Anda di halaman 1dari 15

SENARAI TUGAS

DAN
TANGG
UNGJA
WAB
1. GURU KELAS 4 BIJAK

Pengurusan dan Organisasi kelas

1. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua kelas, Penolong Ketua
kelas, Bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan, memastikan AJK
kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan putih, menyapu lantai,
mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah. Memastikan
papan kenyataan dan papan maklumat di kemas kini dari masa kesemasa.

2. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

- Jadual waktu
- Jadual Tugas
- Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja guru dan papan
hitam diiventorikan.
- Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah.

3. Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.

4. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru-guru


penyelaras kursus yang berkenaan.

5. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

6. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara


pelajar.Tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
 Keceriaan kelas. 

 Kebajikan pelajar.


7. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu pertama


berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di pejabat.

a. Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam kelas.

b. Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.

8. Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan

a. Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik,


kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap
semester/penggal.

b. Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas
ujian.peperiksaan.

9. Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.

a. Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat pelajar terhadap


akademik

b. Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan memberikan


hadiah ( jika perlu)

c. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar.

d. Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran di


kalangan pelajar.

e. Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar yang menghadapi


masalah kesihatan

f. Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar


disiplin sekolah.

10. Buku teks, biasiswa dan bantuan

a. Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada pelajar yang layak dan
memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama pelajar.

b. Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.

c. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan


nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan
memberikan senarai itu kepada guru SPBT

d. Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang


lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan.

e. Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat kemerosotan


pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa.

11. Kutipan Yuran dan Derma

a. Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan menggalakkan pelajar


membayar kesemua yuran sekaligus.

b. Mengutip derma PIBG

c. Mengutup wang peperiksaan bagi kelas-kelas peperiksaan.

d. Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang dibuat.

e. Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan serta


buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang sama.

f. Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .

12. Pendaftaran Pelajar Baru

a. Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku kemasukan pelajar dan


mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari buku kemasukan
pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM.

b. Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak) dari sekolah yang


terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku teks.

c. Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk biasiswa dan


melaporkan kepada guru biasiswa.

d. Menentukan rumah sukan.

e. Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

13. Murid Keluar

a. Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi pelajar


tingkatan 5.

b. Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima.

c. Menentukan buku teks telah dipulangkan.

d. Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.

14. Pendaftaran sukan, persatuan dan lain-lain.

a. Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum dan menyerahkan


senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab dan badan beruniform
yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum.

b. Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan juga aktiviti


kokurikulum.

2. GURU MATAPELAJARAN

(BAHASA INGGERIS )

1. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemaskini dan menyerahkan


kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan setiap minggu.
2. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan
sukatan mata pelajaran yang berkenaan.
3. Memahami dan mematuhi pekeliling_pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang
harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus
dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
4. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal/ seminggu / harian dan melaksanakan
pengajarannya mengikut rancangan pelajaran yang disediakan.
5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan
pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan / menunjukkan
buku latihan murid kepada pengetua/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.
6. Menjalankan ujian Bulanan dan Penilaian kepada pelajar . Merekodkan
soalan-soalan dan keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.
7. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/ bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
9. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan dan PPD.
10. Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama
ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri
dan PPD. Menyampaikan semua maklumat kepada guru lain yang mengajar mata
pelajaran yang sama.
11. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi
mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
12. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
13. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas .
14. Bertanggungjawab dalam menambahklan alat bantuan mengajar bagi
memperkayakan Pusat Sumber Sekolah.
15. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
16. Membantu menguruskan Bank Soalan.
17. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan sukatan
pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.
18. Memahami dan mematuhi pekeliling –pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan
dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat
yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan,pencapaian akademik dan
kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
19. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menghantarnya
kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap
minggu.
20. Menyediakan rancang pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal /seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran
mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.
21. Menyedia dan memberi latihan yang cukup,memeriksa buku latihan pelajar dan
memulangkan semula secepat mungkin.Menyerahkan buku latihan pelajar kepada
Pengetua /PKP untuk disemak pada masa yang dikehendaki.
22. Membina soalan ujian atau peperiksaan mengikut JPN .
23. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke
semasa.Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut ke
dalam buku rekod mengajar.
24. Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan .
25. Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran , menghadiri serta mematuhi dan
melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
26. Memastikan buku –buku panduan yang digunakan adalah yang diluluskan oleh
Kementerian Pendidikan /Jabatan Pendidikan /PPD.

