Anda di halaman 1dari 15

Dikemukakan oleh:

Kertas Kerja
Perkhemahan Perdana Bulan Sabit Merah
Yayasan Islam Kelantan 2018

Tarikh Perlaksanaan:
31 Mac – 2 April 2018
Tempat:
Kem Kijang, Pantai Cahaya Bulan
Anjuran:
Bulan Sabit Merah Yayasan Islam Kelantan

1. RASIONAL
1.1 Perkhemahan Perdana BSMM Cabang Yayasan Islam Kelantan adalah satu aktiviti
perkhemahan tahunan yang melibatkan penyertaan dari semua sekolah yang
mempunyai Unit BSMM di bawah Yayasan Islam Kelantan.

1.2 Mencapai Falsafah Pendidikan Negara dan YIK dalam melahirkan insan yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual berdasarkan
ajaran Islam.

2. MATLAMAT

Peserta perkhemahan dapat mempraktikkan ilmu kepemimpinan, ilmu-ilmu


pertolongan cemas, kawad dan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan BSMM yang
dipelajari di sekolah masing-masing melalui aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang
dijalankan di tapak perkhemahan.

3. OBJEKTIF

Dengan terlaksananya Perkhemahan Perdana BSMM Cabang YIK ini kita dapat:

3.1 Mendedahkan peserta dengan aspek-aspek asas perkhemahan.

3.2 Menerapkan peserta dengan sikap kepimpinan, disiplin, dan ilmu BSMM.

3.3 Memupuk semangat kemanusiaan sejagat dan prinsip ketunggalan dalam


kalangan peserta, guru-guru pengiring, pegawai BSMM.

3.4 Membimbing peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama


dan kehidupan berakhlak.

4. KUMPULAN SASAR

Semua ahli BSMM dan Pegawai Belia (Guru Penasihat) sekolah-sekolah di bawah
Yayasan Islam Kelantan sama ada lelaki atau perempuan.

5. TARIKH

31 Mac – 2 April 2018


Sabtu - Isnin

6. TEMPAT

Lokasi cadangan adalah di;


KEM KIJANG
PANTAI CAHAYA BULAN

7. MASA PENDAFTARAN MASUK DAN KELUAR


7.1 Daftar masuk:
31 Mac 2018
2.00 petang – 4.00 petang

7.2 Daftar keluar:


2 April 2018
2.00 tengah hari

8. SYARAT DAN MAKLUMAT UMUM PERKHEMAHAN

8.1 Peserta perkhemahan adalah terdiri dari ahli-ahli BSMM yang berdaftar
di sekolah rendah dan menengah di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

8.2 Urusan pengangkutan pergi dan balik peserta adalah di bawah


tanggungjawab pihak sekolah.

8.3 Peserta perkhemahan mestilah sihat tubuh badan dan tidak mempunyai
penyakit yang boleh memudaratkan diri sendiri, peserta lain dan aktiviti
perkhemahan.

8.4 Peserta wajib mendapatkan kebenaran ibu bapa/ penjaga terlebih dahulu
dengan mengisi Borang Kebenaran sebelum menyertai perkhemahan ini
dan diserahkan kepada urus setia semasa pendaftaran.

8.5 Semua peserta akan menerima sijil penyertaan perkhemahan dan sijil
pencapaian bagi yang layak.

8.6 Pihak sekolah hendaklah menyediakan khemah yang mencukupi dan


berasingan untuk peserta lelaki dan perempuan.

8.7 Pihak sekolah hendaklah menyediakan segala keperluan perkhemahan


termasuk buluh.

8.8 Pihak sekolah mesti menyediakan wayar, lampu/ mentol, dan alat
penyambung untuk penyambungan elektrik ke khemah atau sub-kem
masing-masing. Pihak urus setia hanya menyediakan wayar induk sahaja.

8.9 Hanya 2 lampu kalimantang / mentol dibenarkan bagi setiap sekolah atau
sub-kem.

8.10 Perkakas elektrik yang bervoltan tinggi seperti periuk elektrik, seterika,
cerek elektrik, pemanas air dan seumpamanya tidak dibenarkan
digunakan dalam kem.

