Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

KEMAHIRAN PERTAMA-SERVIS

Pukulan Servis

Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat mata atau berjaya mematikan servis di
gelanggang lawan. Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Sebagai permulaan untuk bermain
bola tampar, servis bawah bahu dan servis atas bahu biasa digunakan.

1. Servis bawah bahu

Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat dan mudah dipelajari. Gaya servis ini
juga mengelakkan daripada faul servis.
2. Servis atas bahu

Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan sukar untuk
memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam permainan tenis.
KEMAHIRAN KEDUA-MENYANGGA

Pukulan Menyangga

Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain
belakang gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola
rejaman. Pukulan menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola dengan tangan.
Bahagian tangan yang sesuai untuk menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut perlu
dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.
KEMAHIRAN KETIGA-MENGUMPAN

Pukulan Mengumpan

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan bola yang kedua. Kemahiran ini
bertujuan untuk memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman. Umpanan dibuat apabila
kedudukan bola melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan
pukulan umpanan. Ini memberi peluang kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan
kelajuan bola.
KEMAHIRAN KEEMPAT-MEREJAM

Pukulan Rejam

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah
untuk mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini dianggap satu cara menyerang
pihak lawan. kemahiran merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring. Semasa di udara
pula, badan perlulah dibengkokkan dan memukul bola.
KEMAHIRAN KELIMA-MENGHADANG

Menghadang

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun
begitu, kemahiran ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan dilakukan oleh dua
orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan
cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua belah tangan.
RELI

Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana kedua-dua
pasukan sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pukulan. Keadaan
ini dinamai reli. Reli berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambah
menarik jika berlaku banyak permainan reli.