Anda di halaman 1dari 4

Jika dahulu…….

Jasad kaku bermandi darah


Kerana menghela nafas keras menentang penjajah

1511
Kau palitkan warna hitam di bumi ini
Namun…… pantang melutut pahlawan Melayu
menadah tangan meminta ihsan atau ketuanan
dari bangsa yang bernama Feringghi.

Biar dadamu … biar dadamu…dirobek butir peluru dari istinggarnya


Biar gubuk buruk mu dihentam peluru meriamnya
Biar runtuh..punah..ranah segalanya….
Namun diri anak Melayu tidak rela terjajah atau terjarah

Sekali istinggarnya berbunyi…


Sepuluh kali takbir bergema
Sekali Flour De Lama beraksi
Sepuluh kali Mendam Berahi menghantar api

Kata orang…Fredinand Magellan


Bangsawan pertama menjelajah dunia
Namun jangan dilupa
Akan Panglima Hitam…..lebih wahid melihat buana

Kemudian….. leka Feringghi membawa bencana


Bangsa Belanda menunjuk kuasa
Menukar Forte Del Santiago kepada A Formosa

Sekali lagi bumi Melayu bergegar


Dek kerakusan dua bangsa penjajah
Masing-masing ingin menunjuk kuasa
“Kami lah sang penakluk terhebat perubah dunia”
Sebaris ayat terucap oleh dua bangsa berlainan bahasa
Namun punyai niat yang sama
Menjajah, menjarah, merubah
Menghakis, mengikis tanah dan hasil…bumi kita

Lalu… datang pula bangsa ketiga……..


Memeras keringat bangsa……meraih hasil bumi tanpa kira
Bangsa Melayu hilang ketuanannya
Bangsa Melayu hilang kemelayuannya
Bangsa Melayu hilang peradabannya
Masih terngiang di cuping telinga
Kata-kata azimat dari pahlawan ternama
“Tak kan Melayu hilang di dunia”
Bangga Tun Tuah semakin pudar
Melayu yang diinginkan semakin hambar

1941…
Terjajah semula bangsa kita
Kali ini oleh bangsa sebenua
Katanya
“Asia untuk Asia”
Namun matlamatnya sama sahaja
Ingin mengalirkan ideologi negera sakura
Menjadikan ketuanan itu milik bangsanya
Dan bangsa kita tetap menjadi hamba

1945…..
Jepun telah menyerah…
Kembali sekali lagi negara ini dijajah
Dalam keadaan rela atau terpaksa
Inggeris meragut ceria menggantikan duka

Lalu…… tarikh keramat menjelma sekian kalinya


Membenihkan hati-hati anak melayu dengan semangat pejuang
Benar kata Syaidina Ali…
Pena itu lebih tajam dari mata pedang.
Takutnya Inggeris bukan dek senjata
Gentarnya Inggeris bukan kerana keris waja
Tapi kerana pena

31 Ogos 1957
Lagu karma dinyanyikan semua
Tanpa pertumpahan darah
Tanpa rusuhan terarah
Tanpa peperangan tak sudah
Kemerdekaan itu tergenggam
Padang pahlawan yang pertama kalinya diinjak penjarah
Kini didodoikan dengan lagu keramat
Merdeka…..merdeka…merdeka

Mungkin tersenyum Tok Bahaman dan Mat Kilau


Maharaja Lela dan Rosli Dhobi bangga dengan tindakan mereka
Tok Janggut dan Panglima Hitam
Bangga dengan anak cucunya
Menghambat Inggeris dari bertakhta
Namun,
Apakah senyuman itu bertahan lama
Setelah bertahun negara ini merdeka
Tanpa membelenggu tubuh anak Melayu
Namun…. Jiwa, fikiran dan wataknya
Tak ubah seperti suatu ketika dahulu
Terjajah, terjarah, terbelenggu…..kaku

Wahai anak bangsa ku


Bumi Melayu ini milik kamu
Hasil buminya tunggu diwarisi
Jangan kau lemparkan
Ke tangan yang bukan haknya
Menuntut kemewahan sekejap cuma
Untuk lebih dan terus menderita
Di bumi tercinta.

Ayuh anak bangsaku........


Bangunlah dari lena mu
Perjuangan mu masih jauh
Dugaan mu semakin berat
Tanggunjawab mu kian hebat
Pilihan di tangan mu
Menjadi hamba di negara yang merdeka
Atau....
Menjadikan ketuanan itu yang sememangnya
Milik anda.....................

Buat anak-anak didik SK Pekan Bahru


Bangun lah.........
( lagu warisan)
Warisan
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya


Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di akhir zaman

Indahnya bumi kita ini


Warisan berkurun lama
Hasil mengalir
Ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam


Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup lah hati terkunci mati
Maruah pribadi dah hilang

chorus

Kita sudah tiada masa


Majulah dengan gagah perkasa
Jangan lah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

Anda mungkin juga menyukai