Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN REFLEKSI BENGKEL FROG VLE 2018

LAPORAN PERJALANAN PROGRAM BENGKEL FROG VLE 2018 DALAM


KALANGAN GURU DAN MURID

TARIKH : JANUARI-NOVEMBER 2018


HARI : KHAMIS
MASA : 1.30-3.00 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER, SJKC CHUNG HUA SEREMBAN

RASIONAL

FROG VLE ialah satu platform pembelajaran baharu yang telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia sejajar dengan pengagihan kemudahan Internet
berkelajuan tinggi YES 4G oleh YTL Communications melalui Projek 1Bestarinet.
Sehubungan dengan itu, seharusnya setiap murid dan guru tahu menggunakan
platform FROG VLE ini terutamanya di dalam PdP.Oleh sebab itu, pihak sekolah di
bawah Jawatankuasa FROG VLE telah mengambil inisiatif menganjurkan “Bengkel
Smart FROG VLE ” untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar bagaimana cara
menggunakan platform FROG VLE terutamanya dalam PdP.

PENGLIBATAN/KEHADIRAN:

Bengkel ini melibatkan semua guru dan murid yang dibahagikan mengikut minggu.

LAPORAN PELAKSANAAN BENGKEL SMART FROG VLE YANG DILAKSANAKAN

Peserta bengkel di ajar tentang kegunaan YES ID masing-masing. YES ID boleh


digunakan bagi tujuan Gmail, Google Drive, Google+, dan semua aplikasi yang
ditawarkan oleh Google. Guru dan murid diajar membuka email masing-masing dan
cara menambah kenalan ke dalam senarai kenalan email.

Seterusnya murid diajar penggunaan widget-widget asas yang terdapat dalam


aplikasi FROG. Guru dan murid diajar cara menggunakan widget Teks dan widget
Media. Murid di beri penerangan dan tunjuk ajar cara menyiap dan menghantar tugasan
yang telah di tugaskan oleh guru melalui Assignment sehinggalah kepada Complete
Assignment. Proses ini penting untuk memberi pengalaman kepada murid bagaimana
aplikasi Assignment berfungsi. Murid juga di ajar mengaplikasikan program
KAHOOT(kuiz online) dalam PdP. Murid menjawab kuiz online yang diberi markah
berdasarkan kepantasan masa yang diambil untuk menjawab soalan. Setiap soalan
bernilai 1000 markah. Aplikasi lain yang digunakan ialah QUIZIZZ dan PROPROF.
LAPORAN REFLEKSI BENGKEL FROG VLE 2018

REFLEKSI PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN MENGIKUT MINGGU

KEKUATAN

 Jurulatih Frog VLE yang berpengalaman luas


 Prasarana yang efektif
 Penerangan yang holistik dan bimbingan secara berkala
 Guru dan murid dapat menghasilkan laman yang menarik
 Guru dapat mengagihkan tugasan dalam perisian FROG VLE dengan ideal dan
efektif

KELEMAHAN

 Masa bengkel yang terhad


 Kemahiran penggunaan ICT masih lemah dalam kalangan guru dan murid
 Pengaplisian ChromeBook tidak mesra pengguna

PENAMBAIKAN

 Masa bengkel perlu diperbaiki untuk memberikan pendedahan yang optimum


mengenai FROG VLE dari segi aspek memasukkan bahan media dalam perisian
tersebut.
 Latihan berkala dalam penggunaan Frog VLE dapat meningkatkan tahap
penguasaan guru dan murid seterusnya melonjakkan prestasi Frog VLE sekolah.
 Menghubungi pihak YTL untuk mengemaskini perisian Chromebook agar dapat
digunakan dengan efektif dan memudahkan urusan melayari laman Frog VLE.

GAMBAR PROGRAM

 Sila rujuk lampiran A


LAPORAN REFLEKSI BENGKEL FROG VLE 2018

Lampiran A : Bengkel Smart Frog VLE Guru Dan Murid


LAPORAN REFLEKSI BENGKEL FROG VLE 2018

Anda mungkin juga menyukai