Anda di halaman 1dari 20

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Masalah

Trend global terhadap peningkatan pemakanan berlemak,gula dan


pengambilan fiber yang rendah, serta aktiviti fizikal yang berkurang diamalkan oleh
kebanyakan penduduk dunia, telah mengakibatkan masalah kesihatan utama seperti
berat badan berlebihan dan obesiti. Kelaziman penyakit obesiti lebih tinggi
diperhatikan di Malaysia berbanding dengan negara-negara Asia Timur Selatan lain.
Kini anggaran berat badan berlebihan bagi penduduk Malaysia adalah 29.1% dan
obesiti adalah 14%. Kadar berat badan berlebihan dan obesiti di Malaysia meningkat
sebanyak 12.5 dan 9.6% secara amnya antara tahun 1996 dan 2006 (NHMS
III,2006).

Berat badan berlebihan dan obesiti telah menjadi kebimbangan utama


kesihatan awam kerana ia dikaitkan dengan peningkatan morbiditi dan mortaliti
penyakit tidak berjangkit. Kadar penyakit tidak berjangkit yang berkaitan dengan
berat badan berlebihan dan obesiti di seluruh dunia adalah 58% bagi diabetis melitus
tipe 2, 21% bagi penyakit jantung iskemik, 39% bagi penyakit jantung hipertensi,
23% bagi strok iskemik, 12% bagi kanser kolon, 8% untuk kanser payudara pasca
menopaus, 32% untuk kanser endometrium di kalangan wanita dan 13% untuk
Osteoarthritis (Pertubuhan Kesihatan Sedunia [WHO], 2003).
2

Penularan obesiti semakin meningkat di seluruh penduduk dunia dengan


anggaran lebih dari satu bilion orang dan lebih daripada 300 juta orang di seluruh
dunia mempunyai berat badan berlebihan dan obes secara amnya dan dijangka akan
mencapai 1.5 bilion menjelang tahun 2015 di hampir kesemua negara (WHO, 2012).
Berat badan berlebihan dan obesiti adalah tinggi di America, Eropah, Timur Tengah,
dan di rantau Pasifik Barat di dunia (WHO, 2003).

Malaysia merupakan salah sebuah negara di rantau Asia - Pasifik yang


semakin meningkat dalam perindustrian dan pertumbuhan ekonomi selama lebih dua
dekad yang lalu, dan perkembangan yang berterusan dalam pembangunan,
perbandaran, dan perindustrian telah membawa kepada peningkatan dalam berat
badan berlebihan dan obesiti (Khambalia & Seen, 2010). Berdasarkan laporan kajian
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) terdapat peningkatan dalam
kelaziman berat badan berlebihan sejak sedekad yang lalu dari 16.6% dalam NHMS
II pada tahun 1996 (Institut Kesihatan Umum [IKU], 1997) kepada 29.1% pada
tahun 2006 (IKU, 2008). Penularan obesiti juga diperhatikan meningkat secara
mendadak daripada 4.4% pada tahun 1996 (IKU, 1998) kepada 14.0% pada tahun
2006 (IKU, 2008).

Masa yang dihabiskan di universiti adalah amat mempengaruhi dalam


mengubah tingkah laku orang dewasa, terutamanya berkaitan dengan aktiviti fizikal
dan gaya hidup yang lain (Racette et al., 2005). Sepanjang beberapa tahun yang lalu,
bilangan pelajar yang berlebihan berat badan dan obes terus meningkat (Sparling,
2007). Walaupun cabaran terhadap kadar peningkatan berat badan berlebihan dan
obesiti di kalangan pelajar kolej, namun hanya beberapa kajian dijalankan bagi
menilai faktor-faktor yang berkaitan dengan berat badan berlebihan di kalangan
pelajar universiti (Melissa et al., 2007).

