yang ketinggalan atau tercicir dalam menguasai
kemahiran bahasa yang telah diajarkan. Selepas mengesan murid-murid yang tidak
menguasai kemahiran bahasa yang diajarkan melalui penilaian formatif, guru perlu
menjalankan aktiviti pemulihan kepada murid yang berkenaan secara serta merta. Guru
perlu menjalankan pengajaran kepada murid yang berkenaan dengan teknik yang
khusus dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dengan keupayaan murid
yang tidak atau kurang berjaya menguasai kemahiran bahasa yang diajarkan. Dengan
tindakan segera ini, guru dapat membantu murid yang bermasalah dalam sesuatu
kemahiran bahasa untuk menguasai hasil pembelajaran tersebut dengan lebih baik,
jelas, dan betul. Dengan ini murid tersebut akan dibantu untuk menguasai kemahiran
bahasa yang diajar secara langsung dan segera.Jika masalah pembelajaran murid
didapati agak serius, guru boleh membuat pengajaran secara individu selepas kelas
dijalankan atau pada suatu masa yang ditetapkan supaya lebih banyak masa dapat
digunakan untuk membantu murid yang bermasalah dalam kemahiran bahasa yang
diajar.

1
Murid-murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran lisan, bacaan dan
kefahaman, atau menulis, perlu diberikan pengajaran dan pembelajaran berbentuk
konkrit dan penggunaan dalam situasi sebenar. Aktiviti pemulihan akan membantu
murid-murid mempelajari kemahiran bahasa dengan cara yang lebih mudah dan secara
khusus daripada guru mereka. Guru juga dapat meningkatkan keyakinan murid-murid
tersebut kerana mereka dapat menguasai kemahiran bahasa yang dipelajari dalam
kelas sama seperti yang dikuasai oleh rakan-rakan mereka dalam kelas. Dengan ini
mereka akan lebih bermotivasi dan aktif dalam pembelajaran untuk seiring dengan
rakan-rakan mereka yang lain.

Proses pengajaran pemulihan dalam kelas dijalankan mengikut langkah-langkah yang


tertentu. Setiap langkah menyokong proses pemulihan dijalankan dengan teratur.
Menurut Jamilah (1999), pemulihan boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah
JARLIN iaitu Jejak, Rancang, Laksana, Nilai.

Guru perlu mengenal pasti masalah murid dalam kemahiran bahasa yang dipelajari dan
mengesan punca masalah tersebut. Proses JEJAK ini sangat penting supaya guru jelas
aktiviti tambahan yang perlu dijalankan untuk membantu murid mencapai penguasaan
pembelajaran bahasa dengan jelas, betul dan mudah. Selepas mengetahui aspek
masalah dan punca masalah, guru perlu RANCANG pengajaran pemulihan dengan
membina aktiviti pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-murid berkenaan dari
segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta proses menilai. Setelah
dibuat perancangan, guru akan LAKSANA aktiviti tambahan secara khusus itu kepada
murid-murid yang berkenaan mengikut proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Setelah dilaksanakan pengajaran aspek kemahiran bahasa tersebut, guru perlu
membuat penilaian hasil pengajarannya atau NILAI untuk mengetahui pencapaian
objektif pengajaran dan pembelajaran murid dalam aktiviti pemulihan.

Pemulihan dalam kelas biasa dijalankan apabila guru dapat mengesan murid-murid
yang tertentu tidak dapat menguasai hasil pembelajaran dengan baik. Selepas guru
membuat penilaian formatif dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa,
guru dapat mengesan murid yang tidak menguasai kemahiran yang diajarkan dengan
baik. guru menyediakan aktiviti tambahan yang khusus bagi murid-murid yang tidak

2
mencapai objektif seperti yang ditetapkan. Kebiasaannya, guru sudah dapat mengenali
murid-murid yang lambat dan bermasalah menguasai kemahiran bahasa dalam
pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. Oleh itu, guru dapat menyediakan aktiviti
tambahan dan bahan bantuan belajar yang lebih mudah dan berkesan, untuk membantu
murid menguasai sesuatu kemahiran bahasa tersebut. Aktiviti tambahan untuk murid
bermasalah dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran
dijalankan semasa murid pencapaian normal membuat latihan aktiviti pembelajaran. Ini
bermakna pemulihan dijalankan secara terus dan serta merta semasa pengajaran dan
pembelajaran. Pemulihan boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau kumpulan
kecil.

