Anda di halaman 1dari 1

Golongan Kata A_2

A Nyatakan jenis kata kerja yang bergaris dalam setiap ayat yang berikut.
1 Padi di sawah Pak Abu sudah menguning. [Kata Kerja _______________]
2 Kakak memerahkan bibirnya dengan gincu. [Kata Kerja _______________]
3 Adik baru lulus dalam ujian memandu. [Kata Kerja _______________]
4 Pemuda itu bersenjata semasa merompak kedai emas itu. [Kata Kerja _______________]
5 Jangan membazir semasa menggunakan air. [Kata Kerja _______________]
6 Sila isi borang ini dengan teliti. [Kata Kerja _______________]
7 Mereka akan berbincang tentang masalah ini nanti. [Kata Kerja _______________]
8 Siswazah itu ingin memohon jawatan itu. [Kata Kerja _______________]
9 Dengan bersenjatakan sebatang rotan yang panjang, ayah menentang penceroboh itu. [Kata Kerja
_______________]
10 Abang tidak berminat dalam muzik rap. [Kata Kerja _______________]

B Garisi kata kerja yang betul dalam kurungan.


1 Dia (bercadang / mencadangkan) untuk mendaki Gunung Tahan.
2 Gadis itu berjaya (mengurus / menguruskan) badannya.
3 Zaki (menamai / menamakan) anaknya Baki bin Zaki.
4 Kami (mengagumi / mengagumkan) kebolehan budak yang dapat bertutur dalam empat bahasa
dengan fasihnya itu.
5 Saya berharap agar kejadian pada hari ini tidak (mengulang / berulang) lagi.
6 Dia sudah (memberitahu / memberitahukan) perubahan tarikh mesyuarat itu kepada saya.
7 Juruelektrik itu (memasang / memasangkan) alat penyaman udara pada dinding bilik ayah.
8 Kakak (menambah / menambahkan) secubit garam ke dalam sup yang direnehnya itu.
9 Bekas penagih dadah itu mula (menjalani / menjalankan) penghidupan baru.
10 Kakak (mendidih / mendidihkan) air kerana hendak menyediakan minuman panas.

C Isikan kata kerja yang sesuai ke dalam tempat-tempat kosong di bawah ini.
1 Dia _____________ cincin emas yang digadaikannya di kedai itu.
2 Kakaknya suka _____________ bunga untuk dijadikan hiasan meja tulisnya.
3 Pihak yang berkuasa terpaksa mengenakan catuan air di kawasan itu pada musim kemarau ini untuk
____________ penggunaan air.
4 Mereka yang ______________ jawatan yang penting harus menjalankan tugas mereka dengan
cekapnya.
5 Kita perlu ______________ cabaran demi cabaran untuk mencapai kejayaan.
6 Penculik itu kini _____________ di penjara.
7 Kami dapat ______________ segala rintangan dengan berbekalkan kegigihan.
8 Ibu _____________ minyak masak dari tin besar itu ke dalam botol plastik itu.
9 Projak ini akan ________________ penyertaan ibu bapa, pelajar dan guru.
10 Sebuah jip digunakan untuk _______________ kereta yang rosak itu ke bengkel untuk dibaiki.

D Nyatakan objek atau pelengkap untuk perkataan yang bergaris


1 bermain bola : ____________________ 6 menemani adiknya: ____________
2 mengajarkan Matematik: ____________ 7 bercukur misai: _______________
3 menjadi guru: _____________________ 8 bertilamkan rumput: ____________
4 bernama Ali: ______________________ 9 menguruskan badan: ____________
5 bertepuk tangan: ___________________ 10 mengisi borang:________________

Anda mungkin juga menyukai