Anda di halaman 1dari 1

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah
sedekah pada bulan Ramadhan.” Riwayat at- Tirmidzi

Pengajaran Hadis:

i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan


Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah
kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari
akhirat kelak.

ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak
berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.

iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja
selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan
memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana
seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping
mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf
dan kedudukan seseorang itu.

iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah
untuk menunjuk-nunjuk.

BIRO KEROHANIAN DPP PERWAJA


15 RAMADHAN 1431 BERSAMAAN 25 OGOS 2010

Anda mungkin juga menyukai