7.2 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Lisan

Apabila guru menjalankan aktiviti pembentukan sesuatu kemahiran lisan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di kelas, guru perlu mengesan dengan jelas dan tepat
murid-murid yang berjaya menguasai dan yang tidak atau kurang menguasai kemahiran
tersebut. Guru perlu membuat penilaian yang tepat mengikut kriteria dan ciri-ciri yang
betul bagi setiap aktiviti lisan yang diajarkan apabila murid membuat persembahan.
Melalui maklumat tersebut, guru membuat pemulihan kepada murid yang kurang atau
tidak menguasai kemahiran lisan tersebut. Contohnya murid tidak boleh bercerita
dengan lancar dan tersusun. Guru menyediakan gambar bersiri dan meminta murid
bercerita berdasarkan gambar tersebut. Cara lain, guru boleh menggunakan rajah atau
carta alir, dan kad perkataan dan meminta murid bercerita berdasarkan kad perkataan
dan carta alir cerita.

Sila lihat Hasil Pembelajaran 1.0 hingga 4.0 dalam KBSR dan Standard Kandungan 1.0
dalam KSSR. Rancangkan aktiviti dan bahan bantu belajar yang sesuai dan berkesan
bagi murid-murid yang tidak dapat menguasai semua kemahiran tersebut.

7.3 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Membaca

3
Penguasaan kemahiran membaca adalah sangat penting bagi setiap murid. Murid perlu
membaca dan memahami bahan yang dibaca dengan jelas dan betul. Apabila guru
menjalankan pengajaran membaca secara mekanis, guru perlu memastikan murid yang
dapat membaca dengan lancar, sebutan yang betul, intonasi yang sesuai dan mengikut
tanda baca yang betul. Bagi murid yang tidak menguasai bacaan mekanis yang baik,
guru hendaklah menjalankan pemulihan kepada murid tersebut dengan mengadakan
aktiviti khusus untuk murid tersebut seperti membaca perkataan-perkataan atau
beberapa ayat yang disediakan oleh guru. Pengajaran ini boleh dijalankan secara
individu atau berpasangan.

Pemulihan bacaan dan kefahaman boleh dijalankan oleh guru di kelas kepada murid
yang bermasalah untuk memahami maklumat yang dibaca. Guru boleh menggunakan
soalan-soalan yang memandu murid untuk mengesan maklumat penting dalam sesuatu
perenggan. Dengan aktiviti berfokus seperti ini, murid dibimbing cara mengesan isi
penting atau maklumat yang betul tentang petikan.Guru juga boleh membantu murid
mengesan maklumat dengan cara membantu murid mengesan ayat topik dalam
perenggan.

Lihat Hasil pembelajaran 5.0 hingga 7.0 dalam KBSR dan SK 2.0 dalam KSSR. Lihat
dan kaji kemahiran bacaan dan kefahaman yang sukar dikuasai oleh murid. Cadangkan
teknik dan bahan bantu belajar yang berkesan untuk membantu murid yang lemah
dalam penguasaan kemahiran tersebut.

