Anda di halaman 1dari 21

PERSATUAN BAHASA MELAYU

S.K CONVENT IPOH.

KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN


PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT, IPOH

Pemohon :

JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN BAHASA


MELAYU S.K CONVENT, IPOH

Pada :

2 JANUARI 2018.

BERTEKAD CEMERLANG.
1.0 PENGENALAN
Persatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh akan ditubuhkan selaras dengan
arahan penubuhan persatuan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Tujuan utama
penubuhan persatuan ini ialah untuk mengukuhkan kemahiran Bahasa yang dipelajari
oleh murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Persatuan ini
direalisasikan untuk membantu murid-murid bukan sahaja cemerlang dalam kurikulum
tetapi juga cemerlang dalam kokurikulum. Hal ini penting untuk melahirkan modal insan
yang seimbang dari aspek intelek, emosi dan jasmani. Secara tidak langsung aktiviti
persatuan akan membantu menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di
samping itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan meliputi beberapa kemahiran yang telah
dipelajari akan dapat menajamkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Persatuan ini akan disertai oleh murid-murid tahap 2 iaitu terdiri daripada murid
Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam. Murid-murid pada usia ini mampu bertindak
sesuai dengan kehendak guru penasihat.

2.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dan


meningkatkan kebolehan berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu.

2. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang masa depan dan kepentingan
Bahasa Melayu untuk mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan .

3. Membentuk sikap bertanggungjawab dan amanah dalam diri pelajar sebagai


sebahagian kehidupan.

4. Mendedahkan maklumat kepada para pelajar tentang kepentingan berkomunikasi


dengan orang lain menggunakan bahasa yang bersopan untuk jangka masa yang
panjang .

3.0 TEMPAT BERURUSAN


Makmal Bahasa S.K Convent,Ipoh.

4.0 CADANGAN NAMA PERSATUAN

Persatuan Bahasa Melayu S.K Convent,Ipoh.

5.0 MOTO PERSATUAN

Bertekad Cemerlang dengan Belajar Bahasa Sepanjang Masa.

6.0 KEAHLIAN

Persatuan ini akan disertai oleh murid-murid tahap 2 iaitu terdiri daripada murid Tahun
Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam.

( Sila Rujuk Senarai nama murid di bahagian Lampiran 1 )

7.0 LAGU PERSATUAN

(Sila Rujuk Lampiran 2 )

8.0 LOGO PERSATUAN

PERSATUAN BAHASA MELAYU


S.K CONVENT IPOH.
DEFINISI LOGO PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT IPOH.

Matlamat utama kokurikulum Persatuan di sekolah ialah untuk mengeluarkan murid-


murid yang berkeyakinan tinggi, berkreatif, murid yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan,
dan yang dapat menghayati nilai-nilai murni. Murid-murid yang mempunyai kesemua sifat
tersebut akan menjadi warganegara yang berguna dan berproduktif.

Sehubungan dengan itu, Logo Persatuan Bahasa Melayu S.K Convent Ipoh berkait
rapat dengan matlamat utama kokurikulum. Misalnya, bentuk bulat yang kami pilih
tersebut melambangkan jam mahupun peredaran masa. Disamping itu, bentuk bulat juga
berkait rapat dengan moto persatuan iaitu murid sentiasa bertekad cemerlang , belajar
bahasa sepanjang masa. Tambahan pula, bentuk bulat dicipta bagi melambangkan dunia
pendidikan. Pembelajaran bahasa merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan
atau kemahiran berbahasa melalui pengalaman, amalan yang dipelajari tidak kira di
mana seseorang murid itu berada.

Pembelajaran informal sentiasa berlaku dalam kehidupan seseorang dan murid


hendaklah berkeupayaan berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa yang mudah
difahami oleh orang lain. Dalam konteks bentuk separa dunia pula, seseorang murid
hendaklah sentiasa berusaha untuk mengemas kini dengan ilmu Bahasa bagi menjadi
insan yang sempurna. Logo persatuan juga mempunyai isi tersirat yang akan sentiasa
mengingatkan murid dalam usaha membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani
murid secara seimbang.

