Anda di halaman 1dari 4

SYARAT-SYARAT ANUGERAH SUKAN UPM

1. Anugerah Olahragawan & Olahragawati


i) Individu mestilah mewakili Universiti Putra Malaysia dalam Kejohanan
yang dianjurkan oleh MASUM, Kementerian Pendidikan Tinggi atau mana-
mana pertandingan atau kejohanan yang diiktiraf oleh Pusat Sukan, Universiti
Putra Malaysia pada tahun yang dinilai sahaja.

ii) Individu mestilah mewakili negara dalam mana-mana pertandingan yang


diiktiraf oleh badan induk sukan negara (MSN) pada tahun yang dinilai sahaja.

iii) Pemohon mestilah memperolehi pencapaian berdasarkan perkara 1.1 seperti


berikut:
a) Bagi kategori berpasukan, mendapat Johan
b) Bagi kategori individu, mendapat Johan.

iv) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Universiti pada tahun yang
dinilai sahaja.

v) Mencapai tahap pencapaian akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.25

2. Anugerah Bintang Harapan Lelaki & Wanita


i) Individu mestilah mewakili Universiti Putra Malaysia dalam Kejohanan
yang dianjurkan oleh MASUM, Kementerian Pendidikan Tinggi atau mana-
mana pertandingan atau kejohanan yang diiktiraf oleh Pusat Sukan, Universiti
Putra Malaysia pada tahun yang dinilai sahaja.

ii) Individu mestilah mewakili negara dalam mana-mana pertandingan yang


diiktiraf oleh badan induk sukan negara (MSN) pada tahun yang dinilai sahaja.

vi) Pemohon mestilah memperolehi pencapaian berdasarkan perkara 2.1 seperti


berikut:
a) Bagi kategori berpasukan, mendapat Johan.
b) Bagi kategori individu, mendapat Johan.

iii) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Universiti pada tahun yang
dinilai sahaja.
iv) Mencapai tahap pencapaian akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.25.
v) Dikhaskan kepada pelajar tahun 1 dan 2 sahaja (Program
Asasi/Diploma/Bacelor)

Tarikh kemaskini : 31 Januari 2018 1


3. Anugerah Emas
i) Individu mestilah mewakili Universiti Putra Malaysia dalam Kejohanan yang
dianjurkan oleh MASUM, Kementerian Pendidikan Tinggi atau mana-mana
pertandingan atau kejohanan yang diiktiraf oleh Pusat Sukan, Universiti Putra
Malaysia pada tahun yang dinilai sahaja.
ii) Pemohon mestilah memperolehi pencapaian berdasarkan perkara 3.1 seperti
berikut:
a) Bagi kategori berpasukan, mendapat Johan
b) Bagi kategori individu,mendapat Johan
iii) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Universiti pada tahun yang
dinilai sahaja.
iv) Mencapai tahap pencapaian akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.25.

4. Anugerah Perak
i) Individu mestilah mewakili Universiti Putra Malaysia dalam Kejohanan yang
dianjurkan oleh MASUM, Kementerian Pendidikan Tinggi atau mana-mana
pertandingan atau kejohanan yang diiktiraf oleh Pusat Sukan, Universiti Putra
Malaysia pada tahun yang dinilai sahaja.

ii) Pemohon mestilah memperolehi pencapaian berdasarkan perkara 4.1 seperti


berikut:
a) Bagi kategori berpasukan, mendapat Naib Johan.
b) Bagi kategori individu, mendapat Naib Johan.

iii) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Universiti pada tahun yang
dinilai sahaja.
iv) Mencapai tahap pencapaian akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.25.

5. Penghargaan Setia Bakti


i) Individu mestilah mewakili Universiti Putra Malaysia dalam Kejohanan yang
dianjurkan oleh MASUM, Kementerian Pendidikan Tinggi atau mana-mana
pertandingan atau kejohanan yang diiktiraf oleh Pusat Sukan, Universiti Putra
Malaysia dalam 3 tahun berturut-turut termasuk tahun yang dinilai.

ii) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Universiti pada tahun yang
dinilai sahaja.
iii) Mencapai tahap pencapaian akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.25.

iv) Pemohon akan menerima Penghargaan Setia Bakti untuk satu kali sahaja bagi
tempoh pengajian di UPM.

