Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN SEMPENA HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Assalamualaikum wr. wb dan salam sejahtera

Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Berusaha Puan Masitah binti Meon


GPK HEM selaku Pengurusi Sambutan Hari Kanak-Kanak SK AKS,

Puan Nurini binti Yahya


Guru Penolong Kanan Kurikulum

Puan Rosnah binti Abdullah


GPK Ko Kurikulum,

Guru-guru, ibu-ibu bapa-bapa, tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak murid yang


dikasihi sekelian.

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sekali lagi kita dapat bersama-sama
mengadakan Sambutan Perayaan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah bagi tahun
2017.

Terima kasih kepada semua yang dapat meluangkan masa hadir untuk meraikan
Sambutan Hari Kanak-Kanak SK AKS 2017 .

Hadirin yang dihormati sekelian.

Perayaan hari kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 8


Oktober 1959. Di Malaysia perayaan ini disambut setiap tahun pada mana-mana
hari Sabtu bulan Oktober.

Pada dasarnya , Hari Kanak-kanak sedunia mempunyai dua objektif utama iaitu:

 merupakan penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terhadap


kanak-kanak dan hak mereka.
 Menyedarkan setiap golongan masyarakat akan tanggungjawab
mereka dalam memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

Perayaan Hari kanak-kanak merupakan satu mekanisma / cara bagi umat


manusia mewujudkan sebuah dunia yang aman dan sejahtera bagi kanak-kanak.
Atas kenyataan itu adalah sangat penting supaya segala keperluan rohani dan
jasmani mereka seperti kesihatan, makanan, belaian kasih sayang, pendidikan,
alam sekeliling yang sihat serta perlindungan daripada segala bentuk bencana
dan bahaya dapat disediakan kerana kanak-kanak merupakan aset amat
berharga serta bakal pelapis kepimpinan negara.

Maka dengan itu, saya ingin mengambil perhatian kepada semua ahli keluarga,
ibu bapa, guru-guru supaya lebih perihatin ke atas kesejahteraan kanak-kanak
supaya masa depan mereka lebih terjamin dalam suasana keluarga yang bahagia
dan harmoni dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam proses tumbesaran
kanak-kanak kerana mereka adalah masa depan kita.

Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-
guru yang yang telah berusaha gigih bagi menjayakan sambutan hari kanak-
kanak pada tahun ini.

Terima kasih sekali lagi kepada semua hadirin yang sempat hadir pada pagi ini
untuk sama-sama meraikan Hari Kanak-kanak peringkat Sekolah SK Air Kuning
Selatan bagi tahun 2017.

Akhir kata

Anak Cina bakar setanggi


Bakar dalam periuk kera
Kanak-kanak perlu disayangi
Agar hidup aman bahagia

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai