Anda di halaman 1dari 10

Pengertian Disleksia

Teori

Kesulitan belajar membaca sering disebut disleksia (dyslexia ). Istilah disleksia berasl dari bahasa
Yunani yaitu “dys” yang berarti sulit dalam dan “lex” berasal dari legein yang berarti berbicara.
Menderita disleksia berarti menderita kesulitan yang berhubungan dengan kata symbol – symbol tulis
atau “kesulitan membaca”. Terdapat beberapa pengertian disleksia yang dikemukakan oleh para ahli
seperti berikut :

a. Disleksia pengmerujuk pada anak yang tidak dapat membaca sekalipun penglihatan , pendengaran,
intelegensi normal dan keterampilan usia bahasanya sesuai. Kesulitan belajar tersebut akibat factor
neurologis dan tidak dapat diatributkan pada factor kedua, misalnya lingkungan atau sebab social
( Corsini, 1987 )

b. Disleksia sebagai kesulitan membaca berat pada anak yang berintelegensi normal dan bermotivasi
cukup, berlatar belakang budaya yang memadai dan berkesempatan memperoleh pendidikan serta tidak
bermasalah emosional ( Guszak, 1985 )

c. Disleksia adalah suatu bentuk kesulitan dalam mempelajari komponen – komponen hiamat, yang
secara historis menunjukkan perkembangan bahasa lambat dan hampir selalu bermasalah dalam
menulis dan megeja serta kesulitan dalam mempelajari system represensional misalnya berkenaan
dengan waktu, arah, dan masa ( Bryan& Bryan dikutif Mercer, 1987 )

Jadi pengertian disleksia adalah kondisi kesulitan belajar membaca taraf berat yang disebabkan oleh
factor neurologis, genetika, dan osikologis dasar, serta sering menunjukkan kesulitan dalam
mengsosiasikan antara bentuk huruf dan bayinya dan mereka sering terbalik atau kebingungan terhadap
huruf – huruf tertentu, tetapi mereka memiliki kecerdasan rata – rata / normal bahkan ada ada di atas
rata – rata

Ciri – ciri anak yang mengalami kesulitan membaca ( disleksia )

Anak kesulitan membaca sering memperhatikan kebiasaan membaca yang tidak wajar. Mereka sering
memperlihatkan adanya gerakan – gerakan yang penuh ketegangan, seperti mengernyitkan kering,
gelisah, irama suara meninggi atau menggigit bibir. Mereka juga sering memperlihatkan adanya
perasaan tidak aman yang ditandai dengan perilaku menolak untuk membaca, menangis, atau
nmencoba melawan guru. Anak kesulitan belajar membaca juga sering memegang buku bacaan yang
terlalu menyimpang dari kebiasaan anak normal, yaitu jarak antara mata dan buku bacaan kurang dari
15 inci ( kurang lebih 37,5cm ). Selain itu juga anak yang mengalami kesulitan membaca lamban, turun
naik intonasinya, dan kata demi kata, sering membalikan huruf – huruf dan kata – kata, mengubah huruf
pada kata, sering membalikan huruf – huruf dan kata – kata, mengubah huruf pada kata, kacau terhadap
kata – kata yang hany sedikit berbeda susunannya misalnya : bau, buah, batu dan lain sebagainya,
mengabaikan tanda baca, dan mengganti satu kata lain, meskipun kata yang digantikan tidak
mempunyai arti dalam konteksnya.
http://rimamss.blogspot.my/2013/01/pengertian-disleksia.html