7.4 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang rumit untuk dikuasai oleh sebahagian
murid. Selain perlu mengingati bentuk huruf yang betul, cara menulis yang betul, tulisan
yang kemas dan tulisan yang seragam atau bentuk sekata, murid juga bermasalah
untuk melahirkan idea dan menulis karangan mengikut genre penulisan yang baik. Guru
perlu memastikan penguasaan kemahiran tulisan mekanis murid adalah baik terlebih
dahulu supaya murid tidak bermasalah untuk menguasai penulisan produktif.
Contohnya, guru boleh membetulkan tulisan mekanis yang tidak betul dengan meminta
murid menulis menggunakan buku garis tiga. Bagi murid yang bermasalah dalam
menulis perkataan dengan betul, guru boleh menjalankan aktiviti imlak atau
melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul.

4
Lihat Hasil Pembelajaran 8.0 hingga 11.0 dalam KBSR dan Standard Kandungan 3.0
dalam KSSR. Kemahiran yang manakah sukar dikuasai oleh murid? Apakah punca
masalah murid menguasai kemahiran tersebut? Jika guru dapat mengesan punca
masalah tersebut, guru boleh membantu murid tersebut mengatasi masalah itu dengan
lebih jelas. Contohnya, murid bermasalah dalam membina ayat yang betul dari segi
susunan. Guru boleh membuat aktiviti khusus kepada murid yang bermasalah dalam
menulis ayat yang betul dengan menggunakan rajah tukar ganti bahagian subjek atau
bahagian predikat ayat. Cara lain, guru boleh menyediakan aktiviti melengkapkan ayat
sama ada bahagian subjek atau bahagian predikat.

Aktiviti

Rancang satu aktiviti pemulihan bagi murid yang tidak menguasai kemahiran
melaporkan apa yang dilihat atau didengar.

TAJUK 8 PENILAIAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

Sinopsis

5
Tajuk ini menghuraikan kaedah yang digunakan untuk menilai pencapaian murid pemulihan
setelah aktiviti pemulihan diadakan. Berdasarkan penilaian tersebut, guru perlu menyimpan
rekod sebagai bahan rujukan pihak-pihak yang berkenaan. Hasil daripada penilaian, tindakan
susulan akan diambil untuk membolehkan murid meneruskan pembelajaran yang seterusnya.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:
i. Menghuraikan kaedah penilaian pendidikan pemulihan
ii. Menjelaskan proses penyimpanan rekod
iii. Menjalankan tindakan susulan terhadap murid

8.1 Takrifan Penilaian

Stufflebeam et. al. (1971: xxv) mentakrifkan “penilaian” sebagai the process of
delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses
untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang
seterusnya digunakan ketika membuat keputusan.

8.2 Penilaian Pengajaran Pendidikan Pemulihan


8.2.1 Kaedah Penilaian
Guru boleh menjalankan penilaian terhadap murid pemulihan melalui tiga cara:

a. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid


Guru membuat pemerhatian terhadap perlakuan, sikap dan keupayaan
murid semasa murid melakukan aktiviti pemulihan yang diberikan. Guru
dapat mengesan dan mengenal pasti sama ada murid dapat memahami
dan melaksanakan aktiviti yang diberikan dengan baik atau masih gagal
untuk mengatasi kelemahan dalam sesuatu kemahiran bahasa.

b. Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru


Guru boleh menilai pencapaian murid melalui kaedah soal jawab dengan
murid pemulihan selepas guru mengajar untuk mendapat maklum balas
sama ada murid dapat memahami pengajaran guru, mampu menjawab
soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

6
c. Pemeriksaan hasil kerja murid selepas aktiviti pemulihan.
Guru menyemak latihan yang telah disiapkan oleh murid pemulihan. Hasil
kerja murid dapat memberi input kepada guru tentang tahap pencapaian
murid pemulihan dalam kemahiran bahasa yang gagal dikuasainya
sebelum aktivti pemulihan diberikan.

8.2.2 Penyimpanan Rekod


Keputusan penilaian yang diperoleh akan direkodkan dalam borang rujukan dan
disimpan di dalam rekod profil murid secara individu untuk membolehkan guru
menganalisis tahap kemajuan dan pencapaian murid pemulihan.

