Anda di halaman 1dari 9

8 Mac 2017

Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji hari ini melahirkan kebimbangan
berhubung kemasukan besar-besaran pelaburan dari China, sambil memberi
amaran bahawa ini boleh membawa kepada ketidakseimbangan profil kaum
di negara ini.

Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa penduduk Cina di Malaysia


berisiko kehilangan identiti mereka apabila akhirnya ditenggelamkan oleh
masyarakat dari China yang menerima pakai ideologi komunis.

"Orang Cina tempatan tidak sama dengan mereka dari tanah besar China.
Saya juga dapat dapati penduduk di Hong Kong tidak suka (penduduk China),
budaya mereka berbeza," katanya.

"Dengan kebanjiran warga asing yang memiliki hartanah di Malaysia dan


tinggal di sini, bukankah ini akan menyebabkan ketidakseimbangan profil
kaum di negara ini?

"Apa jaminan bahawa ketidakseimbangan kaum, yang boleh berlaku ini, tidak
akan memberi kesan kepada keselamatan negara? Ini adalah soalan yang
veteran (tentera) mahu tahun," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Walaupun Mohd Arshad tidak secara khusus menamakan China, beliau


menyebut beberapa projek yang melibatkan syarikat-syarikat China.

Ini termasuk pembangunan Pelabuhan Melaka dan Pelabuhan Kuantan,


Forest City di Johor dan projek Tun Razak Exchange.

Menurut Mohd Arshad, kerajaan tidak sepatutnya begitu ghairah menjual


hartanah di negara ini kepada syarikat asing, terutama dari negara, yang
pernah bersahabat dengan Parti Komunis Malaya (PKM), yang mana veteran
berjuang menentangnya.
"Adakah kita berasa selamat dan yakin dengan kerjasama negara asing
berkenaan serta percaya ini akan membawa pulangan baik untuk negara kita
dan bukannya mengancam keselamatan?" soalnya.

20 Jan 2017

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyangkal


tuduhan yang berkisar mengenai beliau adalah anti-Cina kerana mengkritik
pembelian tanah oleh rakyat China di Malaysia.

"Saya mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) dari China


sebagaimana mengalu-alukan FDI dari mana-mana negara. Apa yang saya
membantah adalah jenis FDI dari China.

"Ia bukan mengenai pelaburan dalam industri pembuatan di Malaysia. Ia


adalah mengenai memperolehi tanah di Malaysia, membina penempatan,
pekan dan bandar yang akan dijual kepada warga China yang akan datang
dan tinggal di sini.

"Migrasi berskala besar yang kami membantah. Jika projek itu oleh kaum
India dan beberapa juta kaum India untuk datang dan tinggal di Malaysia,
kami juga akan membantah sekeras-kerasnya," tambah beliau dalam blognya
hari ini.

Begitu juga, jelas Mahathir, beliau akan membantah migrasi besar-besaran ke


Malaysia walaupun di kalangan rakyat Rusia, Eropah Timur, Afrika atau Arab.

Tegas beliau, warga Eropah cuba mengawal kemasukan pelarian ke benua


tersebut walaupun bilangan mereka adalah kecil berbanding penduduk
Eropah.

"(Presiden Amerika Syarikat, Donald) Trump mahu bina tembok untuk


menghalang Mexico dan Amerika Selatan lain daripada berhijrah ke Amerika
Syarikat.

"Mereka mempunyai polis peronda dan anjing pengawal untuk menghalang


warga asing ini. Itulah betapa banyak negara menentang migrasi besar-
besaran ke dalam negara mereka," ujarnya.
19 Jan 2017

Kontroversi pelantikan syarikat pembinaan daripada negara China sebagai


kontraktor perumahan di Perak dipersoalkam sedangkan projek-projek
berkenaan tidak memerlukan kepakaran asing.

Merujuk perjanjian kerajaan negeri Perak dengan firma China Huashi


Enterprises Company Limited dalam melaksanakan projek fasa kedua Rumah
Mampu Milik D Aman Residensi di Meru Raya, Parti Amanah Negara
(AMANAH) mempersoalkan kewajaran itu.

