Anda di halaman 1dari 3

Teks pengacara majlis pelancaran Program NILAM 2018

Bissmillahirrahmanirahim / Selamat Sejahtera pembuka kata

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera pemula bicara

Yg berusaha En Jamaludin Bin Matzin pengetua SMK Pengiran OMar

Yang dihormati,

Drs Mohd Yusslin Bin Md Yusof, Penolong kanan Pentadbiran,

Pn. Hajah Rosni Chung Abdullah, Penolong kanan hal ehwal murid,

En Sulaiman Bin Che Othman, Penolong kanan ko-kurikulum,

Cik Ramlah Hj Ag Ali Penolong Kanan Pra U,

Ketua-ketua bidang,

ketua-ketua Panitia,

Guru-guru yang disayangi dan rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia serta perkenannya maka dapat kita
bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi memeriahkah majlis pelancaran program NILAM
2018 peringkat sekolah.

Hadirin yg dimuliakan,

Program NILAM TAMBAH BAIK merupakan usaha kementerian pelajaran Malaysia yang
bermatlamatkan membina tabiat membaca dalam kalangan murid dari sekolah rendah sehingga
Pra Universiti Rasional program ini untuk memastikan budaya cintakan ilmu berjaya dipupuk
dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya bilangan murid selaras dengan hala tuju
kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang kaya bermaklumat.

*PANTUN

Bunga melur dalam jambangan,

Di tepi kolam menjadi hiasan.

Kucipta pantun buat renungan,

Semarak Nilam empunya wawasan.


Hadirin sekalian,

Bagi menyempurnakan majlis kita pada pagi ini, majlis diteruskan dengan menjemput yang
berusaha , En Jamaludin Bin MAtzin, ,pengetua SMK Pengiran Omar untuk menyampaikan
ucapan sempena majlis pelancaran program NILAM 2018 peringkat sekolah, seterusnya
merasmikan majlis. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha , En Jamaludin Bin MAtzin,atas ucapan perasmian
itu tadi.

*PANTUN

Mekar sejambak bunga gubahan,

Jatuh sekuntum di atas peti,

Membaca itu suruhan Tuhan,

Al-alaq diturun menjadi bukti.

Cerana kesumba indah melati,

Cantik tersemat dambaan puteri,

Ilmu ditimba sepenuh hati,

Kekuatan umat minda bestari.

Gimik Perasmian

Bagi menyempurnakan majlis pelancaran Program NILAM 2018 peringkat sekolah, majlis
mempersilakan Drs Mohd Yusslin Bin Md YUsof untuk menjemput dan mengiringi En Jamaludin
Bin MAtzin, menandatangani kad sebagai simbolik perasmian.

Majlis mengucap terima kasih kepada tuan pengetua, En Jamaludin Bin MAtzin,dan Drs Mohd
Yusslin bin Mohd Yusof

*PANTUN

Kalau ada sumur di lading,


Bolehlah saya menumpang mandi.

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita bertemu lagi.

Sekian,

Wabillahi taufik wahidayah.wassalamualaikum wbt

Majlis diserahkan semula majlis kepada guru bertugas.

Anda mungkin juga menyukai