Anda di halaman 1dari 13

BIODATA PESAKIT

NO.KAD PENGENALAN : 121229-08-0960

JANTINA : PEREMPUAN

TARIKH LAHIR : 12 DISEMBER 2012

UMUR : 6 TAHUN

WARGANEGARA : MALAYSIA

ALAMAT SEKOLAH : PRA SEKOLAH SK PINJI

DIAGNOSIS SEMENTARA : JANGKITAN KUTU PADA KEPALA

Rajah menunjukkan kutu kepala pada rambut

1
1.0 PENGENALAN

Pedikulosis kapitis (PK) adalah infestasi kutu kepala yang disebabkan oleh Pediculus

humanus capitis. Berkenaan PK di seluruh dunia cukup meluas, dijangkakan ratusan juta orang

terinfeksi setiap tahun dan sering terjadi pada anak-anak. Di Amerika Syarikat sekitar 6-12 juta

kes anak-anak yang berusia 3-12 tahun terinfeksi PK pada setiap tahun. Secara umum di

Indonesia masih belum diketahui jumlah tepat terinfeksi PK kerana belum ada penelitian data

mengenai kes dan pola penyebarannya. Secara khusus di RS. Haji Adam Malik Medan juga

belum ada data mengenai jumlah pesakit yang terinfeksi PK yang datang untuk berubat, oleh

kerana mungkin PK dianggap bukan suatu penyakit walaupun sering berlaku di kalangan

masyarakat yang padat.

Terdapat beberapa faktor yang dapat membantu penyebaran PK antaranya faktor

sosial-ekonomi, pengetahuan, kebersihan seseorang , kepadatan tempat tinggal (misalnya di

asrama, pusat asuhan kanak-kanak, sekolah ), dan ciri-ciri individu , panjang rambut, dan jenis

rambut). Akibat dari infestasi PK yang tidak diubati dapat menimbulkan berbagai kesan pada

pesakit kerana menjejaskan

tidur anak pada malam hari akibat rasa gatal dan stigma sosial, rasa malu dan rendah diri

membuatkan ramai yang mengambil remeh hal ini . Sekarang ini terdapat beberapa bentuk

perawatan yang umum digunakan iaitu dengan menggunakan shampoo khusus ,sikat rambut

yang dapat membuang kutu dan losyen khusus untuk disapu pada kepala untuk membunuh

kutu yang boleh didapati di farmasi dan pelbagai lagi kaedah lain. Kaedah perawatan lain

adalah dengan menggunakan bahan-bahan yang tersedia di rumah seperti minyak zaitun,

margarin, gel rambut, dan lainnya. Bahan-bahan tersebut digunakan dengan menyapu secara

banyak dan tebal pada rambut dan kulit kepala yang dibiarkan selama 1 hari. Hal ini dikatakan

dapat mengurangkan pembiakannya . Namun, bahan-bahan ini dikatakan hanya menunjukkan

2
keberkesanan yang sedikit dalam membunuh kutu bahkan belum ada percubaan yang dilakukan

untuk membuktikan keberkesanannya . Selain itu, terdapat bahan lain seperti minyak tanah

juga digunakan untuk perawatan PK tetapi bahan-bahan tersebut sangatlah berbahaya dan

belum dibuktikan keberkesanannya .

Kaedah lain yang sering digunakan adalah sikat kutu. Sikat kutu mempunyai bentuk yang

bervariasi, biasanya terdiri dari besi yang nipis atau bergigi plastik yang dirancang sebagai

sikat rambut untuk melepaskan kutu dan telurnya dari rambut dan kepala. Bagaimanapun,

kaedah yang efektif memerlukan waktu beberapa jam hingga beberapa hari, dan kebanyakan

orang tidak memiliki waktu dan tidak sabar untuk melakukan bagi mendapatkan seluruh kutu

dan telurnya. Kutu kepala dapat bertahan hidup sekitar 10 hari pada suhu 5°C dan mati pada

suhu 40°C ..Menurut Buxton (1946), kutu badan (Pediculus humanus corporis) sangat mirip

dengan kutu kepala (Pediculus humanus capitis) dimana kutu tersebut dapat mati pada suhu