Selain itu, buku melambangkan semangat terus belajar dalam kalangan murid yang
masih bersekolah serta mempelajari ilmu. Buku merupakan medium yang sangat berkait
rapat dalam kehidupan murid dan dalam pembelajara Bahasa buku memainkan peranan
yang amat besar. Misalnya, tanpa adanya buku murid tidak dapat meluahkan isi atau
maklumat dalam pelbagai bentuk secara bertulis. Murid juga memerlukan buku bagi
membuat latihan dalam usaha memantapkan Bahasa yang dipelajari.

Akhir kata, Kami harap cadangan Logo Persatuan Bahasa Melayu ini dapat
disokong dan diluluskan oleh pihak sekolah bagi melahirkan murid yang mencintai,
menghargai Bahasa Kebangsaan kita.
9.0 ORGANISASI PENTADBIRAN

(Sila Rujuk Lampiran 3 )

10.0 PERLEMBAGAAN PERSATUAN

(Sila Rujuk Lampiran 4 )

11.0 RANCANGAN AKTIVITI

Bil Aktiviti Persatuan Tarikh


1. Pendaftaran Kokurikulum 8 Januari 20108
2. Mesyuarat Agung 9 Februari 2018
3. Kuiz Bahasa 12 Februari 2018
4. Bahasa Isyarat 24 Mac 2018
5. Minggu Bahasa Melayu - 29 Mac 2018- 2 April 2018
6. Syarahan ( darjah 4 dan 5 ) 7 April 2018
7. Syarahan ( darjah 6 ) 15 April 2018
8. Latihan Mendeklamasikan Sajak ( darjah 4 dan 5 ) 21 April 2018
9. Latihan Mendeklamasikan Sajak ( darjah 6 ) 28 April 2018
10. Pertandingan Bercerita 12 May 2018
11. Latihan Perbahasan Ala Parlimen 3 Jun 2018 – 20 Julai 2018
12. Perbahasan Ala Parlimen ( Murid darjah 5 dan 6 ) 21 Julai 2018
13. Lawatan sambal belajar Bulan Ogos 2018
14. Pertandingan Mencipta Sajak Bulan September 2018
15. Jamuan Akhir Tahun Bulan October
12.0 PENUTUP

Sekolah merupakan wahana dalam mendaulat dan memperkasakan Bahasa


Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Oleh itu, pelbagai aktiviti akan dirancang serta
dilaksanakan sepanjang tahun bagi menarik minat warga sekolah agar mampu
berkomunikasi dengan baik dan sopan selain memupuk semangat cintakan bahasa
Kebangsaan. Pada masa yang sama melalui penubuhan persatuan seperti tersebut kita
dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap isu-isu Bahasa.
Aktiviti persatuan juga secara tidak langsung akan memaksimumkan penglibatan,
kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa serta membantu
murid berinteraksi dengan masyarakat.

Akhir kata, Kami harap cadangan penubuhan Persatuan Bahasa Melayu ini dapat
disokong dan diluluskan oleh pihak sekolah bagi melahirkan murid yang mencintai,
menghargai Bahasa Kebangsaan kita.
Lampiran 1

Senarai nama murid Tahun 4

Bil Nama
1. AIDA HANIS BINTI AIMAN
2. AISWARYA A/P SHIVA
3. ANNE A/P JAMES
4. BEEMISHA FATIN BINTI AZLAN
5. CAROLINE A/P TAN CHENG
6. CAMILIA A/P PETER
7. DARSHEENE A/P RAVINASH
8. ELIZABETH BOO A/P EDWARD BOO
9. HANISAH FARHANAH BINTI ABDUL RAZAK
10. HANANN SYOFFEEYA BINTI TAJJUDDIN
11. KAVITHA SHYRI A/P MAHESH
12. NOOR AISYAH BINTI MOHAMAD FARID
13. YOOG PEI JIEN A/P JOSHUA
Lampiran 1