Di Malaysia, kebanyakan kajian yang dijalankan ke atas berat badan


berlebihan dan obesiti hanya memberi tumpuan lebih kepada pelajar sekolah
menengah malah kajian dilakukan di kalangan universiti pelajar terutamanya pelajar
pasca-siswazah adalah terhad. Memandangkan kekerapan yang tinggi terhadap berat
badan berlebihan dan obesiti serta akibatnya untuk kesihatan, ekonomi pada masa ini
3

dan tahun akan datang (Wang, 2007), menjadi satu keperluan untuk menilai faktor
yang berkaitan dengan masalah ini, sekali gus membantu dalam mengekalkan
generasi yang sihat pada masa akan datang.

1.2 Pernyataan Masalah

Dalam dunia yang di lingkari dengan kemajuan sains dan perkembangan


teknologi yang tidak pernah menemui titik noktah dalam perkembangannya, kita
seringkali dikejutkan dengan pengabaian terhadap pengurusan berat badan dalam
kalangan masyarakat kita. . Laporan mengenai bidang keutamaan kajian berkaitan
dengan nutrisi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tahun 2013
menunjukkan bahawa kajian berkaitan dengan obesiti di Malaysia masih di peringkat
permulaan dan perlunya kepelbagaian program disiplin bagi menyokong program
sedia ada bagi meningkatkan pengetahuan untuk mengurangkan kenaikan masalah
obesiti dalam masyarakat (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2013).

Menurut Regina (2010), obesiti juga merupakan masalah utama dalam


masyarakat dikebanyakan negara membangun atau sebaliknya dan semakin
meningkat terutamanya dalam kawasan bandar. Walaubagaimanapun, masalah
obesiti tidak terhad kepada kawasan yang mempunyai status sosio ekonomi tinggi
sahaja dan prevalen obesiti bagi kawasan sosio ekonomi yang rendah turut diperoleh.
Ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya
obesiti antaranya umur, taraf, status ekonomi dan juga aktiviti fizikal yang diamalkan
dalam kehidupan harian

Disebabkan oleh beberapa faktor di atas obesiti merupakan penyakit bagi


kedua-dua negara membangun dan sedang membangun dan memberi kesan terhadap
kehidupan dari peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Keadaan yang lebih
membimbangkan adalah apabila obesiti boleh menyebabkan kematian akibat
daripada penyakit diabetis, hipertensi dan penyakit koronari jantung (Narayan dan
Abdul Rashid, 2007). Menurut World Health Organization (2003), laporan yang
4

dikeluarkan telah mengenalpasti beberapa faktor utama seperti kekerapan


pengambilan makanan segera, saiz porsi makanan, keadaan ekonomi dan sosial yang
berubah dan tidak melakukan aktiviti fizikal boleh menyumbang kepada peningkatan
masalah obesiti dan membawa kepada masalah penyakit kronik.

Oleh demikian, kajian mengenai masalah obesiti perlu dijalankan terhadap


mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia bagi
megenalpasti pengetahuan, faktor-faktor penyebab obesiti serta kesannya terhadap
mahasiswa. Seterusnya, hasil dapatan kajian akan di bina satu model masalah obesiti.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti masalah obesiti


dalam kalangan mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia. Secara terperinci, tiga objektif ditinjau dalam kajian ini seperti berikut :

(1) Untuk mengenalpasti pengetahuan mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan di


Universiti Teknologi Malaysia.
(2) Untuk mengenalpasti faktor-faktor obesiti dalam kalangan mahasiswa Sarjana
Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.
(3) Untuk mengenalpasti kesan obesiti terhadap mahasiswa Sarjana Fakulti
Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia.
5

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik membuat huraian penulisan meliputi aspek-aspek


yang merangkumi perkara berkaitan dengan prevalen obesiti dan kerangka teoritikal.
Bab ini juga membincangkan kajian-kajian lepas mengenai obesiti, sumber-sumber
yang mengandungi teori, kenyataan serta pendapat yang menyokong kepada
permasalahan dalam kajian juga dikaitkan. Terdapat ramai penyelidik dan para
akademik yang telah menjalankan kajian dan penulisan berkaitan dengan masalah
obesiti.

