(Irama Syair Selendang Delima) Dengarlah anak ibu berpesan, Baik parasnya bukan kepalang, Lengkapkan diri dengan pelajaran, Tubuhnya seperti emas cemerlang, Hanyalah itu jadi bekalan, Cahaya durjanya gilang gemilang, Untuk hidup masa hadapan Jika ditentang bagaikan hilang.
Ilmu itu pelindung diri, Lemah lembut manis berseri-seri,
Seperti kebun berpagar duri, Majlisnya tidak lagi terperi, Seperti sinar intan baiduri, Parasnya seperti anakan peri, Itulah tandaa orang jauhari. Tiada berbanding di dalam negeri.
Hidupmu kini di masa remaja, Bertambah arif bijak laksana
Bagaikan permata amat berharga, Bijak bestari akal sempurna Jangan jatuh ke lembah hina, Sifatnya lengkap tujuh lakasana Nanti menyesal tidak berguna. Tiada berbanding barang di mana.
Syair Setia dan Dandan Terpilih
Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah (Irama Syair Dandan Setia) (Irama Syair Siti Zawiyah) Dendam berahi namanya desa, Ada kepada suatu hari, Mendam perasat raja perkasa Sakit saudagar laki isteri, Rakyatnya banyak berketi laksa Adalah kiranya tujuh hari, Bersuka-suka setiap masa Tidak bergerak kanan dan kiri. Riuh-rendah nobat nafiri Saudagar tahu akan dirinya, Semuanya konon berbunyi sendiri Hampirlah mati kepada rasanya, Hairan tercengang isi negeri Lalulah memanggil akan anaknya, Apakah ada demikian peri. Dicium kepala dengan tangisnya. Air pasang penuhlah rata Katanya wahai cahaya mataku, Melambak-lambak di kakinya kota, Tinggallah tuan buah hatiku, Bunyi-bunyian gegak gempita Hampirlah mati gerangan aku, Segala bunyi kembanglah rata Baiklah tuan tingkah dan laku. Berbunyilah genta di gunung dendam Ditempat padang berbunyi meriam Bahananya gunung sangat menderam Isi negeri tercenganglah diam.