Anda di halaman 1dari 12

Pensejarahan Malaysia

Sejarah adalah satu disiplin ilmu yang mempunyai peranan yang sangat penting
terutamanya kepada negara kita yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang
keturunan. Melalui pengetahuan sejarah membolehkan kita dapat mengetahui latar
belakang sesuatu masalah, tindakan dan isu dengan tepat dan benar. Melalui sejarah
juga kita akan dapat mengetahui dan memahami latar belakang negara ini dan sentiasa
mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah terjadi di negara kita. Sejarah boleh
mengelakkan sikap melampau, dengan kata lain sejarah dapat memberi panduan dan
menjadi guru yang mengelakkan kita daripada mengulangi kesilapan yang serupa.
Sejarah dapat memberi teladan, iktibar, menunjukkan batasan-batasan kerana melalui
sejarah kita belajar daripada contoh-contoh yang pernah berlaku pada zaman lalu.

Pensejarahan berasal dari perkataan sejarah. Sejarah secara umumnya diertikan


sebagai “the record of events or the events themselves.” Dalam pengertian ini, catatan
peristiwa-peristiwa dan peristwa-peristiwa itu sendiri saling mempunyai pertalian yang
relatif. Sesuatu peristiwa yang terjadi itu dicatatkan. Oleh sebab itu ia dijdkan sebagai
sejarah. Menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim, pensejarahan dapat ditakrifkan
sebagai hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan.
Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang
telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan
melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran masing-masing seperti bidang
politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial. Pendapat ini adalah selari dengan Khoo Kay
Kim yang menyatakan pensejarahan merujuk kepada penulisan sejarah atau karya
sejarah yang dihasilkan oleh sejarawan.

Kajian sejarah juga menekankan aspek seseorang sejarawan mencari kebenaran


dan sentiasa mematuhi tatacara iaitu etika penyelidikan serta bersikap kritis. Dengan itu
kesedaran sejarah itu juga biasa dilihat sebagai kesedaran terhadap perlunya sejarah itu
diasaskan kepada kebenaran iaitu kepada fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa yang
sebenarnya telah berlaku pada sesuatu ketika dahulu dan bukannya peristiwa-peristiwa

1
yang direka atau dikhayalkan sahaja. Ini ditegaskan oleh Khoo Kay Kim yang
menyatakan bahawa tugas utama para sejarawan adalah untuk mengejar kebenaran
atau hakikat. Justeru para sarjana seharusnya sentiasa berdiri di sebelah pihak yang
benar. Peristiwa yang benar itu akan meresap dan menimbulkan kesan yang bererti di
dalam jiwa seseorang malah sesebuah masyarakat.

Maksud sumber sejarah

Menurut Muhd. Yusof Ibrahim, sumber sejarah merupakan sesuatu yang boleh menjadi
punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan. Sumber itu berbeza dengan
ilham kerana sumber tidaklah bersifat abstrak ataupun spontan tetapi sumber boleh
dirujuk semula apabila diperukan. Sumber juga boleh dikatakan sebagai sekumpulan
bahan yang tersimpan di arkib, perpustakaan, muzium, istana dan sebagainya. Ia juga
boleh digunakan untuk tujuan penyelididkan dalam semua bidang kelimuan. Oleh sebab
itu, sumber ini tidaklah terhad untuk kegunaan sejarah sahaja tetapi merangkumi ilmu-
ilmu lain yang memerlukannya. Sebenarnya sumber sejarah telah wujud dalam pelbagai
bentuk. Terdapat sumber yang yang ditulis pada kertas, dipahat seperti batu bersurat,
diukir pada kayu, buluh, tulang, tanduk, daum, kepinganlogam dan sebagainya. Semua
bahan yang bertulis ini akhirnya dikumpulkan untuk disimpan sebagai sumber sejarah.

Jenis-jenis sumber

Kebiasaannya sumber dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber pertama atau
dikenali sebagai sumber primer dan sumber kedua atau dikenali sebagai sumber
sekunder. Sumber primer ialah sumber yang biasanya daam keadaan asli atau belum
ditafsir dan diperlengkapkan lagi. Contonnya sumber pertama adalah seperti surat tidak
rasmi ataupun surat rasmi, catatan dan laporan harian, diari dan dokumen. Bahan-bahan
ini menjadi sumber pertama disebabkan keadaannya sendiri yang merupakan sumber
yang pertama mencatat sesuatu peristiwa yang berlaku. Biasanya sejarawan akan
memilih dokumen-dokumen yang berupa sumber primer kerana sumber ini memberi
memberi maklumat yang benar untuk dikaji selidik.

2
Manakala sumber sekunder adalah ibarat tulisan atau buku yag ditulis oleh
sejarawan tentang seseorang tokoh, sesuatu peristiwa yang didasarkan sumber pertama
atau sumber-sumber yang lain dan sebagainya. Sumber kedua ini dirujuk atau digunakan
oleh para penyelidik untuk megukuhkan sesuatu hujah mereka. Contoh sumber kedua
ialah buku, majalah, surat khabar, disertasi atau tesis. DI Alam Melayu, terdapat banyak
sumber sejarah yang telah wujud terutamanya selepas kedatangan pengaruh Barat
seperti British dan Belanda. Sumber-sumber tersebut berbentuk surat-surat yang ditulis
oleh mereka sama ada kepada raja-raja Melayu dengan raja-raja di Eropah.

Banyak dokumen daripada sumber utama yang berada di Arkib Negara telah
ditulis oleh orang Barat mahupun warga asing yang datang ke Tanah Melayu seperti
dokumen-dokumen pegawai British, catatan atau laporan China atau Arab. Terdapat juga
beberapa surat yang ditandatangani oleh raja-raja Melayu. Mereka yang menulis surat
ini merupakan antara para pegawai penjajah yang menjalankan tugasrasmi mereka di
negeri-negeri Melayu. Di samping menjalankan tugas, mereka juga telah sedikit
sebanyak mencatat hal-hal kehidupan masyarakat tempatan. Antara pegawai British
yang telah menghasilkan banyak penulisan dan akhirnya menjadi sumber rujukan
masyarakat tempatan ialah Francis Light, Stamford Raffles, John Anderson dan James
Brooke.

Terdapat juga sesetengah daripada tulisan pegawai British yang agak cenderung
atau bias kepada pandangan atau kaca mata Barat. Penulisan yang berpihak kepada
pndangan Barat ini disebut bertentangan dengan masyarakat tempatan. Mereka cuba
menonjolkan keburukan dan kelemahan sistem pentadbiran negeri-negeri Melayu,
sistem perhambaan dan percukaian di Perak, kejahilan di kalangan masyarakat tempatan
dan sebagainya. Mereka cuba merakam pengalaman mereka sewaktu berkhidmat di
Tanah Melayu. Dengan penulisan ini sudah tentulah mereka dapat membangga-
banggakan kejayaan dan kemajuan yang telah dibuat oleh British di Tanah Melayu
berbanding masyarakat Melayu sendiri dan penjajah sebelumnya.

3
Penulisan menurut cita rasa atau latar belakang Barat ini telah mendatangkan
masalah kepada pengkaji-pengkaji sejarah tanah air. Ini akan menimbulkan kekeliruan di
kalangan pengkaji tempatan terhadap sumber-sumber dari Barat terutamanya karya-
karya penulis Barat yang bersikap berat sebelah. Walaupun tulisan-tulisan atau
dokumen-dokumen tersebut banyak ditulis oleh orang asing menurut perspektif mereka
sendiri. Namun bahan-bahan tersebut tetap menjadi sumber yang bernilai bagi pengkaji
sejarah tanah air. Antara yang penting ialah pengkaji-pengkaji tempatan harus bijak
dalam mentafsir segala sumber yang diperoleh.