8.11 Makan minum peserta semasa perkhemahan adalah tanggungjawab


pihak urus setia perkhemahan. Peserta wajib membawa pinggan dan
gelas masing-masing.

8.12 Guru pengiring lelaki dan guru pengiring wanita mesti berada bersama
dengan peserta di khemah atau sub-kem sepanjang masa
perkhemahan dan penyediaan alatan perkhemahan guru adalah di
bawah tanggungan guru pengiring sendiri.
8.13 Orang luar atau bukan peserta atau bukan guru pengiring tidak
dibenarkan berada dalam kawasan perkhemahan kecuali mendapat
kebenaran dari Komandan Kem.

8.14 Segala urusan dan keselamatan peserta di khemah sekolah atau di sub-
kem adalah urusan dan tanggungjawab pegawai belia (guru pengiring)
masing-masing tetapi pihak urus setia perkhemahan bersedia
memberikan kerjasama.

8.15 Semua yang terlibat dengan perkhemahan termasuk peserta, guru


pengiring dan pegawai BSMM adalah tertakluk kepada peraturan
perkhemahan, peraturan sekolah dan undang-undang negara.

8.16 Pihak urus setia perkhemahan berhak untuk mengambil tindakan yang
melibatkan pihak keselamatan (POLIS / RELA) jika berlaku perkara yang
tidak diingini yang melanggar peraturan kem dan undang-undang
negara.

8.17 Panduan program/aktiviti luar yang dikeluarkan oleh YIK hendaklah


sentiasa dipatuhi.

8.18 PENGINAPAN GURU PENGIRING ADALAH DI BAWAH TANGGUNGAN


SEKOLAH MASING-MASING.

9. BAYARAN PENYERTAAN

9.1 Bayaran penyertaan untuk setiap peserta dicadangkan sebanyak


RM35.00 seorang. Dan penyertaan bagi setiap sekolah adalah
sebanyak RM50.00. Bayaran ini adalah bagi tujuan makan minum
peserta, pengurusan, sijil dan hadiah.

9.2 Semua bayaran penyertaan hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran


pada 30 Mac 2018 dan diserahkan bersama-sama dengan Borang
Pendaftaran Peserta serta Borang Kebenaran Ibu Bapa.

9.3 Bayaran boleh dibuat secara Tunai atau Cek atas nama “Persatuan
Bulan Sabit Merah Yayasan Islam Kelantan”.

10. AKTIVITI DAN BILANGAN PESERTA

10.1 JENIS AKTIVITI BIL. PESERTA


A Skill Stations (Kemahiran)*
1. Red Crescent Intra-Interpersonal Skills
2. International Humanitarian Law Education
3. Community Based Health and First Aid Semua peserta
4. Health Promotion
*Bergantung kepada perubahan.
B Pertandingan Pertolongan Cemas 6 orang peserta
C Pertandingan Kawad Kaki 9 + 1 orang
D Pertandingan Darjah Perkhemahan Mengikut subkem
E Pertandingan Menyediakan Makanan Menggunakan Api 6 orang peserta
F Pertandingan Menyediakan Makanan Tanpa Api 6 orang peserta
G Pertandingan Kebudayaan 15 orang
H Pasukan Terbaik Mengikut sekolah
I Peserta Terbaik 1 lelaki dan 1
1. Lelaki perempuan
2. Perempuan

10.2 Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan
ketiga sahaja.

10.3 Johan keseluruhan akan ditentukan berdasarkan kiraan jumlah mata


terkumpul bagi setiap pertandingan sebagaimana berikut:

Tempat Pertama - 20 Mata


Tempat Kedua - 15 Mata
Tempat Ketiga - 10 Mata

10.4 Mana-mana peserta daripada setiap sekolah/pasukan yang tidak


mematuhi peraturan perkhemahan akan ditolak markah
sekolah/pasukan.

10.5 Jika jumlah mata adalah sama, johan keseluruhan akan dikira
berdasarkan tempat pertama terbanyak, tempat kedua terbanyak dan
tempat ketiga terbanyak.

