Anda di halaman 1dari 4

Untuk mohamad taufiq ghazali..

Baca berulang-ulang….Yakin dengan diri…Insyallah boleh..


Cabaran untuk awak!!
You can do it!!!
KISAN NABI ADAM DI SYURGA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam dihulur tanda pengenalan


Diserikan dengan senyuman menawan
Di pagi ceria hamba persembahkan
Kisah nabi adam di syurga menjadi pilihan (irama cindai)

Nabi adam as adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah swt daripada tiga jenis tanah.
Iaitu tanah liat, tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang
berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.

Setelah ditiupkan roh, Allah SWT menempatkan Nabi Adam AS di dalam syurga.

Indahnya syurga bukan kepalang,


Sungai mengalir sejuk dan tenang,
Makanan terbayang terus terhidang,
Nikmatnya allah tiada terbilang. (pantun)

Ya kawan-kawan,
Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian. Sebagaima firman Allah dalam surah At-Tin ayat 4:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan
berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Namun dunia hari ini memperlihatkan penukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan
dan sebaliknya semakin menjadi tumpuan. Syukurilah kurniaan tuhan.

Sahabat sekalian,
Perkhabaran allah menciptakan Nabi Adam AS menimbulkan kebimbangan para malaikat. Lalu
mereka bertanya:

“mengapa engkau hendak menjadikan khalifah dimuka bumi, orang yang akan membuat
kerosakan padanya dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan
menyucikan engkau”

Lalu Allah berfirman:

Maksudnya: “sesungguhnya aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”
Untuk mohamad taufiq ghazali..
Baca berulang-ulang….Yakin dengan diri…Insyallah boleh..
Cabaran untuk awak!!
You can do it!!!
Al-Baqarah:Ayat 30

Sahabat semua,

Nabi Adam as telah diberi pengetahuan oleh Allah nama-nama benda di semesta alam.
Kemudian, Allah menguji pengetahuan yang ada pada nabi Adam as. Kebijaksanaan Nabi Adam
dikagumi oleh para malaikat apabila baginda berjaya menjawab soalan yang diajukan.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 33 yang berbunyi:

Maksudnya: bukankah aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya aku mengetahui segala
rahsia langit dan bumi, dan aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu
sembunyikan.

Ya kawan-kawan,
Allah maha mengetahui segalanya.
Banyak ramalan seperti ramalan kaji cuaca, ramalan fenomena el nino dan la nina dan
sebagainya hanyalah andaian manusia belaka. Hanya Allah yang mengetahui segala rahsia.

Adam dicipta ditiup rohnya


Perintah Allah sujud padanya
Malaikat mengikut membantah tiada
Iblis membangkang membangga dirinya
(irama rasulullah-hijjaz)

Kawan-kawan,
Allah memerintahkan seluruh malaikat sujud memberikan penghormatan. Malangnya iblis
enggan.
“bukankan aku lebih mulia dan lebih unggul kerana aku dijadikan daripada api” .Kata iblis
dengan sombongnya.

Iblis enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Al-Baqarah :Ayat 34

Disebabkan kesombongan iblis yang bernama Azazil ini, segala amal ibadahnya ini yang sujud
selama 70,000 tahun menjadi sia-sia. Allah menghukum iblis dengan mengusirnya dari syurga
dan dilaknat sehingga kiamat.
Untuk mohamad taufiq ghazali..
Baca berulang-ulang….Yakin dengan diri…Insyallah boleh..
Cabaran untuk awak!!
You can do it!!!
Begitulah kawan-kawan, janganlah kita bersikap sombong dengan kelebihan yang kita ada
kerana ia akan merugikan diri sendiri. Contohilah mereka yang berperibadi terpuji seperti
kakak Husna Mardhiyyah seorang pelajar cemerlang SPM 2016 . Akhlak terpuji hidup diberkati.

Nikmat di syurga tiada bandingan


Di dalam syurga adam kesepian
Sepi dijiwa dilanda keresahan
Mendambakan kasih seorang teman

Ketika sedang melayan jiwa yang lara, Nabi Adam terlena di hamparan syurga. Impian Nabi
Adam menjadi nyata. Diciptakan Hawa dari rusuk kirinya. Ketika ia tersedar, dilihat Hawa sudah
berada di sampingnya. Alangkah bahagianya Nabi Adam as kerana telah dikurniakan pasangan
hidup iaitu Hawa.

Ya kawan-kawan,
Manusia dicipta berpasang-pasangan. Tujuannya adalah untuk saling membantu dan berkasih
sayang.
Namun, pada masa kini kes perceraian mencatatkan peningkatan yang semakim
membimbangkan. Sedangkan Allah amat membenci penceraian.

Maka tinggallah Adam di dalam syurga bersama Hawa. Mereka bebas menikmati keindahan dan
kemewahan syurga dengan hati yang gembira. Firman Allah dalam surah Al-A’raf: ayat 19:

"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari
makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri
pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang
zalim".

Iblis menyimpan dendam kesumat kerana baginya kerana adamlah ia diusir dari syurga.

Iblis dan syaitan merasa iri


Menggoda hawa setiap hari

Tipu daya iblis berjaya memesongkan iman Nabi Adam dan Hawa.

Buahlah khuldi buah larangan


Perintah Allah jangan dimakan
Iblis memujuk cuba rasakan
Allah melihat dengan kemungkaran
(irama dia kekasih Allah-Hijjaz)

Mereka akhirnya diperintahkan oleh untuk keluar dari syurga. Tercampaklah mereka di dunia
nyata.

Hukuman Allah tidak dapat disangka,


Untuk mohamad taufiq ghazali..
Baca berulang-ulang….Yakin dengan diri…Insyallah boleh..
Cabaran untuk awak!!
You can do it!!!
Adam dan Hawa terpisah akhirnya.
(pantun)

Ya kawan-kawan,
Iblis adalah musuh manusia yang nyata. Janganlah kita mudah terpedaya dengan godaan dan
hasutannya.

Pada zaman yang serba canggih ini, media sosial menjadi sumber penghubung dan perkongsian
maklumat. Akan tetapi ramai yang menyalah gunakan media sosial dengan berkongsi maklumat
yang tidak sahih malah ada juga yang terpengaruh dengan maklumat yang disampaikan.
Berhati-hatilah kita dalam menyampaikan maklumat. Fikir sebelum berkongsi.

Kisah adam di syurga tamatlah sudah


Jadikan teladan iktibar semua
Hukuman allah itulah padah
Menyesal kemudian tiada gunanya.

Sekian, wabillahi taufiq, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai