Anda di halaman 1dari 9

SJK(C ) SIN MIN,GEMENCHEH

PENTAKSIRAN BULAN MAC TAHUN 2018


BAHASA MALAYSIA TAHUN 6
KERTAS 1
MASA: SATU JAM LIMA BELAS MINIT

NAMA: _____________________________ TAHUN: 6 M/B


Soalan 1 hingga Soalan 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. ”__________ sultan sudah dua purnama gering. Rakyat jalata turut berduka.” Kata
Hang Tuah kepada Hang Jebat.
A. Beta
B. Patik
C. Beliau
D. Baginda

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2.”Mengapakah __________ belum masuk ke kelas lagi?” Tanya Cikgu Firdaus kepada murid-murid itu.
A. engkau
B. kalian
C. awak
D. anda

3. Kamariah sedang mengemas rumah __________ datuknya tiba pada pagi tadi.
A. sementara
B. tatkala
C. sejak
D. lalu

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.

4. Mila membantu nenek memasukkan ___________ ke dalam sarung bantal.


A. kelekatu
B. dedaun
C. kekabu
D. bebola
5. Hani dan keluarganya makan angina ke Vietnam __________ tiga hari sewaktu cuti sekolah yang lalu.
A. dari
B. pada
C. sejak
D. selama

6. Pengantin perempuan itu memakai gaun yang ___________ hingga mencecah lantai.
A. kembang
B. cantik
C. labuh
D. ketat

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah ini.

7. Penoreh itu ___________ dua buah baldi yang mengandungi susu getah dengan sebatang kayu.
A. memikul
B. mengandar
C. menggalas
D. mengangkat

8. __________, biadab sungguh pemuda itu!


A. Eh
B. Cis
C. Hai
D. Wah

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah ini.

9. Terdapat beberapa __________ kayu api dan se __________ parang di tepi pondok itu.
A. kerat...das
B. ketul...pasang
C. batang...pucuk
D. puntung...bilah
10. Kakak membeli beberapa __________ sate dan lima __________ kuih lapis untuk juadah berbuka
puasa.
A. batang...keping
B. cucuk...potong
C. papan...ulas
D. urat...ketul

11.”Kamu harus bersungguh-sungguh mengusahakan projek penternakan ikan air tawar itu,” kata ayah
kepada Zarul.
Perkataan berlawan bagi bersungguh-sungguh ialah__________.
A. leka
B. cuai
C. malas
D. sambalewa

12. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah ini.
Bangaimanakah kamu menghubungi abang kau di Paris?
A. E-mel menjadi penghubung antara kami berdua.
B. Saya sering menghubungi abang saya di Paris.
C. Saya akan menghubungi abang saya sebentar lagi.
D. Saya menghubungi abang saya pada setiap hari.

13. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah ini.
Belum pasti lagi.Esok, saya akan memberikan kata putus.
A. Adakah kamu bersetuju untuk menyertai kami ke Taman Negara?
B. Mengapakah kamu belum lagi membuat keputusan tentang lawatan itu?
C. Bilakah kamu akan memberikan kata putus tentang lawatan ke Taman Negara?
D. Mengapakah kamu mengambil masa terlalu lama untuk memberikan kata putus?

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14. Ibu menganyam tikar mengkuang di anjung rumah.


A. Tikar mengkuang ibu dianyam di anjung rumah.
B. Tikar mengkuang di anjung rumah dianyam oleh ibu.
C. Di anjung rumah, tikar mengkuang dianyam oleh ibu.
D. Di anjung rumah,tikar mengkuang ibu dianyam olehnya.

15. I. Pemandangan di tepi laut pada waktu matahari terbenam amat indah sekali.
II. Amirul merupakan murid yang paling terpandai sekali di dalam kelas saya.
III. Novel yang dibacanya itu tebal benar.
IV. Suara Siti Nurhaliza sungguh merdu.
A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II, dan III
D. I, III, dan IV

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

16. Gayah selalu berpayung apabila cuaca panas. Oleh itu, dia digelar __________.
A. puteri lilin
B. anak emas
C. kutu embun
D. orang atasan
Soalan 17 -20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Obesiti atau kegemukan merupakan suatu masalah yang cukup merisaukan kalangan remaja.Bagi
remaja perempuan, kegemukan menjadi masalah yang cukup berat kerana berkeinginan untuk tampil cantik
dengan tubuh yang ramping atau langsing.Remaja lelaki juga takut menjadi gemuk.Banyak yang berharap
agar mereka mempunyai tubuh yang ideal.
Menurut pakar kesihatan,obesiti dipengaruhi oleh pelbagai faktor.Kegemukan dapat diturunkan dari
generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya dalam sesebuah keluarga.Sering kali kita temui ibu bapa
yang gemuk memiliki anak-anak yang gemuk juga.Dalam hal ini, faktor genetik berperanan dalam
menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
Berbanding dengan orang yang berat badannya normal , orang yang gemuk lebih responsif terhadap
isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan.Orang yang gemuk lebih cenderung makan apabila dia
berasa ingin makan, bukannya makan apabila dia berasa lapar.Tabiat makan secara berlebihan inilah yang
menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada masalah kegemukan.
Faktor persekitaran ternyata juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk.Jika seseorang
dibesarkan dalam lingkungan anggota keluarga yang menganggap bahawa kegemukan ialah simbol
kemakmuran, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk.Oleh hal yang demikian, mereka
tidak akn mengalami masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.
Tingkat pengeluaran tenaga tubuh berkait rapat dengan berat badan.Secara umumnya, pegeluaran
tenaga bergantung pada dua faktor, iaitu tingkat aktiviti dan sukan serta kadar metabolisme yang diperlukan
untuk mempertahankan fungsi tubuh. Aktiviti fizikal dapat mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga
seseorang. Oleh hal yang demikian, bagi orang yang memiliki berat badan berlebihan, aktiviti yang dilakukan
memainkan peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan, kalori akan terbakar.Semakin banyak kita
bersukan, semakin banyak kalori yang hilang. Oleh itu, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan.
Masalah obesiti hendaklah diatasi untuk megelakkan perkara buruk yang berlaku akibat
daripadanya.Pengambilan makanan yang sihat dan bersenam dapat membantu mengurangkan berat
badan. Dengan kesungguhan dan kesabaran, masalah obesiti dapat diatasi.

17. Apakah yang dimaksudkan dengan obesiti?


A. masalah kegemukan yang dialami oleh seseorang
B. masalah mals bersukan dan menjadi gemuk
C. masalah gagal mengawal selera makan
D. masalah kurang selera makan

18. Remaja perempuan dikatakan paling takut menghadapi masalah obesiti...


A. mereka beranggap obesiti akan menjejaskan penampilan.
B. mereka tidak dapat memakai pakaian yang cantik
C. meraka bimbang tidak diminati oleh rakan-rakan
D. batas pergaulan mereka akan terhad

19.Bangaimanakah faktor persekitaran dikatakan berisiko untik menjadikan seseorang bermasalah obesiti?
A. Persekitaran yang selesa menjadikan seseorang malas bersukan.
B. Seseorang yang beranggapan bahawa ,asa makan tidak perlu dihad.
C. Suasama persekitaran menjadikan seseorang itu gemar makan tanpa menunggu lapar.
D. Seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga yang menganggap bahawa kegemukan
sebagai lambang kemakmuran.

20. Pernyataan yang berikut merupakan faktor obesiti, kecuali...


A. keturunan
B. pengaruh rakan sebaya
C. kurang melakukan senaman
D. tabiat makan yang berlebihan
BAHAGIAN B
( 30 markah )
Soalan 21
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat Tanya:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Jawapan: Lembu tenusu itu akan mengeluarkan susu yang banyak dan berkualiti.
[2 markah]
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
[2 markah]
Soalan 22
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan di bawah ini.

remaja wang hubungan masa

menjadikan gejala menimbulkan peluang

Remaja yang nakal sering ______________ masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul oleh ibu
bapa, keluarga, dan masyarakat. Kenakalan _______________ berpunca daripada pelbagai perkara.
Antaranya termasuklah ibu bapa yang tidak ______________ pendidikan yang sempurna kepada anak-anak
mereka. Selain itu, rumah tangga yang tidak aman turut memberikan kesan negatif kepada anak-anak. Ibu
bapa sepatutnya lebih bertanggungjawab. Ibu bapa perlu meluangkan ______________ yang secukupnya
untuk bersama anak-anak agar mereka tidak terjebak dalam ______________ sosial.
[ 5 markah ]

Soalan 23
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Pada setiap pagi, Munif akan berbasikal di sekitar taman perumahan berdekatan dengan
kampungnya untuk menjual kuih-muih dan nasi lemak. Munif juga tidak keberatan untuk membantu ibunya
menjual kuih-muih dan nasi lemak pada hari minggu dan semasa cuti sekolah. Munif tidak sampai hati
apabila melihat ibunya bekerja siang dan malam untuk mencari wang bagi menyara hidup mereka
sekeluarga. Sejak ayahnya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, ibunya yang mengambil alih peranan
untuk mencari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan.
Munif bukan sahaja tidak berasa malu akan pekerjaan yang dilakukanya, malahan dia sentiasa
bersemangat untuk membantu ibunya mencari rezeki. Kuih-muih dan nasi lemak yang dijual oleh Munif
digemari oleh penduduk di taman perumahan itu. Dalam masa yang singkat, kuih-muih dan nasi lemaknya
habis dijual. Sikapnya yang peramah dan mudah mesra menyebabkan Munif sentiasa disenangi oleh para
pelanggan yang membeli hasil jualannya.
Munif pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Dia menyerahkan wang hasil jualan kuih-muih dan
nasi lemak pada hari itu kepada ibunya. Munif akan diberi upah sebanyak RM1 oleh ibunya pada setiap hari.
Munif tidak membelanjakan wang itu. Sebaliknya, dia menyimpan wang tersebut di dalam tabung. Munif
masih ingat akan pesanan arwah ayahnya supaya dia sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja serta
menyimpan wang pada setiap masa, bak kata pepatah “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Kini wang
simpanan Munif bertambah banyak. Wang itu akan digunakan oleh Munif untuk menampung perbelanjaan
persekolahannya.