11. JAWATANKUASA INDUK

Lihat Lampiran 1

12. JAWATANKUASA KERJA

Lihat Lampiran 2

13. ATUR CARA PERKHEMAHAN

Lihat Lampiran 3

14. ANGGARAN BELANJAWAN PERKHEMAHAN

Lihat Lampiran 4

15. SENARAI PERALATAN INDIVIDU & SEKOLAH

Lihat Lampiran 5

16. PERATURAN PERKHEMAHAN

Lihat Lampiran 6
17. PENUTUP

Diharapkan sekolah-sekolah yang bernaung di bawah BSMM Cabang Yayasan Islam


Kelantan dapat menyertai Perkhemahan Perdana BSMM YIK dengan penuh persediaan
agar perkhemahan akan berjalan lancar.

Kami juga mengharapkan sokongan dan dukungan daripada semua pihak agar
perkhemahan ini akan berjaya dianjurkan dan seterusnya memberi manfaat kepada
semua pihak terutama para peserta dan guru-guru.

Sekian, terima kasih.

“KUASA KEMANUSIAAN”
“SAVING LIVES, CHANGING MINDS”

Disediakan oleh:

IRFAN IZZUDDIN BIN MOHD JAWALI


Naib Pengerusi II
Bulan Sabit Merah Yayasan Islam Kelantan
LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA INDUK
PERKHEMAHAN PERDANA BSMM CABANG YIK 2018

PENGERUSI :

PENGERUSI BERSAMA :

TIMBALAN PENGERUSI :

NAIB PENGERUSI :

PENGARAH :

PENGARAH BERSAMA :

SETIAUSAHA :

BENDAHARI :

KOMANDAN KEM : IRFAN IZZUDDIN BIN MOHD JAWALI

PEN. KOMANDAN KEM :

EX-OFFICIO :

AHLI JAWATANKUASA :
LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA KERJA
PERKHEMAHAN PERDANA BSMM CABANG YIK 2018

JAWATAN NAMA SEKOLAH /


JABATAN
PENASIHAT
PENGERUSI
PENGERUSI BERSAMA
TIMBALAN PENGERUSI
KOMANDAN KEM IRFAN IZZUDDIN BIN MOHD JAWALI BSM YIK
ADJUTAN
KETUA
AKTIVITI/JURULATIH
SETIUSAHA
P. SETIAUSAHA
(PENDAFTARAN &
PERTANDINGAN)
BENDAHARI
PEN. BENDAHARI
PENEMPATAN,LOGISTIK &
TEKNIKAL MUHAMMAD FITMI BIN ABDULLAH (K)
MUHAMMAD HAZIM BIN RAMLI
MUHD NASRUN NA'IM BIN BERAHIM
MOHAMAD HASNUL HADI BIN SAFFEEN PBS 20
MOHAMAD IZZUL HAZWAN BIN MOHAMAD
ISMADI
MOHAMAD AMRU AQIL BIN MOHAMAD
KECEMASAN &
KESELAMATAN AHMAD FAUZAN FATHI BIN RUSMAN (K)
MUHAMMAD HISYAMUDDIN BIN MAT
ARIFFIN
NABILAH BINTI HUSSAIN PBS20
REDHA AL-AMIN BIN MUNIM
NUR ADNEEN NASUHA BT AHMAD RIZAL
TASNIM BT MOHD 'ASRI
PERSEGARAN
WAN ADIBAH WAN OTHMAN
UMMI AMIRAH CHE HAZAHA
NUR SYAZWANI BT IBRAHIM
SITI AINDAH BINTI CHE ZAKARIA
NAYYAH BINTI MD DIN
AINA AMIRAH BINTI AMRAN
AHMAD BILAL BIN DANIAL
HANI MAISARAH BT MOHAMED SHAMSUL PBS20
ARIF
SITI NORFATINI BT MOHD RADZUAN
NUR SYAMIMI BINTI ISMAIL
ABDULLAH AZAM BIN MOHD ASRI
MOHAMAD IRFAN BIN MOHAMAD ASMANDI
MUHAMMAD SHAKIR ZUFAYRI BIN AHMAD
ZAIDI
MUHAMMAD AMMAR BIN ZAHARIMAN
NURHALIZA BT HUSSIN
KEROHANIAN & SIARAYA
NUURAL ATIQULLAH RAHAIMI (K)
M.IZZUDDIN BIN NOR ASHARUDDIN PBS20
NIK MOHD ARASY BIN NIK AHMAD
HADIAH, PROTOKOL &
PERASMIAN PENUTUP HANIS SOFIYYA BINTI SAHIFUL BAHARI
NURUL ALIA BINTI ROSLI
NURALIA KHALEEDA BT ROSLI
NURHATIRAH BT SHAFIE PBS20
NUR NADIA BINTI MOHD NASIR

