0 KONSEP MORAL
Moral merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa latin ‘moralis’ yang
membawa maksud sama seperti etika dan tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila
serta peraturan masyarakat. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, moral
bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan
ditinggalkan serta bersifat praktikal (Hornby, A. S., & Deuter, M, 2015). Manakala
sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti mempengaruhi
pertimbangan seseorang. Seseorang dapat dianggap bermoral apabila memiliki
kesadaran untuk menerima serta melakukan peraturan yang berlaku dan bersikap
atau memiliki tingkah laku yang sesuai dengan nilai-nilai moral yang dijunjung tinggi di
lingkungannya. Nilai-nilai murni tersebut sepertibertanggujawab, merendah diri, belas
kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila,
tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-
mana masyarakat yang dimaksudkan. Nilai-nilai murni ini menjadi kawalan tingkah
laku yang berdasarkan standard-standard dihayati oleh seseorang individu. Moral
mengurangkan terhadap suatu keinginan atau menjadi penahanan daripada
melakukan suatu tingkah laku yang dianggap salah. Tiga perkara yang terdapat dalam
kesedaran moral ialah kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud
berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima
oleh masyarakat dan muncul dalam bentuk kebebasan.Rumusannya, moral
merupakan sifat peribadi mulia dan juga peraturan komuniti. Peraturan komuniti ialah
peraturan atau prinsip-prinsip yang diterima secara rasional oleh masyarakat, iaitu
sebab sebab penerimaan itu difahami dan dirasakan berpatutan. Nilai mulia pula ialah
ciri-ciri kemanusia yang ada manusia dan penting untuk perkembangan dan
kehidupan yang baik. Setiap orang harus berusaha menjadi insan moral yang
seimbang dari segi keperibadian mulia serta mematuhi peraturan moral (Vishalache,
B, 2009).
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga ialah penentu bagi aliran pemikiran
moral seseorang individu. Rakan sebaya ini dikenali sebagai sahabat daripada
lingkungan umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Boleh dikatakan
ia seorang sahabat yang selalu bersama ketika melakukan aktiviti-aktiviti sosial
(Alsagoff, A, 1987). Seorang individu dan rakan sebayanya akan berkongsi nilai dan
perlakuan yang sama serta struktur sosial seperti antara pemimpin dengan pengikut.
Pendapat dan pengaruh rakan sebaya lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa bagi
mereka. Kadang-kala mereka lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka
dengan rakan sebaya mereka. Terutama bagi remaja, rakan sebaya merupakan
sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Malahan mereka lebih
mempercayai dan menghormati rakan sebaya mereka berbanding dengan ibu bapa
mereka sendiri. Jadi segala perlakuan dan pemikiran mereka terbentuk hasil daripada
pergaulan mereka. Aliran pemikiran moral mereka disesuaikan dengan tingkat laku
rakan sebaya yang diserapkan dalam personaliti diri. Mungkin juga berlakunya hasil
daripada pergaulan dan peniruan daripada rakan sebaya negatif terbentuk satu jenis
pemikiran tidak rasional.
Di samping itu, tahap pendidikan turut menjadi salah satu faktor yang penting
dalam mempengaruhi aliran pemikiran moral seseorang individu. Aliran pemikiran
seseorang individu berkait rapat dengan tahap pendidikan secara langsung mahupun
tidak langsung. Namun tahap pendidikan tidak boleh menentukan adakah seseorang
itu bermoral atau tidak, hanya mungkin menganggu aliran pemikiran moral. Faktor
termasuk tahap pendidikan individu tersebut, ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat.
Orang yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi berkemungkinan jenis aliran
pemikiran moral rasionalis sebab mempunyai pengetahuan yang tinggi, lalu boleh
berfikir secara rasional. Ataupun subjek moral mengajar kita reda menerima segala
perkara, ini membentuk sifat naturalisme.
Seterusnya, pengalaman seseorang individu menganggu aliran pemikiran
moralnya. Pengalaman dalam kehidupan boleh membawa perubahan kepada aliran
pemikiran moral seseorang. Apa yang dia pelajari dan alami menentukan aliran
pemikiran moral, selagi boleh menukarkan satu aliran pemikiran moral kepada satu
jenis lain. Pengalaman ini termasuk ilmu pengetahuan, kemahiran yang dipelajari dan
kisah yang berlaku. Misalnya, seorang murid yang mempunyai aliran pemikiran moral
jenis emotivis bertukar kepada aliran pemikiran moral jenis rasionalis selepas dia
belajar untuk mengawal perasaan dan emosi diri. Aliran pemikiran moral seseorang
individu mungkin berlaku perubahan mengikut peredaran masa.
Terdapat empat aliran pemikiran moral iaitu pemikiran moral naturalis, emotivis,
intuitionis, dan rasionalis. Keempat-empat pemikiran moral ini berbeza.
Bagi individu rasionalisme pula, manusia yang waras akan menggunakan akal
fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan
masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Mereka
sentiasa mencari bukti dan juga kebenaran dalam sesuatu perkara. Tindakan individu
selalu wajar, waras dan rasional. Yang penting adalah membuat keputusan dan
tindakan berdasarkan bukti sahih. Golongan rasionalis mempunyai pandangan
bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita
berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Pengetahuan diperoleh dengan
cara membandingkan idea dengan idea-idea lain. Mereka juga berpendapat bahawa
pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-
pentafsiran yang sah. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera
kita seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan
bahan-bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu
perlu disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk satu sistem yang bermakna
sebelum ia menjadi pengetahuan. Manusia mempunyai keupayaan untuk mengetahui
dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat
diberikan oleh pacaindera semata-mata. Rasionalisme juga tidak mengingkari
kegunaan deria dalam memperolehi pengetahuan. Pengalaman pancaindera adalah
diperlukan untuk merangsang dan memberikan informasi yang membolehkan akal
bekerja. Akal menetapkan dan menjadikannya pengetahuan yang benar. Namun, akal
juga boleh menghasilkan pengetahuan tanpa berdasarkan deria sama sekali, iaitu
pengetahuan tentang objek yang betul-betul abstrak.
4.0 Peranan membentuk imej ciri-ciri pembentukan guru bermoral
Guru perlu mengutamakan orang lain lebih daripada diri sendiri dengan
mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas.
Kesemua urusan dalam kehidupan seharian kita melibatkan orang lain seperti rakan
sekerja, majikan dan sebagainya. Oleh yang demikian pertimbangan yang dilakukan
perlu lebih berperikemanusiaan. Prinsip ini amat menekankan nilai-nilai semangat
bermasyarakat, hemah tinggi, hormat-menghormati, belas kasihan, bertimbang rasa,
ikhlas, saling faham-memahami dan sedia memberi kemaafan.Individu yang
berpegang kepada prinsip ini menunjukkan perasaan simpati terhadap kesusahan dan
kesedihan orang lain. Bila memberi bantuan, kami perlu ikhlas tidak mengharapkan
balasan. Kalau terjumpa murid yang miskin yang tidak mampu membeli buku latihan,
kami boleh memberikan buku latihan secara percuma kepada murid tersebut. Jika
berlaku perselisihan faham dengan rakan sekerja, kita menyelesaikan dengan rasa
tanggungjawab dan saling faham-memahami tentang perasaan dan pendapat orang
lain. Jika berlaku pertelingkahan, masing-masing sedia memaafkan individu dan insaf
terhadap kesalahan yang telah dilakukan.
Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Saleh @ Masrom. (2007). Pendidikan dan
Pembangunan Keluarga Cemerlang. Successful Family Education and Development.
Skudai, Johor, Malaysia: Penerbit UTM Press.
Abdul, R. M. (1999). Pendidikan moral: Teori etika dan amalan moral. Serdang,
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Hornby, A. S., & Deuter, M. (2015). Oxford advanced learner's dictionary of current
English. Oxford [u.a.: Oxford Univ. Press [u.a.
Kamarul, A. J., & Siti, F. M. (2007). Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang.
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Vishalache, B. (2009). Pendidikan moral: Untuk universiti dan kolej. Shah Alam,
Selangor: Arah Pendidikan.