Anda di halaman 1dari 55

Nasib Pendidikan Khas di Malaysia

1.0 Pendahuluan

Menelusuri arus pemodenan negara masa kini, harus diakui bahawa telah banyak perubahan yang
berlaku terhadap sistem pendidikan negara kita. Bertitik tolak daripada itu, sama ada kita sedar
mahupun tidak lantaran terlalu dimanjakan dengan pembangunan yang begitu pesat membangun,
setiap perubahan yang berlaku sedikit sebanyak ada memberi impak yang baik mahupun impak yang
buruk dalam kehidupan seharian kita. Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan dalam diri setiap insan
merupakan suatu elemen penting bagi mencorakkan masa depan yang cerah. Mengapa? Hal ini
demikian, pendidikan merupakan suatu wadah utama bagi setiap pembangunan yang dilaksanakan di
negara kita.

Bukan itu sahaja, bidang pendidikan di Malaysia telah banyak melalui proses transformasi seiring
dengan kepesatan pembangunan yang berlangsung. Mengapa? Hal ini demikian, kerajaan sentiasa mahu
memberikan yang terbaik kepada bidang pendidikan kerana melalui pendidikan sesebuah negara akan
terus berkembang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Apa hubungannya? Begini, anak ibarat sehelai kain putih dan pendidikan yang baik akan mencorakkan
keperibadian yang cemerlang bagi seseorang individu. Keperibadian seseorang itu tidaklah bergantung
kepada peranan ibu bapa sahaja sebagai ‘role model’ malah pendidikan yang sempurna juga
memberikan impak yang besar dalam diri anak-anak. Oleh itu, jelaslah bahawa bidang pendidikan
negara merupakan suatu perkara yang tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja.

Menyentuh kepada bidang pendidikan negara, pelbagai transformasi yang dilakukan bukan bertujuan
untuk menyukarkan mana-mana pihak dengan setiap pembaharuan yang dilakukan. Tetapi ia bertujuan
untuk memperhalusi setiap perkara agar tidak ada satu pun perkara penting terlepas pandang. Contoh
yang dapat kita lihat ialah Akta Pendidikan 1996 yang mana dalam akta ini telah timbul satu penekanan
yang baru iaitu berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini telah menekankan
bahawa pendidikan adalah untuk semua iaitu kanak-kanak berkeperluan khas juga layak untuk
menerima pendidikan yang sepatutnya. Mengapa? Hal ini demikian, sebelum ini, kanak-kanak istimewa
ini sering dipandang sebelah mata atau lebih tepat nasib mereka tidak dihiraukan. Malah, ada keluarga
yang menyorokkan anak-anak istimewa mereka hanya untuk menutup rasa malu mempunyai anak yang
tidak sempurna seperti kanak-kanak normal yang lain. Namun, jika kita lihat pada masa kini, sudah ramai
kanak-kanak berkeperluan khas mampu menjejakkan kaki ke menara gading. Malah, jangan terkejut
sekiranya mereka memperolehi pencapaian yang lebih cemerlang dan membanggakan negara
berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Ya, semuanya bermula dengan pendidikan.
2.0 Isu-isu Dalam Pendidikan Khas

2.1 Sikap Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan tunggak utama dalam mencorakkan anak-anak mereka. Hal ini demikian, melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa jelas memainkan peranan yang penting dalam pengesanan
tanda-tanda awal atau respon yang tidak normal anak-anak mereka. Mengapa? Ibu bapa merupakan
insan yang paling dekat dengan anak ketika mereka kecil sehinggalah mereka dewasa.

Namun, menelusuri arus pemodenan masa kini, kita seakan-akan sudah lali dengan tabiat masyarakat
yang terlalu taksub dengan kebendaan atau materialistik. Ibu bapa seolah-olah lebih memberi perhatian
kepada kerjaya masing-masing tanpa menghiraukan perkara utama yang sepatutnya menjadi penekanan
mereka. Dalam konteks ini, suka saya nyatakan bahawa ibu bapa masa kini sudah terang lagikan
bersuluh ibarat melepaskan batuk ditangga apabila isu tanggungjawab mereka diutarakan. Mengapa?

Sikap duniawi ibu bapa masa kini telah menjadikan mereka meletakkan sepenuhnya tanggungjawab
mendidik anak kepada guru. Ibu bapa memberikan kepercayaan yang tinggi kepada guru di sekolah
untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna. Hal ini bertambah buruk apabila ibu bapa itu
sendiri yang enggan memahami perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran anak mereka di
sekolah. Dalam hal ini kita fokuskan pada ibu bapa kepada murid bekeperluan khas. Bukankah
penglibatan ibu bapa dan guru dalam menjamin keberkesanan sesuatu modus itu berjalan lancar amat
penting? Ya, mungkin kesedaran mengenai pendidikan khas juga merupakan salah satu faktor mengapa
ibu bapa hanya mengambil enteng mengenai pendidikan yang bakal anak bekeperluan khas mereka
terima di sekolah.

Tahukah anda? Bahawa kurangnya kesedaran mengenai pendidikan khas ini juga akan menimbulkan
kolaborasi yang kurang effisien antara ibu bapa dan guru. Maka, siapa yang menjadi mangsanya kalau
bukan murid bekeperluan khas tersebut. Dalam konteks ini, kita fokuskan pada peranan yang perlu
dilakukan oleh ibu bapa dalam mengesan sebarang tindak-tanduk anak yang diluar daripada kebiasaan
kanak-kanak normal. Apa? Ibu bapa sepatutnya lebih peka dengan perangai yang ditunjukkan anak-anak
mereka sejak awal lagi iaitu memerhati dan mengesan kelemahan atau kekurangan anak mereka
bermula daripada peringkat awal. Disini ingin ditegaskan bahawa ibu bapa tidak sepatutnya mengambil
mudah perkembangan anak mereka. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan sahaja anak mereka
sekiranya mereka dapat mengesan apa-apa yang diluar kebiasaan kanak-kanak normal. Tambahan lagi,
pengesanan awal kecacatan dapat membantu anak-anak tersebut memulihkan kecacatan yang
dihadapinya sekiranya pengesanan dapat dilakukan dengan lebih awal walaupun rawatan yang
dijalankan tidak menjamin kanak-kanak tersebut sembuh dan menjadi seperti kanak-kanak normal yang
lain. Namun, dunia materialistik yang dikejar oleh ibu bapa masa kini sudah pasti mengehadkan mereka
untuk lebih memberi perhatian kepada anak mereka lalu peranan yang sepatutnya mereka galas hanya
terbiar sepi dan kanak-kanak bekeperluan khas ini yang menjadi mangsa keadaan.

Berbalik kepada skop utama kita iaitu kebergantungan ibu bapa kepada pihak sekolah itu sendiri
sebenarnya sudah banyak memberikan cabaran kepada dunia pendidikan khas. Hal ini demikian,
kesibukan yang dilalui oleh ibu bapa sudah pasti menimbulkan jurang yang besar antara ibu bapa itu
sendiri dengan anak mereka. Sekaligus memberikan impak yang besar dalam diri anak mereka.
Kesibukan mereka menjadikan mereka terlalu bergantung kepada pihak sekolah untuk mengajar anak
mereka dalam pelbagai aspek yang berbeza sehinggalah anak berkeperluan khas mereka mampu hidup
berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

2.2 Kualiti Pendidikan

Kualiti pendidikan dan kualiti guru merupakan suatu elemen yang tidak dapat dipisahkan. Menurut
Sulaiman Daud (1995), menjelang abad ke-21, pendidikan bukan sahaja hanya memerlukan kita
melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang tertentu seperti
bidang industri dan teknologi, pegurusan dan perdagangan sahaja malah harus menghasilkan insan yang
mempunyai sistem nilai dan etika serta akhlak yang baik, berperibadi mulia, bertanggungjawab, patuh
kepada Tuhan serta berkemampuan untuk membangunkan masyarakat dan negara (dalam Shahril dan
Habib 2001). Mendepani arus globalisasi dan era pembangunan yang pesat ini, peranan sekolah juga
berubah dan para guru perlu meningkatkan aras pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang baru
untuk membolehkan mereka mengikut peredaran masa kini agar tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek
panas.

Apakah cabaran kepada guru masa kini? Cabaran para guru masa kini merangkumi usaha mereka
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran-kemahiran yang berguna seperti kemahiran dalam
bidang teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran dalam menangani masalah disiplin dan gejala
sosial, kemahiran dalam pengurusan sekolah yang berkesan serta banyak lagi kemahiran yang perlu
dititikberatkan. Oleh itu, untuk menjadi suatu barisan para guru yang berdedikasi dan sentiasa
bersemangat serta mudah mentransformasikan diri mengikut peredaran masa yang semakin pesat
berkembang bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng . Malah, tidak semua guru dapat
mengadaptasikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam masa yang singkat. Hal ini demikian,
mereka perlu mengambil masa bagi mempelajari sesuatu kemahiran baru seperti kemahiran teknologi
maklumat dalam proses pengajaran.

Persoalannya? Adakah barisan guru yang wujud di Malaysia ini sudah cukup bersedia dan kompeten
dalam menangani cabaran-cabaran yang mendatang? Adakah pembaharuan atau perubahan dalam
perkhidmatan dan kejayaan yang diperolehi dalam dunia pendidikan negara sudah menunjukkan tahap
kompetensi guru di Malaysia?

Apa yang dapat saya akui disini ialah guru-guru di Malaysia sepatutnya berasa amat bertuah kerana
mempunyai suatu institusi kerajaan yang begitu prihatin dan menitikberatkan kemajuan dan kebajikan
perkhidmatan. Buktinya, sebanyak sembilan kali pengemakinian Skim Perkhidmatan Pendidikan telah
dilaksanakan di bawah empat laporan semakan gaji.

Tambahan lagi, setiap pembaharuan yang dilaksanakan amat mementingkan kebajikan para guru.
Contohnya, Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang telah berkuatkuasa mulai 1 November 2002 telah
diperkenalkan dengan membawa satu matlamat dan tekad untuk mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan awam secara menyeluruh dan merupakan reformasi dalam pengurusan manusia. Perkara
ini merupakan suatu modus operandi bagi mewujudkan tenaga kerja yang berpengetahuan luas dan
sekaligus dapat mewujudkan perkhidmatan yang cemerlang.

2.3 Kesusahan Meraih Kepercayaan Murid

Dari sudut pandangan yang berbeza, aspek individu murid adalah berbeza antara satu sama lain
mengikut murid itu sendiri. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu boleh ditakrifkan sebagai
suatu variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannnya sama ada dari segi kognitif,
emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek-aspek lain yang mungkin terdapat sesama
individu dalam suatu kumpulan.

Dalam konteks ini, kita fokuskan pada isu utama iaitu bagaimana guru-guru pendidikan khas
mendapatkan kepercayaan dari anak-anak istimewa ini. Seperti yang kita sudah ketahui, kanak-kanak
berkeperluan khas mempunyai sikap yang berbeza dan keperluan bagi setiap mereka juga berbeza
mengikut kekurangan diri masing-masing. Lumrahnya, bukan mudah buat seorang guru pendidikan khas
berhadapan dengan kanak-kanak bekeperluan khas ini. Malah, proses kesediaan mereka untuk
memasuki suatu perkara baru seperti memasuki alam persekolahan juga mempunyai cara yang
tersendiri berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain. Perkara ini dapat dilihat jelas melalui beberapa
faktor seperti faktor kematangan dan kesediaan fizikal mereka berhadapan dengan suasana baru dan
rakan-rakan yang baru di sekolah.

Cabaran bagi guru-guru pendidikan khas tidak terhenti disitu sahaja, malah permulaan bagi cabaran
yang menguji kredibiliti mereka sebagai seorang guru teruji lagi dengan mereka perlu berhadapan denga
pelbagai kerenah daripada kanak-kanak berkeperluan khas. Mengapa? Hal ini demikian, sebahagian
besar daripada mereka tidak pernah mengetahui kewujudan alam persekolahan pada peringkat awal.
Umumnya, kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas tidak suka kepada suatu pembaharuan dalam
kehidupan mereka. Oleh itu, sudah pasti mereka mahukan layanan yang diterima disekolah itu serupa
dengan layanan yang diberikan kepada mereka di rumah. Dalam hal ini, guru perlu sentiasa peka dengan
keperluan mereka iaitu merangkumi pengurusan dari aspek emosi dan amalan berdikari.