Contoh Borang Rekod Penilaian Aktiviti Pemulihan

Mata pelajaran: Bahasa Melayu


Nama murid: _____________ Tahun: _______________

Punca kelemahan Aktiviti pemulihan


Tarikh Aktiviti Penilaian Laporan
Kekeliruan antara 16.7.2012 I X Dapat membezakan
perbezaan dan bentuk s dan z tetapi
bunyi huruf s dan masih keliru dengan
z bunyinya
19.7.2012 II / Dapat membezakan dan
menyebut bunyi huruf s
dan z dengan tepat

(Ubah suai daripada Mok Soon Sang, 1994)

8.2.3 Tindakan Susulan


Penilaian diadakan untuk membolehkan guru membuat tindakan susulan
terhadap murid pemulihan. Murid bermasalah yang telah berjaya dalam program
pemulihan dapat mengikuti pelajaran baharu dengan murid sekelas yang lain.
Murid yang berjaya dalam program pemulihan juga akan ditempatkan dalam
kumpulan yang sesuai. Murid ini boleh diberikan aktiviti sokongan, pengayaan

7
atau pengukuhan agar kelemahan murid dalam kemahiran yang sama tidak akan
berulang di samping bertujuan untuk memupuk keyakinan diri murid.

Jika hasil penilaian menunjukkan bahawa murid masih tidak berjaya untuk
menguasai kemahiran tersebut, guru perlu menggunakan satu senarai semak
untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang telah dijalankan
sebelum memberikan aktiviti pemulihan yang lain kepada murid yang terlibat,
Sekiranya kegagalan berulang, murid ini perlu dirujuk kepada guru pemuihan
kerana tergolong dalam kes berat dan sukar untuk dipulihkan dalam kelas biasa
oleh guru biasa.

Contoh Senarai Semak


Tanda
Bil Perkara
(/)
Adakah program dirancang berdasarkan punca kelemahan
1
murid?
Adakah program yang disediakan berdasarkan
2
pengalaman dan kebolehan murid?
3 Adakah objektif pengajaran terlalu tinggi?
4 Adakah penggunaan bahan bantu berkesan?
Adakah langkah-langkah mengajar dikembangkan
5
daripada konkrit kepada abstrak?
6 Adakah waktu pengajaran mencukupi?
7 Adakah aktiviti pemulihan itu menarik minat murid?
Adakah aktiviti pembelajaran yang diberikan kepada murid
8
mencukupi?
Adakah latihan diberikan sejajar dengan objektif
9
pengajaran?
10 Adakah latihan itu terlalu sukar?

Aktiviti

Bincangkan aktiviti pemulihan yang akan dilaksanakan untuk lima orang murid
pemulihan dan sediakan borang penilaian untuk menilai pencapaian setiap
murid.
8
9
TAJUK 9 PENDIDIKAN PENGAYAAN

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan konsep, objektif dan prinsip-prinsip pengayaan dalam pengajaran
bahasa Melayu di sekolah rendah. Prinsip pengayaan menjadi panduan guru untuk
meningkatkan pengetahuan murid dan memperkembang bakat dan kreativiti murid.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
i. Menjelaskan konsep dan objektif pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa melayu.
ii. Menghuraikan prinsip-prinsip pengayaan dalam pengajaran bahasa melayu.
iii. Membandingbezakan pendidikan pengayaan dan kreativiti

9.1 Konsep Pendidikan Pengayaan


Kamus Dewan (2007:693) memberikan takrifan pengayaan sebagai perihal (usaha,
proses dan sebagainya seperti peluasan perbendaharaan kata). Pengayaan merupakan
aktiviti tambahan terhadap aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa
sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan Pengayaan melibatkan aktiviti
pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid
mengembangkan potensi yang ada pada diri masing-masing, seperti sifat ingin tahu,
semangat berdikari, kreativiti dan bakat kepimpinan. Aktiviti pengayaan diberikan
kepada murid selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran
asas tertentu. Aktiviti pengayaan juga memberi peluang kepada murid untuk
memperluas pengalaman dan meningkatkan pengetahuan seiring dengan kebolehan
dan minat dalam aspek yang telah dan sedang dipelajari.

Menurut pandangan Ee Ah Meng (1998: 257), program pengayaan ialah suatu


rancangan pembelajaran yang dibentuk untuk murid memperoleh pelbagai pengalaman
serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka.
Melalui program pengayaan, murid dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih
menarik dan menggembirakan di samping dapat memperkembangkan aspek fizikal,

10
emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh (Mok Soon
Sang, 1994: 221).

Pengayaan terkandung Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa


Melayu Sekolah Rendah sebagai unsur dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu yang menekankan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan,
pengayaan, pemulihan dan penilaian.

Pendidikan pengayaan diberikan kepada murid cerdas, iaitu kumpulan murid yang dapat
menguasai pembelajaran lebih awal, murid sederhana yang menguasai pembelajaran
dalam masa yang telah ditetapkan serta murid lambat yang terdiri daripada kumpulan
murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran dalam masa yang ditetapkan.

9.2 Rasional Pendidikan Pengayaan


Pendidikan pengayaan wajar diberikan kepada murid kerana setiap murid mempunyai
perbezaan dari aspek fizikal, emosi, intelek, minat, bakat dan kebolehan. Pendidikan
pengayaan dapat memberi peluang kepada murid untuk mengikuti pembelajaran
berdasarkan keupayaan, minat dan bakat yang dimiliki. Aktiviti pengayaan yang
mencabar intelek mendorong murid untuk berfikir secara kritis dan seterusnya
menghasilkan sesuatu yang kreatif sama ada dalam aktiviti lisan, membaca dan
menulis. Pengayaan juga diharapkan dapat mengembangkan bakat, daya kepimpinan
dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan
dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai.

9.3 Objektif Pendidikan Pengayaan


Objektif pendidikan pengayaan seperti yang berikut:
 Murid dapat menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran
untuk pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran yang diajarkan
guru.
 Murid menjalani aktiviti pembelajaran yang menarik dan lebih mencabar untuk
mempertingkatkan pencapaian mereka.
 Menimbulkan minat murid untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap
berdikari.

11
 Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan aktiviti serta berkeupayaan untuk
menilai hasil kerja sendiri.
 Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan murid.
 Menggunakan masa lapang secara berfaedah dan memenuhi keperluan dan
bakat.
 Meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk pelbagai bahan dan
sumber pengetahuan.

9.4 Prinsip Pendidikan Pengayaan


i. Memberi penekanan pada aktiviti yang bersifat kreatif, interaktif, manipulatif
dan eksperimental.
ii. Murid membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
iii. Menggunakan daya usaha sendiri.
iv. Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan sifat kepimpinan
sosial.
v. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah.
vi. Aktiviti berkaitan objektif kemahiran mata pelajaran bahasa Melayu.
vii. Bahan yang pelbagai – hasilkan sendiri, beli di pasaran
viii. Aktiviti memberi faedah dan menyuburkan potensi murid.
ix. Melibatkan pembacaan luas.
x. Berbentuk tugasan harian/waktu BM, selepas P dan P atau masa
senggang (tugasan projek 3-5 minggu)

9.5 Perbezaan Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti


9.5.1 Ciri-ciri Murid Dalam Kumpulan Pengayaan
Murid Pengayaan mempunyai ciri-ciri yang berikut:
 Menguasai kemahiran 3M serta budaya pemikiran abstrak. Mereka
berkemampuan untuk menganalisis sesuatu untuk membezakan hal yang
penting dengan yang kurang penting, seperti dalam kefahaman dan
penganalisisan teks.
 Mempunyai kelebihan mengkoordinasi pancaindera dengan pemikiran,
pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
 Berupaya menerima konsep-konsep baharu, dapat mengingat kembali,
cerdas serta berpengalaman tentang alam sekeliling.

12
 Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan dapat betindak balas dengan
bebas dan kreatif.
 Berkemampuan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad, mempunyai
tahap kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya mereka
yang lain.

9.5.2 Kreativiti
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan
menghasilkan sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu melalui
kemahiran imaginasi. Parnes (1967) mentakrifkan kreativiti sebagai “... a funtion
of knowledge, imagination and evaluation.” Sehubungan hal itu, guru perlu
menggalakkan murid supaya menggunakan imaginasi untuk mewujudkan
kreativiti. Kreativiti melibatkan:
 Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baharu yang unik dan
menarik.
 Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara
analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan
penyelesaian.
 Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan
teori kepada bentuk aplikasi.

Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama, iaitu
kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Ketiga-tiga potensi ini mesti dipupuk
dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.
Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian yang
dijalankan menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan untuk
memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi
diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Amabile (1983)
mendakwa bahawa sesiapa yang memiliki kebolehan kognitif yang biasa dapat
bercita-cita untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dalam sesuatu bidang.
Cropley (1992) pula menambah bahawa semua pelajar tanpa mengira tahap
kepintaran mereka memiliki kemampuan untuk berfikir secara konvergen dan
divergen. Pemikiran divergen ialah pemikiran yang dikaitkan dengan kreativiti.
Kreativiti murid dapat dipertingkatkan melalui pelbagai pendekatan pengajaran
di dalam bilik darjah, seperti:

13
 Strategi-strategi umum yang hanya melibatkan perubahan dalam stail
pengajaran guru atau pedagogi
 Pendekatan berstruktur yang melibatkan penggunaan teknik-teknik
khusus
 Pendekatan penyelesaian masalah terhadap isi mata pelajaran.

Kreativiti murid dapat dirangsang melalui pengajaran kreatif daripada guru.


Pengajaran kreatif merujuk kepada teknik-teknik pengajaran yang bermatlamat
untuk membantu murid mempelajari sesuatu bahan pengajaran dengan cara
yang membolehkan murid memindahkan segala yang telah dipelajari kepada
masalah baharu yang cuba diselesaikan (Mayer, 1983). Tan (1997)
mencadangkan pendekatan pengajaran yang lebih berpusatkan murid.
Pendekatan ini akan menimbulkan keseronokan, penglibatan di dalam bilik
darjah, konsep kendiri dan bakat murid.

Berasaskan pandangan Cropley (1997), guru berperanan sebagai pemupuk


kreativiti murid melalui usaha-usaha yang berikut:
 Menggalakkan murid belajar secara bebas
 Memotivasikan murid untuk menguasai ilmu pengetahuan sebagai asas
kepada pemikiran divergen.
 Menggalakkan murid berfikir secara fleksibel.
 Menggalakkan murid melakukan penilaian kendiri terhadap idea yang
dikemukakan.
 Memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan tugasan dengan
menggunakan pelbagai bahan dan dalam pelbagai keadaan.

9.5.3 Proses Kreativiti


Kreativiti dapat dicapai melalui ilmu pengetahuan seperti murid mengumpulkan
maklumat berkenaan tugasan yang diberikan guru atau mengumpulkan
maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Maklumat yang
dikumpulkan boleh terdiri daripada sumber yang diperoleh melalui media cetak,
media elektronik atau sumber lisan. Maklumat dan pengetahuan dalam bidang
yang berkaitan dapat memberi sokongan dari segi kognitif dan emosi murid
cerdas dan berbakat (Johnson, 1994).

14
Aktiviti

a. Berdasarkan huraian tentang pendidikan pengayaan dan kreativiti


di atas, bincangkan perbezaan antara pendidikan pengayaan dengan
kreativiti.
b. Bincangkan peranan guru untuk meningkatkan kreativiti murid
melalui aktiviti pengayaan.

15

Anda mungkin juga menyukai