Sumber Lisan

Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari
mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang
telah berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis
atau dirakamkan. Namun begitu sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia
dirakam setelah mengalami proses temubual, perbincangan, dan temuduga dengan
orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan
dalam bidang sejarah lisan.

Sumber lisan juga boleh dkategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua.
Misalnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang yang
terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan maklumat asal
tentang peristiwa yang mereka saksikan atau mereka yang turut terlibat. Maklumat-
maklumat yang telah dimuatkan ke dalam pita rakaman atau perakam suara boleh
dianggap sebagai sumber utama. Tetapi, jika mereka menulis maklumat-maklumat
tersebut maka ia akan menjadi sumber utama bertulis dan bukan lisan lagi. Dalam
kategori kedua daalam sumber lisan pula, ia adalah maklumat daripada mereka yang
tidak menyaksikan atau terlibat dala sesuatu peristiwa yang diterangkan.

4
Sejarah lisan sebagai sumber sejarah

Sejarah lisan sering dipersoalkan dari segi ketepatan dan kebenaran maklumat lisan
yang diperolehi sebagai sumber sejarah. Hal ini disebabkan sumber sejarah lisan adalah
bergantung kepada selama mana kekuatan ingatan yang terdapat pada individu-individu
yang berkenaan. Lazimnya sumber lisan yang diperolehi daripada seseorang informan
akan mempunyai unsur-unsur bias, emosi, dan reaksi terhadap peristiwa yang
diceritakan. Tugas ahli sejarah yang menggunakan sumber lisan dalam bidang
penyelidikan hendaklah memastikan maklumat-maklumat lisan yang diperolehi
mempunyai tahap kebenaran yang tertinggi.

Sumber-sumber lisan dikatakan mempunyai keunikan dan keistimewaan yang


tersendiri berbanding dengan sumber-sumber sejarah yang lain. Ianya dicipta untuk
kegunaan sejarah yang lain. Ianya dicipta untuk kegunaan sejarah yang dapat menerang
dan memelihara cerita-cerita sejarah yang benar iaitu bersifat biografi, autobiografi,
motivasi, pemikiran, persepsi, dan personaliti informan yang sama seperti surat atau diari
yang ditulis. Walaupun secara dasarnya suber lisan bergantung kepada ingatan, orang
yang bertanya mesti mengemukakan soalan yang releven supaya mendapat maklumat
yang tepat.

Sejarah lisan juga merupakan kajian yang dapat menyimpan data pada masa
lampau walaupun tempoh masa dan peristiwa telah berlalu. Sejarah lisan wujud dalam
waktu berlakunya penemuan-penemuan baru dan teknologi moden yang bersesuaian
dengan perkara-perkara yang semakin kompleks seperti politik, kewangan, perniagaan,
sastera dan kehidupan moden. Kajian sejarah lisan dikatakan sangat menarik kerana
penyelidik akan bertemu dengan pelbagai pengalaman baru, melihat sejarah dari aspek
yang pelbagai, serta mengenali lebih banyak personaliti manusia.

Selain itu, sejarah lisan juga merupakan satu bidang kajian yang amat luas
meliputi pelbagai peringkat golongan masyarakat seperti orang biasa, pemimpin
masyarakat, gabenor, menteri kabinet, penulis terkenal, pengarang, korporat dan

5
sebagainya. Kerja-kerja mentafsir sumber lisan hendaklah disemak dan disusun semula,
walaupun sumber lisan berpunca daripada seorang informan yang meyakinkan tetapi
mungkin terdapat kesalahan-kesalahan kecil yang mengelirukan dari segi maklumat lisan
yang diperolehi. Sejarah lisan dianggap mempunyai kelebihannya yang tersendiri dari
segi kejituan kandungannya dan kurang dipersoalkan kerana wujud sistem temuramah
seperti temubual mentranskripkan rakaman dan kerja-kerja mengindeks yang
dikemaskinikan. Beberapa masalah yang dihadapi oleh penyelidik antaranya masalah
kewangan yang semakin besar, skop kajian, kualiti dan kuantiti kajian yang dijalankan.

Perkara ini menjejaskan bahawa semakin ramai orang yang terlibat dalam projek
sejarah lisan maka semakin tinggi perbelanjaan yang diperlukan. Masalah ingatan
informan sering terjejas dengan adanya sifat ego yang tinggi dan berlaku percanggahan,
pendapat antara informan dengan penyelidik. Namun demikian masalah ini boleh diatasi
dengan lain-lain kaedah seperti pengalaman ahli sejarah lisan atau penyelidik ketika
melakukan ujian yang konsisten terhadap sumber yang diperolehi. Perkembangan
sejarah lisan begitu penting dan selari dengan penggunaan teknologi moden bukan
sahaja menggunakan tetapi penggunan computer, kamera dan lain-lain peralatan yang
canggih. Usaha merakamkan sumber-sumber lisan ini adalah penting kerana dokumen
sejarah akan terus kekal selama-lamanya tetapi mereka yang mewarisi peristiwa sejarah
tidak akan kekal untuk selama-lamanya.

6
Kaedah dan teknik Sejarah Lisan

Bagi memastikan hasilnya benar-benar sahih dan mempunyai keabsahan yang tinggi
sejarah lisan hendaklah dilaksanakan mengikut kaedah dan teknik yang betul. Terdapat
beberapa kaedah dan prinsip penyelidikan yang harus diikuti dalam proses sejarah lisan.
Terdapat tiga tahap utama dalam kaedah sejarah lisan iaitu proses persediaan teknik
mengumpul seperti temuramah, soal jawab, soal selidik dan memproses rakaman. Ahli
sejarah yang menggunakan kaedah sejarah lisan perlu melakukan ketiga-tiga proses ini
daripada peringkat awal penyelidikan. Setiap tahap ini hendaklah dilakukan dengan teliti
dan bertanggungjawab kerana mereka akan menghadapi pelbagai proses untuk
mendapatkan sumber lisan. Lazimnya ahli sejarah yang menggunakan sumber lisan akan
melakukan proses temuramah seperti wawancara, temubual dan merakamkan proses
temurama tersebut.

Sekiranya sesuatu projek sejarah tidak dirancang dengan teliti dan sistematik, ia
tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik.. Tugas ahli sejarah yang memfokuskan
kajian terhadap sumber lisan menuntut mereka supaya bekerja dengan kaedah dan
prinsip yang ditekankan dalam penyelidikan sejarah lisan. Walaupun di Negara ini bidang
kajian lisan dianggap kurang mendapat perhatian di kalangan ahli sejarah, kaedah lisan
secara tidak langsung dapat menyumbang kepada penghasilan sumber-sumber sejarah
baru yang tidak terdapat pada mana-mana bentuk catatan. Ahli sejarah juga seharusnya
mengubah sikap dengan melihat secara positif terhadap pendekatan lisan dalam bidang
sejarah supaya mereka dapat melahirkan bahan-bahan lisan yang boleh digunakan untuk
kajian hadapan.

7
Kepentingan Sumber Lisan

Menurut Muhd. Yusof Ibrahim (2009), sumber lisan ialah sumber yang didapati daripada
pertuturan atau perkhabaran seseorang tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Selain
itu, sumber sejarah yang lain seperti sumber bertulis, sumber lisan juga boleh
dikategorikan sebagai salah satu sumber sejarah yang penting dalam pensejarahan,
khususnya pensejarahan Malaysia.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun
2007, antara kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula sejarah
Malaysia ialah kekurangan sumber-sumber sejarah yang asal. Hal ini disebabkan
tiadanya satu tradisi dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk menyimpan catatan
harian, menulis dokumen atau menulis riwayat hidup. Dalam keadaan ini, sumber lisan
akan memainkan peranan penting dalam memelihara dan menambahkan sumber-
sumber sejarah yang ada. Rozeman Abu Hassan juga telah mengatakan bahawa pada
dasarnya, tujuan sejarah lisan adalah untuk mendapat dan memelihara rekod-rekod
sejarah yang semakin berkurangan dan sudah hilang. Hal ini telah dinyatakan pada tahun
2004.

Menurut Muhd Yusof Ibrahim kepentingan sumber lisan ini amat terasa dalam
keadaan di mana kurangnya sumber-sumber bertulis bagi sesuatu peristiwa yang dikaji
ataupun dalam keadaan di mana sumber lisan adalah satu-satunya sumber yang boleh
diperolehi tentang sesuatu peristiwa itu. Contohnya, peristiwa pendudukan Jepun di
Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Sumber bertulis untuk kita mentafsir dan meneliti
peristiwa pendudukan Jepun ini amatlah terhad. Walau bagaimanapun, kisah-kisah
mengenainya masih banyak didapati dari mulut orang-orang tua yang masih hidup dan
telah melalui zaman tersebut. Banyak cerita yang dapat kita dengar melalui mereka
terutamanya mengenai kezaliman dan kesengsaraan hidup pada zaman tersebut.

Di samping itu, maklumat-maklumat yang diperolehi dalam sumber lisan ini


sungguh bernilai untuk kita kerana kita dapat memahami peristiwa-peristiwa yang saling

8
berkait dari sudut yang luas. Justeru itu, sejarah lisan amat unik kerana ia dapat
menghubungkan zaman yang lalu dan zaman sekarang melalui rakaman pengalaman-
pengalaman yang bersejarah. Seperti yang kita tahu, sejarah mempunyai ruang-ruang
kosong yang perlu dipenuhi. Dalam keadaan ini, sumber lisan boleh membantu
memberikan gambaran yang lebih lengkap dan jelas mengenai sesuatu peristiwa sejarah.

Di samping itu, menurut Rozeman Abu Hassan pada tahun 2004, sumber lisan
juga bertujuan untuk memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui
pengkisahan. Kaedah ini merangkumi proses wawancara dan merakam ke dalam pita
tentang keterangan-keterangan orang yang terlibat secara langsung atau hanya sekadar
menyaksikan peristiwa tersebut. Selain itu, sumber lisan juga amat penting kepada
generasi baru terutamanya generasi yang tidak melalui zaman peperangan, penjajahan
dan perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Dengan adanya sumber lisan, generasi-
generasi baru ini akan dapat mengenali dan mendalami peristiwa-peristiwa yang telah
berlaku melalui kaca mata orang yang telah mengalami dan menyaksikan peristiwa
tersebut.

Begitu juga, kita perlu sedar bahawa penulisan sejarah Malaysia tidak seharusnya
berfokuskan kepada tokoh-tokoh terkenal dan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku di
sesuatu zaman. Walaupun sesungguhnya perkara ini penting, kita tidak boleh menafikan
bahawa sejarah itu turut merangkumi cerita dan peristiwa rakyat biasa. Sejarah bercorak
tempatan dan sejarah negeri juga perlu diberikan fokus yang sewajarnya dalam
pensejarahan Malaysia. Di sinilah sumber lisan amat penting kerana rakyat biasa tidak
meninggalkan sumber-sumber bertulis. Walaupun kurang sumber bertulis, rakyat amat
kaya dengan tradisi lisan. Sumber lisan inilah yang akan digunakan oleh sejarawan untuk
menulis sejarah yang bercorak tempatan.

