Anda di halaman 1dari 26

mainan Tradisional di Malaysia

Permainan
Wau

Nama: Muhammad Azrul Nidzam B. Noramal

Kelas: 3 Murni
Senarai Kandugan

1.Tajuk kajian *

2.Senarai Kandugan 1

3.Penghargaan 2

4.Objektif Kajian 3

5.Kaedah Kajian 4

6.Hasil kajian 5

7.Lampiran 20

8 Rumusan 23

9 Rujukan 24

1
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin-nya

saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya menghadapi sedikit kerumitan serta

cabaran untuk menyiapkan kajian ini. Kesampaaian di sini, saya ingin mengucapkan

ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam pengumpulan

maklumat hingga terhasilnya folio ini. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kapada

ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini

dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Hashimah, guru sejarah tingkatan 3

harmoni yang telah banyak memberi panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang kajian

dijalankan, juga kepada Pn Rozzah Binti Ariffin iaitu pengetua SMK Padang Tembak

yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada para pelajar. Tidak lupa, rakan-

rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan

tidak kira agama dan bangsa. Saya inigin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

responden-responden kerana sudi ditemubual. Akhir kata, ribuan terima kasih kepada

semua yang terlibat dalam menjayakan folio ini. Sekian, Wassalam.

2
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am :

1. Memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3

2. Memenuhi keperluan Peperiksaan Menengah Rendah(PMR)

Objektif Khusus :

1. Membuat perkaitan Permainan Tradisional dengan rakyat Malaysia

2. Mengetahui lebih mendalam tentang Permainan Tradisional yang dikaji

3. Mengenalpasti asal usul Permainan Tradisional yang dikaji

4. Memberi cadangan untuk meningkatkan taraf Permainan Tradisional Malaysia supaya

terkenal diseluruh Negara.

5. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan

dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan

tepat.

6. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di

kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.

7. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan

Penilaian Rendah (PMR).

8. Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan

tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia melambangkan setiap

kaum dan adat tradisinya yang tersendiri

3
KAEDAH KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya menggunakan 5 kaedah iaitu :

1. Pemerhatian

2. Sumber

3. Soal selidik

4. Menemubual

5. Pandang Dengar

Berdasarkan kaedah pemerhatian, saya dapat memberi cadangan untuk meningkatkan

taraf Permainan Tradisional Malaysia supaya terkenal diseluruh Negara serta dapat

melihat reka bentuk permainan yang dikaji. Melalui kaedah sumber pula, saya dapat

memperoleh banyak bahan melalui Internet,Perpustakaan,Soal selidik dan sebagainya. Di

samping itu, dari segi soal selidik, saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang

Permainan Tradisional yang dikaji serta dapat mengeratkan silaturahim di antara

individu. Dalam kerja kursus ini saya telah menggunakan kaedah rujukan.Saya telah

membuat rujukan melalui internet dan buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan

permainan tradisional untuk mendapatkan maklumat untuk menyiapkan folio ini. Selain

itu,saya juga menggunakan kaedah pemerhatian. Saya melihat dan memerhati cara

permainan wau.Disamping itu,saya juga telah menemubual jiran-jiran di kawasan

perumahan serta rakan-rakan mengenai permainanWau. Dan akhir sekali,saya

menggunakan kaedah pandang dengar dengan menonton rancangan majalah 3 yang

disiarkan di TV3

4
NAMA PERMAINAN

Wau. Teraju Tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-

layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai Permaian masa lapang

bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana.

LATAR BELAKANG

Asal-Usul

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta

asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di

Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk serta karektor mempunyai

persamaan dengan layang-layang tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada

masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di

Malaysia juga turut menyerap unsure-unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau,

nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan

Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah

menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai

Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat

dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad

bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat D Raja, dan tidak pula

disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang

diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur

tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

5
Negeri yang Mempopularkan Permainan ini Secara menyeluruh, Wau banyak dimainkan

di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu,Juga dengan negeri-

negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau wau

dimainkan selepas menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan tugas sebagai

petani. Di samping itu, kawasan sawah yang lapang sesuai untuk bermain permaian ini

iaitu wau.

Kaum yang Terlibat

Permainan ini banyak diterbangkan atau dimain oleh kaum melayu.Majorotinya,kaum

melayu dari utara mahupun pantai timur yang mempopularkan permainan ini. Di samping

itu, kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini. Sebagai intiha, kaum

cina dan india.

Tujuan Dimainkan

Wau bukan sahaja menjadi permainan pada masa lapang tetapi turut berperanan sebagai

pengerat hubungan antara penduduk setempat. Permainan wau menguji kemahiran

kecekapan individu dalam menerbangkannya. Pada masa kini, wau merupakan salah satu

tarikan pelancong di Malaysia.

Alat-Alat yang Digunakan

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh

untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada

rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal

dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama

6
menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan

bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.

Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian
kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan

rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan

diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung

apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang

telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali

teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi

mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di

negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi

kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima

belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di

antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Wau bulan

7
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau

bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau

barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak

bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang

dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih

mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan

ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh

untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada

rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang

belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan

benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar

dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua

menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung

atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang

telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi

dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul

akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi

dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau

8
mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti

alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah

bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang

wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup

maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya

sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah

cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu

tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat

tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta,

ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan

dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang

masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau

pertandingan wau antarabangsa.

Galeri Wau

Wau kucing

9
Wau Puyuh

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di

kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah

padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah

mereka yang menetap di kawasan bandar.

Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir

Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan

festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara

Latar Belakang Wau

Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari

perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah

menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai

Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat

10
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad

bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula

disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang

diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut

akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-

Seni Pertukangan : Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat

terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah

wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang

terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat

yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai

pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri.

Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan

suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu

sendiri.

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi

kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya

motif bunga-bungaan dan motif wau.

Tarian Siti Wau Bulan

Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini

menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga

11
merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh

penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan

seruling

Dikir Barat

Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir Barat

adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di

Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir

bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh

seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun

dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara

lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-

1. Karut Selampit

2. Karut Menora

3. Karut Jenaka Mak Yong

4. Karut Wau Bulan

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat:

In Formal Malay (Translation in Brackets)

Eh Wau Bulan 2X

(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)

Wau Bulan teraju tiga

(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single string

for flying)

Ini malam sama-sama

(Tonight, all of us together)

12
Sama-sama bersuka-ria

(Together, we all have a good time)

Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-

usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia

berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan

dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan

evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari

negara China.

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara

Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai

petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam

padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut

sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu

menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak

gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan

perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri

mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan

13
tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka

sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda

meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan

dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Bahagian Perincian Wau

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau,

busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Bahagian Utama Wau

Teknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan,

gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan

sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk

menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah,

kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan

wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya

perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang

dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau

dusun.

2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.

14
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai

banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai

semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di

waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu

8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang,

akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal

ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make

hok sini”.

Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka

wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada

dilangkah manusia.

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat

ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.

2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.

3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

15
Meraut Buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas

dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat

bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam

bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan

daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan

sederhana keras.

2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin

halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter

4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di

bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter utkmemudahkan ia

dibentuk.Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan

digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas

sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut

ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang

belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap

perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

16
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian

tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu

3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut

seimbang di kedua-kedua belah.

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap

6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut

membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh

yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau.

Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala

wau.

7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada

kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada

wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih

kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.

2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari

rangka bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

17
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau

tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.

2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan

satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak

dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas

bagi wau.

4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu

gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk

elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas

berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan

dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.

5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas

berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada

bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus

lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup

kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau

yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain

18
itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya

mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai

sehingga lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk

membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau

Proses Membuat Serta Memasang Busur

Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri

daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.

2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi

yang dikehendaki.

4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua

sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.

5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau

dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang

nilon.

19
Lampiran 1

Di Kelantan, merupakan di mana tempat mereka memainkan permainan tradisional ini.

20
Lampiran 2

Karangan

Berdasarkan soalan yang diberikan, modal insan yang patriotik dapat dibentuk
melalui aktiviti sukan dan permainan dengan meningkatkan pendekatan permainan
tradisional terhadap masyarakat negara. Ini akan menyebabkan mereka tertarik dengan
tradisi negara lalu menyebabkan mereka bersyukur kerana mempunyai negara yang
menghargai tradisi mereka. Tradisi permainan dan sukan di negara mereka yang
mempunyai asal usul mereka serta cara melakukan aktiviti tersebut mampu menarik
minat masyarakat yang suka aktiviti yang lasak. Semangat cinta akan negara dapat
dipupuk melalui cara ini. Selain itu, aktiviti sukan dapat memupuk semangat patriotisme
di kalangan mereka dengan mengadakan pertandingan sukan di dalam dan luar negara.
Cara ini akan menjadikan seseorang berusaha untuk mengharumkan nama negara.
Seorang insan yang patriotik juga dapat dipupuk dengan aktiviti sukan dan permainan
kerana aktiviti sukan memberikan cabaran kepada masyarakat yang bertanding dalam
aktiviti tersebut. Ini akan menyebabkan mereka tertarik dengan negara mereka kerana
negara mereka mampu menyediakan aktiviti yang mencabar kebolehan mereka. Di
samping itu, aktiviti sukan boleh memupuk semangat patriotisme dengan memenangi
pertandingan yang dianjurkan secara antarabangsa. Ini akan meningkatkan imej negara
lalu menyebabkan masyarakat tempatan lebih berbangga terhadap negara mereka.
Pertandingan yang dimenangi akan menjadikan rakyat tempatan ingin berjuang demi
negara mereka dalam pertandingan tersebut. Lebih-lebih lagi, permainan tradisional akan
menyebabkan mereka berminat dalam mewarisi budaya tersebut. Ini akan menyebabkan
mereka mempunyai keinginan untuk mewariskan budaya yang merupakan khazanah
negara itu kepada generasi-generasi yang akan datang. Dengan ini, masyarakat akan cuba
memahami budaya negara mereka dengan lebih jelas dan mendalam. Tambahan pula,
Malaysia menyediakan pelbagai jenis permainan dan aktiviti sukan. Kepelbagaian aktiviti
sukan dan permainan ini menyebabkan rakyat tempatan boleh memilih permainan dan
aktiviti sukan yang mereka ingin lakukan. Ini juga akan menyebabkan mereka lebih suka
memilih negara mereka berbanding negara-negara yang lain kerana negara mereka
menyediakan permainan yang mereka minati. Akhir sekali, modal insan yang patriotik
dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan permainan dengan pemberian peluang kepada
masyarakat tempatan untuk menceburi bidang sukan dan permainan. Kebanyakan orang
tidak mempunyai peluang untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan walaupun mereka
mempunyai bakat dalam aktiviti tersebut. Ini kerana mereka tidak diberi perhatian dalam
pemilihan wakil-wakil negara. Pemberian peluang ini akan menyebabkan mereka
berterima kasih kepada negara mereka kerana rela memberi peluang kepada mereka
untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan.

21
Lampiran 3

Pesta layang layang antarabangsa di Pasir Gudang.

22
Rumusan

Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah

dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini

permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar

bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula

memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai

salah satu aktiviti pada waktu terluang.

23
Kesimpulan

Laman Web

1.http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx

2.http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

3. http://www.tradisional-bib.blogspot.com/

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Permainan_tradisional_dari_Malaysia
24