Anda di halaman 1dari 13

PERMAINAN ETNIK MELAYU-TUJU SELIPAR

SEJARAH PERMAINAN

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan


yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan
permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.
Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza.
Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil
lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi
berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja
sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan
antara musim inilah digunakan untuk mengadakan aktiviti seperti bermain sesebuah
permainan atau dikenali kini dengan permainan tradisional.

Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat.
Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh
ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh
kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah tuju selipar.

Permainan ini merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu yang semakin


dilupakan oleh generasi muda. Permainan ini mempunyai banyak nama iaitu baling selipar
bagi kebanyakkan tempat, tuju kasut bagi panggilan dikawasan sebelah utara dan terdapat
juga yang memanggilnya sebagai permainan bola kaki tiga. Permainan ini amat mudah
kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar yang selalunya dipakai oleh orang-orang di
Malaysia. Asal-usul permainan ini tidak dapat dipastikan kerana telah sedia dimainkan di
Negara ini sejak dahulu lagi. Namun begitu permainan ini terus berkembang keseluruh
Tanah Melayu dan dimainkan oleh pelbagai kaum.

1
ALATAN PERMAINAN

 Selipar (tidak terlalu keras)

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

 setiap peserta hanya boleh membuat 3 balingan sahaja untuk menjatuhkan selipar
yang disusun.
 jika semua pemain dalam permainan tradisional yang membaling tidak dapat
menjatuhkan selipar, maka giliran permainan tradisional yang menjaga pula untuk
meneruskan permainan.
 balingan untuk mematikan lawan adalah dari paras pinggang ke bawah sahaja. ini
untuk mengelakkan kecederaan.

2
CARA BERMAIN

Permainan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sama ada kanak-


kanak lelaki atau perempuan. Permainan ini memerlukan selipar yang tidak terlalu keras
atau tebal kerana hal ini boleh menyebabkan pemain boleh tercedera terkena balingan yang
dibuat pihak lawan dam sebaliknya. Selipar yang dikumpulkan haruslah dibentuk tegak
menjadi tiga segi dan satu selipar lagi digunakan untuk membuat balingan.

Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk bermain permainan ini ialah, kedua-dua
permainan tradisional perlu mempunyai pemain yang sama jumlahnya. Sebagai contoh, jika
kumpulan A mempunyai 11 orang pemain maka kumpulan B yang berindak sebagai
kumpulan lawan juga perlu mempunyai pemain yang sama banyak. Hal ini untuk
memastikan permainan berlangsung secara adil.

Setelah itu, kedua-dua permainan tradisional akan membuat undian untuk


menentukan kumpulan mana yang berhak untuk memulakan permainan. Secara
kebiasaannya, kumpulan yang memenangi undian akan memulakan perlawanan dengan
membaling susunan tiga buah selipar yang didirikan secara menegak. Jika salah seorang
berjaya menjatuhkan atau menyelerakkan binaan selipar tersebut maka permainan bermula.
Walaubagaimanapun, jika kesemua pemain dari permainan tradisional yang membaling
selipar tidak berjaya menjatuhkan susunan binaan selipar tersebut ,maka kumpulan yang
kedua akan terus menggantikan kumpulan pertama untuk memulakan permainan.

Permainan akan bermula secara rasminya jika binaan selipar atau kasut yang
dibaling oleh pemain mana-mana permainan tradisional jatuh atau berselerak. Jika kumpulan
A yang menjatuhkan selipar atau kasut tersebut, maka permainan tradisional B akan
bertindak membaling satu selipar yang digunakan khas untuk mematikan setiap pemain
pihak lawan sehingga habis. Permainan tradisional B hanya dibekalkan dengan satu selipar
sahaj untuk dibaling kearah pihak lawan. Selain itu setiap ahli permainan tradisional B tidak
dibenarkan bergerak semasa mahu membuat balingan kearah pihak lawan.

3
Pihak lawan atau permainan tradisional A pula akan cuba untuk membina semula
binaan selipar dalam keadaan menegak seperti keadaan sebelumnya. Namun begitu,
mereka perlu berhati-hati dan sentiasa mengelak daripada terkena selipar yang dibaling oleh
pihak permainan tradisional B. Jika terdapat pemain daripada permainan tradisionalA yang
terkena selipar hasil daripada balingan daripada kumpulan B, maka dia sudah pun dianggap
terkeluar daripada permainan.

Pemain daripada permainan tradisional A perlu yang tinggal perlu terus cuba untuk
membina semula selipar atau kasut yang telah berselerak. Jika kesemua ahli kumpulan A
berjaya dimatikan dalam perlawanan maka perlawan itu berakhir dan tiada markah atau
mata untuk permainan tradisional tersebut. Walaubagaimanapun, jika mereka berjaya
membina semula binaan selipar atau kasut tersebut mereka akan berjaya memperoleh satu
markah dan permainan tradisional tersebut akan terus bermain untuk pusingan yang
berikutnya.