Cabaran yang jelas kelihatan ialah apa yang diberi oleh guru sudah tentu tidak sama dengan apa yang
mereka terima dirumah. Oleh itu, amat sukar bagi guru untuk berhadapan dengan kanak-kanak
berkeperluan khas yang rata-ratanya mempunyai kepelbagaian yang pelbagai. Apa yang dapat saya
rumuskan disini ialah, guru pendidikan khas perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan diiringi
dengan perasaan prihatin serta penyayang bagi meraih kepercayaan mereka.

2.4 Kelas Inklusif

Apakah yang dimaksudkan dengan kelas inklusif? Kelas inklusif mula dilaksanakan selepas Rangka
Tindakan Biwako dilaksanakan pada tahun 2002. Apakah Rangka Tindakan Biwako? Rangka Tindakan
Biwako merupakan salah satu subtopik dibawah bab Perundangan Pendidikan Khas yang mana nama
biwako itu sendiri diambil sempena nama tasik Biwa yang terletak di kawasan Shiga, Jepun. Rangka
tindakan ini membincangkan tentang tindakan untuk mempromosikan pendidikan inklusif, hak-hak
kebebasan dan keperluan sosial untuk orang kurang upaya. Keperluan sosial dalam konteks ini
merangkumi hak-hak asasi manusia iaitu pembangunan diri dan warga kurang upaya diberi keutamaan.

Yang menjadi tunjang perbincangan kita dalam konteks ini ialah adakah kelas inklusif yang dilaksanakan
itu sendiri sudah cukup releven untuk terus dilaksanakan? Begini, kelas inklusif merupakan suatu
program yang mana para pelajar berkeperluan khas akan ditempatkan di dalam kelas yang sama dengan
kanak-kanak normal yang lain. Penggabungan tersebut sudah pasti sedikit sebanyak akan menimbulkan
kesan negatif dan positif dalam kalangan para pelajar itu sendiri mahupun dalam kalangan guru.
Mengapa?
Kita fokuskan pada kesan positif dahulu iaitu kanak-kanak berkeperluan khas dapat bergaul dengan
kanak-kanak normal dengan lebih dekat iaitu mereka dapat membiasakan diri atau mengadaptasikan
diri untuk bergaul dengan masyarakat apabila mereka berada di dunia luar kelak. Malah, penggabungan
tersebut juga mampu memberi kesedaran kepada masyarakat luar mengenai kewujudan mereka dalam
kehidupan seharian. Yang menjadi persoalannya, bagaimana guru-guru menangani konflik-konflik yang
berlaku di dalam kelas? Bukankan cara pengajaran dan pendekatan yang digunakan untuk kanak-kanak
berkeperluan khas berbeza dengan kanak-kanak normal?

Ya, sudah pasti. Kurikulum yang disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas lebih menekankan
mereka untuk belajar melakukan sesuatu aktiviti rutin dalam kehidupan seharian sehingga mereka
mampu untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Tambahan lagi, tidakkah
penggabungan yang dilakukan tersebut bakal mengganggu kanak-kanak normal mahupun kanak-kanak
berkeperluan khas itu sendiri.

Dalam sudut yang berbeza pula, bagaimana guru hendak mengajar dalam kelas inklusif? Iaitu bagaimana
guru tersebut dapat menetapkan aras dan pengajaran yang sesuai bagi setiap murid yang ada dalam
kelas mereka? Maka, disini kita dapat lihat cabaran yang perlu ditempuhi oleh para guru kerana apabila
kelas inklusif dilaksanakan, maka guru biasa turut sama perlu mengetahui kemahiran-kemahiran
menguruskan kanak-kanak berkeperluan khas yang selama ini hanya dipelajari oleh guru-guru
pendidikan khas. Hanya guru pendidikan khas sahaja yang dibekali dengan ilmu dan kemahiran-
kemahiran untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas.

3.0 Implikasi Kepada Isu Pendidikan Khas di Malaysia

Setiap yang berlaku sudah pasti memberikan sedikit sebanyak impak dalam kehidupan kita. Dalam
konteks ini, saya sertakan implikasi isu-isu pendidikan khas yang berlaku di Malaysia dari sudut positif
mahupun negatif. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peningkatan Tahap Professional Guru

Menjadi guru pendidikan khas adalah sesuatu yang amat berbeza dan mencabar berbanding menjadi
guru biasa. (Utusan Online, 2011). Kata-kata tersebut merupakan kata-kata daripada seorang guru
pendidikan khas yang sebelum ini hanya menjadi seorang guru biasa. Cikgu Alizah Bt Abdul Malek juga
berkata bahawa kehidupan sebagai seorang guru pendidikan khas amat mencabar kerana pelbagai
kerenah murid terpaksa dihadapinya setiap hari. Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah
Danau Kota juga turut menyokong pendapat tersebut dengan mengatakan bahawa menjadi seorang
guru pendidikan khas sangat mencabar.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan keadaan-keadaan yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru
pendidikan khas di sekolah. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi yang amat menguji
kesabaran dan kredibiliti mereka sebagai seorang guru.

Implikasinya, dengan berhadapan dengan pelbagai situasi yang mencemaskan mahupun sebaliknya,
guru-guru tersebut mampu meningkatkan tahap professional mereka sebagai seorang guru melalui
pelbagai pengalaman yang mereka telah lalui. Bukan itu sahaja, pengalaman yang mereka telah perolehi
itu juga sudah pasti mampu mematangkan lagi pemikiran seorang guru untuk terus membuat pelbagai
inovasi bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas dan seterusnya insan istimewa ini juga mampu
bersaing dengan kanak-kanak normal yang lain walaupun mengambil sedikit masa.

Tambahan lagi, pengalaman mengajar erti kehidupan. Tahap professional seorang guru juga mampu
dipupuk dan ditingkatkan apabila pelbagai situasi yang mereka hadapi membuatkan mereka terus
memikirkan cara untuk mendapatkan ilmu sama ada menyambung pembelajaran, menghadiri kursus,
membaca dan sebagainya. Malah, kemahiran-kemahiran yang sedia ada juga sudah pasti akan ditambah
baik dan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Hal ini merupakan suatu elemen yang penting yang perlu
diberikan nafas baharu seiring dengan perubahan pembangunan negara.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang Lebih Menarik

Seperti yang kita sedia maklum, proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas
adalah berbeza dengan kanak-kanak normal iaitu pendekatan yang digunakan kepada mereka lebih unik
dan bersifat santai. Hal ini demikian, proses pengajaran yang menarik dan pelbagai mampu menarik
minat mereka dan membuatkan tahap fokus mereka dalam kelas meningkat berbanding dengan proses
pengajaran yang biasa.

Dalam konteks ini, saya luaskan fokus perbincangan kita iaitu merangkumi kanak-kanak berkeperluan
khas dan pelajar biasa. Umumnya, kanak-kanak amat suka kepada perkara baharu yang menarik. Oleh
itu, pengajaran yang pelbagai merupakan salah satu input yang penting untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku lebih berkesan.

Bagaimana? Seperti konteks perbincangan kita yang sebelum ini, iaitu saya telah menerangkan tentang
peningkatan tahap professional guru yang mana ia terus meningkat dengan pengalaman-pengalaman
yang dihadapi para guru seiring dengan perubahan arus pemodenan negara. Pengalaman yang dihadapi
para guru sudah pasti mematangkan diri mereka dan sekaligus mampu membuatkan mereka berfikiran
lebih kreatif dan kritis atau kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu, pengalaman mereka berhadapan dengan kerenah para pelajar yang pelbagai juga sudah pasti
membuatkan mereka lebih bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku. Oleh itu,
perancangan pengajaran yang baik sudah pasti akan dirangka lebih awal dan lebih teratur sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Malah, perancangan awal yang lebih teratur ini juga
akan menghasilkan suatu aktiviti yang menarik kerana para guru mampu merancang sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang berlainan didalam kelas.

Contohnya, para guru boleh mempraktikkan atau menyelitkan beberapa proses terapi ringkas sebagai
permulaan bagi setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Tambahan lagi,
perancangan yang awal sudah pasti akan memberi ruang dan waktu kepada para guru untuk
menyiapkan beberapa bahan bantuan mengajar yang menarik dan ringkas untuk para pelajar. Kesannya,
para pelajar lebih tertarik dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung serta
matlamat sesuatu proses pengajaran akan tercapai.

Etika Guru Terjaga

Mendepani pelbagai kerenah pelajar sudah pasti sedikit sebanyak mengganggu emosi seseorang guru
itu. Namun, pemupukan sikap sabar dalam diri para guru terutamanya guru pendidikan khas ketika
mereka berdepan dengan para pelajar berkeperluan khas sudah pasti mampu menjaga etika guru
disamping terus menambah baik etika tersebut. Hal ini demikian, sudah terang lagikan bersuluh, para
guru memerlukan sikap sabar yang tinggi, penyayang, jujur serta bertanggungjawab.

Sikap-sikap yang dipupuk sebati dalam diri para guru semasa berhadapan dengan kerenah murid sudah
pasti memberikan impak yang besar dalam diri mereka seterusnya memberikan pandangan positif
terhadap etika para guru.

Sekiranya para guru sudah terbiasa dan sebati dengan niali-nilai murni atau etika yang baik, sudah pasti
isu-isu yang membabitkan para guru dan pelajar dalam Malaysia dapat dikurangkan. Seterusnya
profession keguruan juga dapat memperlihatkan suatu imej yang baik dan dipandang tinggi oleh
masyarakat dunia.
Pelaksanaan Pendidikan Inklusif

Menelusuri sejarah pendidikan negara, pendidian inklusif sebenarnya telah dimulakan pada tahun 1962
yang mana 3 orang pelajar cacat penglihatan telah belajar didalam kelas yang sama dengan bantuan
guru khas resos. Manakala pada tahun 1993 seramai 3 orang pelajar cacat pendengaran telah
ditempatkan ditingkatan enam rendah di SMK(L) Methodist Kuala Lumpur. Tidak henti disitu, pada sesi
persekolahan tahun1994/95 pula bermula satu episod baru iaitu projek rintis mula dilaksanakan dengan
14 buah sekolah di Malaysia bagi program KKBP.

Seperti yang telah dinyatakan diatas, pendidikan inklusif yang dijalankan mungkin akan memberi
kebaikan. Hal ini demkian, para pelajar akan dapat bergaul dan bersaing dengan rakan-rakan sebaya
mereka yang normal. Tetapi cabaran kepada guru itu sendiri yang menjadi persoalan. Apa? Bagaimana
seorang guru itu dapat memastikan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas tersebut mampu atau
faham dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain?
Sedangkan akta pendidikan khas yang dilaksanakan telah memperkenalkan kurikulum dan kokurikulum
khas buat kanak-kanak berkeperluan khas. Ya, jika kita lihat secara umumnya, memang nampak mudah.
Tetapi yang menyukarkan sekarang ini adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh guru itu sendiri.

Sekiranya kanak-kanak berkeperluan khas ini diasingkan, maka para guru akan lebih mudah untuk
memberikan perhatian kepada satu-satu pelajar. Mengapa? Hal ini demikian, penempatan jumlah murid
berkeperluan khas untuk seorang guru bagi satu-satu masa adalah dalam jumlah yang kecil. Contohnya,
seorang guru hanya perlu mengajar 3 orang murid berkeperluan khas dalam satu kelas. Di sini jelas
menunjukkan bahawa guru tersebut boleh memberikan sepenuh perhatian kepada satu-satu pelajar
berbanding jika pelajar tersebut ditempatkan dengan kanak-kanak normal yang lain iaitu guru tersebut
perlu bijak menggunakan peluang yang ada untuk bersikap adil dengan semua pelajar.