51˚C selama 5 menit. Kobayashi et al. (1995) melaporkan bahwa kutu badan dapat mati secara

dalam vitro dengan udara panas yang berasal dari alat pengering pada suhu 50 ˚C selama 5

menit, dan telur kutunya gagal untuk menetas secara dalam vitro setelah paparan udara panas

pada suhu 55˚C selama 90 minit. Buxton (1946) juga melaporkan bahawa keadaan kering

akibat pemanasan dapat mengurangkan jumlah cairan amniotik pada telur kutu, sehingga telur

sukar menetas, oleh karena itu dapat dijelaskan bahawa pemanasan dapat menyebabkan telur

kutu menjadi hancur. Air merupakan komponen yang penting bagi kutu tersebut sehingga tidak

mungkin kutu dapat menahan terhadap kekeringan. Berdasarkan sifat-sifat kutu dan telurnya

tersebut, Goates et al. (2006) melakukan eksperimen mengenai keberkesanan penghapusan

kutu secara kimia atau udara panas terhadap PK. Dari penelitian tersebut didapati bahawa

pemanasan dengan menggunakan alat pemanas yang disebut ‘hair dryer’ yang digunakan pada

rambut kepala sangat efektif digunakan dalam penghapusan PK dengan keberhasilan 98%

3
untuk membunuh telur kutu dan mencapai 80% untuk membunuh kutunya . Rawatan yang

dianggap terbaik ialah malathion 0.5% atau 1% dalam bentuk losyen atau spray .

2.0 PERNYATAAN MASALAH

I. NO.KAD PENGENALAN : 121229-08-0960

II. JANTINA : PEREMPUAN

III. TARIKH LAHIR :12 DISEMBER 2012

IV. UMUR : 6 TAHUN

V. WARGANEGARA : MALAYSIA

VI. ETNIK : MELAYU

VII. ALAMAT SEKOLAH : PRA SEKOLAH SK PINJI

VIII. ALAMAT RUMAH : NO 55, HALA LPGN PERDANA 1, PANORAMA

LPGN IDAMAN ,IPOH .

Aduan pesakit:

• Pesakit mengadu rasa sangat gatal yang berterusan pada kulit kepala serta di

belakang telinga dan leher selama 1/52 .

Sejarah penyakit kini:

• Pesakit mengalami rasa gatal di kepala terutama pada waktu malam

• Tidur selalu terganggu kerana rasa gatal di kepala

• Terdapat bintik-bintik merah pada permukaan kepala, leher dan di belakang telinga

• Terdapat kesan luka calar dan ruam di kulit kepala akibat digaru oleh pesakit

• Terdapat telur-telur yang kecil, berwarna putih dan bersinar, seakan-akan

kelemumur tetapi tidak mudah dikeluarkan

4
Sejarah penyakit lalu:

• Tidak pernah mengalami penyakit atau masalah infestasi kutu kepala sebelum ini

• Tidak pernah menjalani sebarang pembedahan

• Tidak mempunyai sebarang alahan terhadap makanan dan ubat-ubatan

Sejarah keluarga:

• Tiada anggota keluarga yang mempunyai masalah kutu kepala

• Tiada anggota keluarga yang menghidap penyakit kronik sebelum ini. Contohnya

penyakit Hipertensi, Diabetes Mellitus, Asma Bronkiol dan penyakit lain

Sejarah sosial:

• Pesakit merupakan seorang yang aktif dan suka bergaul dengan rakan di sekolah

• Pesakit selalu berkongsi sikat rambut dengan rakan di asrama sekolah

• Pesakit selalu tidak mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum memakai

tudung

• Pesakit jarang sekali menggunakan shampoo ketika mandi

• Pesakit juga menggunakan tudung yang sama dalam jangka masa yang lama

Diagnosis:

Pedikulosis Humanus Capitis (kutu kepala)

Diagnosis perbezaan:

 Kelemumur

5
3.0 PENCARIAN LITERATUR

DEFINISI:

