Anda di halaman 1dari 2

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Seni Bahasa

Sebagai lontaran idea yang pertama, terdapat pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan untuk aserk seni bahasa Bahasa Melayu. Aspek seni
bahasa dalam Bahasa Melayu merangkumi pelbagai skop yang merangkumi nyanyian,
lakonan, dan sastera secara dasarnya. Jadi, teknik yang sesuai mestilah teknik yang bersifat
fleksibel dan tidak membosankan sedangkan aspek seni bahasa sepatutnya diajar dengan
situasi yang gembira, tidak tertekan, dan memiliki unsur didik hibur. Dengan ini, teknik main
peranan yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya
sendiri atau individu lain, kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki
oleh situasi yang telah ditentukan dapat memenuhi kehendak skop aspek seni bahasa. Hal ini
kerana aktiviti main peranan dapat memberi peluang murid untuk melahirkan pelbagai
perasaan dengan bebas mengikut situasi. Secara langsungnya, murid yang bersifat pendiam
dapat membina keyakinan diri di samping menggunakan bahasa yang bernas. Sebagai
contoh, murid boleh diberi peranan sebagai seorang penyanyi untuk menyanyi. Murid boleh
diberi peranan polis dan penjenayah untuk membincangkan isu penjenayahan dan
sebagainya. Teknik ini sangat fleksibel untuk pelbagai tema dan unit Bahasa Melayu supaya
pengajaran dan pembelajaran berunsur didik hibur.

Sebagai kesinambungan dan kelangsungan idea yang seterusnya, teknik bercerita


juga merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk aspek seni bahasa.
Teknik bercerita sesuai untuk membina kecekaan berbahasa kerana cerita merupakan
sesuatu yang data menarik minat dan perhatian. Teknik bercerita ini boleh dilaksanakan di
mana guru sendiri yang bercerita mahupun murid yang bercerita. Teknik ini bertujuan untuk
melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistic iaitu jeda, nada, dan intonasi
serta bukan linguistic iaitu mimik muka, gerak tangan, kepada dan sebagainya dengan
berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa. Misalnya, guru boleh memilih cerita yang sesuai
dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid kemudian sesuaikan denga nisi pelajaran
yang hendak disampaikan. Cerita tersebut harus dikaji dan cuna memasukkan aspek-aspek
serta melafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Tambahan pula, objek autentik, boneka,
gambar, dan bahan bantu mengajar yang sesuai juga boleh digunakan sebaiknya.

Selain itu, teknik nyanyian juga merupakan teknik yang baik untuk skop nyanyian
dalam aspek seni bahasa. Hal ini kerana, tiada cara lain untuk mencapai objektif nyanyian
selain teknik nyanyian itu sendiri. Sebagai contoh, guru boleh memilih ataupun mengubah lirik
lagu dengan kesesuaiannya mengikut tahap murid. Lirik lagu itu boleh dibaca dahulu sebelum
dinyanyian. Kemudian, guru mengaitkan isi pelajaran yang terdapat dalam lirik lagu yang
dinyanyikan.
Pendekatan, Kaedah, dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Aspek Tatabahasa

Pertama sekali, aspek tatabahasa merupakan pengetahuan tentang peraturan dan


hukum sesuatu bahasa dan bukannya suatu kemahiran seperti kemahiran mendengar,
bertutur, membaca, dan menulis. Jadi, pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa
haruslah menfokuskan penggunaan peraturan bahasa secara betul dan tepat. Dengan kata
lain, aspek ini perlu diajar secara fakta dan konsepnya. Antara pendekatan yang sesuai ialah
pendekatan eklektik yang mengabungakan pendekatan induktif dan deduktif. Rasional untuk
menggunakan pendekatan eklektif selain daripada induktif dan deduktif ialah pendekatan ini
boleh memenuhi pelbagai tahap murid dari segi kefahaman. Pendekatan eklektif dapat
menjelaskan sesuatu konsep dan juga mendorong murid untuk mengaplikasikannya serta
merumuskan semula. Sebagai contoh untuk pengajaran golongan kata adjektif, guru boleh
memberikan pelbagai rangsangan contoh kata adjektif diikuti dengan penjelasan konsep kata
adjektif dan akhirnya meminta murid untuk menjana idea memberi contoh lain yang belum
disebut oleh guru.

Jika dilihat secara menyeluruh ketika melihat prosedur yang menerapkan pendekatan
tersebut, kaedah tatabahasa terjemahan merupakan kaedah yang sesuai digunakan.
Sebenarnya, kaedah tatabahasa terjemahan meurpakan kombinasi kaedah tatabahasa dan
kaedah terjemahan. Kaedah ini menekankan kemahiran menulis dan bukan bertutur.
Pengajaran dan perbendaharaan kata akan diberi awal sesi pengajaran. Kata-kata disusun
dalam ayat melalui hukum tatabahasa dan dihafaz sebagai cara menguasai bahasa. Sebagai
contoh, guru memberi penerangan kepada murid mengenai konsep kata adjektif diikuti
dengan contoh kemudian murid diminta untuk menghafaz penggunaan kata adjektif.
Perbendaharaan kata akan diberi untuk dihafal. Akhirnya, murid diminta untuk membina ayat
dengan menggunakan perbendaharaan kata.

Sebagai kesinambungan dan kelangsungan idea yang seterusnya, sebagai strategi


atau taktik untuk pendekatan dan kaedah tersebut, teknik latih tubi merupakan teknik yang
sesuai untuk aspek tatabahasa. Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta yang
dipelajari untuk meningkatkan taraf penguasaan dan pencapaian sesuatu kemahiran supaya
kekal membentuk tingkah laku pembelajaran. Hal ini kerana tatabahasa merupakan sesuatu
fakta yang perlu dihafal dan diingati, teknik ini memang dapat mengukuhkan peringatan
sesuatu pengetahuan. Sebagai contoh, guru boleh mengulangkan contoh kata adjektif serta
penggunaanya dalam ayat sehingga murid dapat ingat dan mengaplikasikannya sebagai
suatu kebiasaan.

Anda mungkin juga menyukai