Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN PERASMIAN

YANG BERHORMAT ADUN N.50


LAHAD DATU

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya saya dapat merakamkan sepatah
dua kata di Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Silam pada tahun 2017 ini.

Majlis Anugerah Kecemerlangan ini diadakan setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan penghormatan
kepada warga pendidik khususnya kakitangan SK Silam yang komited dalam menjalankan tugas yang telah
diamanahkan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kepentingan dunia pendidikan yang kian
mencabar.

Murid-murid yang turut dihargai dan diraikan pada hari ini kerana sumbangan dan kecemerlangan mereka
dalam kurikulum dan ko-kurikulum saya ucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan anak-anak murid
sekalian. Murid-murid yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Usaha dan curahan tenaga anda semua
untuk meraih kejayaan seperti rakan-rakan yang lain.

Sesungguhnya usaha mencari ilmu memerlukan banyak kesabaran dan kesungguhan. Kita perlu tabah
menghadapi cabaran dan tekanan yang mendatang. Anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses
kejadian berlian di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilalui, semakin bernilai harga berlian itu.
Begitulah kita, semakin banyak ujian dan dugaan yang ditempuh dalam proses pencarian ilmu, semakin
bernilai ilmu yang diperoleh.

Akhir kata, anak-anak pelajar akan terus mengorak langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan
seterusnya memartabatkan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan. Saya
juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima-penerima anugerah dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada ahli jawatankuasa pengelola Majlis Anugerah Kecemerlangan ini yang telah
bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan majlis dapat berjalan dengan lancar. Semoga majlis ini dapat
berlangsung dengan jayanya serta mencapai matlamat.

Sekian, terima kasih.

YB DATO’ HJ MOHAMMAD YUSOF HJ APDAL


KETUA UMNO BAHAGIAN SILAM P.188
PENGERUSI BARISAN NASIONAL BAHAGIAN P.188 SILAM
ADUN N.50 LAHAD DATU

Anda mungkin juga menyukai