 Infeksi Pedikulosis atau lebih dikenali sebagai jangkitan kutu kepala adalah

manifestasi ektoparasit yang obligat iaitu Pediculus humanus capitis yang hanya

memberi kesan kepada kulit kepala manusia. Pedikulosis amat mudah berjangkit

dan biasa berlaku dikalangan kanak – kanak berumur 3 hinga 12 tahun. Ianya

adalah masalah kesihatan komuniti yang berlaku di seluruh dunia yang berlaku pada

kanak – kanak di negara maju dan yang sedang membangun (M. Albashtawy dan

F.Hasna, 2012).

 Pedikulosis kapitis adalah sangat mudah berjangkit. Pesakit boleh mendapat

jangkitan kutu melalui sentuhan rapat dan melalui perkongsian barang-barang

peribadi yang mudah dihinggapi kutu seperti sikat, topi, dan pakaian. Semua

kenalan rapat yang dijangkiti juga perlu dirawat pada masa yang sama untuk

mengelakkan infestasi semula. (John “Lucky” Meisenheimer, 2012).

 Menurut (Lyn Guenther, 2012) kutu adalah ektoparasit yang hidup pada badan.

Makanan kutu adalah darah manusia. kutu akan menggigit kulit kepala manusia dan

menyuntik air liur, yang menyebabkan pesakit merasa gatal. Kutu mampu bertahan

di badan manusia. Walau bagaimanapun, kutu akan mati kebuluran dalam tempoh

10 hari jika tidak berada di badan manusia.

6
Rajah menunjukkan kitaran hidup kutu dan bila dapat dikesan

MANIFESTASI KLINIKAL :

 Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di

dalam air liur kutu kepala.

 Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes

yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.

 Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia selalunya bersinar dan berwarna putih.

Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.

 Terdapat kesan luka calar dan ruam pada kulit akibat digaru oleh pesakit kerana

kepala terlalu gatal.

 Pembentukkan nanah akan berlaku pada kulit bagi kes yang teruk akibat infeksi

sekunder.

7
KOMPLIKASI

 Infeksi sekunder

 Anemia

PENGENDALIAN DAN RAWATAN

CARA 1

a) Ubat – ubatan ;

 Cuci rambut dan keringkan

 Sapukan emulsi (mengandungi Pyrithin 0.2 % / Lindane (BHC) 1% / Benzyl Benzoate

12% / DDT 10% )

 Boleh juga gunakan debu racun serangga Lindane 1% atau Malathion 2%

 Kemudian syampu rambut dengan sempurna

 Keringkan, sikat dan beruskan untuk buang kutu yang telah mati

 Lakukan rawatan kedua selang 7 – 10 hari selepas rawatan pertama

CARA 2

b) Kaedah alternatif (Jika tiada racun serangga) ;

 Boleh gunakan minyak kerosin tulen atau campuran 50% kerosin dengan 50% minyak

sayuran

 Minyak disapukan pada seluruh kepala

 Bungkus kepala selama 1 jam

8
 Kemudian syampu rambut, keringkan dan sikat untuk buang segala kutu

 Lakukan rawatan kedua selang 7 – 10 hari selepas rawatan pertama

Rajah menunjukkan kutu jantan dan betina

4.0 PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN :

 Semasa menjalani kajian tentang pedikulosis di kalangan pelajar sekolah, timbul tanda

Tanya bagaimana untuk mengurangkan kes ini:

a) Apa penyebab(etiologi) pedikulosis?

b) Apakah langkah-langkah pencegahan?

PENYEBAB (ETIOLOGI):

Rebakan kutu di kalangan pelajar mudah berlaku secara lansung dengan perkongsian barangan

antara pelajar yang bermasalah kutu kepada individu lain melalui ;

 Berus atau sikat rambut

 Perhiasan rambut

 Tuala

9
 Topi

 Tudung kepala

 Bantal

 Tilam

Oleh hal demikian, pihak sekolah dan pasukan kesihatan sekolah perlulah prihatin

dalam menangani masalah ini dengan mengesan dan membawa pelajar-pelajar yang

bermasalah ini untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan misalnya klinik yang

berdekatan. Di samping itu, pelajar-pelajar ini juga perlu di didik untuk menguruskan diri

terutamanya dari aspek kebersihan diri. Justeru, masalah infestasi kutu ini dapat ditangani

secara berkesan.