Bukan itu sahaja, pelaksanaan pendidikan inklusif ini juga dikhuatiri mengganggu proses pembelajaran
para pelajar sama ada pelajar berkeperluan khas mahupun pelajar normal itu sendiri. Mengapa?
Umumnya, kita ketahui bahawa pelajar berkeperluan khas mengambil masa yang agak lama untuk
mempelajari sesuatu perkara iaitu mereka perlu diajar berulang kali. Lebih sinonim di dalam pendidikan
khas ialah terapi langkah kerja atau terapi bibir yang mana guru perlu melakukan perkara tersebut
berulang kali dan menyuruh para pelajar mengikutnya sehingga mereka mampu melakukannya.
Contohnya, terapi gerak bibir sering dilakukan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah
komunikasi atau bahasa. Iaitu, guru akan menyebut suatu perkataan seperti ‘makan’ berulang kali dan
pelajar tersebut perlu menyebutnya sehingga dia berjaya. Perkara ini nampak ringkas dan mudah. Tetapi
cuba anda bayangkan anda mengajar menggunakan kaedah ini dalam kelas kanak-kanak normal. Sudah
pasti mereka akan merasa jemu dan bosan apabila mereka mempelajari perkara yang sama berulang kali.
Maka, jelaslah jurang perbezaan antara kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan khas.

4.0 Cadangan dan Usaha Mengatasi

Setelah menghuraikan beberapa isu dan implikasinya kepada profesion keguruan, maka sudah pasti ada
beberapa perkara atau cadangan yang dapat disimpulkan agar penambah baikan terus berlaku seiring
dengan arus pembangunan negara.

Cadangan pertama yang ingin diusulkan ialah tertumpu kepada para guru iaitu mereka perlu terus
menerus memperkasa emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman
Abd Aziz, 2009). Apakah emosi? Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka telah mentakrifkan emosi sebagai
perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih dan marah. Oleh itu, emosi jelas menunjukkan ciri-ciri jiwa
manusia yang mempamerkan atau menzahirkan sesuatu perasaan yang berpunca daripada psikologi,
tingkah laku dan naluri manusia. Seorang guru perlu mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk
menangani ketidakstabilan emosi yang dialami yang berpunca daripada tekanan hidup yang dihadapi.
Hal ini demikian, guru adalah insan utama yang akan melayan setiap kerenah para pelajarnya. Berbeza
dengan ibu bapa kerana ibu bapa hanya melayan kerenah anaknya sahaja tetapi seorang guru perlu
melayan setiap kerenah anak muridnya. Bertambah rumit lagi setiap anak murid sudah tentu
mempunyai ragamnya yang tersendiri. Oleh itu, adakah anda yakin bahawa setiap guru itu mampu
untuk mendepani anak muridnya setiap hari? Tanpa hati yang cekal sudah tentu para guru juga akan
rebah atau tersilap langkah. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Atau terlajak perlakuan?
Adakah boleh ditarik balik? Dengan ini, jelaslah bahawa pemerkasaan emosi merupakan suatu elemen
yang penting dalam membentuk sikap pelajar.

Kedua, guru juga perlu menghasilkan atau mempraktikkan suatu pendekatan untuk membentuk tingkah
laku murid supaya murid tersebut mudah untuk dikawal terutamanya sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Contohnya, terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan seperti bercerita
dalam membentuk tingkah laku murid. Tahukah anda? Bahawa cerita merupakan salah satu terapi untuk
intervensi kaunseling kanak-kanak. Malah terapi ini sinonim dengan seni mempengaruhi orang lain
dengan penceritaan yang disampaikan. Terapi ini juga merupakan media komunikasi antara ahli terapi
dengan klien. (Lee Keok Cheong et al. 2002). Bagaimana? Para guru boleh menceritakan pelbagai cerita
teladan sebagai pencerahan bagi murid mengenai pengajaran bagi setiap perkara negatif yang dilakukan.
Namun, harus ditegaskan bahawa setiap genre cerita yang dipilih mestilah menepati dan bersesuaian
dengan perkembangan murid. Dari aspek yang lain pula, kaedah penceritaan kisah teladan ini juga
merupakan salah satu inovasi yang dapat dilakukan para guru untuk menarik perhatian para pelajar
seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku lebih menarik dan tidak
membosankan. Bukan sahaja tidak membosankan para pelajar, malah guru juga turut terhibur dengan
reaksi para pelajarnya yang pelbagai.

Ketiga, lahirnya guru mesra OKU dapat membentuk guru pendidikan khas yang baik dan prihatin
seterusnya sudah pasti seorang guru yang mesra terhadap anak murid. Bagaimana? Melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Bagi melahirkan barisan guru yang berkredibiliti tinggi, sudah pasti pemupukan
dan pemantapan insaniah dan lahiriah seseorang guru tersebut perlu bermula sejak awal lagi iaitu sejak
guru-guru itu menjejakkan kaki dan berada dalam latihan perguruan lagi. Kita tidak sempitkan
perbincangan kita pada guru pendidikan khas sahaja. Tetapi merangkumi kepada semua guru yang ada
di negara kita. Setiap guru perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran mengesan
ketidaksempurnaan anak didik mereka. Pengesanan awal yang dilakukan membolehkan guru tersebut
merujuk masalah yang dikenal pasti kepada pakar. Sama ada percaya atau tidak, program ini telah
menerima sokongan daripada pihak TWINTECH International University College of Technology
(TWINTECH). Malah TWINTECH telah menawarkan pelbagai program yang bertujuan untuk memberikan
bantuan dan sokongan yang padu kepada kerajaan hanya untuk satu matlamat yang jelas iaitu
melahirkan barisan guru prihatin dan mesra orang kelainan upaya (OKU). Tambahan lagi, pihak universiti
tersebut telah mengambil tindakan seperti penguasaan Bahasa Isyarat Malaysia wajib bagi setiap
graduan, melahirkan guru pendidikan khas berkepakaran autisme dan sebagainya (Mymetro, 2012).
Melalui cadangan ini, persepsi guru-guru biasa juga turut berubah lantaran lahirnya guru-guru yang
mesra orang kelainan upaya (OKU) dan masyarakat luar juga turut mesra dengan orang kelainan upaya
(OKU). Jika kita hamparkan lagi skop pemikiran, kita akan dapati bahawa selain daripada guru-guru dan
masyarakat luar, orang kelainan upaya itu sendiri juga akan berasa lebih selesa dan tidak berasa rendah
diri untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh pancaroba ini.

5.0 Rumusan

Pada pandangan saya, tugas sebagai guru pendidikan khas amat mencabar kepada sesiapa yang
menggalasnya. Bukan guru pendidikan khas sahaja, tetapi semua guru juga begitu. Tugas ini juga sudah
pasti menjadi suatu perkara yang amat membebankan bagi seorang guru yang hakikatnya masih belum
menguasai tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi dalam menjalankan tugas.
Maka disini jelaslah bahawa guru pendidikan khas bukanlah guru biasa tetapi guru ini juga merupakan
guru yang istimewa kerana tahap kebergantungan murid terhadap gur tersebut adalah melebihi murid-
murid normal yang lain. Namun, seorang guru itu perlulah sentiasa bersikap husnuzon iaitu bersangka
baik dalam setiap cabaran yang dilalui dan sentiasa ikhlas dalam mendidik. Sentiasa yakin walaupun
banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi tetapi didiklah murid-murid berkeperluan khas dengan penuh
tanggungjawab kerana mereka juga dahagakan ilmu seperti murid-murid normal yang lain sekaligus
mempersiapkan mereka dengan kemahiran-kemahiran bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka
mendepani arus pembangunan masa kini agar mereka dapat berdikari dan tidak sepenuhnya
bergantung kepada keluarga mahupun ehsan orang lain.

Oleh itu, setelah kita mengkaji dan memperhalusi setiap isu atau masalah, impikasinya dan modus
operandi yang boleh dilaksanakan maka jelaslah bahawa setiap pembaharuan yang dilaksanakan sudah
pasti ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Semuanya terletak pada diri kita untuk
memperbaiki setiap kelemahan yang ada dan terus menambah baik kelebihan atau kebaikan yang sedia
ada seiring dengan pembangunan negara. Jika bukan kita iaitu barisan guru-guru berketerampilan tinggi,
siapa lagi?

Kerajaan
© UNICEF Malaysia/2004/Nadchatram

Unit Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri

UPE berusaha menambahbaikkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dan mempromosi pembangunan
yang stabil dan berterusan melalui perancangan pembangunan yang berkesan. Tambahan pula, UPE
mengukuhkan kekuatan dalaman dan persaingan peringkat antarabangsa serta mempromosi
penggunaan sumber sedia ada secara optimum. UPE merupakan titik tumpuan yang penting bagi
perancangan UNICEF di Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kementerian Kesihatan Malaysia membina kerjasama demi kesihatan untuk membantu dan meyokong
rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan yang baik dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
UNICEF telah bekerjasama dengan Kementerian ini sejak 1954 dalam bidang kesihatan bayi dan ibu
mengandung, serta pemakanan. Hari ini, UNICEF menyokong maklum balas MoH terhadap HIV/AIDS dan
program kesihatan untuk kanak-kanak yang terpinggir dan lemah.

Unit AIDS/STD, Kementerian Kesihatan Malaysia

Berdasarkan prinsip-prinsip kesihatan awam, Unit AIDS/STD berusaha bersungguh-sungguh untuk


melahirkan komuniti yang bebas HIV/AIDS dan penyakit-penyakit kelamin lain yang berjangkit. Seksyen
ini ditubuhkan pada 1993 hasil penstrukturan semula Bahagian Kawalan Penyakit dan Jabatan Kesihatan
Awam. Ketika ini, terdapat 3 unit di bawah seksyen, iaitu pencegahan dan promosi kesihatan,
pemerhatian dan penjagaan. Unit ini menyediakan khidmat sebagai badan penyelaras, penyedia dana,
pengurus proram dan perkhidmatan, dan penyokong kepada agensi lain, kerajaan dan badan bukan
kerajaan dalam usaha memerangi AIDS/STD.
Program PROSTAR, Kementerian Kesihatan

PROSTAR ialah “Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja” telah diperkenalkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia pada 1996 dalam usahanya untuk menyelesaikan masalah AIDS di kalangan remaja.
Program ini, yang bertemakan “Tindakan oleh Remaja, untuk Remaja dan Melalui Remaja”
menggunakan pendidikan rakan sebaya untuk menyebarkan mesej. Sejak 2004, UNICEF berkerjasama
dengan kelab PROSTAR di 6 daerah di negeri Kedah untuk menyediakan perkhidmatan yang mampu
mendekati remaja-remaja yang tidak bersekolah.

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK), Kementerian Kesihatan Malaysia

BPKK mula ditubuhkan sebagai Unit Kesihatan Ibu dan Kanak-kanak yang menyediakan penjagaan asas
kepada ibu dan kanak-kanak. Pada 1996, program ini telah diperluas untuk merangkumkan keseluruhan
kitaran hidup sesebuah keluarga, sejak lahir hingga mati. Antara kejayaan yang banyak dicapai oleh
Bahagian ini ialah pengurangan kadar kematian kanak-kanak berusia bawah lima tahun dan kadar
kematian ibu yang begitu ketara yang pada hari ini boleh dibandingkan dengan Negara-negara
perindustrian.