2.2 Masalah Obesiti di Malaysia

Hasil tinjauan yang dilaksanakan oleh “National Health and Morbidity


Survey” pada tahun 1996 dan 2006 menunjukkan tiga kali ganda peningkatan bagi
golongan dewasa iaitu dari 4.4% kepada 14% bagi tempoh 10 tahun. Namun begitu,
nisbah berat badan berlebihan dewasa meningkat dari 16.6% kepada 29.1% bagi
tempoh yang sama. Data tersedia menyatakan bahawa kelaziman obesiti dan berat
badan yang berlebihan di Malaysia bagi beberapa dekad yang lepas menunjukkan
persamaan dengan beberapa negara yang membangun (Ismail et al, 2001). Laporan
6

yang dikeluarkan oleh National Health Morbility Survey 2011 menunjukkan


golongan dewasa yang berumur 18 tahun dan keatas dikategorikan sebagai pra
obesiti seramai 5.4 milion iaitu 33 peratus dan 4.4 milion iaitu 27.2 peratus adalah
obesiti, manakala bagi golongan kanak-kanak bawah umur 18 tahun seramai 0.3
milion iaitu 3.9 peratus berada dalam kategori obesiti (National Institute of Health,
2012).

Malaysia turut terkesan dengan peningkatan masalah obesiti bagi semua


peringkat umur dan peratusan tertinggi adalah golongan dewasa berumur 18 tahun ke
atas. Peningkatan terhadap masalah ini bagi golongan dewasa dan kanak-kanak
secara mendadak akan menunjukkan kesan negatif terhadap kesihatan dengan lebih
jelas pada masa yang akan datang. Oleh itu, tindakan segera perlu dilaksanakan bagi
menyediakan maklumat berkaitan kefahaman tentang bagaimana sesuatu penyakit
berlaku.

2.3 Kajian Lepas

Kajian yang dijalankan oleh Tami A (2009) terhadap kanak-kanak berumur


6-12 bagi mengkaji pengetahuan ibubapa mengenai pemakanan, tingkahlaku dan
juga sikap bagi masalah obesiti menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai
pengetahuan berkaitan dengan kepentingan makanan sihat bagi mereka tetapi
pengetahuan mereka tidak diamalkan dalam membuat pemilihan makanan berkhasiat.
Ini menunjukkan ibubapa tidak dapat mempengaruhi tingkahlaku anak-anak. Kajian
ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Alice Phelgona (2009) di mana
pengetahuan yang rendah berkaitan dengan keperluan hidangan harian telah
menyebabkan prevalen obesiti tinggi dalam kalangan pelajar.

Manakala kajian yang dijalankan oleh Norafidah et al (2013), mendapati


bahawa peratusan golongan wanita menghidapi masalah obesiti adalah lebih tinggi
berbanding lelaki. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Sherina dan
Lekhraj (2009), prevalen obesiti adalah tinggi bagi wanita dewasa berumur antara
7

50-59 tahun. Perkara ini adalah disebabkan oleh faktor diet pemakanan, gaya hidup
yang tidak sihat dan juga kurangnya aktiviti fizikal. Berbeza dengan kajian yang
dijalankan oleh Sarah (2011), di mana faktor persekitaran pada zaman kanak-kanak
iaitu faktor sosial banyak mempengaruhi “body mass index” seseorang apabila
meningkat dewasa. Faktor penyebab kepada masalah obesiti dalam kajian ini selari
dengan kajian Sarah (2011) merumuskan bahawa faktor gaya hidup keluarga, budaya
dan nilai yang diterapkan melalui aktiviti fizikal ketika zaman kanak-kanak
memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi “body mass index (BMI)”.

