Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KURSUS UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (UUKA)

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA PPD SEPANG 2018

Pada 24 Februari 2018, Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Sepang telah
menganjurkan Kursus Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) bagi guru
pemimpin Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah-sekolah dalam daerah Sepang. Kursus
ini dijalankan di SMK Seri Sepang, Sepang. Ia bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00
petang. Sebanyak 21 orang wakil guru dari sekolah menengah dan sekolah rendah di
daerah Sepang menyertai kursus ini.

Dengan bangganya, pihak unit Kokurikulum berjaya menjemput Pengarah Bulan


Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor, Tuan Saravanan dan Penolong Pengarah Latihan,
En. Govinda sebagai penceramah kepada para guru dalam kursus ini.

Sepanjang kursus ini, para guru telah mempelajari sejarah Palang Merah
Antarabangsa (ICRC), sejarah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Struktur Organisasi
BSMM, Program-program BSMM serta Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
(UUKA).

Dalam akhir kursus ini, para guru turut menjalankan ujian bertulis. Keputusan ujian
akan diumumkan setelah disemak oleh pihak Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Selangor.

Melalui kursus ini, para guru telah diberi ilmu pengetahuan yang banyak dan
berguna untuk menjadi guru pemimpin BSMM di sekolah masing-masing. Dengan ini,
diharapkan para guru akan menggunakan ilmu yang dipelajari untuk membantu murid
menjalankan aktiviti semasa sesi unit beruniform dan mencapai objektif dan matlamat
seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dengan ini, disertakan senarai kehadiran serta topik-topik yang dipelajari dalam
kursus ini sebagai lampiran.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

( En. Leong Chun Hung ) ( Pn. Adlin Premla a/p Vincent Ramesh )
Pegawai Teknik BSMM Pegawai Teknik BSMM
Sekolah Rendah Sekolah Menengah
PPD Sepang PPD Sepang

Disahkan Oleh,

( En. Ab Aziz bin Hj Mohamad )


Penyelia Unit Kokurikulum
PPD Sepang

2/4
LAMPIRAN 1
Sukatan Pelajaran Pendidikan Palang Merah dan UUKA
Sesi Tajuk Isi Pelajaran
1. Pengenalan Bulan Sabit  Pengenalan Bulan Sabit Merah Malaysia
Merah Malaysia (BSMM)  Lagu BSMM
 Ikrar BSMM
 Pakaian Seragam
2. Sejarah Palang Merah / Bulan  Pengasas Palang Merah / Bulan Sabit Merah
Sabit Merah  Jean Henry Dunant
 Peperangan di Solferino
 Buku Kenangan di Solferino
 Jawatankuasa Berlima
 Pengenalan Lambang untuk anggota sukarela
 Perkembangan Persidangan Geneva I – IV
 Perkembangan Protokol I – III
3. Penghuraian Makna Prinsip-  Kemanusiaan
Prinsip Asas Pergerakan  Kesaksamaan
Palang Merah/Bulan Sabit  Keberkecualian
Merah  Kebebasan
 Khidmat Sukarela
 Ketunggalan
 Kesejagatan
4. Struktur Dan Organisasi  Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa
Pergerakan Palang Merah / (ICRC) dan peranannya
Bulan Sabit Merah  Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah Antarabangsa (IFRC) dan peranannya
 Persatuan-persatuan Kebangsaan
 Persidangan Antarabangsa
 Palang Merah & Bulan Sabit Merah
5. Bulan Sabit Merah Malaysia  Sejarah
(BSMM)  Perlembagaan
 Undang-undang/Peraturan Perbadanan
 Struktur Organisasi
 Aktiviti-aktiviti BSMM: (Semasa aman dan juga
semasa persengketaan bersenjata)
6. Undang-Undang  Pengenalan UUKA, Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa Geneva/Hague, dan persamaan dengan
(UUKA) Undang-undang Hak Asasi Manusia.
 Maksud, asal usul dan peranan UUKA
 Perjanjian-Perjanjian Antarabangsa dalam
UUKA dan Negara-negara yang menanda
tangangi perjanjian-perjanjian itu.
 Peraturan Asas UUKA
 Lambang Pergerakan Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah, Rupa bentuk,
Kegunaan untuk Pengenalan dan Perlindungan
 Lambang dan tanda-tanda pengenalan
Antarabangsa dalam UUKA
 Huraian Ringkas Kandungan Persidangan
Geneva I - IV
 Huraian Ringkas Kandungan Protokol
Tambahan Kepada Persidangan Geneva I - III

*Merujuk kepada Lampiran 1, Kembaran R, Buku Panduan Bulan Sabit Merah Malaysia No.7,
cetakan 2009.

4/4

Anda mungkin juga menyukai