Anda di halaman 1dari 1

Usaha-usaha menjaga keselamatan

Sejak akhir-akhir ini, media massa sering memaparkan berita tentang pelbagai kegiatan
jenayah yang berlaku di seluruh negara. Berleluasanya kegiatan ini sudah tentu akan
menimbulkan kegelisahan atau kebimbangan dan secara tidak langsung mencetuskan rasa
tidak tenteram dalam masyarakat. Antara kegiatan jenayah yang sering dilaporkan ialah
rompakan, pecah rumah, penculikan, ragut dan bunuh. Fenomena ini bukan sahaja berlaku
di kawasan bandar malah melibatkan kawasan kampung.

Menjaga keselamatan diri dan juga keselamatan kawasan kediaman merupakan


tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua pihak. Sikap saling membantu, bekerjasama
dan keprihatinan akan dapat mewujudkan satu komuniti yang seia sekata dan dapat hidup
dalam suasana aman dan harmon. Setiap penduduk perlulah memastikan rumah mereka
dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti gril, kamera litar tertutup (cctv), loceng amaran
dan sebagainya. Sebelum meninggalkan rumah, setiap penduduk perlu memastkan pintu
rumah dan pintu pagar telah dikunci dengan rapi. Jika hal ini dilakukan, pastilah kediaman kita
akan selamat daripada ancaman jenayah.

Selain itu, pihak berkuasa iaitu pihak polis perlulah melakukan rondaan secara berkala
disemua kawasan kediaman terutamanya di kawasan yang berisiko berlakunya kejadian
jenayah. Rondaan perlu dilakukan lebih kerap pada waktu penduduk sedang bekerja dan juga
pada waktu malam. Pemantauan yang berterusan ini akan menutup ruang dan peluang
kepada penjenayah untuk melakukan perbuatan jahat mereka.

Anda mungkin juga menyukai