Beberapa kajian lepas menunjukkan bahawa obesiti memberikan kesan


terhadap kesihatan dan kehidupan seseorang. Kajian yang dijalankan oleh “National
Health and Morbidity Survey III “(2006) menunjukkan prevalen tinggi bagi
“noncommunication disease (NCDs)” seperti hipertensi, diabetis mellitus dan
penyakit koronari jantung bagi kadar “waist circumference” yang tinggi. Kajian ini
di lihat selari dengan kajian oleh Newman (2009) bahawa lebih 65 % golongan
obesiti dewasa di Amerika Syarikat mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit
jantung, diabetis tahap II, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis kanser.

Berdasarkan kajian-kajian lepas, kebanyakannya lebih menumpukan kepada


kanak-kanak dan juga wanita secara menyeluruh terutamanya bagi peringkat umur
40-59 tahun. Sehingga kini, kajian yang menumpukan kepada golongan dewasa
terutamanya pelajar universiti masih rendah berbanding kajian bagi peringkat umur
yang lain. Pelajar universiti juga mempunyai potensi yang tinggi terhadap prevalen
obesiti. Kajian-kajian yang telah dilakukan boleh dianggap tidak lengkap kerana
tumpuan utama kajian adalah melihat kepada pengetahuan atau faktor dan juga kesan
secara berasingan.

Oleh itu, satu kajian mengenai masalah obesiti dalam mahasiswa Sarjana
Pendidikan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia perlu dilakukan
dengan merangkumi semua bahagian iaitu pengetahuan, faktor penyebab iaitu
genetik, pemakanan, aktiviti fizikal dan juga status ekonomi serta kesan obesiti
terhadap kehidupan mahasiswa. Faktor yang di kaji adalah lebih menyeluruh
berbanding dengan kajian lepas yang melihat faktor-faktor tertentu sahaja.
8

Hasil kajian ini mungkin dapat memberi panduan kepada pihak Kementerian
Kesihatan ataupun badan-badan berkaitan dalam membuat perkaitan antara prevalen
obesiti dalam kalangan penduduk di Malaysia. Selain itu, data yang di peroleh dapat
membantu meningkatkan pengetahuan dan memberikan dorongan kepada mahasiswa
dan masyarakat setempat berkaitan dengan kepentingan menjaga berat badan unggul
bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.
9

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Di dalam bab ini pengkaji akan membincangkan beberapa aspek mengenai


kaedah kajian yang akan dijalankan. Kesemua aspek-aspek yang dibincangkan akan
menjadi asas kepada kajian yang akan dijalankan. Antara aspek-aspek yang terlibat
ialah kaedah kajian, reka bentuk kajian, populasi dan sampel, tempat kajian, proses
menjalankan kajian, kaedah pengumpulan data, instrumen kajian, kajian rintis,
kebolehpercayaan, analisis data kualitatif dan kesimpulan.

3.2 Kaedah Kajian

Kaedah kajian kes digunakan penyelidik dalam kajian ini dengan


menggunakan pendekatan kualitatif. Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif bagi
meneroka pengetahuan, faktor penyebab dan kesan obesiti terhadap mahasiswa
Sarjana Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Seterusnya, kajian
kualitatif membantu penyelidik memahami dengan lebih mendalam tentang
persoalan kajian yang dikemukakan. Denzin dan Lincoln (1994) berpendapat bahawa
kaedah lain kurang berjaya untuk mencungkil masalah yang rumit dan kompleks
secara mendalam.
10

Kajian kualitatif yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah
kajian kes yang berfokuskan kepada pengalaman, kepercayaan dan persepsi individu
bagi mendapatkan maklumat secara mendalam melalui persoalan, temubual serta
pemerhatian (Bernard dan Ryan, 2010). Kajian kualitatif juga digunakan untuk
memahami pengalaman kehidupan individu serta tingkahlaku, emosi dan keperluan
sosial yang tersedia untuk mereka. Oleh itu, penyelidik menggunakan kajian ini bagi
meneroka masalah obesiti dalam kalangan mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan di
Universiti Teknologi Malaysia.