ciri-ciri kanak-kanak disleksia


Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia

Menurut Sri Cempaka (2007), secara umumny, antara ciri-ciri kanak-kanak disleksia ialah
mereka sangat menumpukan perhatian dan komited tetapi gagal. Mereka pandai dalam bidang
seni. Semasa membaca, mereka perlu menggunakan jari untuk membaca dan juga untuk
mengira. Kanak-kanak disleksia minat belajar dan nampak pandai, namun mereka lemah dalam
pelajaran kerana sukar untuk dikuasai. Jika mereka gagal disekolah, mereka akan sangat kecewa.
Selain itu, mereka selalu jatuh (clumsy) dan terlupa nama benda-benda. Mereka juga sering
berhadapan dengan bentuk emosi yang tidak menentu (moody) tanpa sebab-sebab tertentu. Sri
Cempaka juga memberi ciri-ciri secara khusus berdasarkan kemahiran-kemahiran asas bahasa,
namun ciri-ciri ini akan dibincangkan kemudian, iaitu daripada 2.2.2 sehingga 2.2.7. Ciri-ciri
yang ditulis diberi oleh Sri Cempaka (2007) dan akan ditambah dengan ciri-ciri oleh pengkaji
dan penulis lain.
Selain Sri Cempaka, SpeEd. (2007) memberi ciri-ciri dalam kanak-kanak prasekolah. Guru-guru
prasekolah boleh menggunakan tanda-tanda ini untuk mengenal pasti kanak-kanak
disleksia. Antara tanda-tanda kanak-kanak prasekolah ialah kemahiran bertutur mereka lambat
dan mereka sukar memahami arahan. Selain itu mereka suka mengganti perkataan dan
hiperaktif. Kemahiran motor kasar dan motor halus mereka lemah. Sebagai contoh, mereka
sentiasa melanggar barang di sekitar mereka dan sukar membaling atau menangkap
bola. Contoh untuk motor hauls yang lemah, mereka tidak dapat memegang alat tulis atau tidak
boleh menggunting. (Sariah Amirin, 2000) Mereka juga seringkali terlupa nama benda-benda
atau pelajaran yang dipelajari. Selain daripada itu, mereka suka mendengar bacaan tetapi tidak
berminat membaca sendiri. Mereka sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan
suka bertanya banyak soalan.
Otak Kanak-kanak Disleksia
Sariah Amirin (2000) memberi ciri-ciri kanak-kanak disleksia daari segi otak mereka. Otak
manusia terbahagi kepada dua sfera, kanak dan kiri. Sfera sebelah kiri digunakan untuk
penggunaan bahasa, pemikiran logik, susunan dan struktur. Manakala sfera sebelah kanan
digunakan untuk visual, daya kreatif, dan kemahiran seni. Kebanyakan orang dapat
mengembangkan kedua-dua jenis kemahiran tetapi pada kebiasaannya satu bahagian otak akan
menjadi lebih dominan. Orang disleksik lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. Cara
berfikir dan belajar mereka berlainan. Mereka berbakat kreatif atau seni, walaupun mereka
lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur. Menurut Sariah Amirin (2000) lagi,
cara orang disleksia memerhati dan berfikir boleh dianggap satu “anugerah” dan bukannya satu
masalah.
Masalah Pendengaran
Dari segi mendengar, mereka kelihatan seperti tidak mendengar (Sri Cempaka, 2007) atau tidak
mempedulikan (SpeEd, 2007). Hal ini kerana mereka lambat dalam memproses maklumat
mereka terima. Maka, mereka tidak akan melakukan arahan yang diberi oleh guru, terutamanya
jika arahan tersebut terlalu panjang. Mereka juga tidak akan menyusun sesuatu mengikut
susunan, contoh melakukan arahan mengikut urutan. Namun, mereka suka mendengar bacaan
tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri.
Masalah Pertuturan
Dari segi pertutran pula, mereka menghadapi kesukaran bertutur dan juga mempunyai kesukaran
untuk mengeluarkan atau memilih perkataan yang sesuai semasa bercakap bagi menyampaikan
maksudnya. (Untung S. Drazat, 2006) Hal ini mungkin kerana perkembangan pertuturan dan
bahasa yang lambat. Selain itu, bahasa lisan lebih baik daripada penulisan. Mereka suka belajar
dengan irama kanak-kanak “nursery rhymes”.
Masalah Mengeja
Menurut SpeEd (2007) kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan
pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang,
kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca dan
memulis. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti
terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti: ‘m’ – ‘w’, ‘y’ – ‘g’ – ‘j’, ‘u’ –
‘n’,’m’ – ‘n’, ‘c’ – ‘e’, ‘p’ – ‘q’, ‘h’ – ‘n’ dan ‘b’ – ‘d’. Selain itu, terdapat juga kekeliruan
dalam membunyikan huruf seperti ‘t’ – ‘h’ dan ‘f’ – ‘v’. Hal ini akan menyebabkan mereka
kelihatan seperti tidak berhati-hati apabila mengeja. (Sri Cempaka, 2007)
Pengeliruan huruf akan menyebabkan kemahiran mengeja kanak-kanak lemah dan ejaan mereka
sering tidak konsisten. Mereka tidak boleh mengeja perkataan asas dan mudah yang seharusnya
boleh dieja oleh seseorang murid mengikut umur mereka. Tahap perbendaharaan kata mereka
lemah. Contohnya murid tahun 1 sepatutnya boleh mengeja perbendaharaan kata mudah seperti
baju, muka, emak, nama sendiri dan lain-lain lagi.
Mereka keliru antara perkataan yang hampir sama, contoh ‘buah’ dan ‘bahu’. Mereka juga
keliru huruf atau bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata, contohnya ‘almari’ dan
‘lamari’. Selain itu, mereka menggbungkan suku kata secara terbalik, contohnya ‘baju’ menjadi