3. GURU PENASIHAT PERSATUAN / KELAB

SEKOLAH

1. Mengadakan mesyuarat agung kelab/persatuan untuk melantik AJK kelab/persatuan


berkenaan.

2. Mengadakan peraturan atau perlembagaan kelab/persatuan.


3. Merancang kegiatan kelab/persatuan untuk satu tahun.

4. Menyerahkan perkara-perkara berikut kepada Jawatankuasa Gerak Kerja


Kokurikulum seperti Perlembagaan Persatuan, senarai AJK, sasaran dan rancangan
kegiatan setahun, anggaran Perbelanjaan, dan keperluan persatuan.

5. Memastikan setiap aktiviti itu dijalankan mengikut jadual dan berjalan lancar.

6. Hendaklah menghadiri setiap mesyuarat atau perjumpaan/kegiatan kelab/persatuan,


sukan dan permainan atau unit beruniform.

7. Mengawal dan mengemaskinikan papan kenyataan kelab/persatuan, sukan dan


permainan atau Unit Beruniform dan mengelakkannya daripada disalahgunakan.

8. Bertanggungjawab memberi bimbingan kepada murid-murid menyediakan laporan


kegiatan mengikut format tertentu selewat-lewatnya seminggu selepas setiap kegiatan
dijalankan.

9. Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya.

10. Bertanggungjawab mencatatkan penglibatan setiap pelajar di dalam kad murid.

11. Mengurus penyertaan ahli kelab/persatuan, sukan dan permainan atau unit beruniform
dalam kegiatan atau pertandingan di peringkat daerah/negeri.

12. Memajukan kelab/persatuan dengan apa jua cara yang difikirkan sesuai.
13. Sekiranya ada pungutan selain daripada yuran kelab/persatuan, sukan dan permainan
atau unit beruniform, guru penasihat hendaklah menyerahkan wang kepada PKKK.

14. Semua kegiatan lawatan anjuran kelab/persatuan, sukan dan permainan atau unit
beruniform hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua.

15. Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama murid-murid yang menyertai kegiatan


di luar kawasan sekolah kepada PKHEM, Ketua Warden, Penyelia Makanan, dan
Kewangan.

16. Bertanggungjawab menempah van/bas sekolah jika pengangkutan diperlukan.

17. Memastikan setiap murid-murid yang mengikuti aktiviti di luar sekolah mempunyai
surat kebenaran yang ditandatangani oleh ibu atau bapa atau penjaga.

18. Memastikan borang pelepasan diisi dengan lengkap dan diedarkan satu salinan
kepada PKHEM, PKKK, dan Guru Kelas

19. Berbincang dengan AJK bagi menyediakan peralatan yang diperlukan dan tatacara
untuk melaksanakan aktiviti.

20.Menyediakan laporan lengkap kepada PKKK pada akhir tahun.


SENARAI TUGAS
DAN
TANGGUNGJAWAB
KURIKULUM

BIL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TAHUN


1. Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 3 Pintar 2017
2. Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 4 Bijak 2017
3. Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 5 Pintar 2017
4. Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 4 Pintar 2018
5. Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 5 Pintar 2018
6. Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 6 Pintar 2018

HAL EHWAL MURID

BIL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TAHUN


1. Guru Kelas Tahun 4 Bijak 2017
2. Jawatankuasa Pendaftaran/ Data/ emis/ SMM/ HRMIS 2017
2018
3. Jawatankuasa skim pinjaman buku teks 2017
2018
4. Jawatankuasa bantuan / kebajikan / biasiswa / pryatim/ 2017
miskin
2018
5. Jawatankuasa kantin / Program sismakan 2017
2018
6. Jawatankuasa kebersihan dan keceriaan sekolah 2017
2018
7. Setiausaha Latihan dalam perkhidmatan (LADAP) 2017
2018
8. Guru Kelas 5 Pintar 2018
9. Jawatankuasa Susu 1 Malaysia 2018

KOKURIKULUM

BIL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TAHUN


1. Guru Penasihat Kelab Bahasa Inggeris 2017
2. Guru Penasihat Puteri Islam 2017
3. Guru Penasihat Rumah Sukan Syahbandar 2017
4. Juru latih pasukan bola jaring 2017
5. Ketua Guru Penasihat Kelab Bahasa Inggeris 2018
6. Penolong ketua rumah sukan laksamana 2018
7. Guru penasihat TKRS 2018
8. Jurulatih storytelling 2018
9. Jurulatih pasukan bola tampar 2018

Anda mungkin juga menyukai