3.3 Reka Bentuk Kajian

Menurut (Bungmi dalam Elmie, 2008) reka bentuk kajian memberikan


gambaran berkaitan rangka kerja atau strategi yang menentukan prosedur kajian.
Reka bentuk kajian merupakan panduan bagi memperoleh jawapan sebenar kepada
persoalan kajian yang dinyatakan. Justeru itu, disebabkan reka bentuk adalah
bermatlamat untuk menjelaskan prosedur yang digunakan penyelidik bagi sesuatu
kajian untuk mendapatkan data berkaitan dengan objektif kajian.

Kaedah kajian kualitatif menggunakan instrumen temubual diperkukuhkan


dengan dokumen iaitu melalui temubual dengan peserta yang mempunyai indeks
jisim tubun 30 kg/m2 dan ke atas. Temubual telah dijalankan ke atas individu obes
bagi mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan, faktor penyebab (genetik,
pemakanan, aktiviti fizikal dan status ekonomi) serta kesan obesiti terhadap
kesihatan dan kehidupan.

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah obesiti


dalam kalangan mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia berdasarkan pengetahuan, faktor-faktor penyebab berlakunya obesiti dan
kesan obesiti terhadap mereka. Terdapat enam pemboleh ubah yang telah dikenal
pasti iaitu dari segi pengetahuan, faktor (genetik, pemakanan, aktiviti fizikal dan
11

status ekonomi) serta kesan obesiti terhadap kesihatan dan kehidupan. Rajah 3.1
merupakan prosedur kajian yang telah dijalankan.

Menentukan objektif kajian

Membuat sorotan kajian dan tinjauan untuk


kenal pasti masalah kajian

Menetapkan metodologi kajian

Membina instrumen temubual

Protokol Temubual

Kajian kualitatif

Analisis data
Kualitatif (Tematik)

Perbincangan, Kesimpulan, Cadangan

Rajah 3.1: Rekabentuk Kajian


12

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Berdasarkan kepada skop kajian ini, menurut Sugiyono (2012) penyelidikan


kualitatif tidak menggunakan istilah populasi disebabkan penyelidikan kualitatif
dijalankan berdasarkan kes tertentu yang terdapat dalam situasi sosial. Begitu juga
dengan sampel kajian, sampel tidak dinamakan responden, tetapi sebagai pemberi
maklumat atau peserta dan sampel kajian kualitatif disebut sampel teori.

Dalam penyelidikan kaulitatif saiz sampel hanya ditentukan pada akhir kajian
dan pernyataan ini selari dengan Dayang dan Abdul Hafiz (2009) bahawa sampel
kajian kualitatif ditentukan sehingga mencapai ketepuan data iaitu tiada lagi
perbualan baru bagi persoalan kajian yang dinyatakan. Jadi jumlah sampel yang
digunakan dalam kajian kualitatif ini ditentukan oleh sumber data individu obes yang
ditemubual dan dilakukan secara bertujuan iaitu pemilihan adalah mengikut
pertimbangan dan tujuan tertentu. Berdasarkan pernyataan itu, kajian kualitatif telah
dilaksanakan terhadap 9 orang peserta temubual.

3.5 Tempat Kajian

Lokasi kajian yang dipilih bagi kajian kualitatif iaitu di Universiti Teknologi
Malaysia, Johor Bahru merupakan tempat peserta belajar. Kajian ini melibatkan
individu yang mengalami masalah obesiti bagi responden Sarjana Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.

3.6 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data bagi kajian kualitatif menggunakan temubual dan


dokumentasi. Berikut dihuraikan kaedah pengumpulan data kajian kualitatif.
13

3.6.1 Temubual

Dalam kajian kualitatif temubual merupakan perjumpaan di antara dua


individu bagi bertukar maklumat dan idea melalui soal jawab dan maklum balas
(Marshall dan Rosman, (1995); Elmir, (2014). Menurut Zainudin (2012) temubual
boleh dijalankan untuk mengetahui perkara yang ada pada minda seseorang Menurut
Majid Konting (1990) kaedah temubual merupakan kaedah yang lazim digunakan
dan tertua dalam mengumpul data. Temubual sangat praktikal digunakan untuk
mendapatkan maklumat yang terperinci dan tepat terutamanya daripada populasi
kecil.