PENDAFTARAN, TEG
NAMA, SIJIL & BUKU SITI HAJAR FATIMAH ABDULLAH (K)
PROGRAM NURUL FAATIHAH BT ROZI
WAN MUHAMMAD LUTFI SHAH BIN ZAIDI PBS20
NURUL AMANI NAJWA BINTI M. ROSSLY
NUR ZURAIDA BT MOHD ZIN
NUR FAEZAH BINTI YACOB
FOTOGRAFI &
MULTIMEDIA IZZAH NASRAH BT NASIR (K)
MUHAMMAD 'ALIMI BIN JAILANI
WAN MUHD RIDHWAN BIN WAN YUSOFF PBS20
AMIRA NAJWA BT CHE ABD RAZAK
NORAMIRA BT AMIRUDIN
PERTANDINGAN
FATEEN NABILA ANIS BT ADNAN
NUR HAJAR AFIFAH BT NOR AZAHAR
MOHAMAD AFNAN HAIKAL BIN SAIDI
CHE UMMI ZURIYATIE BINTI CHE JOHAN
FADLEN NAJWA BINTI ABD RAHMAN PBS20
MUHAMMAD AFNAN BIN ASRI
WAFAA AMANI BT MUHAMMAD FERDAUS
BASHIRAH BINTI MOHD FADZIL
FASILITATOR AININ SOFFIYA BINTI MUHAMMAD SABRI
ANAS BIN OTHMAN
WAN NURSYAFIKA FAQIHAH BINTI WAN
ABDUL AZIZ
SYED LUQMANUL HAKIM BIN SYED MOHD
'IRFAN
AHMAD AZAM BIN CHE ZAHARI
MUHAMMAD HAKIM YUSOFF
NURUL HUSNA BINTI ROSLI
MOHAMAD ASFA NAZHAN BIN MOHAMAD
KAMIL PBS20
ATHIR ISMAIL BIN MAHAMAD
NIK NUR HASMIDA BINTI CHE HARUN
MUHAMAD LOKMAN HAKIM BIN NAZRI
SITI HAJAR BT ISMAIL
HANIM AQILAH BT MOHD SANUSI
ZAIREEN FARHANA BT MOHD ZAIPUDDIN
NURUL SYAFIQAH HANIM BINTI ISMAIL
NIK SITI NOR FARHAH BINTI NIK ZULKIFLI
FARIHAH AISYAH BT MOHD SUKRI
NUR ELIANI BT ZULKIPLI
MOHAMAD FAKHRI BIN ARIFIN
NURUL HADIRAH BT HASHIM
SITI HAJAR AISYAH BINTI AMRAN
AMIRUDDIN BIN NORZAKI
AIDA NABILAH BT YUZAIMI
NUR ATHISYA ILYANA BINTI MOHAMAD
ZARINI
NIK NURSHUHADA BT ARIFF
NIK NUR HUMAIRA' NIK YUSRI
NIK ASIAH NABILA BT ISMAD HUSSAINI
WAN MUHAMAD HARIZ BIN WAN
UBAIDILLAH
NOR SYARFA' BT AHMAD
MUHAMMAD AMIR IRFAN BIN AMILUDDIN
RABIATUL 'ADAWIYAH BINTI AZMAN
MUHAMMAD ALIF IZZUDDIN BIN MAT TA'EH
ABDUL WAFI AL WALI BIN ABDUL HADI
NUR AMIERAH ZULKIFLI
LAMPIRAN 3
ATUR CARA
PERKHEMAHAN PERDANA BSMM
YAYASAN ISLAM KELANTAN
2018
5.30 PAGI
6.45 PAGI
7.30 PAGI

7.00 MLM
1.00 PTG

4.30 PTG

6.30 PTG
10.00
PAGI
TARIK 8.00 PAGI 10.30 PAGI 2.00 PTG 5.00 PTG 9.00 -11.30 MLM
H
/MASA
PENDAFTARAN/PERSIAPAN PENDAFTARAN TAKLIMAT
URUSETIA KEM PESERTA & KOMANDAN KEM MAJLIS

SOLAT MAGHRIB / KULIAH MAGHRIB /


31 MENDIRIKAN PERASMIAN

MAKAN MALAM / URUS DIRI


MAC KHEMAH PEMBUKAAN /
2018 SUAI KENAL

SOLAT ASAR
STESEN STESEN STESEN STESEN

SOLAT ISYAK
KEMAHIRAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN

MAKAN TGH HARI &


SOLAT ZOHOR
YABC INTERNATIONAL CBHFA HEALTH
MINUM PAGI

HUMANITARIAN PROMOTION
SARAPAN PAGI
SOLAT SUBUH

1 LAW PERTANDINGA
RIADAH

APRIL N
2018 PERTANDINGAN PERTANDINGAN PERTANDINGAN PERTANDINGAN KEBUDAYAAN
KAWAD KAKI PERTOLONGAN MENYEDIAKAN DARJAH
CEMAS MASAKAN DENGAN PERKHEMAHAN
API & TANPA API
2 MAJLIS PERASMIAN BUBAR KHEMAH
APRIL PENUTUP
2018
LAMPIRAN 4

ANGGARAN BELANJAWAN
PERKHEMAHAN PERDANA BSMM
CABANG YAYASAN ISLAM KELANTAN 2018

PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH
1 Yuran Pendaftaran Peserta RM35 x 400 RM 14,000

2 Yuran Pendaftaran Sekolah RM 50 x 34 RM 1,700


JUMLAH KESELURUHAN RM 15,300

PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH
1 Hadiah Pertandingan
Tempat Pertama RM 100 x 10 Pertandingan RM 1,000
Tempat Kedua RM 70 x 7 Pertandingan RM 490
Tempat Ketiga RM 50 x 7 Pertandingan RM 350
RM 1,840
2 Sijil Penyertaan RM 1.00 x 400 RM 400
3 Sijil Pencapaian RM 1.50 x 207 RM 310.50
4 Sijil Penghargaan RM 1.50 x 150 RM 225
5 Makan Minum RM 20 x 500 RM 10,000
6 Cenderamata VVIP RM 25 x 4 RM 100
7 Banner Perkhemahan RM 125 x 4 RM 500
8 Tag Peserta dan Urusetia RM 2 x 500 RM 1,000
9 Perasmian Penutup RM 300
10 Penginapan Urus Setia (Dorm) RM 10 x 2 malam x 100 RM 2,000
11 Bilik Sakit RM 100 x 2 malam RM 200
12 Sewaan Tapak Perkhemahan RM 3 x 3 hari x 400 RM 3,600
JUMLAH KESELURUHAN RM 20,475.50

JUMLAH WANG YANG MASIH DIPERLUKAN: RM 5,175


LAMPIRAN 5

SENARAI PERALATAN DAN KEPERLUAN PERIBADI PESERTA


PERKHEMAHAN PERDANA BSMM CABANG YIK

Pakaian Aktiviti & Pertandingan Catatan


1 Uniform lengkap (Majlis Pembukaan/Penutup/Per. Kawad Kaki)
2 T-Shirt BSMM (Untuk 3 hari 2 malam)
3 Seluar slack warna biru gelap atau hitam
4 Kain pembalut tiga segi ( Kain anduh)
Pakaian Solat Catatan
5 Baju Melayu atau Jubah
6 Songkok atau Kopiah
7 Kain Sembahyang (Perempuan)
8 Kain Sejadah
Pakaian Lasak/Sukan Catatan
9 T-Shirt berkolar
10 Seluar trek (Panjang)
11 Kasut sukan dan stokin
Pakaian Lain Catatan
12 Baju dan seluar yang mencukupi atau difikirkan perlu
13 Pakaian mandi (Kain basahan)
14 Selipar
Peralatan Catatan
15 Lampu picit
16 Pinggan dan gelas
17 Alat tulis (Buku nota dan pen wajib dibawa semasa Skill Stations)
18 Alas tidur
19 Ubat-ubatan sendiri
20 Baju hujan (Poncho)
21 Peralatan lain yang difikirkan perlu

