Anda di halaman 1dari 2

(01) Ahmad Danial Jadzly bin Zainudin

Sepanjang program Bina Insan Guru (BIG) fasa enam ini berlangsung, pelbagai manfaat
dan pengajaran yang dapat saya kutip melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Saya melihat BIG
sebagai satu tapak untuk para pelajar guru mengasah bakat dan minat terhadap profesion
perguruan dan sekaligus dapat membentuk nilai dan jati diri yang unggul untuk membawa diri
ke tahap yang lebih tinggi lagi. Sepanjang program BIG ini berlangsung, saya dengan sedaya
upaya telah cuba untuk mendapatkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan yang baru dan
menepis segala andaian negatif yang menganggu fikiran.

Antara aktiviti yang saya dapat nyatakan ialah aktiviti perkongsian bersama dengan
Puan Norazrina sendiri. Saya baru pertama kali berpeluang untuk berinteraksi secara langsung
bersama dengan seorang guru cemerlang. Sememangnya pihak jawatankuasa memilih orang
yang tepat selaras dengan tuntutan program. Saya dapat belajar beberapa jenis teknik
penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan berkesan. Melalui
perkongsian ini, saya menyedari bahawa saya mempunyai bakat mengajar di dalam kelas
berdasarkan pengalaman saya pada praktikum yang lalu. Teknik mengajar yang kemas dan
teratur akan membantu untuk mengurangkan sebarang gangguan dan elemen- elemen negatif
yang mampu menggugat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang saya
peroleh daripada program ini juga sangat membantu dan boleh dijadikan sebagai bekalan untuk
berkhidmat sebagai guru kelak. Hal ini kerana saya akan menamatkan pengajian tidak lama
sahaja lagi. Pada masa akan datang, saya akan cuba untuk mengambil nota dengan lebih
efisyen atas maklumat yang disampaikan dan tidak hanya mencatat secara ringkas. Perkara ini
dapat memastikan saya tidak membiarkan apa yang saya perolehi dilupakan begitu sahaja.

Di samping itu, saya turut memperoleh manfaat daripada aktiviti- aktiviti kecil yang
dijalankan Puan Norazrina seperti dam ular, mari mengejap, cantuman gambar dan pelbagai
lagi. Setahu saya, aktiviti ini bertujuan untuk memberi kami pengalaman bagaimana para
pelajar rasakan sekiranya kami melakukan aktiviti yang di dalam kelas. Pendekatan yang
diambil Puan Norazrina sangat- sangat efektif di mana kami tidak berasa bosan mahupun
mengantuk sepanjang program berlangsung. Aktiviti ini dianggap sebagai nadi program ini
kerana setiap daripada kami kelihatan gembira ketika melibatkan diri. Melalui pengisian yang
saya peroleh daripada program ini, saya melihat banyak lagi ruang pembaikpulihan yang perlu
saya lakukan untuk memperbaiki kelemahan diri saya. Saya dapati sebagai seorang guru kita
perlu bersedia dengan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik agar mampu membantu
proses pembelajaran pelajar. Rata- rata bahan bantu mengajar yang Puan Norazrina tampilkan
(01) Ahmad Danial Jadzly bin Zainudin

adalah berdasarkan bahan kitar semula yang jelas dapat mengurangkan kos. Melalui
perkongsian beliau juga, saya dapati beliau merupakan seorang yang mudah bergaul. Perkara
ini sama sekali merupakan kelebihan buat beliau sehingga diangkat sebagai seorang guru
cemerlang. Kelebihan itu yang kurang pada diri saya, saya merupakan seorang yang susah
untuk bergaul mesra dengan pelajar dan bagi saya proses untuk merapatkan diri dengan
seseorang mengambil masa yang lama. Oleh itu, saya amat tertarik dengan aktiviti- aktiviti yang
dilakukan. Saya pasti akan cuba memperbaiki kebolehan komunikasi saya pada masa akan
datang. Saya percaya bahawa hubungan yang baik antara seorang guru dengan pelajar akan
mendatangkan lebih banyak kebaikan.

Seterusnya, aktiviti yang turut meninggalkan kesan terhadap diri saya ialah aktiviti ‘water
baloon’ pada waktu kemuncak program. Sepanjang aktiviti ini, terdetik di hati saya untuk belajar
mencipta pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan. Saya tidak pernah terfikir untuk
mengajar ‘kedudukan’ kepada pelajar dengan menggunakan belon air. Hal ini jelas
menunjukkan kreativiti yang ada pada diri Puan Norazrina. Oleh itu, saya tidak sepatutnya
mengambil ringan mengenai pedagogi di dalam kelas pada masa akan datang. Pengajaran dan
pembelajaran yang baik dan menarik sudah tentu akan dapat menarik minat para pelajar untuk
mengikuti dengan lebih baik dan tekun. Selain itu, saya juga akan lebih fokus ketika taklimat
diberikan dan mengambil kira semua input yang diberikan agar saya tidak ketinggalan dalam
apa-apa jua perkara. Saya pasti masih banyak lagi yang mahu Puan Norazrina kongsikan,
tetapi kami dikekang oleh tempoh waktu yang terhad.

Keseluruhannya, saya berpuas hati dengan program Interaksi Bersama Guru


Cemerlang di bawah (BIG) di SK Kebun Sireh. Bagi diri saya, saya mendapati bahawa banyak
perkara positif yang dapat saya cungkil dan dari situ saya perlu menjadikannya sebagai titik
permulaan yang baik agar hala tuju hidup saya lebih terarah. Pada waktu yang sama, saya juga
turut menghargai persahabatan yang terjalin sesama selama empat tahun setengah dengan
rakan sekelas saya yang akan terpisah tidak lama lagi. Saya amat berharap persahabatan ini
akan terjalin sampai bila-bila.

Anda mungkin juga menyukai