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan instrumen temubual semi struktur


bagi mengumpulkan data bagi menjawab objektif kajian yang dinyatakan. Kaedah ini
di pilih untuk mendapatkan jawapan yang mendalam daripada peserta. Rajah 3.2
menunjukkan prosedur pembinaan protokol temubual berdasarkan pembacaan dan
rujukan literatur serta pengalaman penyelidik telah menghasilkan draf kerangka
soalan.

Pembacaan dan rujukan Pengalaman Penyelidik


literatur

Draf kerangka soal selidik

Pelajar Fakulti Protokol Temubual


Sains (Kajian Rintis)

Proses Pra Analisis

Protokol Temubual Formal


14

Rajah 3.2: Prosedur Pembinaan Protokol Temubual (sumber Carlson dan Mcsalin,
2003; Elmie, 2014)
3.6.2 Pendokumentasian

Dokumen merupakan hasil rakaman kejadian atau peristiwa atau catatan


daripada masa lalu yang berbentuk tulisan, lisan, rajah mahupun akeologi (Mcmillan
dan Schumacer, 2001). Selain itu, dokumen boleh di dapati dalam bentuk tulisan
berbentuk catatan, diari surat, perjanjian dan sebagainya. Kelebihan dalam
menggunakan dokumen ialah mudah digunakan dan boleh di analisis pada bila-bila
masa. Menurut Yin (2003) dokumen boleh digunakan bagi menyokong kaedah dan
menambah bukti daripada penemuan yang lain. Justeru itu, penyelidik mengumpul
dokumen tulisan bagi rekod pengambilan makanan bagi tempoh 24 jam semasa
melakukan kajian untuk mengenalpasti pemakanan peserta temubual. Menurut
Wendy et al (2003) terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dalam rekod
ingatan diet dan “24 hour food recall” merupakan kaedah yang boleh digunakan
untuk mendapatkan data lengkap bagi pengambilan makanan serta kebolehpercayaan
data yang diberikan.

3.7 Kaedah Analisis Data

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti secara terperinci mengenai masalah


obesiti dalam kalangan mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). Kajian ini dijalankan berdasarkan daripada persampelan bertujuan
dalam kalangan mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia yang dikategorikan obesiti. Kajian ini akan menggunakan rekabentuk
kajian kes di mana data kualitatif diperolehi daripada transkripsi temubual semi
struktur ke atas beberapa orang responden yang terdiri daripada mahasiswa yang
mempunyai indeks jisim tubuh 30kg/m2 dan ke atas.

Kemudian, dapatan kajian akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu


bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah berkaitan dengan demografi peserta
15

kajian. Manakala bahagian B pula merangkumi fokus kajian untuk mengenalpasti


pengetahuan, faktor penyebab dan kesan obesiti terhadap mahasiswa Sarjana Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

3.7.1 Analisis Data Bahagian A (Demografi Peserta Kajian)

Bahagian ini meliputi analisis data berkaitan dengan latar belakang responden
berkaitan dengan jantina, umur, indeks jisim tubuh “body mass index (BMI)” dan
penyakit yang dihidapi. Seramai beberapa orang responden yang akan menjadi
peserta temubual dalam kajian ini yang terdiri daripada mahasiswa Sarjana Muda
Fakulti Pendidikan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Peserta temubual ini
akan diberi kod bagi menjaga kerahsiaan responden, mematuhi etika penyelidikan
dan hanya diketahui oleh pengkaji.

3.7.2 Analisis Data Bahagian B (Kualitatif)

Analisis bagi bahagian B ini akan dibuat berdasarkan dapatan data transkrip
temubual yang diperolehi mengikut pecahan item-item dalam soalan kajian bagi
menjawab persoalan kajian berkaitan dengan pengetahuan, faktor penyebab (genetik,
pemakanan, aktiviti fizikal dan status ekonomi) dan kesan obesiti terhadap
mahasiswa Sarjana Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Menurut Majid (2005), menyatakan bahawa pemprosesan data merupakan


teknik untuk mengumpul, mengolah, menganalisis, menyimpan dan mengeluarkan
data. Data yang diperolehi adalah merupakan data mentah yang perlu diproses bagi
melihat hasil kajian yang dijalankan. Dalam proses analisis data, pendekatan
kualitatif melibatkan proses traskripsi data, penyaringan data, pembinaan tema,
pengkodan tema dan dapatan hasil kajian. Data-data yang dikenalpasti dikategorikan
mengikut tema dan sub tema yang ditentukan oleh penyelidik. Menurut Patton (2002)
16

analisis dibuat dengan mencari penjelasan yang sesuai bagi data-data ini. Analisis
data kualitati adalah proses memahami maksud tersirat dalam data temubual.
Menurut Dayang dan Abdul Hafidz (2009) beberapa tahap analisis data boleh
dijalankan dalam pemprosesan data-data kualitatif. Berikut merupakan Rajah 3.3
bagi peringkat analisis data.

Transkrip Data

Organisasi Data

Pelaziman Data (biasakan diri dengan

Koding Dan Kategori Data

Tema Dan Paten

Tahap Ketepuan Data

Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Kesahan

Laporan

Rajah 3.3: Pemprosesan Data Kualitatif (sumber Zainudin, 2012; Elmie 2014)
17

BAB 4

JANGAKAAN HASIL KAJIAN

4.1 Jangkaan Hasil Kajian

Hasil kajian kualitatif yang dijalankan ini dijangka akan dapat mengenalpasti
masalah obesiti yang di alami oleh mahasiswa Sarjana Muda Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia yang berpunca daripada pengetahuan dan faktor
genetik, diet pemakanan, aktiviti fizikal serta status ekonomi dan seterusnya
memberikan kesan terhadap diri mereka. Selain itu, aspek pengetahuan berkaitan
kalori dan jumlah kalori dalam makanan dijangka kurang penguasaan dalam
kalangan mereka. Oleh itu, kesan daripada kurang pengetahuan dan faktor penyebab
mendorong kepada masalah lain iaitu penyakit kronik dan juga masalah-masalah
kesihatan lain yang menggangu kehidupan seharian individu.
18

RUJUKAN

Al-Isa, A. N. (1998). Factors associated with overweight and obesity among Kuwaiti
college women. Nutr Health,12(4), 227-33.
Ardern, C. I., Katzmarzyk, P. T., Janssen, I & Ross, R. (2003). Discrimination of
health risk by combined body mass index and waist circumference. Obes Res,
11, 135-42.
Al Qauhiz, N. M. (2010). Obesity among Saudi Female University Stu-dents: dietary
habits and health behaviors. J Egypt PublicHealth Assoc, 85(1-2), 45-59.
Banwell, C., Lim, L., Seubsman, S. A., Bain, C., Dixon, J & Sleigh, A. (2009). Body
mass index and health-related behaviours in a nationalcohort of 87,134 Thai
open university students. J Epidemiol Community Health, 63(5), 366-72.
Chaudhry, M. A., Ahmad, F & Ashraf, M. Z. (2012). Frequency of overweight and
obesity in students of medical College Lahore. Ann PakInst Med Sci, 8(2),
137-40.
Gunes, F. E., Bekiroglu, N., Imeryuz, N & Agirbasli, M. (2012). Relationbetween
eating habits and a high body mass index among freshman students: a cross-
sectional study. J Am Coll Nutr, 31(3), 167-74.
Gopalakrishnan, S., Ganeshkumar, P., Prakash, M.V & Christo-pher Amalraj, V.
(2012). Prevalence of overweight/obesity among the medical students,
Malaysia. Med J Malaysia, 67(4), 442-4.
Haidar, Y. M & Cosman, B. C. (2011). Obesity epidemiology. Clin Colon Rectal
Surg, 24(4),205-10.
Hingorjo, M. R., Syed, S & Qureshi, M. A. (2009). Overweight and obesity in
students of a dental college of Karachi: lifestyle influence and measurement
by an appropriate anthropometric index. J Pak Med Assoc, 59(8), 528-32.
Institut Kesihatan Umum. (1997). Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua
(NHMS II) 1996. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan.
Institut Kesihatan Umum. (2008). Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga
(NHMS III) 2006, Status Nutritional. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan.
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (NHMS III). (2006). Institut Kesihatan
Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia.
19