Institut Pengurusan Kesihatan (IPK), Kementerian Kesihatan

IPK telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2000, untuk tujuan latihan, kajian dan
perundingan dalam pengurusan kesihatan. Ia merupakan salah satu daripada tujuh buah institut di
bawah Institut Kesihatan Negara. Baru-baru ini, Institut ini telah menerima pengiktirafan MS ISO
9001:2000, Confrac (Peranchis) dan sijil pengiktirafan UKAS (UK) untuk semua perniagaan terasnya.
Pada 2005, UNICEF di Malaysia bekerjasama dengan IPK untuk menubuhkan Pusat Kerjasama IPK-
UNICEF untuk Dasar, Penambahbaikan dan Penilaian Kesihatan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

KPM bertanggungjawab terhadap pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia yang akan
merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi semua rakyat Malaysia. KPM
memastikan semua kanak-kanak di Malaysia mendapat peluang pendidikan yang saksama. UNICEF
bekerja dengan KPM untuk memperkenalkan pendidikan berasaskan kemahiran hidup dan penyediaan
kecemasan untuk kanak-kanak sekolah dan juga pendidikan pemulihan kepada kanak-kanak Orang Asli
di Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan

PPK, telah ditubuhkan sebagai satu bahagian dalam Kementerian Pendidikan pada 1974,
bertanggungjawab untuk menyediakan kurikulum sekolah peringkat kebangsaan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada 1982 dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah pada 1988 merupakan antara pencapaian utama bahagian ini. PPK dan UNICEF akan
bekerja bersama-sama untuk menyediakan modul Kemahiran Hidup HIV/AIDS berasaskan pendidikan
yang dijangka akan diedarkan ke seluruh Negara, beserta program khas pendidikan pemulihan kepada
kanak-kanak Orang Asli di Malaysia dan kanak-kanak kaum peribumi lain.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

KPWKM merupakan tumpuan utama untuk mencapai kesamarataan jantina, pembangunan keluarga
dan masyarakat penyayang sebagai asas pembentukan sebuah Negara maju. Antaranya, KPWKM
menggalakkan perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita dan penglibatan mereka dalam
pembangunan Negara dan program kerjasama pembangunan keluarga. Jabatan-jabatan berkaitan
KPWKM ialah Jabatan Pembangunan Wanita, Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga, Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan Institut Sosial Malaysia. Kementerian ini juga bertanggungjawab untuk
menyediakan laporan mengenai Konvensyen Membasmi Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita
(Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women - CEDAW) dan
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of the Child - CRC) serta penyediaan
Pelan Tindakan Negara untuk Kanak-kanak.
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Jabatan Kebajikan Masyarakat ini ditubuhkan pada 1946 dengan tugas untuk mewujudkan masyarakat
Malaysia yang penyayang. Jabatan ini berurusan dengan perkhidmatan kebajikan dan bertanggungjawab
terhadap Dasar Kebajikan Negara yang mengandungi rujukan ke arah pewujudan dan peningkatan
peluang yang adil dan saksama. Antara lain, jabatan ini turut menyediakan penjagaan dan pemulihan
kepada golongan yang lemah termasuk kanak-kanak, keluarga dan orang kurang upaya, mangsa bencana
alam dan warga tua. UNICEF bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mempromosi
hak asasi kanak-kanak dan penglibatan mereka serta menubuhkan persekitaran yang terjamin kepada
kanak-kanak di Malaysia.

Kementerian Belia dan Sukan (KKBS)

KKBS yang dahulunya Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ditubuhkan pada tahun 1964. Fungsi
utama Kementerian ini adalah untuk menyumbang ke arah penggubalan dasar belia, melalui
kedudukannya sebagai Pengerusi Majlis Perunding Belia Kebangsaan (MPBK) atau NYCC dan berkhidmat
sebagai badan pelaksana utama dasar. Program yang berfokuskan belia yang dilaksanakan oleh
Kementerian Belia dan Sukan termasuklah latihan kemahiran, pembangunan ekonomi, penubuhan NGO
belia, dan program Rakan Muda. UNICEF, bersama-sama dengan program Rakan Muda KKBS akan
menubuhkan rangkaian sukarelawan belia untuk bersiap sedia untuk menghadapi kecemasan. Kira-kira
3,000 belia yang berusia 18 dan 25 tahun dilatih dalam kemahiran kepimpinan dan digembleng untuk
menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan juga bersiap sedia menghadapi kecemasan dan
rancangan gerak balas.

Kementerian Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

KEMAS Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, sebuah bahagian dalam Kementerian
Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ditubuhkan pada tahun 1972 untuk memajukan penduduk luar
bandar, khususnya di kawasan terpencil, memberikan tumpuan kepada pembangunan keluarga,
termasuk ekonomi rumah tangga, pemakanan dan kesihatan keluarga dan juga kanak-kanak pusat
asuhan kanak-kanak prasekolah dan program celik huruf orang dewasa. Program Pendidikan Awal
kanak-kanak, bagi wilayah dan penduduk luar bandar, menjadi kegiatan teras KEMAS, UNICEF dan
KEMAS berganding bahu untuk memenuhi keperluan kanak-kanak luar bandar dengan keperluan khas.
Program ini akan membangunkan kurikulum prasekolah yang khusus; meningkatkan pengetahuan dan
pemahaman guru prasekolah sasaran, dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa bagi
kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

JAKIM ialah institusi kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu dalam pembentukan “ummah” yang
progresif berdasarkan prinsip Islam yang selaras dengan wawasan Malaysia. Antara lain, JAKIM
bertanggungjawab untuk menggubal dasar, memperkemas undang-undang dan peraturan dan
melaksanakan program untuk kemajuan hal ehwal Islam dalam negara. UNICEF bekerjasama dengan
JAKIM untuk mengkaji semula modul latihan bagi praperkahwinan dan tentang keibubapaan untuk
memasukkan maklumat dan pendidikan untuk mengelak keganasan, eksploitasi dan penganiayaan
kanak-kanak.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

SUHAKAM telah ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597.
SUHAKAM mempromosi kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubung dengan hak asasi manusia,
menyiasat aduan-aduan berhubung pelanggaran hak asasi manusia serta memberikan nasihat dan
membantu Kerajaan dalam menyediakan perundangan dan prosedur serta mencadangkan langkah-
langkah yang wajar untuk diambil. UNICEF berkerjasama dengan SUHAKAM dalam program berhubung
dengan keganasan dan penyeludupan serta pendidikan mengenai Konvensyen Mengenai Hak Asasi
Kanak-Kanak.

http://www.unicef.org/malaysia/msl/partners_4478.html
Pengenalan

Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan
muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia
adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada
fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar
pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya
getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap
sebagai ubat yang memulihkan.

Definisi:

Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud ”a planned,
goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual
clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples:
(singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by
specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills, thoughts,
feelings or behaviours”.

“Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching”
menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya
untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).

Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian
daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni. Muzik merentasi sempadan
negara, bangsa dan budaya. Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu mengumpulkan pendengar
daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan negara. Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-
laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis,
bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat
dengan jiwa seseorang insan.
Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar adalah dibenarkan. Para ulama’
bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Luqman (31: 19)
yang bermaksud: “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu
(semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”Menurut al-Ghazali dalam
ayat yang berkaitan, Allah s.w.t. memuji suara yang baik, sehingga tidak dilarang mendengarkan
nyanyian yang baik.

Dalam ayat yang lain (Surah Ankabut 29: 64) , Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: "Dan kehidupan
dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka."

Imam al-Ghazali berpandangan: “Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah nyanyian termasuk al
Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan
permainan, dan semua gurauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan
melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan,
maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya, makruh mengerjakan solat nawafil (sunat)
untuk memberi kerehatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong
untuk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh
kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa
kecuali jiwa para Anbiya'.

Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk kegunaan orang Eropah di
antaranya ialah The Essentials of Knowledge in Music (Pengetahuan Penting dalam Muzik), On The
Melodies (Melodi) dan The Necessary Book In The Composition of Melodies (Buku Penting untuk
Mencipta Melodi). Begitu juga al-Farabi yang hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah menulis
tentang teori muzik iaitu Great Book on Music (Buku Hebat tentang Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik),
On The Classification of Rhythm (Klasifikasi Irama). Buku Great Book on Music telah diterjemah ke
bahasa Hebrew dan kemudian ke bahasa Latin pada abad ke-12 Masehi.

Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal daripada Islam-Arab,
contohnya seperti lute yang berasal daripada al-‘ud, rebec daripada rababah, gitar daripada qitara dan
naker daripada naqqara (dram kayu yang dilitupi kulit kambing).

Kajian-Kajian Lepas:
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya boleh digunakan untuk
mengurangkan penderitaan pesakit (mengurangkan tekanan).

Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu. Malah kini
terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di seluruh dunia dan sedia memberi
perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal,
ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.

Jenis Peralatan Muzik

Antara jenis-jenis peralatan muzik ini ialah:

1. Muzik Tradisional

• Dipalu -loceng, gong, kompang.

• Digesek -rebab, gambus, oud, kecapi.

• Ditiup -serunai, seruling,nafiri.

Digoncang -angklung.

2. Muzik Barat

• Perkusi tidak berpic -loceng, tamborin, kerincing, dram bess.

• Tiup dan bras -rekoder, trompet, seksofon.

• Bertali -gitar, piano, biola, kecapi berkaki.

3. Langkah-langkah Bermain Peralatan Muzik

Memperkenalkan alat muzik.


Demonstrasi

Warming up.

Teknik bermain dengan betul.

Postur badan yang betul

Menyembunyikan corak/pola ritma.

Memainkan pola/corak ritma.

Bermain ikut giliran.

Membuat gerakan yang sesuai

Bermain secara keseluruhan.

Muzik Sebagai Satu Cara Rawatan

Muzik melibatkan tingkah-laku manusia yang universal.

Muzik adalah berdasarkan bentuk fizikal.

Muzik adalah fenomena yang boleh memberi kesan kepada manusia.

Muzik memberi interaksi antara sesama individu.

Muzik adalah suatu bentuk yang unik dalam komunikasi secara verbal.

Muzik mempunyai nilai estetikadan pengalaman kreatif.

Muzik merupakan sumber epada keseronokan.

Muzik adalah hubungan intergrasi kepada emosi seperti amalan dalam budaya, biologikal dan
neurogikal.

Matlamat Terapi Muzik


i) memulihkan kekuatan fizikal

ii) menyediakan pesakit dalam keadaan bersedia menanggung kesakitan akibat rawatan

iii) memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga

iv) memberi peluang kepada mereka meredakan ketegangan perasaan dan fikiran

Objektif terapi

• Pengurusan T/L

• Tingkatkn penglahiran perasaan

• Tingkatkan harga diri

• Tingkatkan keupayaan/kemajuan akademik

• Kembangkan emosi

• Mudahkan komunikasi interpersonal dan intrapersonal

• Latih pertuturan

Aktiviti terapi muzik

• Membuat pergerakan mengikut lagu

• Menulis lirik lagu ( meluahkan perasaan )

• Bermain berlatar belakangkan muzik

• Mengenal dan membuat latihan guna/bunyikan alat muzik

• Latihan praktikal guna alat bunyian


Teknik Terapi Muzik

Teknik Penafsiran Klinikal Khusus- melalui teknik ini, pakar terapi akan menjalankan program muzik
terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat muzik, menyanyi,
perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat persembahan berkumpulan,
hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap yang berbeza.
Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda manusia. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh
bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang
memulihkan.

Terdapat 7 sistem kalenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh nota dalam
skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap tenaga yang unik yang
merangsang pusat tenaga pada minda dalam caranya yang unik, rangsangan yang sama ini akan disusuli
ke dalam tubuh kita. Apabila kita terdedah pada getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imunasi
kita akan diperkukuhkan dan disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan
rangsangan untuk merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan semulajadi badan.

Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kalenjar-kalenjar thymus dan ini
mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. Dengan menggunakan terapi warna dan
muzik untuk merangsang dan meningkatkan fungsi kalenjar-kalenjar thymus, kita akan mengalami
sejenis kepuasan mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan tekanan.

KEBAIKAN TERAPI MUZIK

Kebaikan terapi muzik dalam beberapa bahagian iaitu:

1. Murid Terencat Akal


Meningkatkan kemahiran berkmunikasi.

Meningkatkan kemahiran akademik.

Meningkatkan kemahiran psikomotor.

Meningkatkan kemahiran bersosial dan emosi.

Meningkatkan kemahiran hidup berdikari.

Meningkatkan kemahiran berseronok.

2. Murid Bermasalah Pembelajaran

Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.

Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.

Meningkatkan kemahiran akedemik

Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Meningkatkan kemahiran bermuzik.

Meningkatkan kemahiran berseronok.

3. Murid Bermasalah Kesihatan

Intervensi dapat mengurangkan kesakitan dan membantu pergerakan.

Intervensi mempunyai pengaruh positif pada otot

Intervensi menguatkan otot.

Intervensi mengawal pergerakan fizikal.


Menyediakan pengalaman berkomunikasi.

Meningkatkan penghargaan diri.

Sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran sosial.

4. Murid Bermasalah Komunikasi

Meningkatkan kemahiran pernafasan.

Meningkatkan kemahiran reseptif dan ekspresif.

Meningkatkan kemahiran artikulasi.

Meningkatkan kemahiran kelancaran pertuturan.

Meningkatkan kemahiran pembetulan suara.