Senarai nama murid Tahun 5

Bil Nama
1. ANNE MARRY A/P JOHN
2. CARMEN LEE A/P YUN HWA
3. DEEPA A/P ASWIN
4. ISHA PATEL A/P MELVINDER SINGH
5. JASMINE A/P PHILIP
6. LEASHITAA A/P VASUDEVAN
7. LEE CARMEN A/P TAN CHENG
8. LIWON LIM WEE A/P FRANCIS WEE
9. MAS ARREESSA BINTI ABDUL ZAILAN
10. NORISH DHANIA AFIQAH BINTI SHAHRUL HAMID
11. NUR AISYA ADRIANA BINTI ALI SUFIAN
12. NUR NAJIHAH BINTI KAMALUDIN
13. NURUL LIYANA BINTI AJMAL
14. PRAVINA A/P NAVEEN
15. REENA A/P SARAVANAN
16. ROSHINI A/P THAYALAN
17. SHEERYL A/P HARVINDER
18. YOONG SUE A/P JOSHUA
Lampiran 1

Senarai nama murid Tahun 6

Bil Nama
1. ASHVITHA KAUR A/P HARSWARDAN
2. BHANU A/P SURYA
3. CARAMEL VEEVIAN A/P MICHAEL FONG
4. CAROLINE MARRY A/P DANIEL
5. DARSHIKA A/P SELLAPAN
6. HEMA A/P KRISHNAN
7. JYOTIKA SRI A/P SUKVINDER SINGH
8. KEESHALINI A/P KARTIKESAN
9. LOH JAQULINE A/P JAMES
10. MANISHA KAUR A/P JAGDISH SINGH
11. MAS MARIA BINTI MOHD IMAN
12. NOOR AISYAH BINTI ABDULLAH AIMAN
13. NURUL HUDA BINTI ABU BAKAR
14. NURUL AINI BINTI IZZUDIN
15. SHANEL KASMIRA A/P NIRMAL NELSON
16. SITI KHADIJAH BINTI ALIAS
17. SITI SUBAIDAH BINTI NASRUDDIN
18. SWEETAH A/P MOHAN
19. TARAMINDER KAUR A/P NIRMAL SINGH
20. USHAA A/P VINCENT
21. VANI A/P PRAVEEN
22. WEE VEE YEN A/P LEE CHONG WEI
Lampiran 2
PERSATUAN BAHASA MELAYU
LAGU PERSATUAN BAHASA MELAYU S.K CONVENT IPOH. S.K CONVENT IPOH.

Bergerak maju puteri semua

Rajin usaha bersama

Tinggikan semangat belajar bahasa

Mesti tekun dan sabar

Melangkah maju bina bangsa

Negara yang tercinta

Patuh rukun dan taat setia

Hidup aman sentosa.

Jujur dan hormat, tunjukkan jasa

Pada Bahasa kita

Gunakan ilmu setiap masa

Kita pasti Berjaya.


Lampiran 3

ORGANISASI PENTADBIRAN

PENAUNG : PN. MARIANI BT KASSIM


(GURU BESAR S.K CONVENT IPOH)

PENASIHAT : PN. KHAMSIAH BINTI SAHFIQH


(GPK KO S.K CONVENT,IPOH)

PENYELARAS 1 : PN.NOORAINI BINTI ABU BAKAR


(GURU PENASIHAT PERSATUAN BAHASA MELAYU)

PENYELARAS 2 : PN WAN THE HANNISA BINTI ABDUL WAHAB


(GURU PENASIHAT PERSATUAN BAHASA MELAYU)

PENGERUSI : NURUL HUDA BINTI ABU BAKAR ( TAHUN 6 )


NAIB PENGERUSI : REENA A/P SARAVANAN ( TAHUN 5)
SETIAUSAHA : HEMA A/P KRISHNAN ( TAHUN 6 )
NAIB SETIAUSAHA : ANNE MARRY A/P JOHN ( TAHUN 5)
BENDAHARI : MANISHA KAUR A/P JAGDISH SINGH ( TAHUN 6)

PENOLONG BENDAHARI : YOOG PEI JIEN A/P JOSHUA ( TAHUN 4 )

AHLI JAWATANKUASA : MAS MARIA BINTI MOHD IMAN ( WAKIL TAHUN 6)


: LEE CARMEN A/P TAN CHENG ( WAKIL TAHUN 5 )
: CAROLINE A/P TAN CHENG ( WAKIL TAHUN 4)
Lampiran 4

PERLEMBAGAAN PERSATUAN BAHASA MELAYU

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT,IPOH.

