Anda di halaman 1dari 8

KONSEP PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan secara menyeluruh dengan penglibatan


semua pihak dari peringkat sekolah hingga ke komuniti. Model PPI merangkumi bidang
akademik dan bukan akademik dengan menyediakan khidmat sokongan di dalam atau di luar
bilik darjah. Penekanan ini diberikan bagi membolehkan Murid Berkeperluan Khas mengikuti
bidang akademik dan bukan akademik bersama-sama murid arus perdana. Konsep PPI ini
adalah selaras dengan penyataan dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
2013 seperti di bawah:

“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan

bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh

murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan

murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau

sekolah bantuan kerajaan.”

Dua pendekatan PPI yang boleh dilaksanakan adalah inklusif penuh dan inklusif
separa yang melibatkan MBK bersama-sama murid arus perdana di semua sekolah harian.

a) Inklusif Penuh

Murid Berkeperluan Khas belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus
perdana. MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik berasaskan
kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan bantuan atau
tanpa bantuan perkhidmatan sokongan.

b) Inklusif Separa.

MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau
aktiviti koakademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka.
MBK yang mengikuti inklusif separa bagi mata pelajaran akademik adalah berasaskan
kurikulum kebangsaan atau kurikulum kebangsaan yang diubahsuai dengan sedikit atau
tanpa bantuan perkhidmatan sokongan. Inklusif separa bagi aktiviti koakademik atau
kokurikulum adalah berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.
DASAR PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Deklarasi antarabangsa menyatakan bahawa PPI merupakan satu pendekatan


pendidikan yang terbaik bagi MBK. Antara deklarasi tersebut adalah

“Regular schools with an inclusive orientation are the most


effective means of combating discriminatory attitudes, creating
welcoming communities, building an inclusive society and
achieving education for all.......”

Pernyataan tersebut merupakan peryataan Salamanca oleh UNESCO 1994.


Kenyataan Salamanca di atas mendukung prinsip Pendidikan Untuk Semua (EFA) yang
menyokong bahawa kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hak mendapat pendidikan
yang sama rata dengan rakan-rakan mereka dalam Pendidikan Inklusif. Dengan kata lain,
semua kanak-kanak, sama ada mempunyai keperluan khas atau tidak, sepatutnya belajar
bersama di dalam kelas yang sama. PPI juga merupakan kaedah terbaik dalam menentang
sikap diskriminasi. Selain itu, Dakar World Education Forum (2000) dan Convention on the
Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006) juga mengeluarkan kenyataan yang menyokong
PPI ini.
Di Malaysia, Akta Orang Kurang Upaya 2008 juga memaktubkan dalam undang-
undang pendidikan sama rata bagi kanak-kanak kurang upaya iaitu Akta 685 di bawah
Seksyen 28(1) yang menyatakan
“orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada system pendidikan umum atas asas
ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada
pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang
atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat”

Selain itu, peraturan-peraturan Pendidikan (pendidikan Khas) 2013, Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 menunjukkan komitmen KPM dalam memperkasa pelaksanaan
program pendidikan inklusif secara terancang dan berfokus.
MATLAMAT PROGRAM PENDIDKAN INKLUSIF

Matlamat PPI ialah untuk meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada
MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik bersama-sama murid di arus
perdana. PPI juga memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi
MBK dan percaya bahawa ketidakupayaan mereka boleh diminimakan jika diberi peluang
yang sama.

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF.

1. Perkhidmatan sokongan

Perkhidmatan sokongan dalam pendidikan khas boleh dilihat sebagai perkhidmatan


yang diberikan kepada golongan berkeperluan khas oleh sekumpulan individu atau agensi-
agensi yang mempunyai kepakaran tertentu (Hallahan & Kauffman, 2006). Tujuan utama
perkhidmatan ini adalah untuk mengurangkan impak kesukaran di persekitaran pembelajaran
murid berkeperluan khas ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Dengan kata lain, khidmat
sokongan dalam pendidikan inklusif ialah perkhidmatan yang diperluas kepada guru
pendidikan khas, guru aliran perdana, ibu bapa, murid-murid aliran perdana dan agensi-
agensi lain yang berkaitan agar golongan ini diberikan sokongan dan kemahiran bagi
memenuhi pelbagai keperluan untuk membantu murid berkeperluan khas secara optimum.
Berikut merupakan perkhidmatan sokongan dalam menjayakan pelaksanaan program
pendidikan inklusif :

1.1 Persekitaran / infrastruktur

Salah satu faktor kejayaan pelaksanaan program inklusif ini ialah persekitaran yang
dapat memaksimumkan penglibatan murid-murid berkeperluan khas dalam apa-apa jua
aktiviti seharian mereka. Hal ini bermakna, tumpuan yang khusus harus diberikan terhadap
khidmat sokongan yang dapat menyediakan persekitaran yang tiada batasan. Kajian telah
menunjukan bahawa kewujudan kelas-kelas dan sekolah berasingan atau penarikan murid
berkeperluan khas berlaku apabila keperluan murid tersebut tidak dipenuhi dalam
persekitaran biasa (Sukumaran, Loveridge & Green, 2014). Oleh itu, perkhidmatan sokongan
memainkan peranan untuk memastikan murid berkeperluan khas diberikan peluang yang
sama rata dalam persekitaran.
1.2 Peralatan