BARANG-BARANG LARANGAN PERKHEMAHAN


1 Segala jenis barang kemas dan bernilai
2 Senjata
3 Mercun dan semua jenis letupan

SENARAI PERALATAN SEKOLAH/PASUKAN


1 Khemah yang mencukupi untuk peserta daripada sekolah masing-masing.
(Khemah lelaki dan perempuan diasingkan)
2 Peralatan elektrik seperti lampu kalimantang, mentol, wayar dan lain-lain.
3 Buluh, tali, gergaji, cangkul, plastik sampah dan sebagainya.
4 Peti ubat atau peti kecemasan.
LAMPIRAN 6

PERATURAN PERKHEMAHAN PERDANA


BSMM CABANG YAYASAN ISLAM KELANTAN 2018

Takrifan “Peserta” adalah ahli Pasukan Belia BSMM Cabang Yayasan Islam Kelantan
yang telah mengisi borang kebenaran ibu bapa untuk mengikuti Perkhemahan Perdana
BSMM Cabang Yayasan Islam Kelantan dengan membayar yuran yang telah ditetapkan
oleh penganjur.

Takrifan “Pegawai” adalah terdiri daripada Guru Pengiring dan Pegawai BSMM yang
terlibat secara langsung / tidak langsung dalam perkhemahan.

Takrifan “Urus Setia” adalah terdiri daripada semua anggota BSMM yang terlibat secara
langsung / tidak langsung dalam perkhemahan.

Peserta DIWAJIBKAN untuk mematuhi perkara-perkara seperti berikut;

1. Menghormati semua pegawai perkhemahan dan menjalinkan hubungan yang baik antara
sesama peserta.

2. Memanggil semua pegawai dengan panggilan hormat ‘tuan’.

3. Memanggil semua urus setia dengan panggilan hormat ‘encik’ atau ‘cik’.

4. Tatacara pemakaian sepanjang sesi perkhemahan adalah dengan berpakaian kemas,


memasukkan baju ke dalam seluar dan tidak mengenakan pakaian jeans dan pakaian yang
mencolok mata.

5. Tag nama peserta hendaklah dipakai sepanjang masa.

6. Sentiasa menepati masa dan menghargai setiap masa yang terluang.

7. Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah
ditetapkan.

8. Mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

9. Memberi kerjasama yang penuh bagi menjayakan setiap aktiviti yang telah dirancang.

10. Merokok adalah dilarang dalam kalangan peserta.

11. Menjaga kebersihan kawasan tapak perkhemahan.

12. Dilarang menceroboh sempadan kawasan penempatan khemah lelaki atau perempuan dan
kawasan larangan.

13. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.

14. Larangan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas pukul 1.00 pagi kecuali
peserta yang terlibat dengan rondaan malam (sentri) bagi sub kem atau setelah mendapat
kebenaran daripada mana-mana pegawai atau urus setia perkhemahan.
15. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi.

16. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak kem komandan
atau wakilnya.

17. Peserta hendaklah berjemaah setiap waktu solat.

18. Memaklumkan dengan segera jika terdapat sebarang kesulitan / kecederaan / sakit / dll di
kalangan peserta kepada pegawai perkhemahan.

19. Peraturan – peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa jika difikirkan perlu.

20. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan tegas oleh
Jawatankuasa Keselamatan / Urus setia Perkhemahan dan boleh DISINGKIRKAN daripada
program perkhemahan ini serta ditolak markah pasukan masing-masing bagi tiap-tiap
kesalahan.