Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2018

ANJURAN
SK LADANG HARVARD, 08100 BEDONG,KEDAH DAN
SK PADANG LUMAT 08800 GUAR CHEMPEDAK

TARIKH:

9-10 Februari 2018


Masa : 7.15 pagi (Jumaat)
hingga 4.30 petang( Sabtu )

TEMPAT
Gua Tempurung,Gopeng Perak

1
1.0 BUTIRAN AM

Tajuk : Kem Kepimpinan Pengawas


Anjuran : Unit Hal Ehwal Murid ( HEM ) SK Ladang Harvard & Sk Pdg Lumat
Penasihat : GB Sk Ladang Harvard & Sk Pdg Lumat
Pengerusi :1. Hj Md Rejab Bin Saad (PK HEM SKPL )
2. Pn Rahumunrizah Bt A.Rahman( PK HEM SKLH )
Setiausaha : 1.Hj Mohd Afrizal Bin Zakaria ( GURU DISIPLIN SKLH )
2. Hjh Noormawati Bt Che Azmi ( GURU PENGAWAS SKPL )
Bendahari : 1.Hjh Noormawati Bt Che Azmi
2. Hj Mohd Afrizal BIn Zakaria
Tempat : Gua Tempurung, Gopeng Perak
Tarikh : 9-10 Februari 2018
Jumlah Peserta : 42 orang

Pengenalan

Program ini merupakan satu aktiviti kolaborasi yang dianjurkan oleh Unit HEM SK
Ladang Harvard dan SK Padang Lumat dibawah seliaan PPD Kuala Muda/Yan. Program
ini melibatkan semua pengawas sekolah dari tahun 4 hingga 6. Tujuan utama penganjuran
kursus ini ialah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang
pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran
memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Pengawas sekolah

adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk


membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian
disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan
telinga sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan

2
keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan.
Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas, mereka


memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi
dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui
dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu
sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan
keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan Memandangkan Bidang HEM adalah tulang belakang sekolah,
wajar bagi pihak sekolah dan Unit HEM menjayakan kem kepimpinan ini. Aktiviti
kepimpinan dan pengurusan masa adalah antara aktiviti-aktiviti utama. Melalui aktiviti
ini, unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dan dipraktikkan secara hands on di
mana para peserta dididik dengan sifat amanah,tanggungjawab, menepati masa,
bertoleransi, dan berdisiplin. Mereka juga akan didedahkan dengan cabaran-cabaran
fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan jati
diri masing – masing.
Usaha yang dijalankan ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk melengkapkan
diri dengan keyakinan dan kemahiran yang akan memudahkan mereka untuk menunaikan
tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah, dan seterusnya akan
meningkatkan mutu kepimpinan mereka

3.0 TEMA
“ Pelajar Inovatif Melonjakkan Transformasi Kepimpinan Negara”

4.0 Objektif

3
Program motivasi ini bermatlamat untuk meningkatkan kesungguhan dan
semangat para pelajar berdasarkan beberapa objektif antaranya:

1. Membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar.

2. Membantu murid mempunyai sifat bertanggungjawab kepada jawatan yang di


pegang.

3. Membantu pelajar menguruskan masa dengan baik dalam aspek kehidupan.

5.0 Masa,Tarikh & Tempat dilaksanakan


Tarikh : 9-10 Februari 2018 (Jumaat & Sabtu)
Tempat: Gua Tempurung Gopeng,Perak

6.0 Sasaran
Seramai 42 orang Pengawas Sekolah, terdiri daripada 15 pelajar dari SK Ladang Harvard
dan 27 pelajar dari SK Padang Lumat dibawah selian PPD Kuala Muda/Yan.

7.0 KANDUNGAN PROGRAM

7.1 Ceramah Kepimpinan


Menerangkan erti sebenar kepimpinan dan menjadikan murid tahu
tanggungjawab mereka di sekolah sebagai seorang pemimpin.

7.2 Latihan Dalam Kumpulan (LDK)


Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri murid
dengan menceritakan idea mereka dan berkongsi dengan rakan – rakan. LDK
juga membantu murid untuk menerapkan kerjasama antara satu sama lain dan
perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

7.3 Muhasabah Diri

4
Membantu murid merenung kembali kelebihan dan kelemahan diri mereka.
kelebihan yang ada dalam diri akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus
berjaya dan yakin dengan kebolehan diri. Kelemahan yang ada dalam diri perlu
diatasi dengan cara yang positif dan bukan hanya mengalah begitu sahaja.