Tempat untuk bermain permainan ini adalah tidak terhad. Permainan ini boleh
dimainkan dkawasan lapang seperti kawasan padang namun untuk lebih mencabar
permainan ini boleh dimainkan dikawasan-kawasan yang mempunyai halangan. Permainan
ini juga boleh dimainkan dalam kawasan yang terhad seperti didalam dewan tetapi setiap
ahli permainan tradisional tidak perlulah terlalu banyak sehingga menimbulkan ketidak
selesaan semasa bermain. Manipulasi alatan juga boleh dilakukan, sebagai contoh, jika
merasakan selipar atau kasut tidak sesuai digunakan untuk membaling kearah pihak lawan,
maka peralatan lain seperti bola tampar atau bola tenis yang lebih ringan boleh digunakan
untuk mengelak daripada berlakunya kecederaan.

Permainan ini sememangnya menggunakan beberapa pergerakkan asas seperti


berlari, berjalan dan melompat untuk mengelak daripada terkena selipar yang dibaling oleh
pihak lawan. Permainan ini juga bermanfaat dalam membentuk kerjasama sesama ahli
kumpulan. Selain itu, permainan ringkas ini memerlukan ketangkasan, kecekapan dan
koordinasi tubuh yang betul untuk memastikan kumpulan yang disertai boleh mendapat
markah. Konklusinya, permainan tradisional ini sememangnya memberi banyak manfaat
kepada sesiapa sahaja yang berani mencuba untuk bermainnya.

4
PELAN PERMAINAN

Fasa 1- fasa sebelum permainan

Fasa 2- fasa semasa bermain

5
NILAI

Permaian ‘tuju selipar’ selipar jika dilihat dengan mata kasar sememmangnya
kelihatan hanya sekadar permainan biasa sahaja. Tambahan pula permainan ini selalunya
akan dimainkan oleh kanak-kanak sahaja. Sebenarnya,jika diperhalusi ,dikaji secara
mendalam terdapat pelbagai aspek yang dapat membantu dalam pembentukan nilai
seseorang individu melalui permainan tradisional ini.

Antarnya adalah pembentukan nilai murni kerjasama. Kerjasama dapat didefinisikan


sebagai usaha yang dilakukan bersama-sama atau saling membantu antara dua atau
beberapa pihak atau individu. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, kita perlu
hidup saling bergantungan antara satu sama lain dalam elbagai situasi dan keadaan.
Kerjasama merupakan eleman yang sangat penting terutama dalam aktiviti yang melibatkan
kumpulan. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi nilai kerjasama seseorang individu
tersebut. Seperti contoh pengalaman dalam sesuatu situasi atau aktiviti yag dilakukan boleh
membentuk semangat kerjasama dalam diri seseorang individu secara tidak langsung. Tidak
ketinggalan juga permainan tradisional ‘tuju selipar’. Tuju selipar merupakan permainan
tradisional yang melibatkan proses bermain berlaku secara kumpulan. Seperi yang sedia
ketahui permaianan ini selalunya hanya dimainkan pada waktu kanak-kanak seseornag
individu, Walaupun kebanyakan pemain terdiri dari kanak-kanak, sedarkah bahawa
permainan ini telah membentuk nilai kerjasama yang utuh dalam diri seseorang individu
tersebut. Secara tidak langsung proses pembentukan nilai kerjasam tersebut telah berlaku
sejak dari kecil.

Walaupun seseorang individu tersebut yakin pada diri sendiri dalam melakukan
sesuatu, tidak mungin perkara tersebut dapat dilakukan dengan jayanya tanpa bantuan
daripada pihak lain. Contoh, dalam merancang untuk menang dalam prmaianan tersebut.
Bagaimanakah kemenagan tersebut ingin dicapai sekiranya bersendirian berusaha untuk
mengalahkan sebuah pasukan yang memiliki jumlah ahli yang ramai tanpa bantuan tenaga
lain. Oleh itu tenaga dari individu lain sangat diperlukan untuk mencapai kemenangan.
Perancangan yang rapi harus dibentuk oleh sesebuah pasukan, Kejayaan program ini akan
dikecapi apabila mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung dalam permainan tersebut.

6
Pembentukan nilai seterusnya adalah nilai kesabaran dan ketabahan. Permainan tuju
selipar ini lebih serasi dengan golongan kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan individu
yang sangat unik di mana mereka akan mencuba sedaya upaya mereka untuk memenangi
sesuatu permainan yang mereka sertai. Oleh itu mereka akan berusaha bersungguh-
sungguh dalam mengecapi kejayaan. Kasukaran untuk menang akan mereka hadapi apabila
bertemu dengan pasukan yang lebih kuat. Oleh itu, pada kebiasaannya pasukan yang lebih
handal akan mengecapi kemenangan, namun golongan kanak-kanak ini akan tetap tabah
dan sabar dengan kekalahan yang mereka hadapi dan mereka juga tidak mudah untuk
menyerah kalah atau berputus asa ,mereka akan terus mencuba sedaya upaya untuk
mencapai kemenangan semula. Secara tidak langsung permainan ini telah membentuk nilai
sabar,tabah dan tidak mudah berputus asa dalam diri seseorang individu melalui
pengalaman mereka sewaktu zaman kanak-kanak melalui permain tuju selipar ini.

7
ANALISIS KEBAIKAN

 Jasmani

Permainan tuju selipar merupakan permainan yang memerlukan banyak pergerakan


dan permainan ini secara tidak langsung mengandungi unsur jasmani. Unsur jasmani
memberi tumpuan kepada perkembangan angota-angota tubuh badan dengan cekap dan
sihat. Walaupun merujuk tubuh badan, ia bukanlah merujuk kepada penjagaan tubuh badan
semata-mata, ia juga perlu kepada penjagaan emosi kerana emosi juga mempengaruhi
kesihatan tubuh badan. Unsur jasmani adalah sesuatu yang sangat penting dan perlulah
diterapkan dalam diri setiap individu dalam masyarakat dan salah satu caranya adlah melalui
permainan tuju selipar ini.

Aktiviti ini akan membantu membina tubuh badan yang sihat dari usia yang muda
kerana berpermainan tradisional melibatkan pergerakan yang sangat aktif secara tidak
langsung dapat menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya,
seseorang murid yang bermain permainan tradisional pada setiap petang akan membakar
lemak, meggalakkan kadar metabolisma dan melancarkan peredaran darah dalam badan.
Oleh itu, murid yang aktif berpermainan tradisional jarang mendapat demam dan selesema
berbanding dengan rakan yang pasif. Malah, mereka berkemampuan bagi mengembangkan
bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif serta sosial dalam diri mengikut keupayaan
individu masing-masing melalui aktiviti ini.

 Sosial

Permainan etnik melayu tuju selipar ini merupakan salah satu instrumen penting untuk
mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana,
permainan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam permainan untuk meraih
kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan
permainan ini . Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah permainan yang
kuat. Permainan ini adalah terbuka kepada semua orang tidak kira leleki mahupun
wanita,tidak mengira kaum agama dan sebagainya,jesteru penyertaan dari pelbagai latar
belakang individu dalam permainan ini akan menggalakkan lagi perpaduan di negara
berbilang bangsa ini, Malaysia. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama,
bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan permainan melebihi kepentingan diri
dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang permainan tuju selipar ini.

8
 Rohani

Rohani merujuk kepada pembentukan dan pembinaan watak dan jati diri kita sebagai
seorang manusia. Sistem pendidikan yang baik akan melahirkan watak dan jati diri yang
sesuai menurut agama, adat dan sosio-budaya Malaysia, sebagaimana yang termaktub
dalam Rukun Negara. Jika nilai rohani dan nilai-nilai moral tidak ada dalam diri seseorang,
maka peribadi yang baik tidak akan wujud dalam diri kita.

Melalui permainan tuju selipar ini, kekalahan merupakan antara perkara biasa .oleh itu
mereka akan belajar untuk sabar dalam menerima kekelahan secara tidak langsung akan
membentuk rohani yang baik di mana mereka akan dibentuk menjadi seorang yang
penyabar. Selain itu,bagi yang muslim kebiasaannya segala apa akiviti akan dimulakan
dengan bacaan doa,oleh itu perasaan kecintaan terhadap penciptanya, Allah akan semakin
mendalam walaupun melalui permainan ini.

 Emosi

Penghayatan terhadap unsur emosi akan menjamin perasaan yang sihat dan matang
serta memiliki sifat kasih sayang untuk mencintai perpaduan dan keamanan serta perasaan
positif yang lain. Seseorang yang sihat tubuh badan tetapi tidak dapat mengawal emosi akan
cepat berputus asa apabila menghadapi ujian atau dugaan .Keadaan ini berlaku kerana
ketidakstabilan seseorang dalam mengawal emosi. Emosi harus belajar untuk dikawal sejak
dari usia muda dan permainan tuju selipar merupakan platform yang tepat dalam membina
emosi yang kukuh. Permainan ini melibatkan permainan antara dua kumpulan, di mana
kedua nya mengiginkan kemenangan. Sudah menjadi lumrah di mana ada satu pasukan
yang akan menang dan ada pasukan yang akan kalah, oleh itu situasi ini akan menyebabkan
terbit perasaan marah,suka dan duka dalam permainan tuju selipar. Melalui platform ini
setiap individu belajar untuk mengawal emosi mereka dengan baik.