Permasalahan berkaitan penyediaan bahan dan peralatan untuk membantu murid


berkeperluan khas dalam proses pengajaran yang sesuai, sering kali diutarakan oleh negara
yang mengamalkan polisi pendidikan inklusif dan integresi. Oleh yang demikian,
perkhidmatan sokongan dari mana-mana agensi tertentu, hendaklah menyediakan peralatan
yang releven dengan keperluan murid berkeperluan khas untuk menjamin pelaksanaan
program pendidikan inklusif lebih berkesan. Contohnya, mesin braille dan kanta pembesar
amat membantu dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid-murid
bermasalah penglihatan.

1.3 Masyarakat

Peranan yang dimainkan oleh masyarakat juga boleh mempengaruhi kejayaan


terhadap pelaksanaan program pendidikan inklusif dalam sesebuah institusi pendidikan.
Masyarakat yang dimaksudkan dalam konteks ini adalah masyarakat sekolah yang terlibat
secara langsung dan masyarakat setempat yang terlibat secara tidak langsung dalam dunia
pendidikan invidu kurang upaya. Sokongan padu daripada ibu bapa kanak-kanak normal dan
kanak-kanak berkeperluan khas amat penting untuk menjayakan program pendidikan inklusif.
Hal ini kerana, sokongan daripada ibu bapa terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif dan
kesedian mereka untuk melibatkan diri dalam program ini daoat memperkukuh struktur dan
amalan sekolah ke arah mewujudkan budaya sekolah yang inklusif. Selain itu, guru juga
hendaklah bersikap dan bertanggapan positif terhadap semua murid termasuk murid-murid
berkeperluan khas.

1.4 Personel

Untuk menjayakan program ini, ibu bapa, pihak sekolah dan murid-murid memerlukan
sokongan professional terutamanya daripada personel pelbagai disiplin yang berpengetahuan
tentang murid berkeperluan khas dan isu-isu berkaitan inklusif. Friend (2011) telah
menerangkan bahawa khidmat sokongan melalui kolaboratif personel pelbagai disiplin dalam
pendidikan khas dapat mewujudkan perkongsian maklumat, pengetahuan dan kemahiran
antara pihak sekolah dan ibu bapa untuk meningkatkan potensi murid-murid berkeperluan
khas.

2. Kolaborasi dan Khidmat Sokongan Badan Kerajaan Dan Badan Bukan Kerajaan

Agensi-agensi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan


khas di Malaysia adalah :
a) Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian ini meraancang, mengurus dan melaksanakan program-program


pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas melalui Jabatan Pendidikan Khas. Jabatan
ini memastikan polisi pendidikan sedia ada untuk murid berkeperluan khas dilaksanakan
dengan sebaik-baiknya melalui sekolah-sekolah pendidikan khas, program integrasi dan
inklusif.

b) Kementerian Kesihatan Malaysia

kementerian ini memainkan peranan penting dalam menyediakan program-program


iminasasi kepada bayi dan kanak-kanak berkeperluan khas disamping melakukan diagnostik
awal, selain merancang program intenvensi awal yang sesuai untuk kanak-kanak
berkeperluan khas.

c) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Kementerian ini bertanggungjawab terhadap pendaftaran setiap warganegara


berkeperluan khas. Melalui kolaborasi dengan dengan kementerian yang lain, kementerian ini
menyelaraskan keperluan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh individu
berkeperluan khas untuk menjalankan kehidupan seharian dengan lebih selesa.kementerian
ini juga bertangggungjawab dalam program-program pemulihan dalam komunit yang
menawarkan intervensi awal, rehabilitasi dan pendidikan kepada individu berkeperluan khas.

Agensi-agensi bukan kerajaan juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan


tanggungjawab. Antaranya ialah,

a) Yayasan Kiwanis Sindrom Down

Agensi ini merupakan badan bukan kerajaan yang membantu dalam melatih murid-
murid sindrom down menguasai kemahiran hidup dan mendapat pendidikan asas sebelum
mereka ditempatkan disekolah kerajaan.

b) Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM)

Ia berperanan dalam memerhati dan melindungi kanak-kanak autism. Persatuan ini


juga menyediakan perkhidmatan untuk mengesan masalah autism dan program intervensi
yang sesuai untuk kanak-kanak autism. Selain itu, NASOM juga menyediakan perkhidmatan
bantuan dan nasihat asuhan kepada ibu bapa.

c) Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM)

PPOBM merupakan organisasi bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti mengesan


dan merancang program intenvensi awaluntuk membantu kanak-kanak bermasalah
penglihatan serta menyediakan perkhidmatan nasihat dan bimbingan untuk ibu bapa individu
bermasalah penglihatan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN


INKLUSIF.

Bagi merealisasikan kejayaan dan pelaksanaan PPI, semua pihak hendaklah bersatu
dan memainkan peranan serta bertanggungjawab dalam melaksanakan tanggungjawab
masing-masing. Berikut merupakan peranan dan tanggungjawab semua pihak:

a) Pentadbiran sekolah

Guru besar merupakan pemimpin yang membimbing sekolah kearah pengajaran dan
pembelajaranyang lebih baik. Antara tanggungjawab sebagai pentadbir sekolah adalah, ia
membentuk visi kejayaan akademik untuk semua murid. Hal ini kerana mewujudkan visi yang
tinggi akan merapatkan jurang antara semua pelajar. Selain itu, tanggungjawab lain adalah
mewujudkan iklim yang mesra pendidikan. Persekitaran sekolah yang sihat akan menyokong
komuniti yang profesional dalam pengajaran yang baik. Seterusnya adalah memupuk
kepimpinan dalam diri individu lain. Hal ini demikian kerana kepimpinan yang baik akan
memotivasikan guru-guru lain untuk menambah baikkan pengajaran dalam bilik darjah.
Tanggungjawab lain adalah menambah baik penngajaran dan mengurus manusia, data dan
proses.

b) Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan hal Ehwal Murid dan Guru
Penolong kanan Kokurikulum.

Antara tanggungjawab mereka adalah membantu merancang dan menyelaras


pelaksanaan PPI. Selain itu, ia juga membantu merancang dan menyelaras keperluan bahan
bantu belajar dan kebajikan Murid Berkeperluan Khas. Seterusnya adalah mereka juga akan
menyelaraskan permohonan Elaun Murid Khas (EMK).

c) Guru penolong Kanak Pendidikan Khas ataupun Penyelaras Program Pendidikan Khas
Integriti.

Antara tanggungjawabnya ialah membantu dalam melaksanakan Program Pendidikan


Inklusif di sekolah mengikut garis panduan yang disediakan dan menyediakan data yang
berkaitan dengan Program Pendidikan Inklusif untuk keperluan Jabatan Pendidikan Negeri /
Pejabat Pendidikan Daerah. Selain itu, ia juga membantu memastikan warga sekolah peka
daan faham mengenai Program Pendidikan Inklusif.
d) Guru Arus Perdana

Guru-guru arus perdana adalah guru mata pelajaran, guru bimbingan dan kaunseling,
guru disiplin dan guru pemulihan khas. Antara tanggungjawab mereka adalah bekerjasama
dengan guru pendidikan khas untuk menjaga kebajikan Murid Berkeperluan Khas.

e) Guru Pendidikan Khas

Antara tanggungjawab guru pendidikan khas adalah membimbing dan membantu


Murid Berkeperluan Khas semasa pengajaran dan pembelajara, membantu menyediakan
Rancangan Pelajaran Individu Murid Berkeperluan Khas melalui perbincangan guru mata
pelajaran dan berkerjasama dengan guru arus perdana berkaitan dengan perkembangan
murid.

f) Murid dan Ibu Bapa

Antara tanggungjawab murid aliran perdana adalah bertingkah laku baik. Hal ini
kerana apabila murid-murid berkeperluan khas diinklusifkan, mereka akan memerhati dan
melihat cara rakan-rakan mereka belajar dan bertingkah laku lalu menirunya (Miller,2011).
Tanggungjawab ibu bapa pula adalah mereka hendaklah mendukung dan membimbing anak
mereka. Sokongan moral darpada ibu bapa juga akan membantu murid untuk meningkatkan
pencapaian akademik mereka.

g) Badan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan

Antara tanggungjawab badan-badan ini adalah membekalkan sumbangan dan


perkhidmatan kepada murid-murid berkeperluan khas.
RUJUKAN

Abdul Mutalid Mohd Zain (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Ke Arah

Pengisian Wawasan Pendidikan untuk Semua. Bahagian Sekolah, Kuala Lumpur:

Kementerin Pendidikan Malaysia.

Dakar Frame Work for Action – education for All, meeting our Collective commitment.

Retrieved from : http://www2.uncsco.org/wef/enconf/dakframeng.shtm.

Friend, M. (2011). Special Education: Contemporary perspectives for school professionals

(3rd ed). Upper Saddle River, NJ: Pearson.

Hallahan, D. P.,& Kauffman, J. M. (2006). Exceptional Learners: Introduction to

special education (10th ed). Boston:Allyn and Bacon.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Garis Panduan program Pendidikan inklusif

murid berkeperluan khas: edisi percubaan. Dicapai daripada


http://www.ibe.unesco.org/fileadmin/user_upload/publication/WDE/2010/pdf-
versions/Malaysia.pdf

Kerajaan Negara Malaysia (2013). Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013.

Warta kerajaan Persekutuan,PutraJaya: Jabatan Peguam Negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kod Amalan Pendidikan Murid Berkeperluan Khas.

Bahagian Pendidikan Khas, Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sukumaran, S.,Loveridge, J. & Green, V. (2014). Inclusion in Malaysian

Integrated preschools. International Journal of inclusive Education


http:/dx.doi.org/10.1080/13603116.2014.981229.

Undang-undang Malaysia, Akta OKU 2008.

UNSCO (1994). The Salamanca Statement and Framework for Action on Special

Needs Education. Paris UNESCO.

Anda mungkin juga menyukai