(a) Tujuan Munif berbasikal di sekitar taman perumahan berdekatan dengan kampungnya

adalah untuk _______________________________________________________________________.


[ 1 markah]
(b) Nyatakan cabaran yang perlu dipikul oleh ibu Munif setelah ayahnya meninggal dunia.

_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
[ 2 markah ]

(c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah sebagai contoh

Munif terpaksa membantu ibunya


menjual nasi lemak dan kuih-muih.

Ibu Munif telah meninggal dunia.

betul

Munif seorang murid yang tabah,


rajin, dan berjimat cermat.
Salah

Munif berjimat cermat untuk


memenuhi pesanan arwah
ayahnya.
[ 2 markah ]

Soalan 24
Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Burung kelicap hinggap di pangkin,

Jangan bezakan orang kaya dan miskin.

Pokok hati-hati di pinggir kota,

Berhati-hati apabila berkata-kata.

Pergi ke kebun memetik meranti,

Sentiasa tersenyum suka hati.

Murai berkicau di atas dahan,

Semangat setia kawan jadikan amalan.

Bulan purnama dipagari bintang,

Barang lama jangan dibuang.

Pohon rimbun di tepi kali,

Hutang bertimbun susah hati.


(a) Apakah maksud rangkap pertama pantun dua kerat di atas?

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

(b) Tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah bagi pantun dua kerat
tersebut.

Seseorang yang berhutang dengan banyak akan berasa


senang hati

Kita perlu mengamalkan sikap bertimbang rasa dan setia


kawan
[2 markah ]

(c) Pada pendapat kamu, apakah keistimewaan menjadi seorang yang mempunyai kawan

yang banyak?

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

Soalan 25
Baca petikan berita di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat lengkap.

AMPANG, 27 Mei – Dua orang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran telah dipilih
sebagai penerima anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati sekolah bersempena dengan
Kejohanan Sukan Sekolah Daerah Hulu Langat.
Anugerah ini diberikan kepada kedua-dua orang murid ini semasa Kejohanan Sukan Sekolah
Peringkat Daerah Hulu Langat di Stadium Mini Cheras yang diadakan pada 20 Mei 2017 yang lalu. Acara
sukan yang berlangsung selama lima hari itu disertai oleh 16 buah sekolah di daerah Hulu Langat.
Mohammad Fikri bin Mohammad Khairi dan Nur Asyikin binti Saifuddin terpilih sebagai penerima anugerah
tersebut kerana kejayaan mereka mendapat tiga pingat emas bagi kategori individu dan dua pingat emas
bagi acara berpasukan. Mereka menyertai acara lompat jauh, lumba lari 100 meter, 200 meter, dan acara
lari berganti-ganti, iaitu acara lumba lari 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter kategori bawah 12 tahun. Mereka
menyatakan perasaan gembira kerana dapat mengharumkan nama sekolah. Guru-guru dan ibu bapa
mereka turut memberikan sokongan dan sangat gembira dengan kejayaan mereka.
Seseorang yang berhutang dengan banyak akan berasa senang hati. Kita perlu mengamalkan sikap
bertimbang rasa dan setia kawan. Mereka telah menjalani latihan intensif selama tiga bulan untuk
memastikan kejayaan tersebut menjadikan milik mereka. Jurulatih sukan sekolah, iaitu Encik Zulkifli Noor
menyatakan perasaan puas hatinya dengan kejayaan kedua-dua orang anak didiknya. Setiausaha sukan,
Encik Amran Bakar pula berasa bangga kerana prestasi sukan di sekolah tersebut semakin meningkat.
Pada majlis penutup kejohanan itu, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat telah menyampaikan
anugerah kepada para pemenang, sekali gus menutup Kejohanan sukan Sekolah Daerah Hulu Langat.
Mereka juga akan mewakili daerah untuk bertanding di peringkat negeri pula.

(a) Anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati Sekolah Kebangsaan Ampang Campuran
diberika kepada dua orang murid tahun enam bersempena dengan

_____________________________________________________________________________________

[ 1 markah ]

(b) Faktor yang mendorong pemilihan kedua-dua orang murid tersebut sebagai penerima anugerah Tokoh
Olahragawan dan Tokoh Olahragawati ialah

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

[2 markah ]

(c) Cikgu Amirah ialah guru sukan di sebuah sekolah. Apakah peranan yang dimainkan oleh beliau?

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

(d) Pada pendapat kamu, perlukah anugerah Tokoh Olahragawan dan Tokoh Olahragawati

diberikan kepada para atlet di sekolah? Mengapa?

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________

[ 3 markah ]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai