Anda di halaman 1dari 1

Refleksi

Pada 5 februari 2017 hari ahad, sata Tharani a/p Rajendran dari kelas P5E bersama
rakan praktikum saya Paulina a/p Vincent telah mendaftar diri di SJK(T) Ladang Henrietta,
Padang Serai untuk menjalani sesi praktikum fasa 3, selama tiga bulan. Oleh sebab kami
berjumpa guru besar dan penolong kanan untuk berbincang mengenai jumlah waktu mengajar
yang diperlukan serta mendapatkan jadual pengajaran. Beliau juga telah memberi taklimat dan
peraturan tentang sekolah, kemudian memberi jadual waktu kepada kami. Seketika kami
menunggu untuk berjumpa guru besar kami mengambil peluang untuk berjalan di sekitar
sekolah.

Selepas itu, kami berjumpa dengan guru besar sekolah ini. Beliau telah mengucap
tahniah ntuk kami bagi menjalankan sesi praktikum ini dengan jayanya. Beliau juga mengingat
balik semua peraturan sekolah tersebut dan disiplin kami semasa berada di kawasan sekolah
tersebut. Beliau juga memberi motivasi kepada kami supaya menjalankan praktikum fasa 3
dengan baik dan gembira.

Selepas itu, kami berjumpa dengan guru pembimbing kami Encik. Nagenthiran untuk
memperkenalkan diri kami dan memberitahu mengenai jadual waktu kami. Kami bertanya hal-
hal berkaitan tentang pengajaran dan pembelajaran seperti rancangan tahunan dan mingguan,
buku teks, buku kerja dan buku latihan. Tambahan pula, kami berbincangan dengan guru muzik
yang lain tentang waktu yang kami ambil.

Pada pukul 10.30 pagi, guru spbt meminta tolong untuk mengemas bilik muzik. Kami
mengatur semula dan mengemas bilik muzik yang dibagikan. Begitulah hari pertama
pengalaman kami di SJK(T) Henrietta. Saya berharap saya dapat mempelajari benda-benda
baru sepanjang masa di sekolah ini. Hal ini, dapat meningkatkan lagi potensi diri saya pada
masa yang akan dating. Saya bersemangat untuk menjadi seorang guru yang baik dan
penyayang pada sesi praktikum ini.

Anda mungkin juga menyukai