Tarikh kemaskini : 31 Januari 2018 2


6. Penghargaan Khas
i) Penghargaan khas untuk individu yang cemerlang dalam sukan yang diceburi
dan tidak dipertandingkan di peringkat Kejohanan Sukan MASUM/KPT
pada tahun yang dinilai sahaja.

ii) Individu mestilah mewakili pasukan negara dalam mana-mana


pertandingan pada tahun yang dinilai sahaja.

iii) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Universiti pada tahun yang
dinilai sahaja.

iv) Mencapai tahap pencapaian akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.25.

7. Anugerah Tokoh Sukan


i) Memberi sumbangan terhadap pembangunan sukan Universiti dan MASUM

8. Anugerah Pengurus Terbaik


i) Pasukan yang dibimbing perlu mendapat Johan dalam kejohanan yang
dianjurkan MASUM, Kementerian Pendidikan Tinggi atau mana-mana
pertandingan atau kejohanan yang diiktiraf oleh Pusat Sukan, Universiti Putra
Malaysia pada tahun yang dinilai sahaja.
ii) Mengurus pasukan universiti sepanjang tahun yang dinilai sahaja.

iii) Tidak pernah dikenakan tindakan tataertib oleh universiti pada tahun yang dinilai
sahaja.

9. Anugerah Jurulatih Terbaik

i) Pasukan yang dibimbing perlu mendapat Johan dalam kejohanan yang


dianjurkan MASUM, Kementerian Pendidikan Tinggi atau mana-mana
pertandingan atau kejohanan yang diiktiraf oleh Pusat Sukan, Universiti Putra
Malaysia pada tahun yang dinilai sahaja.

ii) Melatih pasukan universiti pada tahun yang dinilai sahaja.

iii) Tidak pernah dikenakan tindakan tataertib oleh universiti pada tahun yang
dinilai sahaja.

Tarikh kemaskini : 31 Januari 2018 3


10. Anugerah Pasukan Terbaik

i) Pasukan perlu mendapat Johan dalam kejohanan yang dianjurkan MASUM,


Kementerian Pendidikan Tinggi atau mana-mana pertandingan atau kejohanan
yang diiktiraf oleh Pusat Sukan, Universiti Putra Malaysia pada tahun yang dinilai
sahaja.

ii) Pasukan mempunyai peningkatan pencapaian luar biasa pada tahun yang dinilai
sahaja.

iii) Bagi Anugerah Pasukan Terbaik boleh diberi lebih dari satu pasukan
berpandukan kepada penilaian panel pemilih.

11. Anugerah Atlit Lelaki & Wanita Terbaik Sukan Kolej (SUKOL)

i) Individu mestilah mewakili kolej kediaman dalam 3 acara sukan dan


mendapat sekurang-kurangnya mendapat 1 Johan dalam pertandingan atau
kejohanan Sukan Kolej UPM pada tahun yang dinilai.

ii) Setiap Kolej layak mencalonkan seorang atlit lelaki dan seorang atlit wanita
sahaja. Bagi Kolej 10 dan Kolej 11 hanya layak menghantar seorang calon atlit
sahaja bagi mewakili kolej masimg-masing.

iii) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Universiti pada tahun yang
dinilai sahaja.

iv) Mencapai tahap pencapaian akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.25.

12. Anugerah Kelab Sukan Yang Aktif

i. Kelab Sukan mestilah berdaftar atau bernaung di bawah Bahagian Hal Ehwal
Pelajar UPM

ii. Kelab Sukan mestilah sebuah kelab yang aktif dalam menjalankan program dan
aktiviti di UPM sepanjang tahun dinilai

iii. Setiap kelab perlu mengemukakan bukti atau laporan program/aktiviti yang
dijalankan beserta borang pencalonan

Tarikh kemaskini : 31 Januari 2018 4

Anda mungkin juga menyukai