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Sub peraturan 5(1) (a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan


(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia
Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb Mei
1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan) Persatuan
Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Convent,Ipoh yang selepas ini disebut sebagai
“persatuan” sahaja.

PERATURAN 1 : NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan :
Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Convent Ipoh, Perak.

b. Alamat :
Sekolah Kebangsaan Convent Ipoh

Jalan Chamberlain Hulu, 30250 Ipoh, Perak


PERATURAN 2 : TUJUAN DAN MATLAMAT

2.1. Menyediakan proses pembelajaran Bahasa Melayu secara informal bagi pelajar.

2.2. Memberi keseimbanagn kepada pendidikan formal dalam domain kognitif, afektif,
psikomotor dan intelek, rohani, jasmani dan emosi pelajar.

2.3. Memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman yang baru melalui aktiviti di
luar bilik darjah supaya mereka lebih bersedia apabila meninggalkan bangku sekolah dan
membandung mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan antisosial.

2.4. Menanam sikap sayangkan bahasa Melayu di dalam jiwa pelajar yang menyertai
kegiatan luar.

2.5. Menyumbangkan usaha untuk membina iklim dan budaya sekolah yang lebih
menyeronokkan, segar dan sihat.

2.6. Membantu masyarakat dan agensi kerajaan dalam hal yang berkaitan dengan alam
sekitar dan kemasyarakatan.

2.7. Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 : OBJEKTIF

3.1. Supaya ahli lebih terpimpin dalam menimba ilmu dan memupuk semangat
bertanggungjawab dan disiplin diri.

3.2. Ahli-ahli akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi
dalam aktiviti yang diceburi.
PERATURAN 4 : KEAHLIAN

4.1. Dibuka kepada semua murid tahap dua sekolah ini.

4.2. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan


dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 : GURU PENASIHAT

5.1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2. Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.

PERATURAN 6 : AHLI JAWATANKUASA

6.1. Dilantik semasa mesyuarat agung.

6.2. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli
jawatankuasa.

6.3. Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4. Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.

6.5. Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6. Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi

6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

PERATURAN 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Pengerusi

7.1.1. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan


semua mesyuarat.

7.1.2. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.
7.2 Naib Pengerusi

7.2.1. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7.2.2. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaa pengerusi.

7.2.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1. Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

7.3.3. Mencatat kehadiran ahli.

7.3.4. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

7.4.2. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

7.4.3. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.
7.5 Bendahari

7.5.1. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan.

7.5.2. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3. Menyediakan Penyata Kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

7.5.4. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli


jawatankuasa.

7.5.5. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam


Mesyuarat Agung.

7.5.6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

7.7.2. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.


PERATURAN 8 : KEWANGAN

8.1. Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
mesyuarat agung dan telah diluluskan sebanyak RM2.00 seorang sebulan.

8.2. Persatuan juga boleh memperoleh sumber kewangan melalui aktiviti.

8.3. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4. Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,


sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1. Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.

9.2. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum
boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 : AKTIVITI

10.1. Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

10.2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.
PERATURAN 11 : PERATURAN-PERATURAN

11.1. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tataterbit.

PERATURAN 12 : TINDAKAN DISIPLIN

12.1. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran Lisan

12.2.2 Amaran Bertulis

12.3. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.

PERATURAN 13 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan ahli jawatankuasa
akan dibincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.
PERATURAN 14 : PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1. Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

14.2. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung Tergempar.

PERATURAN 15 : HAL-HAL LAIN

15.1. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.

15.2. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Tarikh : 2 JANUARI 2018.


DISEDIAKAN OLEH :
Hema
( HEMA A/P KRISHNAN )
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu SK Convent,Ipoh.

DISOKONG OLEH :
SiiKhadijah
(SITI KHADIJAH BINTI ALIAS)
Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu SK Convent,Ipoh.

DISOKONG OLEH :
Nooraini
(NOORAINI BINTI ABU BAKAR)
PENYERALAS 1
Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu SK Convent,Ipoh.

DISEMAK OLEH :
Khamsiah
( PN. KHAMSIAH BINTI SAHFIQH)
GPK KO S.K CONVENT,IPOH.

DILULUSKAN OLEH :
Mariani
( PN. MARIANI BT KASSIM )
GURU BESAR S.K CONVENT, IPOH.