Khambalia, A. Z., & Seen, L. S. (2010). Trend di kalangan orang dewasa yang
berlebihan berat badan dan obes di Malaysia (1996-2009): Kajian sistemik.
Kajian obesiti, 11 (6), 403-12.
Mellissa, N. D., William, C. M., Betty, S., & Terrill, B. (2007). Faktor-faktor
berkaitan dengan berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan pelajar kolej.
Journal of American College Health, 57 (1), 109-114.
Misra, A & Khurana, L. (2008). Obesity and the metabolic syndrome in developing
countries. J Clin Endocrinol Metab, 93, S9-30.
Misra, A & Shrivastava, U. (2013). Obesity and dyslipidemia in South Asians.
Nutrients, 5(7), 2708-33.
Nojomi, M & Najamabadi, S. (2006). Obesity among university students, Tehran,
Iran. Asia Pac J Clin Nutr,15(4):516-20.
Nojomi, M & Najamabadi, S. (2006). Obesity among university stu-dents, Tehran,
Iran. Asia Pac J Clin Nutr, 15(4), 516-20.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia. (2003). Diet Pemakanan dan pencegahan penyakit
kronik: laporan bersama WHO perundingan / FAQ pakar. Geneva: WHO.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia. (2012). Lembaran fakta mengenai berat badan
berlebihan dan obesiti. Boleh didapati dari
http://www.who.int/entity/mediacenter/factsheet/fs311/enindex.html
Pischon, T., Boeing, H., Hoffmann, K., Bergmann, M., Schulze, M. B & Overvad, K.
(2008). General and abdominal adiposity and risk of death in Europe. N
Engl J Med, 359(20),2105-20.
Racette, B., Deusinger, S., Strube, J., Highstein, R., & Singer, H. (2005). Perubahan
berat badan, senaman, dan corak pemakanan semasa mahasiswa dan
mahasiswa: Jurnal American College of Health, 53: 245-2251.
Seo, D. C., Torabi, M. R., Jiang, N., Fernandez-Rojas, X & Park, B. H. (2009).
Correlates of college students’ physical activity: cross-cultural differences.
Asia Pac J Public Health, 21(4),421-32.
Sparling, B. P. (2007). Obesiti di kampus. Mencegah Penyakit Kronik, 4 (3): A72.
Stunkard, A. J., Foch, T. T & Hrubec, Z. (1986). A twin study of human obesity. J.
Am. Med. Assoc, 256(1), 51–54.
20

Trujillo-Hernández, B., Vásquez, C., Almanza-Silva, J. R., Jaramillo-Virgen, M. E.,


Mellin-Landa, T. E & Valle-Figueroa, O. B. (2010). The frequency of risk
factors associated with obesityand being overweight in university students
from Colima,Mexico. Rev Salud Publica (Bogota),12(2),197-207.
Wang, Y., (2007). Epidemiologi obesiti kanak-kanak aspek metodologi dan garis
panduan. Jurnal Antarabangsa Obesiti Berkaitan Gangguan Metabolik, 28 (3),
521-8.

Anda mungkin juga menyukai