‘juba’ dan juga salah menyusun abjad dalam perkataan, seperti ‘sabun’ menjadi ‘basun’.
Masalah Membaca
Disleksia biasanya dikaitkan dengan membaca. Kanak-kanak yang mengalami disleksia
mempunyai kemahiran membaca lemah. Kemampuan pembacaan kanak-kanak disleksia tidak
setaraf dengan kemampuan kanak-kanak seusianya. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia,
2004) Apabila mereka membaca, mereka teragak-agak walaupun mereka menggunakan jari
untuk menolong mereka membaca. Kadangkala cara membaca mereka seperti mereka gagap.
(Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004) Mereka sukar memahami dan menggunakan
teks bacaan. Mereka juga lemah atau tidak pandai menggunakan intonasi dan ekspresi yang
sesuai. Intonasi mereka akan turun dan naik mengikut gerak hati mereka. (Tjhin Wiguna
dalam Kompas CyberMedia, 2004) Selain itu, apabila membaca mereka tidak menghiraukan
tanda baca dan suka menambah perkataan pada bacaannya. Mereka juga sering melangkau baris
semasa membaca dan salah sebut perkataan, terutamanya perkataan yang tidak biasa
digunakan. Terdapat juga kanak-kanak yang pura-pura membaca buku berpandukan gambar
yang dilihat atau mereka ciptakan.
Masalah yang paling terkenal dengan disleksia ialah kanak-kanak sentiasa keliru dengan
perkataan dan huruf yang kelihatan sama. Mereka akan membaca perkataan terbalik, contoh
seperti ‘batu’ menjadi ‘tuba’, ‘gula’ menjadi ‘lagu’ dan sebagainya. Selain pembalik perkataan,
mereka juga terbalik dalam konsep ruang. Misalnya, mereka keliru terhadap pemahaman konsep
atas dan bawah, depan dan belakang dan sebagainya. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia,
2004) Selain itu, mereka juga keliru kedudukan huruf dalam perkataan, seperti ‘makan’ menjadi
‘makna’; dan keliru antara perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang hampir sama,
seperti ‘jam’ dan ‘jem’, ‘cat’ (kucing) dan ‘cat’ dan lain-lain. Penambahan dan pengurangkan
huruf juga berlaku, contohnya ‘bulan’ menjadi ‘bulang’ dan ‘bunga’ menjadi ‘buna’.
Kadangkala huruf vokal yang mereka baca tidak jelas atau mereka mengganti konsonan. (Untung
S. Drazat, 2006)
Orton mencatat bahawa banyak anak disleksia yang kidal atau ambidextrous, iaitu dapat
menggunakan kedua belah tangan untuk menulis, akan seringkali membaca dari kanan ke kiri.
(Untung S. Drazat, 2006) Contohnya, ‘Pada masa yang sama’ akan menjadi ‘Dapa sama yang
masa’. (SpeEd, 2007)
Masalah Menulis
Kanak-kanak disleksia tidak suka menulis. Mereka menulis lebih lambat berbanding dengan
rakan sebaya mereka. Sewaktu menulis, mereka sering mengigit jari atau pen dan tenung buku
seperti tidak faham. Mereka akan menekan pencil semasa menulis. Mereka sukar menulis atau
memindahkan maklumat ke atas kertas. Hal ini keranan apabila mereka cuba menulis dan
mengeja apa yang difikirkan, mereka tidak dapat pindahkan fikiran mereka daripada otak kepada
tangan. Kadangkala mereka perlu fikir begitu lama susunan huruf sehingga mereka lupa apa
yang mereka sedang cuba menulis. (Sariah Amirin, 2000) Hal ini juga akan menyebabkan
mereka sukar menyalin maklumat atau meniru dari papan tulis atau buku teks serta yang
dikatakan atau disebut oleh guru. Mereka akan meninggalkan atau menyelit perkataan dan juga
meninggalkan atau menyelitkan huruf serta selalu terpaksa menyalin daripada rakan.
Bentuk penulisan mereka berbeza-beza. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang
pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. (SpeEd, 2007) Tulisan mereka
amat sukar dibaca dan tidak kemas. Mereka akan menulis terbalik, iaitu dari kanan ke kiri
(SpeEd, 2007) dengan bentuk abjad yang tidak jelas dan mereka juga kerap menggunakan
pemadam semasa menulis. Selain itu, mereka lemah atau tidak pandai menggunakan tanda baca
atau huruf besar. Mereka biasanya tidak akan memulakan huruf besar dipermulaan ayat dan
sering campurkan huruf besar dengan huruf kecil dalam sebuah perkataan. Apabila menulis ayat,
terdapat kanak-kanak yang tidak menjarakkan perkataan dalam sebuah
ayat: Sayasukabermain. Terdapat juga kanak-kanak yang menjarakkan perkataan dengan
salah: Say asu kaberm ain. Selain itu, kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang
pelik-pelik dan keliru dengan perkataan pendek seperti ia, dia, ini dan sebagainya.
Masalah Matematik dan Nombor
Sama seperti, kanak-kanak keliru antara huruf yang hampir sama, kanak-kanak disleksia juga
keliru dengan nombor yang sama bentuk, contohnya: 3 – 5 – 8, 9 – 6 (Sri Cempaka, 2007) dan 2
– 5 (Untung S. Drazat, 2006) Selain itu, mereka juga terbalik susunan nombor, contoh 45
menjadi 54.
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan
matematik mental. (SpeEd, 2007) Mereka keliru atau tidak memahami tanda-tanda dan simbol-
simbol matematik, contohnya: +, – dan =. Selain itu, mereka keliru dengan konsep masa, waktu
dan konsep wang. Mereka sukar dalam menyusun atur maklumat, seperti hari-hari dalam
seminggu dan bulan-bulan dalam tahun dan sukar mempelajari sifir matematik.

1. perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan hiperkinetik


2. gangguan penglihatan
3. singkat ingatan
4. gangguan dalam bahasa
5. kebolehan kognitif yang rendah
6. kesukaran dalam kematangan emosi dan social
7. tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut
8. tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang
mana yang harus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi-bunyi tersebut
9. tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-
bunyinya agar menjadi perkataan yang beermakna
10. tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau
perkataan agar tidak terbalik kedudukannya.
11. Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya.
12. Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta menumpukan
perhatian
13. Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks
14. Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran
15. Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran pandangan
16. Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual
17. Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemah

Kesalahan-kesalahan bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia:

• Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitan
dengan isi bacaan.
• Membaca lambat dan teragak-agak.
• Mengikut bacaan dengan jari.
• Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali.
• Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi.
• Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat.
• Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak.
• Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya.
• Menyusun perkataan dengan susunan yang salah.
• Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja.
• Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak,
baju=bayu.
• Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.

Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia:

• Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam.
• Menulis secara mirror writing.
• Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d.
• Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.
• Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.
• Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.
• Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang.
• Tidak dapat menulis huruf yang disebut.
• Tidak dapat memilih huruf yang disebut.
• Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.

Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?


Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari
kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:

• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.


• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah
itu membaca secara fonetik.
• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
• Sediakan bahan pengajaran yang baik.
• Gunakan aplikasi teori Gestalt.
• Tekankan ke atas pengamatan butiran.
• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.

Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui
gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat
mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/
linguistik di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara
menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh
itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah
fonetik dalam pengajaran adalah melalui:

• Ajar nama dan huruf bunyi.


• Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
• Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
• Ajar perkataan bunyi huruf.
• Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
• Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
• Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
• Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
• Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.
Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik. Latih
tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan
dan pengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan
mengulang pembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah
seperti berikut:

1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut
dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.
2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.
3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.
4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.
5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.
6) Jika terdapat kesilapan, murid mencarai sendiri dengan cara semakan.
Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana
guru telah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah.

Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana merteka akan
memberi respon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh
perkataan adalah dengan cara:

• Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.


• Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.
• Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.
• Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam
pendidikan.
• Aktiviti pengadunan dan intergrasi.
• Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.

Kesimpulannya, Disleksia ialah gangguan perkembangan bahasa yang menunjukkan bentuk


dalam kesukaran membaca. Ia melanda 2-8 peratus kanak-kanak sekolah rendah. Kebanyakkan
daripada mereka memberi tindak balas yang baik kepada pemulihan membaca.

http://www.majalahsains.com/penyakit-disleksia/

Oleh : Mazira Mohamad Ghazali


Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu “DYN” bermaksud susah dan “LEXIA” bermaksud
tulisan. Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca,
menulis, mendengar dan bercakap. Masalah ini biasanya dialami oleh kanak-kanak dan boleh
berlanjutan sehinggalah kanak-kanak itu dewasa. Istilah ‘buta huruf’ juga boleh digunakan untuk
kategori ini. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit atau kecacatan dan ia tidak
memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah
ini dapat dikurangkan. Masalah disleksia adalah berbeza dengan afasia yang merupakan sejenis
penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak yang akan melumpuhkan kebolehan seseorang
untuk berkomunikasi.

Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses, di mana cara penghidap disleksia
dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ini berkemungkinan disebabkan oleh kecatatan
otak semasa kandungan ataupun ianya disebabkan oleh kemalangan. Selain itu, kemungkinan besar
penghidap disleksia berpunca daripada faktor keturunan. Menurut kajian perubatan yang dijalankan
di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang
mempunyai gangguan yang sama. Berkemungkinan besar puncanya boleh diwarisi tetapi yang
membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan
disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun.
Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan.
Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.
Disleksia juga melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau
bangsa. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh dan
daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual
yang normal serta tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

1. Disleksia visual (penglihatan)

Kesukaran utama yang dihadapi adalah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi
perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan
untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.

2. Disleksia auditori (pendengaran)

Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan
menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan
yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah dalam membezakan bunyi vokal
dengan konsonan juga turut dihadapi oleh disleksia auditori.

3. Disleksia visual-auditori

Kesukaran membaca yang amat teruk disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara
visual dan audio.
Gambar menunjukkan antara perkataan yang sering diterbalikkan oleh penghidap disleksia.

Penghidap disleksia juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas dan
mengalami kesukaran untuk memegang pensel serta tidak dapat menulis mengikut garisan yang
disediakan. Kanak-kanak ini juga, cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik. Terdapat juga di
kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur di mana mereka kelihatan seperti tidak
mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat
yang diperolehi. Mereka juga tidak menjalankan atau menyusun sesuatu mengikut abjad. Kanak-
kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik
mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol serta suka menterbalikkan nombor yang
sama. Mereka juga berpakaian tidak kemas tetapi tidak kotor, pandai membutangkan baju, kidal dan
pandai mengikat tali kasut sendiri. Mereka turut kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dianggap
pemalas dan kelihatan bodoh. Skop penglihatan mereka yang terhad di mana kekeliruan berlaku di
antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.
Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut :

1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.

2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai
tulisan tangan yang buruk.

3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan.

4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu seperti “p”
dianggap “q” dan huruf “b” dianggap “d”.

5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan.


6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang
dilahirkan tidak cukup bulan, kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanak-
kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa.

8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga
selesai.

9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa
memikirkan orang lain.

Disleksia hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit dengan
pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak
boleh diubati. Penghidap disleksia biasanya akan diberi rawatan secara terapi untuk
meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

http://epic.oum.edu.my/epic_upload/resources/HBEF3503/20130220094802_hbse1103%202015
1214Topik4MasalahPembelajaran.pdf