Dari aspek emosi dalam pergerakan fizikal pula permainan ini melatih seseorang untuk
mengawal emosinya agar tidak mengganggu tumpuannya dalam melakukan pergerakan ,
permainan tuju selipar sangat menitik beratkan keseimbangan badan. Maka jika pembaling
seliparnya tertekan, maka balingan selipar amat mudah tersasar. Secara tidak langsung,
permainan tradisional ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan
emosi,bersabar,tenang, dan tidak gopoh.

9
 Intelek

Intelek sangat berkait rapat dengan pemikiran dan juga keupayaan kognitif seseorang
individu. Mereka yang mempunyai daya intelek yang tinggi mampu berfikir secara kritis,
kreatif, dan juga reflektif. Penguasaan kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca,
menulis, dan juga mengira adalah sangat ditekankan dalam unsur intelek. Kebanyakan
rakyat Malaysia menganggap bahawa intelek merupakan kunci utama kejayaan seseorang
individu. Persepsi rakyat kita yang berfikiran sebegini haruslah diubah.

Aspek intelek yang dimaksudkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga


membawa maksud bahawa kejayaan intelek bukanlah bermaksud cemerlang di dalam
peperiksaan semata-mata, tetapi kejayaan dari segi intelek juga adalah kejayaan yang
merangkumi keupayaan seseorang berfikir bagi meneruskan hidup dan berdikari. Melalui
permainan tuju selipar ini individu dilatih untuk bergaul dengan baik, belajar untuk membuat
keputusan dan yakin dengan tindakan yang dilakukan secara tidak langsung aspek ini akan
menjadi pendorong kepada seseorang untuk hidup berdikari tanpa terlalu bergantung
kepada orang lain bagi mencapai kejayaan.

Seterusnya, melalui permainan tradisional ini secara tidak langsung berlaku lakuan
dan pergerakan yang aktif. Hal ini akan menyebabkan seluruh badan berfungsi dengan aktif.
Situasi ini akan menyebabkan badan menjadi cergas dan secara tidak langsung membina
otak yang cerdas dan membentuk intelek yang berkualiti bagi seeorang individu.

Rumusan

permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun


negara. Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung
silaturahim antara generasi dulu dan kini. Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan
tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan
permainan tradisional ini. Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh
Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di
hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta. Kita seharusnya bangga untuk mewarisi permaianan
tradisional kita.

10
REFLEKSI

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tugasan bagi kerja kursus ini ialah
menghuaikan tentang satu daripada permainan etnik di Malaysia. Sepanjang menjalankan
tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi tetapi saya
berjaya juga untuk menyiapkannya.

Daripada kerja kursus yang diberikan ini saya dapat mengambil beberapa perkara
sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi hidup yang mendatang.
Melalui tugasan ini, saya sedar akan betapa pentingnya warisan nenek moyang kita iaitu
permainan etnik mahupun tradisional. Seharusnya permainan ini tidak harus dilupakan
terutama oleh generasi muda kini ditelan arus kemodenan zaman. Terdapat pelbagai
kepentingan dan nilai yang saya peroleh hasil daripada kajian mengenai permainan
tradisional ini. Melalui kesedaran itu,saya ebagai bakal pendidik bertekad untuk membimbing
generasi muda dalam mengenali permainan tradisional agar tidak hilang ditelan zaman.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang
melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan
kemahiran sedia ada saya.

11
RUJUKAN

Khalilah, G. (2013). Permainan'tuju selipar', memori indah zaman kanak-kanak. Sinar Harian.

Kurniati, E. (2006). Program Bimbingan untuk Mengembangkan Keterampilan Sosial Anak


Melalui Permainan Tradisional. Unpublished Thesis. Bandung.

Murni, M., & Yudha, M. (2000). Pendidikan Rekreasi. Selangor : Dediknas Lampiran,

Shamsul Anuar Hj. Nasarah(2005), Siri Panduan Permainan Tradisional Kanak-


kanak ,Selangor. DBP sdn.bhd

Zabri Zakaria(2005), Variasi Seni dan Budaya:Permainan Rakyat ,Selangor:SEJATI

Shahnil Asmar Saaid dan Mohamed Roselan Malek (1995). Permainan Tradisional. Petaling
Jaya: Penerbit Prisma Sdn Bhd

12
LAMPIRAN

13

Anda mungkin juga menyukai