Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

LDP 1 : BENGKEL PELAKSANAAN PAK 21


BAGI PEMIMPIN PERTENGAHAN
SMK DATO’ LELA PAHLAWAN
2018

PENDAHULUAN

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap


bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum
perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya
kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga
manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan
pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan
perdagangan sahaja.

Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan
keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis
panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario
yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.

Program ini juga diharap dapat memberi pencerahan dan ‘refreshment’ berkaitan PAK
21 atau Penmbelajaran Abad Ke 21. LDP satu hari ini dilaksasankan sejajar dengan arahan
KPM, JPN dan PPd agar tahun focus pendidikan 2018 adalah ke arah KBAT dan PAK 21.

MATLAMAT

Pembelajaran Abad Ke-21, mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat
menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara
Malaysia bagi abad ke-21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh
globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan
mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-
nilai semasa.

OBJEKTIF

a) Mempertingkat pengetahuan tentang Paksi Asas PAK 21


b) Memberi pencerahan aspek pelaksanaan PAK 21
c) Mendedahkan kepada guru beberapa teknik dan pedagogi PAK 21
d) Mempersiapkan GK dan KP untuk jerayawara PAK 21 di kalangan guru akademik

SASARAN

Semua Guru Kanan Mata Pelajaran dan Semua Ketua Panitia Matapelajaran
TARIKH PERLAKSANAAN DAN TEMPAT

Tarikh : 28 Disember 2017


Tempat : Anjung Pahlawan
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang

TENTATIF PROGRAM

Masa Tajuk Personalia


8.30 – 9.30 Pengenalan kepada PAK 21 Pen. Kanan Pentadbiran
9.30 – 10.30 Kurikulum PAK 21 Pengetua
10.30 – 11.00 Rehat / Kudapan Urusetia Bengkel
11.00 – 1.00 Pedagogi PAK 21 Pen. Kanan Pentadbiran
1.00 – 2.00 Rehat / Makan tengahari Urusetia Bengkel
2.00 - .3.30 Pentaksiran PAK 21 Pengetua
3.30 – 4.30 Penutup Pengetua

KEWANGAN

BAJET KOS PERLAKSANAAN


BIL KEPERLUAN/PERALATAN KOS PER UNIT AMAUN
1 30 orang x RM 2.50 RM75.00 RM75.00

JUMLAH RM75.00

PENUTUP
Hasrat dan harapan khas daripada pihak pentadbir sekolah agar program yang diadakan ini
akan dapat membantu dan meningkatkan pengetahuan pemimpin pertengahan berkaitan
dengan Pembelajaran Abad Ke 21. Pembudayaan PAK 21 akan menjadi agenda utama pihak
pengurusan sekolah bagi tahun 2018.

Sekian terima kasih

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( NORSHAFINA BT ABDUL RAHMAN ) ( MOHAMAD ZAKUAN BIN ABU BAKAR )


Setiausaha JK LDP, Penolong Kanan Pentadbiran,
Urusetia Program, SMK Dato’ Lela Pahlawan,
SMK Dato’ Lela Pahlawan, 09400 Padang Serai, Kedah
09400 Padang Serai, Kedah
Disahkan oleh:

(PUZER BIN MUHAMAD)


Pengetua,
SMK dato’ Lela Pahlawan,
09400 Padang Serai,
Kedah.