Anda di halaman 1dari 2

Sajak

Pengembara Kelmarin

di hujung mata pena

dia menciptakan sepasang kaki –

kaki yang bakal melintasi tembok simbol

ke ruang makna; dijelajah pulau minda

dengan secalit dakwat metafora

ada sayap membawanya terbang

melewati angkasa puisi dan hati

di situ, sepotong kata menjadi

serangkap hidup, bersama nafas seni

terbuka-terkatup – mengalir di bawahnya

sungai kepenyairan timbul-tenggelam

dia berenang ke hulu mencari

watak-watak yang pernah tertinggal

rangka konflik yang telah hanyut

kemudian pulang ke hilir menemukan

arus falsafah yang membadai

batu-bata realiti di kota imaginasi.

tidak jemu-jemu dia berdiri

di tengah belantara jiwa

mendaki mitos dan legenda

1
mengasah tumpul zaman

pada dingin batin

tatkala sehelai demi sehelai

demaun usia bertebaran gugur

mengikuti jejak kelakiannya

di semua sudut terpencil –

begitu perjalanan mengajar

supaya lebih berani meneroka

arah-arah baharu, mengapung

kesaksamaan pada semua liku.

dia mahu menjadi pengembara

sepanjang hayat; dengan mata pena

dan dakwat – walaupun sesekali

tersesat, pantas dicapainya

kompas pelurus waktu

membaca silam dan akan datang

melengkapkan nota pejuang.

pengembara itulah

yang telah menawarkan

kemanisan kelmarin

kepada seluruh

kenangan hari ini.

Besut, Terengganu.