“Kami mempersoalkan apakah kewajaran kerajaan negeri memberikan projek


tersebut kepada syarikat asing sedangkan masih banyak pemaju dan syarikat
tempatan yang mampu melaksanakan projek tersebut.

“Sedangkan, pembinaan rumah mampu milik bukanlah satu projek yang


memerlukan kepakaran tertentu yang memungkinkan untuk memilih syarikat
asing sebagai pemaju,” kata Ketua Pemuda AMANAH Perak Hasnul
Zulkarnain dalam satu kenyataan.

Menurutnya, projek-projek seumpama itu sewajarnya ditawarkan kepada


pemaju tempatan dan ia secara tidak langsung memberi manfaat kepada
rakyat di negeri Perak.

Hasnul juga menyoal sama ada kontraktor yang dipilih melalui tender atau
pilihan secara mutlak oleh kerajaan negeri Perak?

“Adakah kontraktor daripada China ini menawarkan kos pembinaan yang jauh
lebih rendah daripada syarikat-syarikat tempatan?

“Sekiranya kosnya jauh lebih rendah, kami berharap tawaran perumahan


kepada rakyat diberikan dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan
berbanding harga ketika ini.

“Tawarkan rumah yang benar-benar mampu milik, bukan hanya mampu


tengok!” katanya.

28 Feb 2017
Pelaburan syarikat-syarikat China di Malaysia adalah bersifat jangka
panjang dan negara tersebut melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan
yang baik di rantau ini.

Presiden Serantau Country Garden Group Malaysia, Jason Fu berkata,


ekonomi China dilihat berkembang dalam kadar yang perlahan sejak
beberapa tahun kebelakangan ini dan pelaburannya di luar negara dilihat
sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara itu pada masa
akan datang.

“Jika China hanya melabur untuk jangka masa pendek, tidak mungkin
mereka hendak melabur di negara ini.

“Mereka sedar akan potensi pelaburan yang dapat dicapai dan ia tentunya
satu petunjuk yang baik bagi ekonomi Malaysia dalam jangka masa
panjang,” katanya dalam sesi pembentangan pada majlis Prospek
Perniagaan dan Ekonomi anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan
Perumahan Malaysia (REHDA) di sini hari ini.

November lalu, syarikat Malaysia dan China mencatatkan sejarah dengan


pemeteraian 14 perjanjian bernilai kira-kira RM144 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah tersebut
adalah yang terbesar pernah dilakukan semasa lawatan rasminya ke luar
negara, dan ia merupakan satu pencapaian bersejarah.

Selain itu, China Railway Group Ltd. (CREC) juga dilaporkan akan melabur
sebanyak AS$2 bilion (RM8.12 bilion) untuk membina pusat serantau di
Bandar Malaysia di sini.

Syarikat milik negara China itu yang merupakan syarikat Global Fortune
500 dan berada disenarai ke-71 pada 2015, akan mengukuhkan semua
perniagaan serantau dan operasinya ketika ini sebaik sahaja ibu pejabat
baharunya di Bandar Malaysia siap.

Tambah Fu, pelaburan dari China juga merupakan hasil daripada dasar
dan inisiatif yang dibawa kedua-dua buah kerajaan bagi memanfaatkan
peluang pelaburan sedia ada.

“Kesemua pembangunan ini juga akan mencerminkan hubungan ekonomi


yang erat antara kedua-dua negara,” katanya.
2 Mac 2017

Malaysia tidak boleh membatalkan perjanjian pelaburan yang telah dimeterai dengan negara
China tetapi Malaysia boleh mengkaji semula perjanjian bagi mengurangkan kesan negatif dan
pelanggaran kedaulatan negara, tegas Datuk A Kadir Jasin.

Namun kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ini, ia hanya
akan berlaku sekiranya kerajaan yang diperintah oleh Umno-BN ini dapat ditumbangkan pada
Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita tidak boleh membatalkan mana-mana perjanjian kerana kita menandatangani banyak
konvensyen antarabangsa berkaitan pelaburan antara negara.

“Tetapi kita boleh kaji semula perjanjian-perjanjian yang dimeterai itu bagi mengurangkan kesan
negatif dan pelanggaran kedaulatan negara.

“Itupun kalau kita tukar kerajaan yang ada ini kerana kerajaan Umno-BN tidak akan berubah.

“Ataupun mungkin apa yang kita bangkitkan selama ini menimbulkan kesedaran di kalangan
sesetengah pemimpin Umno-BN yang diharapkan berani untuk melakukan sesuatu demi
kedaulatan negara.

“Ini bukan isu menakut-nakutkan orang Melayu atau isu anti Cina ini soal kepentingan negara.

“Kita boleh tidur lena hari ini sebab kita tidak tahu apa-apa kesan jangka panjang. Jika kita tahu,
kita tidak boleh tidur lena kerana takut bila rumah terbakar,kita tidak jumpa kunci rumah,” ujarnya
dalam temubual eksklusif dengan Malaysia Dateline baru-baru ini.

Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membawa
masuk pelaburan China ke Malaysia sejumlah RM144bilion dengan menandatangani 14
perjanjian dengan negara itu.

Kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah membawa
masuk pelaburan China ke Malaysia sejumlah RM144bilion dengan menandatangani 14
perjanjian dengan negara itu.

Beliau diminta pandangan mengenai Pelaburan Lansung Asing (FDI) China ke Malaysia
antaranya sebahagian perjanjanjian yang dimeterai itu, membabitkan perjanjian pemilikan dalam
hartanah, penempatan dan bandar merangkumi pemeteraian perjanjian pembangunan Forest
City dengan kos RM175bilion, pembinaan Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion
serta Keretapi Laju Kuala Lumpur -Singapura (HSR) sejumlah RM60bilion selain
mempertaruhkan kedaulatan Laut China Selatan dan Selat Melaka dengan pembinaan
Kompleks Pelabuhan Melaka bernilai RM43bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berpandangan dengan Pelaburan Langsung
Asing ke Malaysia, negara boleh menjadi gerbang China ke Asean.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan mengenai


jenis FDI dari China ke Malaysia sebagai ancaman besar kepada Malaysia dari segi
perdagangan dua hala dan kedaulatan negara.

Dalam pertikaian ini, Kadir menjelaskan sejak 1990-an apabila Malaysia memulakan dasar
perindustrian telah bergantung kepada FDI.

“Pada satu peringkat negara menolak FDI dan tidak mahu industri tertentu dibuka di negara ini
terutama industri yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar.

“Dalam tempoh itu juga Malaysia tidak pernah kekurangan pelabur asing kerana negara sentiasa
ada pilihan.

“Natijahnya mana-mana negara masuk ke negara ini, kita boleh menentukan industri mana
mereka boleh melabur kerana salah satu sebabnya tidak mahu kedaulatan negara kita terjejas.
Kita juga tidak mahu peluang pelabur tempatan dirampas oleh pelabur asing,” ujarnya.

Kata beliau lagi, sekiranya Malaysia memberi keutamaan kepada pelabur tempatan dalam
kegiatan ekonomi maka tidak timbul dakwaan di mana pelaburan China akan bersaing dengan
pelabur tempatan.

Amat perlu negara memberikan keutamaan kepada pelabur tempatan dalam kegiatan ekonomi
yang mana rakyatnya memiliki kepakaran khusus mengenainya dalam sektor tertentu di negara
ini.

“Misalnya kita mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan bandar baru, perumahan, dan
kompleks membeli belah sewajarnya tidak perlu diberikan kepada pelabur asing.

“Tetapi apa yang berlaku dalam pelaburan China mereka masuk ke bidang yang mana mereka
bersaing dengan pemodal tempatan.

“Implikasinya persaingan antara pelabur tempatan dan pelabur asing dalam sektor tertentu akan
memberi kesan buruk pada negara,’ ujarnya.

Beliau yang pernah dianugerahkan Tokoh Kewartawanan Negara berkata, Malaysia dalam
perjanjian perdagangan dengan mana-mana negara di dunia, amat peka dan berhati-hati untuk
memilih pelaburan asing dan jenis perniagaan yang akan diluluskan kerajaan sebelum ini.

Ketika itu banyak pelabur asing berlumba- lumba untuk melabur ke Malaysia kerana ekonomi
berkembang pesat dan negara peka kepada kepentingan jangka panjang.
“Tetapi secara kebetulan kini ekonomi Malaysia mengalami masalah yang berterusan sejak Najib
dilantik perdana menteri pada 2009.

“Sejak itu ekonomi hanya berkembang pada kadar tetap purata 4.4% selain harga komoditi
seperti getah, kelapa sawit dan minyak jatuh merudum dalam pasaran dunia.

“Ia memberi kesan kepada kos pengeluaran bagi industri yang semakin meningkat
menyebabkan banyak syarikat dan industri yang melabur di sini, kini meninggalkan Malaysia.

“Ditambah kepercayaan terhadap kerajaan Malaysia yang mula merosot apabila timbul krisis
besar seperti 1MDB dan SRC International,” ujarnya lagi atas faktor-faktor disebutkan itu ramai
pelabur kurang berminat untuk melabur di Malaysia.” ujarnya.

Kerajaan di bawah kepimpinan Najib dakwanya lagi, terdesak untuk mendapatkan pelaburan dan
pinjaman daripada China untuk pemulihan ekonomi dan hutang yang terpaksa ditanggung
negara, maka China mendapat keistimewaan dan kelonggaran yang tidak pernah diberikan
kepada mana-mana negara perdagangan dunia sebelum ini oleh Malaysia.

“Bagi China layanan istimewa yang diperoleh dari Malaysia ibarat orang yang mengantuk
disorongkan bantal.

“Perkembangan ekonomi China sejak dua dekad lalu, telah mendorong China untuk meluaskan
pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraannya.

“Ramai yang tidak menyedari bahawa kedudukan geografi Malaysia amat kritikal terhadap dasar
perluasan ekonomi dan ketenteraan China.

“Rakyat dan pemerintah China tidak peduli sangat tentang politik dalam sebuah negara asalkan
mereka boleh mengambil kesempatan daripada situasi itu,” ujarnya.

Kadir yang banyak menghasilkan buku-buku politik berkata, bagi negera China memberi hutang
atau melabur bukan masalah utama kepada sebuah negara yang mengamalkan dasar kapitalis
itu.

Beliau memberikan contoh dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 2016 lalu syarikat China telah
melabur sejumlah AS$18bilion di Amerika Syarikat, dan pada 2016 sahaja China dianggarkan
telah melabur antara AS$20-30bilion di negara itu.

Dasar laut Selat Melaka yang sempit menjadi lokasi strategik untuk kepentingan kententeraan
negara China membina pelabuhan di Kuantan dan sebuah kompleks di Melaka sekiranya
berlaku krisis antara China dan Amerika Syarikat.
Dasar laut Selat Melaka yang sempit menjadi lokasi strategik untuk kepentingan kententeraan
negara China membina pelabuhan di Kuantan dan sebuah kompleks di Melaka sekiranya
berlaku krisis antara China dan Amerika Syarikat.

Justeru ujarnya, kedudukan strategik Malaysia di laluan Laut China Selatan dan Selat Melaka
mendorong China untuk meluaskan kuasa ketenteraan dan ekonominya di rantau Asia ini.

“Walaupun nisbah penduduk Cina paling ramai di Taiwan, namun China tidak dapat melabur di
sana dan beralih ke Singapura sebaliknya Singapura tidak mahu tunduk dengan dasar-dasar
China apatah lagi orang Cina di Singapura tidak suka dengan kehadiran orang Cina dari negara
China.

“Begitu juga dengan Indonesia yang masih terberkas sejarah bagaimana penglibatan Parti
Komunis China (PKC) menjatuhan negara itu.

“Malaysia sudah mempunyai hubungan baik dengan China sejak 1960-an. Malah 30 peratus
penduduk Cina Malaysia banyak persamaan dengan rakyat China dari segi bahasa dan budaya
mereka.

“Apabila wujudnya Forest City orang Cina tempatan tidak mampu membeli kediaman yang dibina
kerana keutamaan diberi kepada orang Cina dari China menjadikan orang Cina tempatan
merasakan mereka berstatus kelas ketiga.

“ Saya tidak bimbang 30 peratus orang Cina di Malaysia, ini kerana mereka akan dapat peluang
menjalankan perniagaan dalam sektor tertentu yang dimonopoli usahawan Cina tempatan. Jika
projek diambil kontraktor Cina tempatan apa yang tinggal pada Melayu?

“Bagi orang Melayu pun dapat (peluang), apabila Forest City jadi tempat persaraan orang Cina
dari China kelak, kita bolehlah bekerja sebagai pemandu kenderaan, jururawat atau tukang cuci,”
ujarnya.

Kadir turut menjelaskan China sedang mentranformasikan tentera laut litoral kepada tentera laut
lautan biru membawa kepada minat China terhadap laluan Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Daripada pengamatannya dengan penguasaan negara itu terhadap dua laluan laut utama di
Malaysia ini, ia sebagai usaha untuk mengawal Laut China Selatan dan Selat Melaka hingga ke
Lautan Pasifik bagi melindungi saluran bekalan di laluan Laut China Selatan dan Lautan Hindi

“Dari segi kepentingan ketenteraan China akan bersaing dengan Amerika Syarikat untuk
menguasai Laut China Selatan dan Lautan Hindi.

“Dengan itu tidak dapat tidak China akan bertembung kekuatan tentera Amerika Syarikat di Selat
Melaka sebagai lokasi strategik antara sebab Kompleks Pelabuhan Melaka dan pelabuhan
Kuantan di bina begitu mahal untuk mendalamkan dasar Selat Melaka bagi memudahkan kapal
selam dan kapal perang China melaluinya kelak,” dakwa beliau.

Ditanya sama ada perjanjian yang dianggap sebagai menjejaskan kedaulatan negara boleh
dibatalkan sekiranya pembangkang mengambil alih kuasa jika menang plihan raya?

“Tidak membantu apa-apapun sebab China menolak sebarang hujah yang tidak selari dengan
dasar dan pegangan asal negara China.

“Dan di sinilah Malaysia menjadi sasaran rasuah politik global. Apa saja Malaysia dan Najib
mahu, China akan tunaikan asalkan mereka dapat mengawal Selat Melaka.

“Sebab itu China sedang membina pelabuhan laut dalam di Kuantan dengan terbinanya ECRL
yang mana kapal selam dan kapal perang China akan datang dari Hainan terus ke Pelabuhan
Kuantan.

“Kuantan akan digunakan untuk ‘staging point’ dan untuk rondaan di Laut China Selatan.
Sekiranya ada sebuah pelabuhan di Melaka kerana disitu Selat Melaka paling sempit antara
Melaka dengan Pulau Rupat berhampiran Dumai Sumatera Tengah. Jika berlaku krisis global,
China dengan mudah lakukan sekatan terhadap laluan di Selat Melaka,” terangnya.

Kadir menjelaskan sejarah kedatangan Laksamana Cheng Ho di era Kesultanan Melaka pada
abad ke-15 di Melaka kerana kedudukan geografi pelabuhan Melaka yang strategik.

“Masa itu Cheng Ho bawa 300 buah kapal, 37,000 tenteranya. Hari ini sejarah kembali berulang
tetapi manusia tidak mengambil iktibar sebab itulah China mahu membina pelabuhan disitu.
Pelabuhan itu mahal kerana untuk mengali dasar bagi laluan kapal yang paling besar dan kapal
selam China.

“China juga sedang bina pelabuhan di Sri Langka dan Yemen,” ujarnya.

Justeru ujar beliau, Malaysia adalah sebahagian daripada cita-cita global China, manakala Najib
dan kerajaan dakwanya termasuk dalam perangkap ekonomi dan kenteraan China.

Anda mungkin juga menyukai