Memulihkan pertuturan dan bahasa individu afasia.

Meningkatkan keyakinan diri, luahan emosi diri dan interaksi.

5. Murid Autistik

Menghasilkan komunikasi.

Meningkatkan kemahiran pertuturan dan bahasa.

Meningkatkan kemahiran interaksi sosial.

Meningkatkan kemahiran mengenal diri sendiri dan luahan emosi.

Meningkatkan kemahiran kognitif.


6. Nyanyian Lagu Kanak-Kanak

Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema, nyayian tanpa
muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah mudah difahami,
tradisional, jenaka dan berpendidikan.

Gianna, ahli terapi muzik Josh menyatakan bahawa seseorang mempunyai berbagai cara dan strategi
yang berbeza untuk belajar, dan pakar juga tidak dapat menyatakan dengan tepat bagaimana otak
memproses maklumat. Tetapi muzik boleh menolong melahirkan proses tersebut. Gianna merasakan
bahawa cara yang paling baik untuk menolong Josh Clark (down syndrom) mengingati nama akhirnya
ialah melalui lagu yang disukainya iaitu “Twinkle, twinkle, twinkle little star”. Gianna dapati bahawa Josh
dengan mudah mengingati rentak lagu tersebut dan menyanyikan huruf-huruf dalam nama akhirnya.
Dalam satu minggu Josh telah dapat mengeja “Clark”. Di sini, penulis menyatakan, tanpa terapi muzik
mungkin ia akan memakan masa yang lebih lama untuk Josh mengingat dan mengeja nama akhir
keluarganya. Mungkin beberapa minggu atau beberapa bulan.

Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain
itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik
membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami
perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap
tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak
langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.

Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi
fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini
digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.

Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan
secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan
ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita
sakit kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit
yang hamper serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran ,
masalah pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang
bernasib baik ini.

Beberapa bukti kajian menujukkan bahawa muzik dapat merendahkan tekanan darah di mana secara
tidak langsungnya mengurangkan risiko angin ahmar (strok ), melegakan ketegangan otot dan
meningkatkan daya tahan badan.

http://eprints.utm.my/14941/1/Perkembangan_Kurikulum_Pendidikan_Khas_Teknik_dan_Vokasional.p
df

Program tahunan libatsama Universiti-Komuniti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 20 Ogos
2015 untuk tahun kedua, sekali gus meneruskan tradisi yang diperkenalkan buat julung kalinya di Gua
Musang pada tahun 2014. Kejayaan program Cakna Kesihatan ini bakal dilebarkan ke segenap daerah di
negeri Kelantan sebelum dilaksanakan di peringkat kebangsaan pada masa hadapan. Misi dan visi USM
terus didokong dalam melahirkan warga universiti yang cakna menangani keperluan masyarakat.

Program Khidmat Masyarakat Bersama Kanak-kanak Pendidikan Khas & Keluarga di Jajahan Jeli,
Kelantan anjuran Cakna Kesihatan, PPSG USM dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Jeli memilih
Politeknik Jeli sebagai lokasi program. Program Khidmat Masyarakat ini melibatkan 170 penyertaan
terdiri daripada 108 orang kanak-kanak pendidikan khas iaitu gabungan 11 buah sekolah pendidikan
khas sekitar daerah Jeli diiringi ibu atau bapa masing-masing seramai 62 orang.

Objektif utama program ini adalah untuk membentuk jaringan libatsama antara komuniti kanak-kanak
pendidikan khas dan keluarga di Jajahan Jeli dengan PPSG serta jalinan kerjasama badan kerajaan dan
badan korporat. Secara tidak langsung, dapat membantu ahli keluarga kanak-kanak pendidikan khas
memahami kepentingan kesihatan dan penjagaan diri sebagai satu budaya untuk meningkatkan kualiti
hidup.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr. Ikhwan Hakimi Mohamad. Kata-kata aluan disampaikan
oleh Prof. Dr. Adam Husein, Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM merangkap Penaung Cakna
Kesihatan. Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj. Ab.Kadir Bin Sulaiman, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Jeli.

Ibu bapa memberi respon yang baik dan wujud komunikasi dua hala semasa Forum Kesihatan Oral.
Pelbagai soalan dilontarkan dalam meningkatkan kemahiran serta menambahkan pengetahuan dan
teknik yang betul dalam mengendalikan kanak-kanak pendidikan khas ini. Panel Forum Kesihatan Oral
terdiri daripada pensyarah-pensyarah pergigian termasuk Prof. Dr. Azizah Yusoff, Dr. Yanti Johari dan Dr.
Nurulezah Hasbullah. Manakala En. Nik Ahmad Nabil bin Nik Mansor merupakan panel jemputan dari
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Moderator bagi Forum Kesihatan Oral ini diterajui oleh Dr. Norsila Abdul
Wahab.

Kanak-kanak pendidikan khas memberi reaksi yang positif sepanjang program berlangsung. Aktiviti
pertama bermula dengan suai kenal antara fasilitator dengan kanak-kanak ini, diikuti aktiviti senaman
ringan diiringi muzik. Aktiviti seterusnya tayangan video tentang penjagaan gigi menggunakan animasi
terkenal Upin Ipin. Seterusnya sesi nyanyian bersama kanak-kanak tentang cara-cara memberus gigi
diikuti demo dan latihan memberus gigi. Slot pertama bersama kanak-kanak diakhiri dengan
pertandingan mewarna yang ditaja sepenuhnya oleh Mc Donald’s. Bagi slot kedua, pemeriksaan mulut,
rawatan pergigian, pertandingan gigi bersih terbuka kepada semua penyertaan.

forum kesihatan

Aktiviti kanak-kanak
Pendidikan inklusif merupakan satu isu global dan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia telah
menyatakan matlamat dan dasar secara bertulis untuk mencapai objektif tersebut. Usaha untuk
membentuk komuniti sekolah yang lebih inklusif telah menghadapi berbagai halangan, dilema dan
kontradiksi yang menghasilkan reformasi pendidikan secara permukaan dan ad hoc. Ini adalah satu
usaha untuk mengenal pasti masalah utama dalam pembentukan dasar semasa untuk menginklusikan
pelajar dengan meneliti dasar dan teori pendidikan serta ekologi persekolahan yang sedia ada. Perkara
ini dimulakan dengan menjejak rasionalke arah pendidikan inklusif dengan membicarakan konsep inklusi
daripada perspektif hak asasi manusia dan impak kajian empirikterhadap perkembangan pendidikan
inklusif. Berpandukan tinjauan literatur dan analisis dasar, didapati bahawa perkembangan pendidikan
inklusif di Malaysia telah didorong oleh perspektif yang sempit dan terbatas; dan menunjukkan bahawa
dimensidimensi input, proses, hasil, serta faktor luaran adalah saling berkaitan dan saling bergantung
pada konteks. Analisis ini boleh dijadikan asas untuk menyemak semula dan mencadangkan dasar dan
amalan pendidikan inklusif di Malaysia. Langkah ke arah pendidikan inklusif seterusnya perlu
menggunakan pendekatan lebih luas yang meliputi sistem pendidikan perdana. Hanya dengan
memahami matlamat sebenar persekolahan dan bagaimana sekolah sebagai sebuah institusi sosial
boleh menyumbang secara berkesan, agenda untuk reformasi ke arah kualiti dan ekuiti pendidikan
untuk pelajar dengan keperluan khas adalah satu usaha yang berterusan.

1.0 Pendahuluan

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sek. Keb. Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan. Istimewanya
program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan disertasi oleh
seorang guru pendidikan khas (guru damping) yang akan membantu murid-murid tersebut. Semua guru
kelas dan guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid
bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan badan pendidikan khas yang lain seperti
Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan
Pertubuhan Kanak-Kanak Insan Istimewa Cemerlang (PKIIC). Jangkaan dapatan daripada pelaksanaan
program ini ialah guru-guru kelas dan guru mata pelajaran akan dapat menjalin kerjasama yang baik
dengan guru-guru pendamping dari badan yang lain untuk membantu aktiviti pembelajaran murid-
murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid ini akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak
hadir. PPI ini akan berkesan jika dirancang dengan rapi oleh pihak sekolah dengan kerjasama dan
pemantauan berterusan dari KPM dan dijangka akan dapat diimplimentasikan dengan berkesan dan
sistematik.
2.0 Pernyataan Masalah

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima murid
berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid berkeperluan khas
mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan
pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibubapa untuk memilih pendidikan
inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi
atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis
kanak-kanak mengagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun
implementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh yang demikian, cadangan/garis
panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan PPI di Sek. Keb. Kuala Nal supaya ia
dapat diimplimentasikan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat
sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.

3.0 Objektif

Memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada
dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan
kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan
sebaya (role model).

Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar berkepeluan khas dengan murid di
aliran perdana.

Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan
membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas‘ sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami
rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.

Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .


Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari
dan memperolehi peluang pekerjaan.

4.0 Kepentingan cadangan/ garis panduan

Hasil garis panduan ini diharapkan akan dapat memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang terlibat
dalam perancangan dan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) murid-murid berkeperluan khas
seperti Jabatan Pendidikan Khas, KPM, Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan pentadbir sekolah-sekolah yang mempunyai Program Intergrasi Pendidikan Khas
di sekolah-sekolah harian. Pihak yang tersebut perlu memberikan perhatian yang lebih menyeluruh
dalam merancang dan melaksanakan program yang lebih berkesan bagi murid–murid tersebut. Di pihak
pentadbir sekolah dan guru-guru di sekolah pula diharapkan mendapat maklumat bagi menyediakan PPI
yang berkesan bukan sahaja kepada murid inklusif tetapi juga melihat kepentingan sosial murid normal
yang dipaksa menerima murid berkeperluan khas sebagai rakan sekelas. Penyediaan tempat yang sesuai
akan membolehkan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PPI dapat merancang dengan lebih berkesan
untuk mencapai fungsinya. (Farell et al, 2002).

5.0 Tinjauan Literatur

5.1 Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-
murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di
dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa (Abdul Rahim Selamat, 1994). Dalam erti kata lain,
pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam kelas-kelas biasa di mana bantuan
yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jalil, 1995).

5.2 Pendidikan Inklusif di Malaysia


Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah
inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau
‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi
Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur,
masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas.
Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan
menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi
pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di
bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan
Kementerian Sumber Manusia.

5.2.1 Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid


berkeperluan khas.

5.2.2 Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama
murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama
rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.2.2.1 Inklusif Penuh

Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan
bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.2.2.2 Inklusif Separa


Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti
tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.3 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan
dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations),
ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.

Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai pihak
terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti
dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak
berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di
pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai
pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat
dengan penyediaan pendidikan khas ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan intervensi awal
untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup
serta kemahiran sosial.

Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara
0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada
kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini
Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat
dalam Malaysia.
5.4 Akta perundangan dan dasar antarabangsa mengenai Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Educational
Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) menyatakan, sekolah biasa yang mempunyai orientasi
Pendidikan Inklusif adalah kaedah paling berkesan bagi melawan sikap diskriminasi terhadap murid
keperluan khas. UNESCO menggesa semua kerajaan menjalankan dasar Pendidikan Inklusif dengan
mendaftarkan murid berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa.

Di Amerika Syarikat, sokongan terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI) mempunyai sejarah yang agak
panjang. Ia dimulakan dengan Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-kanak Cacat 1975, kemudian
bertukar nama menjadi Akta Individu Kurang Upaya (IDEA) 1990, dan beberapa pengubahsuaian pada
akta ini pada tahun 1997. Semua akta ini memastikan khidmat pendidikan disediakan untuk semua
murid, tanpa mengira sifat kurang upaya atau keperluan pembelajaran mereka, dan bahawa ciri
pelajaran ini agak tekal di seluruh Amerika Syarikat.Di Great Britain, perundangan kurang terperinci
berbanding perundangan di Amerika Syarikat, dan ini membolehkan pihak berkuasa pendidikan
mentafsir undang-undang ini dalam pelbagai cara (Dyson dan Millward, 2000). Di Australia dan New
Zealand, tiada perundangan yang bersifat kebangsaan yang dapat menentukan secara khusus,
perkhidmatan pendidikan khas bagi memenuhi keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.

6.0 Strategi Pelaksanaan

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak
interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan pengajaran. Bagi memenuhi
keperluan murid berkeperluan khas yang berada di dalam kelas, guru mata pelajaran akan membuat
penyesuaian. Keadaan ini akan mengubah corak interaksi sedia ada dan sebaliknya memberi kesan
kepada murid-murid normal pula. Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) akhirnya, tidak
memberi apa-apa kesan positif kepada murid berkeperluan khas. Malang sekali jika murid-murid normal
turut rasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran mereka (Gargiulo, R.M. 2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,
yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan PPI di kalangan murid-
murid berkeperluan khas, maka satu garis panduan yang menyeluruh perlu dijalankan terhadap semua
faktor yang mempengaruhi pelaksanaan program tersebut.
6.1 Jenis-jenis pelajar masalah pembelajaran

Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner"

Autistik

Down Syndrome

Terencat akal ringan.

Hyperaktif

Cerebral Palsy

6.2 Tenaga pengajar

Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata pelajaran dalam
menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:

6.3 Kemudahan asas untuk pelajar khas


Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.

Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.

Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.

Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.

Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.

6.4 Pengurusan

Menyelenggara alat bantu dengar berfungsi dengan baik

Memastikan semua murid memakai alat bantu dengar

Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai

Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah
pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan

Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan
pengetahuan kepada murid bermasalah pembelajaran.

6.5 Kelas bimbingan dan aktiviti-aktiviti tambahan

Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum.

Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat
membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.
Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi.

Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.

Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah.

7.0 Syor

Pihak pentadbiran Sek. Keb. Kuala Nal adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan
cadangan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) supaya ia dapat dilaksanakan dengan
sistematik dan berkesan.

8.0 Rumusan

Cadangan/garis panduan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
(PPI) murid berkeperluan khas. Kejayaan pelaksanaan program yang bakal dijalankan di sekolah ini
adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan
program ini dapat dijalankan dengan teratur dan berjaya. Kita dapat meningkatkan murid-murid
berkeperluan khas ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada Negara di
mana mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.

http://cikgusuepkhas.blogspot.my/2012/11/peranan-dan-cabaran-guru-pendidikan-khas.html

PERANAN DAN CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah negara. Pendidikan yang baik
ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh setiap murid
mengikut perbezaan murid. Ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “Pendidikan adalah
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara”. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-
kanak yang pelbagai juga perlu disediakan.

Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta Pendidikan 1996
menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan layak diikuti oleh
murid dengan keperluan khas yang boleh dididik, iaitu;

“Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan
oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian Pendidikan
dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan
kebangsaan.”

Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab
empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber
Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab
menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan teruk
serta kanak-kanak spastik atau terencat. Manakala Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab
menyaring dan mengenalpasti kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. (Jamila K.A
Mohamed, 2006)

Jamila K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang direka
bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang
secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas
mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997),


program pendidikan khas bererti suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran. Selain itu, program pendidikan
khas juga diertikan sebagai suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah
pembelajaran dan program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang dapat
menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. (Jamila K.A Mohamed, 2006).

Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan dan
Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga program ini disediakan dari peringkat prasekolah
sehinggalah sekolah menengah. Disamping itu, pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan untuk
ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah pendengaran. Malah pelajar masalah pendengaran yang
berkelayakan dapat meneruskan pengajian mereka di politeknik yang menjalankan program pendidikan
secara inklusif.

Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan khas sebagai orang
cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati A.Rashid et al. (2011), kumpulan
berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa (luar biasa atau tercabar dari segi intelek,
jasmani, sosial atau emosi). Kumpulan ini dianggap sebagai istimewa kerana ibu bapa dan guru
menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal. Antaranya murid yang menghadapi
penyakit autisme, sindrom down, masalah pembelajaran disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy,
kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi.
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid
dengan keperluan khas bermaksud murid-murid yang mempunyai kecacatan samaada penglihatan,
pendengaran ataupun masalah pembelajaran. (Jamila K.A Mohamed, 2006)

2.0 PERKEMBANGAN

2.1 PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan
juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab seorang guru sangat memberi impak yang
besar dan mendalam dalam diri setiap murid. Menurut Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah, Abdul
Rahim Mohd Said (Utusan Online, 2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu memberi
keutamaan kepada pelajar dan ibu bapa mereka sera tahu apa keperluan pelajar bagi menjadi seorang
guru yang baik. Ia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru iaitu “ Guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. dan banyak hadis
Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi pendidik atau penuntut ilmu yang
menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi menjadi guru pendidikan khas yang telah berbakti
mengajar murid-murid istimewa yang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas utama guru di dalam
bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan sukatan pelajaran serta mendidik
murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral tinggi. Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai
pengajar hendaklah merancangkan aktiviti pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang
telah disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru dapat menambahbaikkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang baharu mengikut masalah perlu
diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan. Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan
pendekatan yang kreatif dan kritis untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Cikgu Donny Chin (Utusan Online, 2011), menyatakan bahawa mendidik pelajar kelas pendidikan khas
bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran
kerana setiap pelajar pendidikan khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran
tersendiri.

Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk mengurus rutin bilik
darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti menjaga kebersihan kelas, menjaga disiplin
pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan
suasana sosioemosi yang sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan
sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru pendidikan
khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod peribadi murid mereka. Rekod peribadi
mereka sangatlah penting kepada individu lain untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga
perlulah sentiasa mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka
dapat diperbaharui.

Kaunselor juga seringkali dikaitkan dengan guru pendidikan khas. ia berlaku apabila mereka
seringkali mempunyai anggapan positif terhadap pelajar mereka. Mereka tidak pernah menganggap
pelajar mereka mempunyai masalah yang tidak boleh diselesaikan. Justeru itu, mereka sentiasa
menerima pelajar mereka tanpa syarat. Guru Pendidikan Khas juga dianggap kaunselor apabila murid-
murid mengalami masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta masalah
pembelajaran hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina keyakinan diri. Sebagai contoh Cikgu
Alizah Abdul Malek, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong
telah mengatakan bahawa beliau bukan sahaja mengajar di sekolah malah pernah diminta oleh ibu bapa
pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang enggan ke sekolah (Utusan Online, 2011).
Ini membuktikan bahawa peranan guru pendidikan khas sebagai kaunselor yang sentiasa menyelesaikan
masalah murid walaupun masalah berlaku di luar sekolah. Lain pula dengan Cikgu Norfadzilah Abu
Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota apabila terdapat pelajar istimewa yang dirasakan berpotensi,
dia akan membawa mereka pulang ke rumah selepas sekolah dan mengajar cara-cara pengurusan diri.
(Kosmo, 2008).

2.2 CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS

Guru adalah orang yang penting dalam riwayat hidup setiap individu sehinggakan ada pendapat
yang mengatakan, “Saya suka subjek itu kerana saya sukakan cara guru itu mengajarnya”. Apabila kanak-
kanak itu mula bersekolah sehinggalah mereka meningkat dewasa, mereka sentiasa berhadapan dengan
guru serta interaksi juga sering berlaku. Guru mengajar, membimbing, menegur, memuji, memujuk dan
memarahi pelajar-pelajarnya adalah situasi yang sentiasa berlaku semasa pengajaran dijalankan. Dalam
situasi ini terdapat pelbagai kualiti yang berbeza. Mengikut Atan Long (1992) dalam buku Mengurus
Tingkah Laku Pelajar , terdapat beberapa ciri menjadi guru yang baik iaitu emosi dan mental yang stabil
dan sihat, dipercayai, sering memberi kerjasama, kesihatan yang baik, kecerdasan otak dan tingkahlaku
yang sopan dan menyenangkan. Kesantunan dan kepedulian adalah ciri-ciri guru yang baik malah ia
adalah perkara-perkara yang terkandung di bawah etika guru. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4, etika
ialah prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan. Oleh sebab itu, dapat disimpulkan bahawa etika guru ialah prinsip moral atau akhlak
yang menjadi pegangan seorang guru.

Jika dikaitkan dengan kesantunan guru atau etiket, ia terbahagi kepada tiga iaitu kesantunan berpakaian,
kesantunan tingkahlaku dan kesantunan berbahasa. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang
ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan
tersebut sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. (Syed Ismail dan Ahmad Subki,
2010). Oleh yang demikian, kesantunan guru perlu dipamerkan untuk membentuk kesantunan di
kalangan murid. Kepedulian guru juga adalah salah satu daripada ciri guru yang baik. Pendekatan
kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian atau
dalam istilah yang lain ialah ‘ambil peduli’, ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang melibatkan
responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap
pengalaman mereka. Oleh yang demikian, kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil
berat terhadap orang lain. (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010).
Salah satu ciri guru pendidikan khas yang baik ialah mempunyai sifat sabar yang tinggi. Kesabaran ini
diperlukan ketika menghadapi karenah murid-murid ini. Hal ini kerana murid berkeperluan khas ini
sangat unik dan mempunyai pelbagai karenah dan perangai tersendiri seperti tidak sabar, memberontak,
cepat menangis dan mengamuk. Untuk menghadapi situasi ini, seorang guru haruslah sentiasa berupaya
mendengar dengan tekun, mengawal perasaan, serta menghargai murid. Jika kesabaran tidak dapat
dipraktikkan, maka guru ini akan mengalami situasi yang sangat sukar dalam mengendalikan murid-
murid dan kemungkinan guru-guru ini juga akan mengalami kemurungan. Memetik kata-kata Cikgu Lee
Fong Lan dari Sekolah Menengah Danau Kota dalam Kosmo terbitan 2008, beliau menyatakan bahawa
beliau pernah ditendang dan diludah oleh kanak-kanak autisme tetapi dengan kesabarannya mendidik
akhirnya kanak-kanak tersebut semakin mendengar kata dan berkelakuan baik. Pendapat ini disokong
oleh Cikgu Alizah bahawa guru pendidikan khas memerlukan kesabaran yang tinggi dan dengan
kesabaran itu menjadikan proefesion guru sebagai unik dan menarik.

Selain itu, guru pendidikan khas juga haruslah bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid
berkeperluan khas. Sudah diketahui umum bahawa bukan semua murid-murid berkeperluan khas ini
mampu membaca, menulis seperti rakannya yang lain tetapi menjadi satu kebanggaan kepada gurunya
apabila murid mereka mampu berdikari dan mengurus keperluan diri sendiri. Ia merupakan kejayaan
terbesar yang dan hadiah yang tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa yang lama
untuk dididik. Justeru itu, guru seharusnya bertanggungjawab menggunakan pelbagai pendekatan untuk
menarik minat murid dalam pembelajaran. Seperti yang dikatakan oleh Cikgu Donny Chin (Utusan
Online, 2011), bahawa pengajaran yang dilakukan kepada murid pendidikan khas perlu pendekatan
kreatif dan kritis serta mempunyai kaedah pengajaran tersendiri.

Jika guru disiplin perlukan sifat yang tegas, guru pendidikan khas pula perlukan sifat pandai memujuk
murid. Sifat ini diperlukan untuk menangani pelajar yang agrasif. Murid seperti ini tidak boleh dimarahi
kerana mereka akan menjadi lebih agresif. Disinilah pentingnya sifat memujuk dan tahap kesabaran
yang tinggi. Layanan yang diberikan kepada pelajar ini perlulah dengan penuh berhemah. Sebagai
contoh, Cikgu Alizah Abdul Malek telah mengalami situasi murid telah memanjat pokok dan pujukan
diperlukan untuk murid tersebut turun dengan selamat. (Utusan Online, 2011)

Komunikasi antara guru dengan murid dan ibu bapa adalah sangat penting dalam mewujudkan
perhubungan yang baik. Ciri positif komunikasi tersebut ialah guru boleh berinteraksi dengan baik.
Dengan interaksi yang berlaku akan mewujudkan pelbagai perasaan yang positif seperti kepercayaan,
empati dalam diri, penerimaan murid dan sebagainya. Dengan interaksi dua hala ini ibu bapa senang
untuk mengadakan perbincangan dan meluahkan pandangan serta idea. Petikan daripada Khutbah
Jakim juga menyatakan bahawa hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak guru penting supaya
usaha mengasuh dan mendidik anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Ibu bapa dan masyarakat
perlu menjalin hubungan erat dan berterusan dengan pihak sekolah supaya permasalahan diselesaikan
secara muhibah. (Berita Harian, 2011)

Untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan, guru haruslah mempunyai ilmu yang cukup dan
kecerdasan minda dalam menyelesaikan masalah. Ilmu menjadi sesuatu yang penting untuk guru-guru
ini mengenalpasti murid-murid mereka dengan baik dan mencari jalan penyelesaian yang baik dan
sesuai untuk setiap murid. Ilmu bukan sahaja melalui pembacaan tetapi guru-guru ini boleh menghadiri
kursus, menyambung pengajian dan bertanyakan pakar adalah salah satu daripada ilmu yang diperolehi.
Dengan ilmu yang ada, guru-guru dapat menggunakan kecerdasan minda mereka dalam menghadapi
muird-murid ini.

2.3 CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS

Menjadi guru pendidikan khas adalah sesuatu yang amat berbeza dan mencabar berbanding
menjadi guru biasa.(Utusan Online, 2011). Kata-kata tersebut adalah petikan daripada seorang guru
pendidikan khas yang sebelum ini adalah guru biasa. Menurut Cikgu Alizah Bt Abdul Malek, kehidupan
sebagai seorang guru pendidikan khas sangat mencabar kerana pelbagai karenah murid yang berbeza
terpaksa mereka hadapi. Pendapat ini telah disokong oleh seorang lagi guru pendidikan khas iaitu Cikgu
Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota bahawa menjadi guru pendidkan khas
sangat mencabar. (Kosmo, 2008)

Cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi ialah murid-murid sendiri. murid-murid ini akan
melakukan pelbagai aksi ataupun sikap untuk menunjukkan sikap memberontak, marah, sedih dan
sebagainya. Terdapat juga murid yang membuat perangai disebabkan inginkan perhatian. Ia telah
dialami oleh Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota yang telah digigit dan
dipukul kerana tidak memberikan perhatian kepada seorang pelajar. Disebabkan kerenah yang pelbagai,
guru perlu menggunakan segala kepakaran mereka samaada memujuk, menyelesaikan masalah dan
sebagainya.

Seterusnya ialah cabaran daripada ibu bapa apabila meletakkan harapan yang tinggi terhadap
guru untuk mengubah anak mereka. Apabila wujud kesedaran ibu bapa terhadap masalah pembelajaran
anak-anak mereka, mereka akan menghantar anak mereka ke sekolah. Mereka akan mula
mengharapkan perubahan terhadap anak mereka sedangkan guru hanya mendidik semasa murid di
sekolah sahaja. Tetapi dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas, guru
pendidikan khas merasakan mereka mampu membawa perubahan kepada anak-anak istimewa ini.
Seorang ibu iaitu Dayang Kianhing, telah mengatakan bahawa anaknya telah berlaku perubahan yang
memberangsangkan apabila sudah boleh menghafal surah al-Fatihah dan bersolat serta sudah berminat
ke sekolah. Ia adalah perkembangan yang memberangsangkan kerana anaknya sebelum ini mengalami
masalah hiperaktif dan masalah pertuturan. (Utusan Online, 2011)

3.0 IMPLIKASI

Implikasi cabaran yang dihadapi oleh guru akan meningkatkan lagi tahap profesional guru
tersebut. Tahap ini dapat ditingkatkan apabila guru mula mengutip pengalaman semasa pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Apabila pelbagai pengalaman telah dilalui, maka pelbagai perubahan yang baru
akan dapat dibuat seiring dengan perubahan murid dan masa. Selaian itu, tahap profesioanalisme dapat
ditingkatkan apabila guru mula memikirkan cara untuk mendapatkan ilmu sama ada menyambung
pengajaran, menghadiri kursus, membaca dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran baru juga akan dapat
dikumpul melalui aktiviti yang dijalankan.

Selain itu, penyampaian pengajaran guru akan menjadi sesuatu yang menarik dan pelbagai.
Penyampaian yang menarik sangat diperlukan supaya murid tidak merasa bosan sekaligus tidak ingin
hadir ke sekolah. Untuk menjadikan pengajaran sesuatu yang menarik, guru mestilah menyediakan
perancangan pengajaran terlebih dahulu sebelum menyampaikannya. Bukan sahaja perancangan
pengajaran malah bahan bantu mengajar juga akan disediakan bagi menjadikan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran akan berkesan dan menarik.

Etika guru akan terjaga dengan baik apabila menjadi guru pendidikan khas. Disebabkan guru
memerlukan sikap sabar, penyayang, jujur serta bertanggungjawab maka, keperibadian guru akan
meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Selain daripada itu, percakapan yang lembut dan sifat memujuk
mampu menjadikan seorang guru pendidikan khas sebagai guru yang baik dan menjaga tingkahlaku.

Walaubagaimanapun anak-anak murid yang diterima, hubungan guru dengan ibu bapa akan
terjaga dengan baik. Ini adalah kerana interaksi dua hala yang dijalinkan mampu membina hubungan
yang mesra. Dapat dilihat bahawa guru dan ibu bapa akan sentiasa berhubungan antara satu sama lain
untuk mendapatkan maklumat dan juga membuat perbincangan tentang sesuatu perkara.

Pembentukan tingkahlaku positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial dapat dipupuk.
Apabila nilai-nilai murni sering diterapkan dalam diri murid, maka mereka akan mengaplikasikannya
dengan orang persekitaran. Murid juga akan belajar melalui tingkahlaku dan cara guru mengajar dan
mendidik mereka. Ini disebabkan oleh salah satu dari pembelajaran murid adalah melalui pemerhatian
dan peniruan.

4.0 CADANGAN

Cadangan pertama untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru seharusnya memperkasa emosi
dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani Abdullah & Abd. Rahman Abd. Aziz, 2009). Kamus Dewan
edisi ke-4 mentakrifkan emosi sebagai perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih dan marah. Oleh itu,
emosi adalah ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang berpunca daripada psikologi,
tingkahlaku dan naluri manusia. Guru haruslah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk
menangani ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada tekanan dengan positif. Tanpa kesedaran
kendiri, individu itu tidak mampu untuk membina makna hasil tindakan dan reaksinya pada persekitaran.
Disebabkan itu, guru memerlukan dorongan diri ataupun motivasi yang tinggi dalam kawalan
kecenderungan emosi yang dapat memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan
orang lain.

Guru juga boleh menggunakan satu pendekatan untuk membentuk tingkahlaku murid supaya senang
untuk dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti bercerita dalam
membentuk tingkahlaku murid. Cerita boleh dijadikan sebagai satu terapi untuk intervensi kaunseling
kanak-kanak. Terapi bercerita ialah seni mempengaruhi orang lain dengan bercerita berkenaan dilema
persendirian mereka. Terapi ini juga merupakan media komunikasi antara ahli terapi dengan klien. (Lee
Keok Cheong et al., 2012). Melalui aktiviti bercerita ini guru boleh menggunakan contoh teladan untuk
memberi pengajaran kepada murid. Akan terdapat murid yang akan mengikut tingkahlaku yang
diceritakan oleh guru. Cerita yang dipilih oleh guru juga hendaklah bersesuaian dengan perkembangan
murid.

Melahirkan guru mesra OKU juga salah satu dari cara untuk membentuk guru pendidikan khas
yang baik dan prihatin serta mesra terhadap murid. Ia haruslah diberikan latihan semasa guru-guru ini
berada dalam latihan perguruan. Ia bukan merujuk kepada guru pendidikan khas sahaja tetapi juga
guru-guru biasa supaya mereka dapat mengesan ketidaksempurnaan anak didik mereka. Dengan itu,
guru-guru bolehlah membawa masalah ini kepada pakar. Program ini juga disokong oleh pihak
TWINTECH International University College of Technology (TWINTECH) apabila mereka menawarkan
pelbagai program bagi membantu kerajaan melahirkan guru prihatin dan mesra orang kelainan upaya
(OKU). Universti tersebut mengambil tindakan seperti penguasaan Bahasa Isyarat Malaysia wajib bagi
graduan, melahirkan guru pendidikan khas berkepakaran autisme dan sebagainya. ( Mymetro, 2012)
5.0 RUMUSAN

Pada pandangan saya, tugas guru pendidikan khas sangat mencabar kepada sesiapa yang
menyandangnya. Tugas itu terlalu berat untuk dipikul untuk guru yang masih belum menguasai tahap
kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Pengalaman ini telah dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia
melalui penerbitan Kosmo, 2008 dan Utusan Online, 2011. Cikgu Alizah Abdul Malek (Utusan
Online,2011) menyimpulkan bahawa guru pendidikan khas mempunyai 1001 macam cerita. Cerita yang
mereka sempat berkongsi adalah berkaitan ragam murid-murid dan juga harapan ibu bapa.

Selain daripada guru, ibu bapa juga menganggap anak istimewa sebagai cabaran yang besar. Berikutan
kenyataan tersebut, ibu kanak-kanak autisme menyatakan bahawa sebelum mendapat pendidikan di
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, (NASOM) anaknya mudah naik angin dan marah apabila
keinginan dirinya tidak dipenuhi. Percakapannya tidak difahami apabila hanya mengeluarkan bunyi
seperti em...em...sahaja. (Berita Harian, 2012). Jika dilihat kenyataan ibu kanak-kanak tersebut, beliau
hanya menghadapi seorang sahaja kanak-kanak istimewa tetapi guru pendidikan khas menghadapi
murid lebih daripada seorang serta mempunyai kepelbagaian masalah.

Walaupun pelbagai cabaran yang telah mereka hadapi tetapi dengan kejayaan murid-murid mereka
walaupun hanya sekadar mengurus diri sendiri adalah kejayaan terbesar dan tidak ternilai oleh mereka.
Dengan berkat kesabaran mereka dalam mendidik, murid-murid ini telah berjaya mencapai matlamat
yang telah ditetapkan oleh guru tersebut. Namun terdapat juga murid berkeperluan khas yang telah
berjaya dengan cemerlang dan mendapat pendidkan sehingga peringkat tinggi. Dua orang pelajar cacat
penglihatan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak (SMPKS), Kuala Lumpur iaitu Tang Kah Hung
dan Ahmad Shahide Ruslan telah mendapat 10 A untuk SP 2010. (Berita Harian, 2010) Ini menunjukkan
terdapat juga murid berkeperluan khas yang berjaya sehingga ke peringkat tinggi.

Oleh yang demikian, jangan dipandang murid berkeperluan khas hanya memberikan beban yang besar
kepada orang sekeliling mereka tetapi pandanglah mereka sebagai anugerah yang terindah. Saya
memetik kata-kata Rosmah Mansur yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-
Isteri (BAKTI), iaitu “hanya dengan mendampingi mereka, barulah ia dapat membuka hati dan minda kita
supaya lebih menghayati keperluan mereka dan seterusnya memperjuangkan nasib golongan
OKU.”(Berita Harian, 2011)

Sebagai kesimpulan, menjadi seorang guru pendidikan khas bukan sekadar menjadi guru biasa tetapi
sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid kepada guru adalah melebihi murid-murid
yang normal. Namun, sebagai seorang guru, keikhlasan dalam mendidik menjadikan mereka seorang
yang berfikiran positif, bersikap menerima dan sebagainya. Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi
tetapi didiklah mereka kerana mereka berpeluang untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan
kebergantungan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
SENARIO PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pada masa ini, pendidikan khas di Malaysia disediakan oleh tiga organisasi utama, iaitu Kementerian Pe-
lajaran, Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan
pel-bagai badan kerajaan dan bukan kerajaan yang lain seperti Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic
Chil-dren’s Assocation), Pusat Bimbingan Sinaran Matahari, Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa, dan Ya-
yasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation).

1.1 Pelaksanaan Pendidikan Khas oleh Kerajaan

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan, iaitu Sekolah
Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, dan Program Pendidikan Khas
Inte-grasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan. Kedua-dua program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan
menengah dan sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran secara pen-gasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi murid-murid
berkeperluan khas di peringkat rendah ialah 6 tahun, manakala bagi pelajar berkeperluan khas peringkat
menengah ialah 5 tahun. Namun begitu, tempoh ini boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun maksimum sama
ada di peringkat rendah atau menengah mengikut ke-perluan para pelajar berkenaan (Jabatan
Pendidikan Khas, 2004).

Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah untuk
pelajar bermasalah pendengaran. Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan
ialah 337 ber-banding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran.
Terdapat kira-kira 99 orang guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan
berbanding dengan 531 guru yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara
umumnya pada tahun 2002, daripada jumlah keseluruhan pelajar yang mengikuti program pendidikan
khas yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% daripadanya adalah pelajar
bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pende-ngaran dan selebihnya, iaitu 5% adalah bermasalah
penglihatan.

Di Malaysia, Kebanyakan pelajar kurang upaya diberi pendidikan sama ada dalam persekitaran khas
atau-pun dalam persekitaran bersepadu. Pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran,
namun im-plementasi pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Ini dapat dilihat, iaitu pelajar-pelajar
bermasalah pen-dengaran dan bermasalah penglihatan mengikuti kurikulum biasa, manakala pelajar-
pelajar bermasalah pem-belajaran kebanyakannya mengikuti kurikulum khas yang diajar oleh guru
pendidikan khas.

1.2 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas


Setakat ini, perbincangan kita lebih bertumpu kepada usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia
selaku badan kerajaan dalam menyediakan pendidikan khas kepada murid-murid yang berkeperluan
khas. Sebe-narnya, selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai
organisasi, persa-tuan dan badan-badan sukarelawan di negara ini. Ini jelas dapat dilihat apabila Badan
Bukan Kerajaan atau NGO (Non Governmental Organisations) ditubuhkan oleh masyarakat setempat
dan wujud di merata-rata tempat di negara kita berikutan pelaksanaan program ‘Tahun Antarabangsa
Orang-orang Cacat pa-da 1986’ yang telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk
kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu, berbagai-bagai aktiviti dilak-sanakan bagi
menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan kanak-kanak berkeperluan khas.
Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta
guru pendidikan khas juga telah bertambah. Ini memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap
keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Ba-dan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan
penyediaan pendidikan khas ialah:

1.2.1 Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation)

Persatuan ini mmenyediakan intervensi awal untuk khususs kanak-kanak kerencatan mental di antara
umur 2-16 tahun.

1.2.2 Pusat Bimbingan Sinaran Matahari

Pusat bimbingan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas tentang
kemahiran hidup dan kemahiran sosial.

1.2.3 Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa

Pusat harian ini dibuka khusus untuk memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas
yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara usia 0-6 tahun serta kemahiran hidup
untuk ka-nak-kanak di antara umur 6-16 tahun.

1.2.4 Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation

Yayasan ini adalah satu badan yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dengan tum-
puan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun. Kini, yayasan ini mengendalikan enam pusat
pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat di Malaysia.
2.0 POLISI KERAJAAN YANG MENYOKONG PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan inklusif ialah peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas untuk belajar di
dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum
biasa, men-dapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran biasa dengan dibantu oleh guru
pendidikan khas (guru pembimbing). Terdapat dua kategori pendidikan inklusif ini, iaitu pendidikan
inklusif penuh dan pendidikan inklusif separa.

2.1 Inklusif Penuh

Pendidikan inklusif penuh ialah pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas yang mengikuti pem-
belajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru
pembimbing).

2.2 Inklusif Separa

Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti
tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Namun begitu, pelaksanaan program inklusif di sekolah aliran perdana bukanlah sesuatu yang mudah. Ia
memerlukan penglibatan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Walaupun banyak isu berbangkit, namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada
murid berkeperluan khas. Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda, (2002) menyatakan mereka bahawa:

“Faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas, namun turut juga mem-
pengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan aka-demik
seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kema-hiran
kefungsian hidup.”

Begitu juga menurut John Charema, (2010):

“Ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan
perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak
semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap
pendidikan inklusif semakin meningkat.”
Berikutan itu, pihak kerajaan telah mengadakan polisi bagi menyokong pelaksanaan pendidikan inklusif
ini. Terdapat 25 inisiatif dalam terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
yang terdiri daripada 17 inisiatif utama dan 8 inisiatif tambahan. Salah satu inisiatif yang diletakkan
dalam kategori 17 inisiatif utama ialah pendidikan inklusif, iaitu dapat dilihat pada tangga ke-11 yang
menyatakan ‘Pening-katan enrolmen dalam program pendidikan inklusif, termasuk infrastruktur supaya
lebih mesra un-tuk murid berkeperluan khas’. Matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
‘Pelan Induk Pem-bangunan Pendidikan’ (PIPP) adalah untuk mempastikan semua sekolah dan murid
mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah pun mengenal pasti terdapatnya jurang dalam pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses,
ekuiti dan kualitinya dapat diper-tingkatkan lagi. Menurut Abdul Rahim Selamat, (1994):

“Pendidikan inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada mu-rid-
murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di
dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.”

Dalam erti kata lain menurut Kamariah Jalil, (1995):

“Pendidikan ini melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas di dalam ke-las-kelas biasa di mana
bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan
pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.”

Selain itu, kerajaan juga telah menetapkan garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
Kepel-bagaian Keupayaan Individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pen-didikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan:

“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri
sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal
perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai
berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas
kecuali murid-murid yang berikut; a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental
untuk belajar seperti murid biasa; dan b) murid yang mempunyai pel-bagai kecacatan atau yang sangat
cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.”
Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk ini adalah
flek-sibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan (Pendi-dikan Khas) 1997, yang menyatakan:

“Guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti
dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat
Pendidikan Khas”.

Berikutan polisi kerajaan yang menyokong pendidikan khas termasuklah pendidikan inklusif ini, usaha
untuk memberi peluang pendidikan kepada murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana telah
mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan
peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah
penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik,
down sindrom dan lain-lain. Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini telah menjadi matlamat kepada usaha
murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira
ketidakupayaan dan kecacatan mereka.

3.0 MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS

Seorang murid berkeperluan khas telah dikenal pasti untuk mengikuti program pendidikan inklusif di
sekolah saya, iaitu Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, 47000 Sg. Buloh, Selangor.

3.1 Biodata Murid

Murid ini ialah seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 8 tahun. Nama kanak-kanak ini ialah Asrul Hadi
bin Zazali. Asrul telah dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpu pada 15 Julai 2004. Beliau kini tinggal
bersama ayah dan ibu juga 5 orang adik-beradiknya yang lain di alamat No. 5, Jalan Seri Pagi 2, Saujana
Utama. Beliau merupakan anak kelima daripada 6 orang adik-beradik, iaitu beliau mem-punyai 2 orang
abang, 2 orang kakak, dan seorang adik lelaki.

Asrul telah diagnosis mengalami masalah pembelajaran kategori ‘Sindrom Masalah Kurang Daya
Tumpuan Dengan Hiperaktif ‘(ADHD) pada usia 6 tahun oleh doktor pediatrik Hospital Sungai Buloh,
Selangor. Berikutan itu, Asrul telah didaf-tarkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam kategori
Masalah Pembelajaran – ADHD. Berikutan diagnosis tersebut, Asrul telah dicadangkan penempatan
sekolah oleh pegawai perubatan yang memeriksa beliau di sekolah biasa, tetapi dimasukkan di bawah
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Kini, Asrul sedang belajar di Sekolah Kebangsaan Sau-jana
Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan yang turut menawarkan Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) sepertimana yang dicadangkan.

Berdasarkan soal selidik yang dilakukan kepada ibunya, didapati Asrul amat gemar bermain ‘game’
dan penyangkut baju apabila ada masa lapang semasa berada di rumah. Perkara yang tidak digemari
Asrul pula ialah apabila ada sesiapa yang mening-gikan suara kepadanya. Walaupun Asrul lebih gemar
bermain sendiri, namun beliau boleh bergaul dengan baik dengan orang-orang di seke-lilingnya seperti
semasa bersama kedua-dua ibu bapanya, adik-beradik ataupun jiran tetangga.

3.2 Ciri-ciri Murid

3.2.1 Fizikal

Ciri-ciri fizikal Asrul sepertimana kanak-kanak normal yang lain, iaitu sempurna dan tiada sebarang
kecacatan fizikal.

3.2.2 Intelek

Dari segi intelek, Asrul seorang kanak-kanak yang bijak. Beliau seorang yang pandai berkata-kata. Ini
dapat dilihat semasa bertemunya di rumah bersama ibunya. Beliau boleh menjawab dengan betul
apabila disoal tentang usia, bilangan adik-beradik, nama ibu dan ayah, dan lain-lain.

3.2.3 Emosi

Asrul dilihat mempunyai emosi yang agak tidak stabil. Ini disebabkan Asrul lebih suka bermain sendiri
dan melakukan perkara yang mahu dilakukannya, iaitu mengikut gerak hatinya. Misalnya, Asrul tiba-tiba
sahaja mengambil penyangkut baju yang sedang dipegang oleh adiknya dan bermain-main dengannya.
Ini dise-babkan penyangkut baju adalah barang permainan kegemarannya.

Selain itu, Asrul juga didapati tidak suka mendengar orang lain meninggikan suara kepadanya.
Begitu juga apabila diganggu, Asrul akan menjadi agak agresif. Apabila ini berlaku, Asrul akan menjerit-
jerit dan mengamuk. Ini dilihat semasa beliau sedang bermain. apabila adiknya mengambil barang yang
sedang di-mainkannya, Asrul terus merebut semula barang tersebut dan berlakulah keadaan berebut-
rebut dengan adiknya. Ini menggambarkan Asrul seorang yang tidak boleh ditegur secara kasar dan
tidak boleh diganggu apabila sedang melakukan sesuatu aktiviti. Ini juga bermakna, Asrul seorang yang
sukar mengawal emosinya berbanding ka-nak-kanak normal.
3.3.4 Sosial

Dari segi sosial, Asrul seorang yang pandai bergaul dan pandai menyesuaikan diri. Beliau juga seorang
kanak-kanak yang periang. Justeru, beliau dilihat amat mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Misalnya,
Asrul mesra bersama pengkaji biarpun pertama kali bertemu. Keadaan ini juga dilihat semasa beliau
bersama-sama rakan-rakan di kejiranannya dan juga turut disenangi oleh para tetangganya yang lebih
dewasa.

Berdasarkan ciri-ciri yang ada pada murid ini, saya merasakan beliau sesuai untuk dimasukkan ke
dalam program pendidikan inklusif separa, iaitu murid berkeperluan khas yang mengikuti sebahagian
pembe-lajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan
seorang guru pendidikan khas (guru pembimbing).

4.0 KEPERLUAN LOGISTIK DI SEKOLAH

Sekolah ini mempunyai keperluan logistik yang mencukupi kerana ada menawarkan Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) dan merupakan kelas yang diduduki Asrul sekarang.

4.1 Keperluan Sedia Ada

Berikutan sekolah ini ada menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), maka ia telah mem-
punyai keperluan logistik sedia ada.

4.2 Keperluan yang Diperlukan

Walaupun sekolah ini sudah mempunyai keperluan sedia ada kerana ada menawarkan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), namun masih memerlukan logistik yang lain yang melibatkan teknologi
maklumat, ia-itu dari segi pembinaan perisian untuk keperuan khas ini yang berbeza dengan keperluan
biasa. Selain itu, bahan bantu mengajar juga amat diperlukan bagi membantu para guru mendidik murid
berkeperluan khas dengan lebih berkesan dan dapat membantu menarik minat mereka untuk belajar di
kelas aliran perdana.

5.0 SOKONGAN DARIPADA BADAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN


Pada masa kini, kebanyakan organisasi sama ada daripada badan krajaan mahupun bukan kerajaan yang
terlibat dalam pendidikan untuk pelajar kurang upaya telah ba-nyak membuat pelaburan dengan
membeli perkakasan teknologi sebagai satu langkah untuk menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan.

Namun begitu, kelengkapan dari segi perkakasan teknologi (hardware) bukan lagi menjadi isu
utama untuk organisasi yang memberi perkhidmatan pendidikan kepada pelajar berkeperluan khas ini.
Isu yang le-bih besar yang perlu ditangani sekarang adalah pembinaan perisian yang dapat memenuhi
keperluan khas tempatan untuk digu-nakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar
berkeperluan khas.