Anda di halaman 1dari 4

Perancangan Strategik Linus 2017 – 2019

Assalamualaikum semua. Posting kali ini Sistem Guru Online berniat untuk
berkongsikan Perancangan Strategik Linus Bagi tahun 2017 hingga 2019.

Untuk permulaan, akronim LINUS itu adalah LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S


(Screening) ataupun Saringan. Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan
Numerasi.

Program ini merupakan penambahbaikan program yang sedia ada sebelum ini
iaiitu KIA2M. Sekiranya kita masih ingat, program ini bertujuan untuk murid murid
Tahun 1 menguasai asas asas membaca, menulis, dan mengira sehingga mereka
mencapai Tahun 3 menjelang tahun 2011.

NKRA iaitu National Key Result Areas dari KPM telah menyasarkan bahawa
setiap pelajar berupaya menguasai asas literasi dan numerasi selepas melalui tiga
tahun pendidikan rendah , Ini bermaksud pada tahun 4, setiap pelajar sudah boleh
menguasai membaca dan mengira dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah


diamanahkan untuk melaraskan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi
ataupun masalah mampu membaca menulis dan mengira di kalangan pelajar
tahun 1 hingga tahun 3.

Dalam sekolah, jawatankuasa LINUS akan mempunyai ahli jawatankuasa yang


tersendiri yang terdiri daripada guru guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Matematik.

Setiap subjek ini akan mempunyai guru penyelaras yang tersendiri.

Bagi memastikan murid akan mencapai target NKRA iaitu pada KPI (Key
Performance Index) 100%, satu perancangan strategik telah dilaksanankan bagi
membolehkan mereka mencapai KPI ini iaiti pendedahan LINUS seawal pada
tahun 1.

Perancangan ini boleh didapatkan pada pautan di bawah.


Perancangan Strategik LINUS 2017 – 2019
STRATEGI PELAKSANAAN LINUS DI SEKOLAH

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK.

Terdapat 3 peringkat saringan utuk setiap tahun persekolahan iaitu:

 Saringan 1 (Mac)
 Saringan 2 (Jun)
 Saringan 3 (September)

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai
tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen
dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi
harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan
dan ayat mudah. TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima
800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 – Boleh
membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah
dengan kata sendi dalam satu perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

 Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan


konsonan.
 Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
 Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata
terbuka.
 Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
 Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata
tertutup.
 Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
 Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi diftong
 Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
mengandungi vokal berganding.
 Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf
dan konsonan bergabung.
 Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang
berimbuhan awalan dan akhiran.
 Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
 Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat
berdasarkan bahan rangsangan.

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea


matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1

 Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor


hingga 50.
 Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
 Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran
asas

TAHUN 2

 Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100


 Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
 Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan
mengukur panjang/pendek objek

TAHUN 3

 Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor


hingga 1000.
 Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
 Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam
dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN


NUMERASI

 Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka


 Konstruk 2 : Keupayaan membilang
 Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
 Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
 Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
 Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
 Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
 Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata
wang Malaysia
 Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan
isipadu.
 Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat
matematik dan sebaliknya
 Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
 Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran
panjang.

Semoga perkongsian dari SGO kali ini memberi manfaat kepada semua guru dan
sila kongsikan kepada mana mana guru yang mengendalikan program LINUS di
sekolah masing masing.

Anda mungkin juga menyukai