9
Perbezaan antara sumber lisan dan sumber bertulis

Terdapat beberapa perbezaan di antara sumber lisan dan sumber bertulis. Dari segi
maksudnya pula sumber lisan merupakan keterangan sejarah yang diperolehi secara
lisan biasanya dalam bentuk rakaman manakala sumber bertulis merupakan sumber
sejarah yang diperolehi melalui rekod-rekod bertulis yang mengandungi keterangan
sejarah. Seterusnya, dari segi tingkat sumber pula sumber sejarah hanya menjadi
penyokong kepada sumber bertulis serta mengisi kekosongan dan kekurangan yang ada
pada sumber bertulis manakala dalam sumber bertulis pula sumber sejarah menjadi yang
utama. Herdotus meletakkan dalam hierarki paling tinggi dan para sejarawan moden
menjadikannya sebagai tingkat sumber terpenting.

Sumber lisan juga terbahagi kepada dua iaitu sumber primer yang melibatkan
keterangan proto dan saksi mata manakala sumber bertulis adalah sumber primer yang
meliputi manuskrip, surat, catatan harian, rekod kerajaan, surat perjanjiian dan lain-lain
lagi.Sumber sekunder bertulis pula jarang digunakan untuk kajian sejarah melainkan
untuk tujuan perbandingan dan hujah. Dari segi proses penyelidikan pula sumber lisan
didapati melalui proses wawancara dengan orang sumber, kemudiannya ditranskripsi
dan dikritik sebelum didokumentasikan. Sumber bertulis pula boleh didapati melalui
proses kritikan sumber, tafsiran, dan teknikal.

10
Penutup

Kesimpulannya, sumber lisan mempunyai banyak kepentingan khasnya dalam


pensejarahan Malaysia. Sumber lisan penting untuk memelihara dan menambahkan
sumber-sumber sejarah yang ada, kekurangan sumber-sumber bertulis bagi sesuatu
peristiwa yang dikaji ataupun dalam keadaan di mana sumber lisan adalah satu-satunya
sumber yang boleh diperolehi tentang sesuatu peristiwa itu, membantu memberikan
gambaran yang lebih lengkap dan jelas mengenai sesuatu peristiwa sejarah.

Selan itu, sumber lisan juga mambantu kita untuk memelihara pengetahuan-
pengetahuan sejarah melalui pengkisahan, penting kepada generasi baru, khasnya
generasi yang tidak melalui zaman peperangan, penjajahan dan perjuangan dalam
menuntut kemerdekaan serta menjadi sumber bagi sejarawan untuk menulis sejarah
bercorak tempatan kerana rakyat biasa tidak meninggalkan sumber bertulis.
Pensejarahan Malaysia pula lebih menceritakan kepada kita tentang alam Malaysia pada
dahulu kala berdasarkan Hikayat, sejarah, silsilah, kisah dan lisan yang disampaikan.
Walaupun Pensejarahan masih lagi belum dicapai sepenuhnya untuk dikaji tetapi dengan
adanya bahan-bahan tersebut maka kita akan dapat mengetahui tentang peristiwa yang
pernah berlaku pada masa lampau.

Seterusnya, sejarah juda merupakan medium yang paling sesuai dan penting bagi
membina keperibadian kebangsaan agar rakyat Malaysia sentiasa mengambil iktibar dan
menjadikan kesilapan generasi terdahulu sebagai contoh agar kesilapan yang sama tidak
akan diulangi oleh generasi pasca merdeka. Sebagaimana kata George Santayana
“Mereka yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan
mereka berkali-kali.” Perkara yang sama telah ditegaskan oleh Khoo Kay Kim, “History is
past everything” dan perkara yang lepas itu akan memberi penjelasan kepada yang
terjadi pada hari ini. Hanya dengan memahami perjalanan dan kesinambungan sejarah,
baru kita dapat melahirkan satu generasi yang berjaya membuat persiapan memperbaiki
kelemahan seterusnya bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran pada masa akan
datang.

11
Bibliografi

Sumber Buku

Arbaiyah Mohd Noor. (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Selangor Darul Ehsan :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd. Yusuf Ibrahim. (2009). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Internet

Universiti Kebangsaan Malaysia. (2007). Sejarah Lisan. Dimuat turun pada 20 Ogos
2015,
daripada http://www.ukm.my/sejarah/

12

Anda mungkin juga menyukai