PENCEGAHAN:

 Gunakan syampu berubat untuk membunuh kutu\

 Keringkan rambut anda dengan sempurna, kemudian buangkan semua kutu yang mati

dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus (sikat kutu)

 Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu yang baru

menetas dibunuh

 Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan disitu selama

sekurang-kurangnya 12 jam

 Buangkan telur kutu dengan mencelup sikat bergigi halus ke dalam cuka suam sebelum

menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti gam yang melekatkan

telur kutu kepada rambut

 Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu

10
 Elakkan daripada menggunakan losyen kutu pada bayi di bawah usia 1 tahun dan wanita

hamil. Dalam kes ini, pembuangan kutu secara manual harus dilakukan secara perlahan-

lahan

 Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang telah

dijangkiti dengan kutu kepala harus di rendam dalam losyen kutu atau alkohol selama

beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya

 Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan dibawah

cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering

 Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain

 Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan Pegawai Perubatan

untuk rawatan

 Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan untuk membunuh kutu dan telurnya.

11
5.0 RUMUSAN

Sebagai rumusan, infestasi kutu kepala atau Pediculus Capitis adalah masalah yang tidak boleh

dipandang remeh. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah lain sekiranya dibiarkan.

Misalnya, infeksi sekunder yang mana boleh memudaratkan lagi kesihatan.Selain itu, pelajar-

pelajar yang mempunyai kutu kepala ini juga akan hilang tumpuan dalam kelas akibat

kegatalan kulit kepala. Kutu ini juga boleh merebak kepada rakan-rakan yang lain termasuk

guru sendiri.Justeru, amatlah penting untuk mengurus kebersihan diri bagi mencegah infestasi

kutu kepala atau Pediculus Capitis. Tambahan itu, saya mempunyai beberapa cadangan sebagai

langkah-langkah bagi mengelakkan infestasi kutu ini semakin merebak, iaitu ;

 Elakkan tidur dekat dengan rakan yang dijangkiti kutu

 Elakkan berkongsi bantal, tilam atau cadar dengan rakan yang bermasalah kutu

 Elakkan perkongsian barangan atau aksesori seperti sikat rambut, perhiasan rambut dan

topi

 Elakkan berkongsi atau menggunakan tuala rakan yang mempunyai kutu

 Pertingkatkan tahap kebersihan diri bagi mengelakkan masalah infestasi kutu kepala

 Jaga kebersihan pakaian termasuk cadar tilam dan sarung bantal untuk mengelakkan

risiko pembiakkan kutu

 Para pelajar digalakkan untuk berambut pendek bagi mengelakkan pembiakkan kutu.

Hal ini kerana kutu suka membiak pada rambut yang panjang dan tebal

 Dapatkan rawatan sekiranya mendapat jangkitan kutu

 Dapatkan ubat dari klinik atau farmasi

 Elakkan mendekati orang lain terutama bayi sekiranya mendapat jangkitan kutu

12
6.0 RUJUKAN

Prof H. Hembing W ,2010 . Ramuan Lengkap Herbal Taklukkan Penyakit :PUSTAKA

BUNDA

KUSUMA DEWI ,2011 .Rambut Anda : Gramedi Pustaka Utama

Laman Web Wikipedia , Pedikulosis Capitis ,Dicapai pada 24 Februari 2018 dari

https://en.wikipedia.org/wiki/Pediculosis

Laman Web Blogspot , Pedikulosis Capitis , Dicapai pada 24 Februari 2018 dari

http://attonk.blogspot.my/2008/04/pediculosis-capitis.html

Laman Web Artikel , Pediculosis and Pthiriasis (Lice Infestation) ,Dicapai pada 25 Februari

2018 dari https://emedicine.medscape.com/article/225013-overview

13