8.0 Anggaran Perbelanjaan

No Perkara Anggaran Jumlah

1. Makan Malam RM 5 x 48 RM 240.00


Minum Pagi RM 192.00
RM 4 x 48
Makan Tengahari RM 480.00
RM 10 x 48
2 Pengangkutan( Bas ) RM 1600 RM 1600

3 Ekspidisi RM 15 x 42 RM 630

4 Tapak perkhemahan RM 10 x 10 RM 100

5 Hadiah RM 50 RM 50

6 Sijil RM 50 RM 50

Jumlah Keseluruhan RM 3,312.00

Sumber Kewangan
1. PCG Ko-Kurikulum (Melibatkan Kursus Kepimpinan)
2. Kutipan pelajar Rm 60.00 1 orang.
3. Sumbang luar

5
9.0 ATURCARA PROGRAM

Rujuk lampiran A

10.0 JAWATANKUASA PROGAM

Rujuk lampiran B

Penutup
Amatlah diharapkan agar program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat baru
kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai Pemimpin Sekolah masing-masing.
Menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan pemimpin umumnya, serta
membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar Sekolah Ladang Harvard
dan SK Padang Lumat, diharapkan kem ini akan memudahkan dan boleh membantu para
peserta dalam menjalankan tugasnya dengan dedikasi dan sempurna. Program ini juga
diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada
semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan
pelajar di sekolah yang semakin mencabar. Sesungguhnya program ini merupakan

aktiviti yang amat berguna dan penting untuk meningkatkan keyakinan


murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu guru.
Disamping itu, program ini banyak membantu murid untuk menjadi seorang
pemimpin yang berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam
mengawal murid-murid sekolah.

6
Disediakan oleh,
___________________
(Hj Mohd Afrizal Bin Zakaria)
Setiausaha
Program Kepimpinan 2018

Lampiran A

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : 1.MEJAR MOHD NAZRI BIN SAAD (GB SK PDG LUMAT )


: 2. PN SARIMAH BT ABDUL HAMID (GB SK LDG HARVARD)
Naib Pengerusi : 1.HJ MD REJAB B SAAD (PK HEM SKPL)
: 2. Pn. RAHIMUNRIZAH BT A.RAHMAN (PK HEM SKLH)
Setiausaha : 1. HJ MOHD AFRIZAL BIN ZAKARIA
:2. HJH NOORMAWATI BT CHE AZMI
Bendahari : 1. HJH NOORMAWATI BT CHE AZMI
2.HJ MOHD AFRIZAL BIN ZAKARIA
Ajk Siaraya : EN MOHD SHAHRIZAL ANUAR BIN ABD RAHIM
Keselamatan : 1.PN HAFIZAH YAAKOB
2. USTAZ MOHAMAD AMIN BIN OMAR
Peralatan : 1. HJ MOHD AFRIZAL BIN ZAKARIA
2. EN. SHARIZAL ANUAR BIN ABD RAHIM
Hadiah & Sijil : 1. PUAN ZULIZA BT ZAKARIA
2. HJH NOORMAWATI BT CHE AZMI

7
Ajk Makanan/Kenderaan : 1.HJH NOORMAWATI BT CHE AZMI
2.HJ MOHD AFRIZAL BIN ZAKARIA

Lampiran B

Jadual Aktiviti

9 FEBRUARI 2018

Masa Akitviti Tindakan

05.00 pagi Bertolak ke Gua Tempurung Guru sekolah masing-


masing

8.00-8.30 pagi Taklimat Guru Bimbingan HJ MOHD AFRIZAL


9.00-11.30 tgh Kraf perkhemahan Guru (Penyelaras)
hari
AJK Peralatan
AJK Keselamatan dan
Disiplin
12.00tgh hari- Makan tengah hari Guru pengiring
1.00 ptg
1.00 ptg-2.30 ptg Solat Jumaat Guru Disiplin
3.00 ptg -4.30 ptg LDK 1 1.Hjh Noormawati
4.30 ptg-5.00 ptg Solat Asar/minum petang Guru pengiring
5.00 ptg -6.00 ptg LDK 2 Hj Mohd Afrizal
6.00ptg -7.00 Pengurusan diri AJK Keselamatan
mlm

8
7.20mlm-9.00 Solat Maghrib & Isyar Guru pengiring
mlm
9.00mlm-11.00 Ceramah Kepimpinan Islam Guru pengiring
mlm
11.00 mlm tidur AJK Keselamatan

10 FEBRUARI 2018
Masa Akitviti Tindakan
5.30 pagi- Solat subuh Guru pengiring
7.30 pg -8.00 pagi Sarapan pagi Ajk makanan
8.30 pg-12.30 tgh hari Ekspedisi Guru (Penyelaras)
1.00 ptg-2.00 ptg KHIDMAS/solat Ajk peralatan
2.30 ptg- 5.00 ptg Bertolak balik /bersurai Guru Disiplin
AJK Peralatan
AJK Keselamatan dan
Disiplin

9
Pelan Tindakan

Tarikh Aktiviti Tindakan

7 Januari 2018 Menghantar kertas kerja Setiausaha


kepada Guru Penolong
Kanan HEM (Penyelaras
untuk Disemak)

8 Januari 2018 Memurnikan Kertas Kerja. Setiausaha


Menghantar Kertas Kerja
Kepada Guru Besar Untuk
Kelulusan.

8 Januari 2018 Menghantar surat jemputan Setiausaha


mesyuarat

9 Januari 2018 Mesyuarat Perlantikan Ajk Penyelaras


dan Hal-hal Berkaitan.
Semua AJK

17 Januari 2018 Menghantar dan menerima Penyelaras dan Setiausaha


surat kebenaran ibu bapa

02 Febuari 2018 Persiapan Akhir Semua Ajk Berkaitan

09 Febuari 2018 Kem Kepimpinan Semua AJK

10
Pengawas

11

Anda mungkin juga menyukai